- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, August 17, 2009

Nasi Daging

Bekalan utk hubby pg td; nasi daging. Biasa mcm tu la, nk gi banting jer dia suruh masak yg 'canggih' & byk2 sbb dia nk bawak bekal gi keje. Kuantiti tu mmg cukup utk sorang mkn utk lunch & dinner skali. Biasa la, duk jauh dr isteri, mcm org bujang la. Nk mkn kt kedai, kedai jauh. Nk tumpang mkn dgn budak2 keje, makanan tak menepati selera. Ye la, sayur memanjang. Hubby aku mn mkn sayur. Ari2 masak bening, lg la hubby aku tak bselera. Tp bila takde pilihan tu, kna gak la mkn. So sbb tu kna masak yg best2 utk dia sebagai bekalan. Aku follow resepi nabia sbb complete set.


NASI DAGING
Complete Set
NASI DAGING+DAGING REBUS+AIR ASAM+SUP SAYUR
Sumber :
nabia
Gambar : mamafami

Bahan Sup
Daging ~ elok seketul2 besar mcm kt kenduri tu..br presentable..but nabia prefer slice by slice.
Rempah kurma ~ satu peket kecik ADABI..dlm 25g ~ dibancuh dgn air sedikit n dikacau
1 biji Bawang besar + 2 ulas bwg putih ~ dihiris2/dikisar
1/2 inci Halia ~ dihiris/dikisar
1 Kayu Manis
1 Bunga Lawang
2 Buah Pelaga
Sebtg Serai ~ dititik hujungnya
Air

Cara
-Tumis bwg besar+putih+halia+[color=red]kayu manis+bunga lawang+pelaga sampai naik bau
-Masukkan rempah kurma n tumis hingga pecah minyak
-Masukkan air agak2 cukup utk tanak nasi+sup
-Masukkan daging+garam secukup rs+serai
-Masak daging sampai empuk. Tinggalkn bbrp daging utk nasi n selebihnya ditos sup td n ketepikan daging tu utk mkn cicah dgn air asam.

Bahan Nasi
Sup daging rebus td + daging rebus dlm 4, 5 keping
1/4 tin Susu cair ~ agak2 nasi lemak2 rsnya
Sehelai daun pandan
Beras dicuci n tos

Cara
-Ambil sup rebusan daging td n masukkan ke dalam beras yg dh cuci-agak2 nasi masak laa ye..x pandai nabia nk agak beras byk mana n air byk mana sbb memasing berlainan sukatan.Cara kg nabia..amik garfu n ukur beras dh cuci tinggi mana then agak2 ukuran isi sup td double dr sukatan tinggi beras..harap2 phm laa naa..
-Masukkan daun pandan n susu cair(ms nabia amik gambo tu lupa x letak lg susu so xde laa nampak berlemak..sketttt baik belum masak nasi..)

Bahan air asam- utk semangkuk kecil
sejemput asam jawa ~ agak2 kalau nk masam lagi letak byk lg..amik airnya sja tau.. ne tau pi lotak skali asam jawa lak kang..for those who don't know yaa...
1 s/k belacan yg dibakar sket
1 s/k kerisik
1/2 biji bwg besar dipotong dadu
1/2 biji tomato dipotong dadu
3/4 cili padi ~ dipotong kecil2
garam sbg syarat ja(sikit)
air masak

Cara
-Gunakan air masak sbb air asam nih xde dimasak2..so campur air masak dgn semua bahan dh dipotong.
-Campur dgn air asam.
-Masukkan belacan.Rasakan dgn garam +kerisik sket.Masukkan skali tomato.
PEHHHH SIAP!

Bahan Sup Sayur
Ambil lebihan sup td
Kentang dipotong 4
Carrot dipotong panjang2
Daun saleri dipotong serong

Cara
-Gunakan lebihan sup td
-Masukkan kentang + carrot-masak sampai empuk
-Masukkan saleri(terpulang laa nk letak sayur lain ke kn..).Masak sampai gelegak kuahnya n tutup api.




Nasi Daging
Sumber :
Kak Liza

Bahan-bahan
1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan beras bathmati....bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
5 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa

Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]

Cara Memasak
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendideh.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.
7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran dan Air Asam.




Nasi Daging
oleh:
salwahcm

Bahan-bahan ( 5 orang )
1 kilo beras Basmathi
1/2 kilo daging
1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
1 sudu besar rempah kurma
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Sedikit mentega/ minyak sapi
1/2 cawan tomato soup
1 cawan susu cair
sedikit garam

Cara-cara
1.Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
2.Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
3.Basuh beras dan toskan.
4.Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
5.Masukkan beras dan kacau sekejap.
6.Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
7.Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
8.Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.

2 comments:

blogresipi said...

Baru skali dpt makan nasi daging nie...sangat la sedap.. bile nak dpt mkn lagi tak tau ler..huhuhu

ana said...

mmg sedap...cuba skali, nak lg


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).