- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, August 5, 2009

Ayam Goreng Durian

Sempena musim durian ni, aku nk introduce resepi baru yg aku dpt dr paper. Nampak menarik & rasanya pn alright. Tak nk citer byk2. Cuba la.


Ayam goreng rangup bersama durian
Sumber :
eats.emedia.com.my

Bahan-bahan:
150 g isi ayam tanpa kulit dan tulang
100 g tepung gandum
100 g isi durian tanpa biji
Sebiji telur (diambil putih saja)
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa

Cara Penyediaan :
1. Masukkan garam, lada sulah dan putih telur ke dalam isi ayam yang sudah dipotong nipis.
2. Gaul rata bahan berkenaan dan biarkan seketika supaya bahan tadi serap masuk ke dalam isi ayam.
3. Ambil setiap potong isi ayam tadi dan salut di dalam tepung gandum dengan rata. Pastikan tepung memenuhi luaran isi ayam tadi.
4. Gorengkan isi ayam bersalut tepung ke dalam minyak panas dan kacau supaya tidak melekat antara satu sama lain. Keluarkan isi ayam rangup dan asingkan daripada kuali.
5. Masukkan isi durian ke dalam kuali panas yang tidak berminyak.
6. Kemudian, campurkan isi ayam rangup tadi ke dalam isi durian di dalam kuali.





Ayam Goreng Durian
Resepi disediakn oleh : Hotel Niko KL
Sumber : Kosmo


Bahan-bahan:
150 gram (gm) kaki ayam tanpa kulit dan tulang
100gm tepung
100gm pes durian
Sebiji telur (ambil putih telur sahaja)

Penambah rasa:
Secubit garam dan lada hitam

Kaedah penyediaan:
1. Hiris atau potong kaki ayam. Kemudian, perap dengan garam dan lada hitam.
2. Campurkan dengan putih telur dan gaul dengan tepung.
3. Panaskan minyak. Kemudian goreng ayam sehingga warnanya berubah menjadi keperangan.
4. Sejat minyak dan letak di dalam pinggan. Masukan potongan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam isi durian dan gaul sehingga sebati.

2 comments:

blogresipi said...

Pestaim dengar ada ayam goreng durian nie... kalo ayam goreng cicah tempoya tu pernah la jgk.hehehe

ana said...

sama la kita...klau tak terbaca resepi ni kt paper ari tu, mmg tak tau kewujudannya


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).