- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, August 11, 2009

Durian Goreng

Korang pernah mkn durian goreng tak? Mcm pelik jer kan bunyinya. Aku pn tak pernah tp ptg semlm aku buat durian goreng gara2 durian yg hubby beli ari tu ada yg tawar. Isinya takde la keras @ lembik sgt tp takde rasa langsung. Nak buang syg, nk dimkn takde rasa. So aku pn fikir2 la nk buat apa. Nk buat pengat, msti tak best. Nk buat tempoyak apatah lg. So aku pn reka2 la. Kebetulan ada tsimpan satu resepi durian belanda goreng tp aku dh lupa sumbernya, so aku just tukar durian belanda kpd durian ni. Klau nk guna tepung goreng yg dh siap pn bleh tp since on that time takde, so aku buat adunan batter sndiri. Aku cuba gak recce2 resepi durian goreng ni kt internet tp aku jupe 2 jer. Kt bawah tu aku attachkan resepi2nyer. Cuba la, sedap tp lg sedap klau guna isi durian yg manis2 tu.


Durian Goreng

Bahan-bahan ( hidangan sekeluarga )
1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
sedikit serbuk kunyit dan garam
air untuk membancuh
Isi durian
minyak utk menggoreng

Cara-cara
1.Campurkan semua bahan di atas mengikut turutan (kecuali isi durian). Kacau sebati. Bancuhan tepung menggoreng janganlah terlalu cair.
2.Celupkan isi durian ke campuran tepung rata-rata.
3.Goreng dalam minyak sederhana panas, hingga kekuningan. Angkat dan hidang.




Cucur Durian Goreng
Sumber :
max2xcel

Bahan2 & Cara2;
Step1-Bancuh tepung jawi biasa macam nak buat cempedak goreng...
Step 2 -Gaulkan ngan air jangan sampai terlalu cair atau terlalu pekat-kata tukang chef la..
Step 3- Masukkan ulas2 buah durian tu satu persatu..dan gaulkan dengan tepung..
Step 4-dah gaulkan semuanya pastikan hanya saiz ulas buah durian yg sederhana sahaja yg digoreng, Dinasihati jgn guna ulas yang besar2 sebab nanti isinya akan pecah dan melekit kat kuali tu...
Step 5-Lastly gorenglah setelah minyak betul2 panas...Selamat mencuba...




Durian Goreng
Sumber : ashra

Bahan-bahannya;
Isi durian (jangan buang biji)
1 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung
1 biji telur
1 cawan air
Minyal untuk menggoreng
Secubit garam

Cara membuatnya;
1) Bancuh tepung beras bersama tepung jagung, sebiji telur dan bubuh garam bersama air.
2) Goleskan biji durian bersama bancuhan tepung dan goreng.
3) Setelah kekuningan, angkat dan siap untuk hidangan.

3 comments:

Anonymous said...

Eh, durian pon boleh goreng jgk ek? menarik...

ana said...

sgt menarik...bg yg x pernah mkn mmg mcm x percaya sbb mcm pelik jer tp kt indon nun, goreng durian ni mmg famous...saya dh cuba, anda bila lg?...mcm iklan plak :)

Anonymous said...

kat sabah panggil cucur durian.. sama cam kita nak wat pisang goreng gak..bleh gak guna tepung gandum yg dicampur garam secukup rasa...durian tu gaul jer ngan bijinya skali... makan panas2 memang sedap....


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).