Kopi dangdut prnah dgr, teh dangdut pn prnh dgr tp puding laici dangdut baru jer dgr. Aku tau resepi ni dh ramai yg buat lps kak liza post resepi ni kt laman blognyer tp aku jer ketinggalan zaman. Tp mcm mat salleh ckp, better late than never. Ini antara juadah pencuci mulut utk buka pose ari ni. Main course biasa2 jer; nasi putih + daging masak merah + kangkung belacan. Aku buat puding ni ikut resepi kak liza tu tp lps 'belek' internet, aku jupe gak blogger make a minor adjustment pd resepi puding ni, diaorg air soya instead of plain water & fresh milk instead of susu cair.
Puding Laici Dangdut
Sumber : Kak Liza
Bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici [asingkan airnya]
1 tin susu cair
Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.
NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.....
Puding Laici Dangdut
Sumber : Hana
Bahan-bahan
•10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
•2 liter air - hana gune soya tanpa gula
•2 cawan gula - hana kurangkan
•2 tin laici (asingkan airnya)
•1 tin susu cair - hana gune susu segar
Cara-cara
1.Masak agar-agar hingga mendidih.
2.Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
3.Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
4.Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
5.Kemudian sejukkan dalam fridge.
6.Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi. *hana berkuahkan air laici skali.
(*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)
No comments:
Post a Comment