- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, August 12, 2009

Pengat Roti

Tekak terasa nk mkn manis. Dh lama tak buat pengat. Tiba2 teringin nk mkn pengat roti air tgn my mom tp apa kan daya mak jauh di kg. Aku pn apa lg terus call my mom (thanx to telekom krn mdekatkn org yg jauh dgn satu dail). Rupanya senang jer nk buat tp nk wat cmner mmg tak pernah buat. Selama ni mkn yg my mom buat jer. My mom slalu buat pengat roti ni sbb ayah aku suka sgt mkn pengat ni. So kami seme tumpang minat ler. Manis mmg manis (maklumla org pt timur ni kan suka mkn manis) tp sedap. Paling sedap klau guna roti bantal tu, ala roti loaf tu. Klau guna roti sandwich pn boleh tp takde kick sbb nnti seme kuah meresap ke dlm roti, maklum la nipis, silap2 jd bubur roti plak. Klau pakai roti bantal ni, kuah lambat meresap. Klau meresap pn, takde la smpai 'lencun' seme roti tu luar & dlm. Roti bantal kan tekstur dia padat ckit. Aku buat 1 buku roti, mkn 2 org, habis beb. Dh lama tak mkn, so mcm kemaruk ler. Cuba, jgn tak cuba.


Pengat Roti

Bahan-Bahannya
1 buku roti bantal/buku - dipotong
1 biji kelapa - diambil santan anggaran 2 mangkuk
2 keping gula melaka/nissang
2 senduk gula pasir (mengikut rasa)
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara Membuatnya
1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama daun pandan, gula melaka & gula pasir.
2. Masukkan juga sedikit garam secukup rasa.
3. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih, kemudian sesuaikan rasanya.
4. Setelah kuah cukup masak, masukkan roti ke dalam kuah tadi.
5. Bila roti sudah menyerap kuah, bolehlah dimatikan api & sedia utk dihidangkan.

Nota :
1. Klau takde roti buku tu, bleh juga guna roti hiris tp kna letak sekejap jer dlm kuah krn ia cepat serap. Klau terlalu lembik tak sedap.
2. Roti bantal perlu dipotong/dihiris dlm saiz sederhana besar supaya kuah menyerap perlahan ke dlm roti. Klau kuah tak serap semua pn takpe sbb nnti bleh mkn dgn kuah.



Serawa Roti (Kelate)
Kiriman :
rozie

Bahan- Bahan
Roti
1 paket Santan Kelapa
Gula Melaka (terutama dari kelate)
Daun pandan
air
garam secukup rasa

Cara-cara
■masukkan kesemua bahan tadi di dalam periuk.
■masukkan sedikit air
■panaskan sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa (pastikan tidak pecah minyak)
■masukkan daun pandan
■tutupkan api dan tuangkan di atas roti.
■sedia dimakan.
■sesuai untuk kanak-kanak

2 comments:

blogresipi said...

Pestaim dgr roti blh buat pengat :)

ana said...

my mom slalu buat...feveret my father ni...biasa org ganu tahu buat...


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).