Dlm peti ais ada balance daging masa masak spaghetti 2 ari lps. Hubby merajinkan diri ke dapur ari ni, so aku tolong sediakn bahan je la. Dia masak daging masak kicap berempah. Aku yg bg nama tu sbb dia taruk rempah kari daging dlm masakan tu. Dia masak main campak2 jer, xde sukatan punya, sbb tu resepi aku kt bawah tu xde sukatan. Mintak maap la yer seme, main agak2 je la yer. Mcm biasa, kt bawah tu jugak aku post resepi2 seangkatan dgnya.
Daging Masak Kicap Berempah Ringkas
Resepi : Hubby
Gambar : amrani
Bahan-bahan (takde sukatan tepat)
Daging lembu - dihiris nipis
Bawang putih - diketuk
Bawang besar - dihiris
Sos tiram
Serbuk cili/cili boh/cili kering blend
Rempah kari daging
Kicap lemak manis
Garam
Gula
Cili merah - dihiris
Air
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Panaskan minyak. Goreng daging hingga lembut.
2. Masukkan bawang putih yg diketuk td.
3. Campurkan bersama sos tiram, cili kering blend, serbuk kari & kicap, kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam kuali yg berisi daging td. Kacau sebati.
4. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah. Kacau.
5. Masukkan garam & gula secukup rasa jika perlu.
6. Akhir sekali, masukkan bawang besar & cili merah td. Kacau rata & sedia untuk dihidangkan.
Daging Masak Kicap Berempah
Sumber : Deliah's Deli
Bahan & Cara2nya
1. Daging (hiris) dan digaulkan dengan lada hitam (tumbuk) dan sedikit rempah kari.
2. Dalam kuali panas masukkan minyak dan tumis bawang putih (tumbuk)dan halia (mayang) sehingga naik aromanya.
3. Kemudian masukkan daging dan tutup kuali selama 5 minit @ sehingga daging empuk. (masukkan sedikit air).
4. Kemudian masukkan bawang besar (hiris), cili hijau (hiris) dan buah tomato (wedges) ke dalam kuali serta juga ubi kentang (wedges) yang digoreng.
5. Kemudian masukan 5 sudu besar kicap dan secawan air.
6. Masukkan garam dan sedikit daun bawang yang telah dihiris.
7. Hidangkan.
Daging kicap berempah
oleh: hby(v)
Bahan-bahan ( 3-4 org )
200-250g daging(dihiris)
bahan2 perap;
1 camca teh serbuk kunyit
1 sd besar serbuk campuran ketumbar+jintan
1 camca teh garam
1 camca teh gula
1 sd besar kicap manis
1 ulas bwg putih(dicincang halus)
1 cm halia (dihiris)
2-3 sd besar kicap manis
1 camca teh sos tiram
sedikit perkakas tumis (kulit kayu manis n da geng)
carrot
capsicum
1/4 labu bwg besar (saye gune yellow onion)
daun ketumbar(xde pon xpe..wat syarat je..)
garam dan gula secukup rasa
minyak utk menumis/menggoreng
Cara-cara
1.daging diperap dgn bhn2 perap (kunyit~kicap)..at least stgh jam..
2.tumis halia dan bwg putih hingga naik bau (bwg putih cpat hangus..so pandai2la..)
3.masukkan daging..goreng separuh masak
4.masokkan sos tiram, kicap n sedikit air (paras2 daging)..didihkan dlm 10-15min..
5.masokkan bwg, carrot n capsicum..
6.tambah garam dan gule secukup rase..
7.tunggu hingga semuanya cukup masak..masokkan daun ketumbar..
8.sedia utk dihidang!!
DAGING KICAP BEREMPAH
Sumber : Rozzan
Bahan-bahan
1 kg daging lembu/kambing (potong ikut suka)
(Rebus hingga 3/4 empuk. Biar lebihkan airnya utk digunakan nanti)
12 tangkai cili kering (rendam)
3 sudu teh lada hitam
2 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar
2 biji pelaga (gunakan isinya saja)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 biji buah pala (I omitted sbb takde dlm stok)
(Kisar semua bahan di atas hingga halus)
2 biji bawang besar (potong gegelang (rings) dan goreng sebentar)
6 sudu besar sos tomato
5-6 sudu besar kicap lemak manis
3 biji kentang (dipotong wedges)
3 biji tomato buah (setiap biji potong 2 atau 4)
1 btg lobak merah (dipotong kecil2)
3 sudu besar bawang goreng (optional)
sedikit daun ketumbar
secubit garam, sedikit gula
minyak utk menumis
Cara:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing. Masukkan daging bersama air rebusannya, lobak merah, sos tomato, kicap manis, garam dan gula. Sesuaikan rasanya. Bila daging sudah empuk, masukkan bawang goreng, gegelang bawang & kentang wedges dan kacau sebentar. Akhir sekali masukkan tomato buah dan daun ketumbar. Kacau sebentar dan kemudian matikan api. Hidangkan dgn nasi atau roti.
DAGING MASAK KICAP SPECIAL!
Sumber : zakiahz
Bahan-bahan
1 kg daging - dihiris & direbus sampai empuk bersama air & kicap manis
Bahan-bahan tumis:
1 biji bawang besar - di dihiris
3 biji bawang putih - di hiris
3cm halia - di hiris
rempah penumis - kayu manis 2 inci, bunga lawang sebiji, buah pelaga 3 biji
1-2 sudu kecil lada hitam - yg ditumbuk kasar ataupun serbuk tapi kurang umph
1 sudu besar cili kisar - kalau nak lebih pedas tambah lagi
2 sudu kecil serbuk ketumbar } semua digabungkan &
1 sudu kecil serbuk jintan manis } dicampur dgn sedikit
1 sudu kecil serbuk jintan putih } air, dijadikan pes
bahan-bahan lain:
2-3 sudu besar oyster sauce
sedikit jus asam jawa - ikut sesedap rasa (saya guna 1/4 mangkuk kecil)
1 biji bawang besar - dipotong 4
2 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn secawan air
Cara-caranya: -
1. Panaskan minyak di kuali, kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih, halia & rempah penumis (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga).
2. Bila dah naik bau, masukkan pula cili kisar & serbuk rempah2 yg dijadikan pes tadi, tumis hingga naik minyak.
3. Kemudian masukkan oyster sauce & lada hitam, biar dlm 5 minit, kemudian dimasukkan jus asam jawa, kacau sebati.
4. Bila dah sebati, masukkan daging yg telah direbus tadi beserta dgn airnya sekali.. juga masukkan bawang besar yg dipotong 4 tadi.
5. Masukkan bancuhan air tepung jagung, biar sehingga agak pekat dlm 10-15 minit, kemudian barulah diangkat dari api..
Notes:
1. Tak payah letak garam sebab oyster sauce & kicap dah masin dah..
2. Kalau tak cukup hitam, tambahkan lagi sedikit kicap manis.
3. Kalau daging black pepper, hanya gunakan oyster sauce & kicap manis sahaja beserta dgn lada hitam, itu yg paling basic sekali..
Daging Masak Kicap Berempah Pedas
posted by Ogyrosli
Gambar : Shafidah Shamen
Bahan :
1 kg daging, potong dan bersihkan
5 biji buah tomato merah, potong wedges
10 biji bawang besar, hiris bulat-bulat
1 pokok daun bawang, bersihkan dan potong kasar-kasar
2 cawan kicap manis kipas udang
8 biji limau kasturi, perah dan tapis airnya
Minyak untuk menumis
sedikit garam, sedikit gula jika perlu
Bahan Kisar
1 cawan cili padi
8 biji bawang putih
10 biji bawang merah
1 ketul halia
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar lada hitam
Cara:
1. Panaskan kuali dan bubuh minyak
2. Minyak panas, tumiskan bahan kisar. Kacau hingga rempah masak dan wangi.
3. Masukkan daging, kacau dan tutup.
4. Masukkan sedikit air dan masak hingga daging empuk
5. Masukkan kicap, air perahan limau, bawang besar dan tomato
6. Kacau dan rasa masin manisnya
7. Jika perlu, masukkan sedikit garam dan gula
8. Masukkan daun bawang, kacau dan tutup api.
Daging Masak Kicap Berempah
Hanya milik : Heldamelissa
Bahan-bahan:
500 gm daging batang pinang
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
2 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
3 Sudu kicap lemak manis
1 sudu kicap cair
Garam (secukup rasa)
Sedikit air
Caranya:
1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan daging, goreng sehingga masak.
2) Masukkan ketumbar, jintan manis & jintan putih. Kacau rata.
3) Masukkan semua kicap. Masukkan bawang besar & cili merah.
4) Masukkan sedikit garam dan sedikit air.
5) Masak sehingga daging empuk dan hidangkan bersama nasi
No comments:
Post a Comment