Minggu lps cousin ajak main umah dia sbb ada mkn2. My cousin ni kiranya mcm my sister. Kami mmg rapat dr kecik. So bila ajak dtg mkn, aku laju jer. Dia masak goreng kobis, ikan kembong goreng, sambal belacan & yg paling aku suka sup bebola daging. Tp bebola tu dia beli yg dh siap. Rasa mcm tak puas jer mkn. Risik2 resepi from my cousin, nk tau jwpnnya, ala biasa2 jer. Tak aci btul. Pg semlm gi pasar, ingat nk beli bebola daging yg dh siap malangnya takde, dh abis kot. So mlmnya masa gi pasaraya aku gatalkn tgn beli daging cincang, cadang nk buat bebola daging sndiri. Resepi dh ada, so no problem la. Pg2 lps breakfast dh btungkus lumus kt dapur. Sedap weh, hubby pn mkn byk. Biasa kitaorg buat bebola ikan jer. Klau buat bebola daging pn bila nk buat spaghetti meatball. Sup blom prnh lg. Ari ni special ckit. Ptgnya hubby mkn sup tu dgn beehoon. Aku pn join skali la. Meh sini jenguk resepi yg aku dh cuba from fidadaud. Resepi mak lang azie tu pn bleh gak tp mak lang guna bebola daging yg dh siap tu. Same jer tp klau guna bebola yg dibuat sndiri lg sedap ler...
Sup Bebola Daging
oleh: fidadaud
Bahan-bahan ( 5-6 orang dewasa )
BEBOLA DAGING:
500 gm daging cincang/kisar
2 ulas bawang putih - ditumbuk bersama 1/2 sdk garam
3/4 sdk lada sulah
3 sdb tepung jagung
1/2 biji telur (gread A) - dipukul sedikit
* 1 biji telur (dipukul sedikit) - untuk menggoreng
* minyak untuk menggoreng
SUP:
* 3 ulas bawang putih
* 2 ulas bawang merah
* 1/2 inchi halia
* 1 sdk garam
1 sdk lada sulah
sekawan rempah tumis
50 gm daging dihiris (jika suka gantikan tulang pun boleh juga)
2 biji kentang - potong 4 dan goreng sebentar
1 liter air
sedikit daun sup
sedikit bawang goreng
Cara-cara
1.BEBOLA DAGING: Selain bahan untuk menggoreng (*), campurkan kesemua bahan lain & gaul sebati
2.Bentukkan adunan daging tersebut menjadi bebola
3.Gaulkan ke dalam telur(*) sebelum digoreng. Untuk tujuan sup, tak perlu goreng bebola sehingga terlalu garing
4.TIPS: Jangan guna terlalu banyak minyak
5.SUP: Tumbuk bersama bahan bertanda (*)
6.Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan juga lada sulah dan rempah tumis
7.Agak-agak tumisan telah 3/4 garing, masukkan bahan rencah (daging hiris/ tulang). Gaul sebati
8.Kira-kira 3-5 minit, masukkan pula air
9.Bila sup sudah mendidih, bolehlah masukkan bebola daging.
10.Anggaran 10-15 minit, masukkan pula kentang. Gaul sedikit (2-3 minit) sebelum padamkan api
11.Sebelum dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng
SUP BEBOLA DAGING
Sumber Resipi & Gambar : Mak Lang Azie
BAHAN
Bebola daging
BHN TUMBUK :
Bwg putih
Bwg merah
Halia
Lengkuas
Lada hitam
Jintan manis}
Jintan putih } skit jer…
Ketumbar }
Kentang/buah tomato – jika mahu
Sup bunjut
Rempah 4 sekawan (bunga lawang,kayu manis,cengkih,buah pelaga)
Daun sup/bwg
Bwg goreng
Air
Cara Membuatnya
1. Tumis bhn tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan jintan2 dan ketumbar, kacau…masukkan air.
3. Campakkan sup bunjut, bebola daging dan kentang. Rasakan garamnya.
4. Biar mendidih. Tutup api, tabur bwg goreng dan daun sup.
p/s – sup ini boleh dibuat bakso, cuma tambahkan 1/2sk sos cili, sos tomato, sos tiram dan cili kicap semasa nak makan.
1 comment:
Meatball sup yg dlm gambr tu brand ape ye..nampk pon cam jenis byk daging....sedapnyer
Post a Comment