- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Thursday, August 6, 2009

Tempe Goreng Tepung

Klau kt umah aku kt trganu, takde sape nk mkn tempe. Sbbnya diaorg pelik, tak prnh mkn. Yg diaorg tahu, tempe dibuat sambal. Bila tengok org jual tempe goreng celup tepung, lg la diaorg heran. Kesian family aku. Aku pn tak pasti kt pasar area umah aku kt sana ada org jual tempe ke idak. Ye le, tempe ni kan mknan org jawa, dulu2 mn la ada org jawa kt sana. Aku kenal tempe ni pn bila dh kuar dr trganu. Rasanya kt kedah dulu kot. Biasa mkn yg org taruk dlm sambal ikan bilis & sayur masak lodeh tu. Bila smpai kl, mkn plak tempe celup tepung. First time mkn kt umah cousin aku. Dia kawin dgn org minang, so biasa la tu. Aku tak bape gemor tempe dlm masakan ni. Mkn ckit2 boleh la. Klau celup tepung, aku mkn. Sedap bila dicecah dgn sos cili. Klau ada cili keropok lekor, lg yummy. Tp org kt sini suka cecah sambal kicap.
Aku tak prnh beli tempe pn sbb terang2 hubby tak mkn. Aku pn kureng. Tp kali ni dpt stok dr my cousin. Kbetulan dlm peti ais umahnya byk tempe. MIL dia yg bg. So dia offer kt aku, amik je la ckit. Mmg cadang nk goreng pn, bleh mkn utk minum ptg.


Tempe goreng tepung
oleh: Mat Gebu

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
5 keping tempe
1 cawan tepung beras
3 ulas bawang putih*
1 camca teh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar dan 1/2 camca teh jintan halus*
10 biji lada hitam*(*ditumbuk atau dikisar halus)
1/2 camca teh air kapur
1/2 camca teh serbuk kunyit

UNTUK LADA KICAP:-
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
2 camca besar gula pasir
1/2 cawan kicap masin
Jus dari sebiji limau kasturi (jika suka)

Cara-cara
1.Tempe dipotong nipis secara menyerong dari atas ke bawah. Ketepikan.
2.Satukan tepung beras, bahan2 dikisar, air kapur, serbuk kunyit dan garam/gula (sedikit dahulu) dalam satu bekas.
3.Tuang air sedikit dahulu (anggaran 1/4 cawan). Kacau hingga sebati dan tambah air sedikit lagi sambil dikacau hingga adunan tidak terlalu pekat atau cair (seperti tepung utk menggoreng pisang). Ketepikan sebentar.
4.Panaskan minyak dalam kuali untuk goreng terendam. Bila minyak panas, celup tempe tadi dalam adunan tepung dan goreng. Jgn bbuh terlalu byk tempe dalam satu kuali. Goreng pada api sederha hingga tempe kuning keemasan. Angkat dan toskan. Bolehlah dihidang bersama sambal kicap.
5.UNTUK LADA KICAP:- Masukkan cili padi, bawang putih dan gula dalam lesung batu, tumbuk hingga lumat. Masukkan kicap masin (jika menggunakan kicap manis kurangkan gula atau tak payah bbuh gula) dan gaul rata. Masukkan jus limau kasturi jika suka. Kacau rata.
6.Tuang dalam bekas dan bolehlah dihidangkan bersama tempe tadi. Lada kicap ini memang pedas (bergantung pada cili padi masing2), jadi sesapa yg tak tahan pedas mat cadangkan kurangkan cili. Selamat mencuba.....




Tempe Goreng
Sumber :
Hana

Bahan-bahan ( 4 orang )
■5 keping tempe
■1 cawan tepung gandum
■1 sudu ketumbar
■3 ulas bawang putih
■serbuk kunyit
■sedikit garam dan air

BHN UTK SAMBAL KICAP
■segengam chili padi
■2 ulas bawang putih
■gula
■kicap

Cara-cara
■Potong serong tempe nipis2 supaya rangup.
■Tumbuk bwg putih n ketumbar.
■Campurkan tepung dengan bhn tumbuk dan serbuk kunyit. Letak garam skit. Then masukkan air sedikit demi sedikit sehingga cair macam tepung nk goreng pisang.
■Panaskan minyak, Dah panas bleh la goreng hingga kekuningan.
■Utk sambal kicap - tumbuk chili,bwg putih, dan gula. Then masukkan dlm mangkuk dan bubuhlah kicap. Dah siap..bleh cicah ngan tempe goreng td...
■SeLaMaT MenCuBa..




Tempe Goreng Tepung (Fried Tempeh in Batter)
Source :
Arfi

Ingredients:
1 block tempeh, quartered and then sliced thinly,
1 cup Healtheries Gluten-Free Simple Baking Mix (or you can use ordinary flour),
1 tsp ground turmeric,
1 small garlic clove,
1 tsp coriander seeds,
2 Tbs chopped celery leaves,
salt to taste,
water, enough for mixing,
rice bran oil for deep frying

Method:
Crush the coriander seeds with a pinch of salt and garlic in the mortar and pestle until it's smooth (you can use ground coriander for no fuss—I just like using fresh coriander seeds for more fresh flavour). Put the flour in a medium bowl. Mix in the coriander and garlic paste into the flour. Pour some water to make a thick paste. Add water to thinning a little bit, but not making the batter too runny. Mix in the chopped celery leaves. Heat the oil until hot although not smoky hot. Dip the thinly sliced tempeh in the batter, and deep fry until golden brown on each side. Serve warm. Makes 16.




Tempe Bumbu Bersalut
Sumber :
wanita.my

Bahan-Bahan

Bahan:
500 gm tempe, potong-potong
500 ml santan cair
2 lbr daun salam
2 btg serai, diketok
minyak goreng

Bumbu halus:
8 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
4 biji buah keras
1/2 sdm ketumbar
1 sdt garam

Bahan Salut:
350 ml air rebusan tempe
3 sdm tepung beras

Cara Memasak
1. Rebus tempe bersama santan, bumbu halus, daun salam, serai dan garam.
2. Masak sampai meresap. Angkat tempe, toskan.
3. Ambil air santan 350 ml, masukkan tepung beras, aduk rata.
4. Celupkan tempe ke dalam campuran tepung.
5. Goreng dalam minyak panas hingga kecokelatan, angkat.
6. Goreng sisa adonan tepung, tuang sedikit demi sedikit sambil diaduk-aduk.
7. Goreng hingga garing, angkat toskan.
8. Sajikan tempe dengan ditaburi dengan no.6.




Tempe Goreng
Sumber :
suejoshua

Bahan-bahannya:

Untuk goreng tempe:
Tempe secukupnya (dipotong nipis)
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 biji telur
1 s/t serbuk kunyit
Garam dan gula
Sedikit air

Cara-caranya:
Masukkan tepung gandum dan tepung beras didalam mangkuk, campurkan telur ayam, serbuk kunyit, garam dan gula didalam mangkuk tadi, tuangkan air secukupnya tapi jangan terlalu pekat dan terlalu cair, gaul sebatikan hingga bancuhan tepung halus. Panaskan minyak didalam kuali, ambil tempe yang telah dipotong tadi dan celupkan pada bancuhan tepung tadi dan gorengkan didalam kuali, buat proses yang sama sehingga tempe habis, goreng hingga tempe garing, angkat dan toskan minyaknya. Tempe ni sedap dimakan bersama pencicah sambal kicap.




Tempe Goreng
Sumber :
Catz

Bahan-bahan:
Tempe
Jintan manis
Bawang putih
Halia
3 sudu tepung gandum
1 1/2 sudu tepung jagung
Serbuk kunyit
Garam
Air
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:
step 1: masukkan bwng putih, jintan dan halia dlm lesung batu.
step 2: tumbuk dengan sepenuh hati..takyah halus sgt.
step3: ambil 3 sudu tepung gandum , 11/2 sudu tepung jagung.
step 4: campurkan tepung jagung, tepung gandum, bahan tumbuk tadi, sedikit serbuk kunyit, garam.
step 5:tambah air pd campuran tadi, jgn cair sgt,jgn pekat sgt, agak-agak.
step 6: hiris nipis tempe
step 7: celup tempe dlm bancuhan tepung tadi
step8: goreng tempe dlm miyak panas hingga coklat/kuning keemasan.
Catz suka yg agak coklat ke arah-arah hangus..hahhaha.angkat, toskan dan buh atas paper towel. Hidang dgn sambal kicap (Johor style).

Resepi sambal kicap... cili api danbwg putih ditumbuk lumat. Campur dgn kicap manis.Siapp..




Tempe Goreng & Sambal Kicap
Sumber :
noorsha

Bahan²
Tempe (hiris sesuka hati)
Tepung Gandum
Sedikit minyak panas (untuk dicampur dalam adunan tepung)
sedikit ketumbar biji (blender)
sedikit jintan putih (blender)
sedikit jintan manis (blender)
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
air

Cara²
1.satukan semua bahan diatas kecuali tempe hingga jadi seperti barter utk menggoreng pisang.
2.bila minyak panas, celupkan tempe ke dalam barter dan goreng hingga kuning.

Untuk sambal kicap:

Bahan²
Cili Padi
Bawang Putih
Kicap manis

Cara²
Tumbuk lumat cili padi dan bawang putih. masukkan kicap manis. sedia untuk dihidang bersama tempe goreng, pisang goreng, keledek goreng dll.

3 comments:

blogresipi said...

Tempe goreng cicah sambal kicap memang mabeles.... tak sedar habes sepinggan tue.heheh

ana said...

Yes...mmg mabeles...sy org pt timur biasa cecah apa2 dgn sos cili @ sos keropok lekor tu tp skali skala cecah sambal kicap ok saje...

nOOrsha said...

salam....

maaflah ye tuan punye blog...
tuh gambo tempe goreng & sambal kicap tu hakmilik saya...
di snap oleh saya sendiri di rumah saya n hasil masakan tu pun saya yg masak...
walaupun kamera saye x secanggih mane, tapi itu hak saya...
saya x diberitahu pun awak nak copy paste gambar hasil masakan saya di blog awak ni.. (meskipun ade sumber dari mane n watermark x dipadam)..
silelah hormati hak org lain, dan sekurang2nya inform lah tuan punya resipi n tuan punye gambar yg awak minta izin letakkan gambar hasil masakan mereka di blog awak ni....
banyak hasil masakan teman2 blogger yg saya kenal awak paparkan gambarnya disini...
adekah semuanya telah mendapat keizinan?????


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).