- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, August 7, 2009

Sup Petola

Aku berkenan tengok gambar sup petola rinnchan ni. Petola is one of my favorite vege. Masa kt kg, my mom slalu beli petola ni, ntah la nape. My mom suka masak tumis air, sup la jugak tu. Biasa taruk ikan bilis & lada hitam selain drpd bwg merah & bwg putih. Dh lama aku tak masak sayur ni. Yg mbuat aku berkenan tu sbb gambar fishball tu. Menarik & tertarik jdnya. Mmg pn resepi ni sempoi tp bg aku sedap.
Bleh jugak taruk su-un & telur ayam dlm sup ni (my mom taruk beehoon jer) tp this time aku tak nak taruk telur. So aku tepek resepi yg tak taruk telur kt sini. Klau nk taruk telur pun apa salahnya mgunakan resepi yg sama. Takde sape nk marah pn. Enjoy...


SUP PETOLA
Sumber :
rinnchan

Bahan-bahan:
1 batang petola, dibuang kulit kerasnya dan dipotong ikut suka
1 packet fish balls
2 biji bawang merah, dimayang
1 biji bawang putih, dimayang
sedikit ikan bilis
sedikit serbuk lada putih
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan ikan bilis.
2. Masukkan serbuk lada putih dan tumis hingga naik bau. Masukkan fishball dan
tumis sehingga fishballs kembang dari saiz asal.
3. Masukkan petola dan kacau seketika sehingga petola agak layu.
4. Tuang air secukupnya. Perasa dgn sedikit garam dan gula.




Petola Tumis
Posted by
Kak Intan

BAHAN-BAHAN:
•1 biji petola
•2 tangkal cili merah
•2 ulas bawang merah
•400gm udang segar
•1 ulas bawang putih
•Garam serta serbuk perasa secukupnya
•Suhun

CARA MEMBUATNYA:
1.Petola dibuang kulit kerasnya serta dikikis sedikit kulit luarnya. Setelah itu dipotong bulat-bulat.
2.Cili merah, bawang merah dan bawang putih dimayang halus.
3.Udang dibersihkan serta dibuang kulitnya.
4.Rendamkan suhun dengan air sejuk seketika. Sementara itu rebus air di dalam periuk.
5.Masukkan bersama undang, bawang dan cili yang telah dimayang dan biarkan sehingga mendidih. Selepas itu masukkan petola dan tambahkan garam bersama serbuk perasa secukupnya.
6.Biar seketika tapi jangan terlalu lama. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.




SUP SAYUR PETOLA
Sumber :
resipidiana

Bahan-bahannya
1 batang sayur petola, dibersihkan kulitnya dan dipotong serong
1 kotak tahu lembut, dipotong ikut suka
1 ikat su’un, direndam
3 ekor udang, dibersihkan
1 biji bawang besar, dihiris halus
5 tangkai cili padi thailand, dihiris
air secukupnya
secukup bawang goreng
secukup daun sup
secukup garam
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis cili padi thailand dan juga bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan pula udang dan bila udang telah bertukar warna, masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.
3. Masukkan pula air dan bila kuah mendidih, masukkan sayur petola, tahu lembut, su’un dan bawang goreng. Biarkan 3 minit, masukkan daun sup dan padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Nota D: Sayur petola tidak boleh dimasak terlalu lama nanti dia terlalu lembik. Jadi bila kuah telah mendidih masukkan sayur tunggu sekejap dan padamkan apinya.


2 comments:

Anonymous said...

Sedap sup petola neh... ada plak bebola ikan tuh dok berenang renang... makan nasik pon laju jer kalo ade kuah nie...

ana said...

:)...sodap...


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).