- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Saturday, July 19, 2008

Kek Batik Again

KEK BATIK JAWA
(Sumber: Maklang)

Bahan-bahannya
400g biskut Marie - patahkan 2 (biasa maklang guna 1 paket biskut marie)
4 telur (kurangkan jadi 2 biji pun boleh)
1 1/2 cwn gula putih (1/2 cwn tu masukkan brown sugar), kurangkan manis.
1 ketui butter
3/4 cwn koko powder
1/2 cwn freshmilk/air biasa

Cara
1. Telur + gula, pukul ngan whisker...put aside.
2. Cairkan butter didalam periuk kemudian masukkan koko dan gaul rata. Guna api yang kecil.
3. Tambah fresh milk dan masukkan telur dan gula tadi...kacau lagi.
4. Last sekali, masukkan biskut marie...gaul sampai kesemua biskut sebati.
5. Jgn biarkan biskut terlalu kembang.
6. Angkat dan tuang dlm loyang yg dialas dengan alu.foil supaya kek tu tak melekat...masuk lam fridge, dah keras baru potong menggunakan pisau tajam.

Nota : Kalau guna loyang cutter lagi bagus. Boleh masukkan bahan sampingan seperti walnut dan kismis jika mahu.


KEK BATIK MARIE VOUCHELLE - Furbycutee

bahan2:
1/3 drp butter 250 gram (1/3 drp 1 buku butter)
1/2 cawan serbuk cocoa
1 tin susu pekat (tin kecil)
1 paket biskut marie (patah2kan)
1/2 cawan kacang tanah (yg dah dibakar & diblend kasar)
bekas utk letak kek batik

cara2:
1. Cairkan butter dlm periuk, bila dah cair masukkan serbuk koko & kacau.
2. Kemudian baru masukkan susu, kalau dimasukkan susu dulu nanti ia berketul-ketul dan susah hancur. Kacau sehingga likat.
3. Bila dia mula menggelegak sedikit dan dah panas, tutupkan api dan terus masukkan biskut marie tadi. Jangan masukkan kesemua terus, takut nanti biskut terlebih byk dari koko, tak sedaplaa pulak. Gaulkan biskut tadi dengan campuran koko sehingga semua biskut disalut.
4. Kemudian masukkan dalam acuan atau tupperware dan tekankan dengan sudip kayu ke.. supaya ianya mampat dan ratakan. Taburkan lagi kacang atasnya,
5. Sejukkan dalam peti ais dan dah sejuk potong dan hidangkan

Note:
1. coklat mixture dia mmg melekat abis & bukan jenis yg lembik.
2. kalau potong, then tak abis mkn & biar pada room temperature pun dia still kukuh lagi.
3. kalau taknak guna kacang tanah bleh guna nestum or cornflakes yg dah dihancur2 kan.

Kek Batik

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )
* 1 bungkus (350g) biskut marie
* Setengah buku butter
* 2 biji telur
* 1 cwn serbuk koko
* 1/2 cwn milo
* 1 cwn air
* 3/4 cwn gula
* ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara
1. patah2kan biskut
2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

KEK BATIK
(Sumber : Chef Norzailina)

Bahan:
200gm mentega
410 gm (tin kecil) susu pekat
200gm serbuk minuman bercoklat (milo)
300gm biskut Marie, dipotong kecil

Cara membuatnya:
1. Cairkan mentega dalam periuk. Apabila semua mentega telah cair, masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga habis satu tin sambil dikacau perlahan tanpa berhenti.
2. Setelah mentega bercampur dengan susu masukkan milo sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati dan tutup api dapur. Masukkan biskut marie.
3. Gaul hingga rata semua biskut bersalut coklat.Jangan masak bahan tadi lebih dari 10 minit kerana coklat akan keras. Ratakan didalam loyang dan simpan didalam peti sejuk selama 1 1/2 jam sebelum dipotong mengikut suka.

KEK BATIK
(Sumber : Sudipkayu)

Bahan2:
20 keping biskut Marie ( aku guna rich tea biscuit)
1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan milo
2 sudu serbuk koko
2-3 sudu kcg tumbuk (kcg tanah yg disangai dan di kisar halus)
1/4 cawan mixed fruit

Cara2:
Pecahkan biskut marie kpd 4 bhgn.Ketepikan.Kemudian, masak mentega, gula & susu pekat. Bila mentega & gula dah cair, masukkan milo & serbuk koko. Gaul rata. Peringatan!! kena guna api perlahan spy x hangit. Kemudian masukkan kcg tumbuk,mixed fruit & masuk kan biskut marie yg dah dipecah2kan td. Gaul cepat2 sblm adunan mengeras. Bila dah rata, masukkan dlm loyang yg sudah digeris dgn mentega. Tekan2 dgn menggunakan senduk yg dah disalut plastik.Kemudian sejukkan...barulah buleh dipotong!

Kek Batik MJ

Bahan-bahan :
500g Biskut Marie
250g marjerin
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan Nestum
1/2 cawan air
5 biji telur
5 sudu koko
5 sudu milo

Cara-Cara :
1. Campur sumua bahan kecuali Biskut Marie dan kacau hingga sebati.
2. Panaskan di atas api hingga pekat dan berkilat.
3. Campurkan biskut Marie di dalam loyang dan ditekan-tekan hingga padat.

KEK BATIK F&N

Bahan-bahan
Susu Pekat Manis F&N - Setengah tin
Mentega - Setengah buku
Serbuk koko - 5 camca besar
Gula - 5 camca besar
Telur - 2 biji
Biskut marie - 500 gram
Air panas - 3 cawan

Cara membuat
- Mula-mula panaskan mentega
- Sambil itu gula, serbuk koko dan Susu Pekat Manis F&N dibancuh bersama air panas
- Masukkan campuran tersebut bersama mentega yang telah panas
- Bila dah mendidih masukkan telur dan kacau dengan laju
- Kemudian masukkan pula biskut marie yang telah dipatahkan
- Setelah masak masukkan ke dalam loyang yang dilapik plastik
- Tekan hingga rapat dan sejukkan selama ½ jam....dah siap!

PUDING BATIK
(Sumber : Cik Comel)

Bahan-Bahannya:
600 gm biskut marie (pecahkan 4)
250 gm mentega
5 sudu besar koko
5 sudu besar milo
1 cawan gula
½ tin susu pekat
1 camca kecil esen vanila
5 biji telur (pukul sampai kembang)
1 cawan air

Cara Menyediakannya:
1. Kesemua bahan-bahan di atas (kecuali biskut) dicampurkan,masukkan ke dalam periuk & dikacau selalu.
2. Kecilkan api sedikit, kacau lagi sampai pekat. Kemudian bila sudah masak, tuangkan ke dalam bekas yang sebelumnya diatur biskut marie di dasarnya.
3. Tekan-tekankan adunan agar bahan-bahan tersebut mampat & biarkan seketika.

Kek Batik Sarawak

Bahan-bahan ( untuk 3 loaf tin )
•1/2 cawan serbuk koko
•1 cawan milo
•1 suduteh serbuk kopi
•1 cawan air panas
•1 tin susu pekat manis
•1 tin susu sejat (bukan susu cair)
•250g mentega
•1 1/2 paket biskut Marie (berperisa biasa atau kopi atau kedua-duanya sekali)
•1 1/2 cawan nestum

Cara-cara
1. Cairkan mentega dalam periuk. Jangan biarkannya bertukar warna ke coklat atau terbakar. Padamkan api.
2. Masukkan serbuk koko, milo, kopi, air panas, susu pekat manis dan susu sejat. Gaul sehingga sebati.
3. Campurkan nestum dan buka api sehingga ia mendidih.
4. Biarkan ia menyejuk. Sementara itu, patah-patahkan biskut marie menjadi kepingan besar.
5. Masukkan biskut marie ke dlm campuran di atas dan gaul. Tapi jangan terlalu kuat sampai biskut tu pecah-pecah.
6. Lapik tin dengan plastic (clingfilm) dan masukkan campuran tadi kedalamnya. Mampatkan dengan sudu.
7. Letakkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama beberapa jam. Lagi lama lagi bagus. Setelah ia mengeras, potong dan hidangkan

Kek Batik

Bahan-Bahannya:-
4 biji telur
1 ketul butter
1 cawan gula
1 kati biskut merie (600 gram) – patah empat
½ cawan milo
½ cawan koko powder
1 mug air

Caranya:-
1. Pukul butter, telur dan gula
2. Masukkan milo dan serbuk koko, kacau hingga rata
3. Masukkan air, gaul hingga rata
4. Masukkan ke dalam kuali/ periuk – masak dengan api perlahan
5. Setelah mendidih dan agak pekat, masukkan biskut marrie yang dipatah 4. Gaul rata
6. Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastic, tekan hingga padat
7. Sejukkan dan potong.

Kek Batik Simple

Bahan-Bahan :
200gm mentega
1 tin susu manis (tin kecil)
200gm milo atau ovaltine
300gm biskut Marie (patah-patahkan)

Cara2 :
1. Cairkan mentega dalam periuk. Apabila semua mentega telah cair, masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga habis satu tin sambil dikacau perlahan tanpa berhenti. Setelah mentega bercampur dengan susu tadi sebati masukkan milo sedikit demi sedikit. Kacau hingga semuanya sebati. Tutup api dapur dan masukkan biskut marie.
2. Gaul hingga rata semua biskut bersalut coklat. Jangan masak bahan tadi lebih dari 10 minit kerana coklat akan keras.
3. Ratakan didalam loyang dan simpan didalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dipotong mengikut suka.

KEK BATIK

Bahan-bahan
Buttercup 1 ketul
Susu 1 tin
Telur 2 biji
Milo 1 paket (RM3.20 tuh.. yang paling kecik)
Biskut Merry-warna orange 600gram (patahkan dua je)
Kacang Kisar yang halus tu (ikut suka nak banyak mana .. ni optional)

Cara-cara
1. Panaskan buttercup sampai cair + wangi atas dapur.
2. Masukkan susu 1 tin, kacau hingga sebati.
3. Masukkan telur (yang telah dipukul kembang)
4. Bila dah sebati, masukkan milo & kacang kisar tu - kacau sampai sebati.
5. Masukkan biskut Merry yang dah dipatah 2 tu dan kacau rata.
6. Terus masukkan ke dalam loyang/bekas korang.
7. Mampatkan semua bahan tu dalam bekas/loyang korang tu.
8. Masukkan dalam peti ais - bahagian beku tu.

Kek Batik Jawa
From: "Azila bt. Mohd Khalid" azila@lth.gov.my

Bahan2:
450 gm biskut marrie (patah 2 atau 3)
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
2 ct serbuk Nescaffe
1 buku (250 gm) mentega
1 tin kecil susu pekat
4 biji telur
3 cawan air mendidih
1 ct esen vanilla
*Boleh tambah bahan lain jika suka i.e: kacang, raisins, berry etc.

Cara:
1. Panaskan air dalam kuali hingga mendidih, padamkan api dapur.
2. Masukkan susu, koko, milo & Nescaffe. Hidupkan api perlahan, sambil kacau. Setelah sebati, padamkan api.
3. Kacau telur dalam bekas lain, 1 persatu. Setelah bahan di kuali kurang panas, masukkan bancuhan telur, mentega, & hidupkan api perlahan. Kacau hingga sebati.
4. Setelah betul-betul pekat, masukkan Biskut Marrie yang sudah dipatah 2 atau 3. Kacau rata & tutup api.
5. Alaskan acuan dengan plastik/kertas minyak/aluminium foil & tuangkan adunan sambil menekannya hingga padat.
6. Sejukkan ke dalam peti ais sebelum di potong.

kek batik
From: liza haslizaa@tm.net.my

Bahan-bahan:
6 biji telur
1 tin susu pekat
2 tin susu air suam
5 sudu makan serbuk koko
1 cawan Milo
1 buku buttercup
1 bungkus biskut marie (3 baris)

Cara membuat:
1. Pukul telur sehingga kembang. Bancuh susu pekat, koko dan milo dengan 2 tin susu air suam.
2. Masukkan bancuhan susu, koko dan milo tadi kedalam kuali dan kacau hingga sebati.
3. Perlahankan api dan masukkan telur yang telah dipukul tadi dan kacau lagi hingga pekat.
4. Masukkan buttercup dan kacau hingga bahan kelihatan berkilat (tanda ia telah masak). Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan kedalam bahan serta dikacau perlahan-lahan supaya ia sebati tetapi biskut tidak hancur.
5. Bila biskut telah lembut, tuang kedalam loyang dan ditekan perlahan2 supaya bahan menjadi padat. Sejukkan bahan sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.

Kek Batik Azura

Bahan-Bahan:
2 paket biskut marie (patah-patahkan)
1 cawan milo
1 cawan koko
1 ¾ cawan gula
1 buku butter
5 biji telur
½ cawan air

Cara:
1. patah-tahkan biskut marie ke dalam 1 mangkuk besar.
2. masukkan milo, koko, gula, butter, 5 biji telur dan 1/2 cawan air ke dalam periuk. kacau hingga sebati. kemudian, didihkan di atas api. lebih baik jika dididihkan dengan cara double boiling supaya coklat tidak cepat hangit.
3. setelah mendidih, tuang coklat ke dalam mangkuk yang berisi biskut marie. gaul coklat dan biskut marie hingga rata.
4. akhir sekali, masukkan biskut yg digaul rata bersama coklat ke dalam loyang. hempap2kan biskut itu sehingga mampat didalam loyang.
5. setelah mampat, biarkan kek sejuk di dalam peti sejuk selama 1 jam. akhir sekali, kek batik boleh lah dipotong dan di hidang.

Kek Batik Merdeka
(Sumber : Mariah)

Bahan-Bahan:
200gm mentega
1 tin susu manis (tin kecil)
200gm milo
300gm biskut Marie (patah-patahkan)
50gm kacang tanah (goreng tanpa minyak dan buang kulit. Kisar kasar.)

Cara:
1. Cairkan mentega dalam periuk. Apabila semua mentega telah cair, masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga habis satu tin sambil dikacau perlahan tanpa berhenti.
2. Setelah mentega bercampur dengan susu masukkan milo sedikit demi sedikit. Kacau hingga semuanya sebati dan masukkan kacang. Tutup api dapur dan masukkan biskut marie.
3. Gaul hingga rata semua biskut bersalut coklat.Jangan masak bahan tadi lebih dari 10 minit kerana coklat akan keras. Ratakan didalam loyang dan simpan didalam peti sejuk selama 1 1/2 jam sebelum dipotong mengikut suka.

2 comments:

cafiena said...

OMG, i love you!

i was searching for recipe as i disagree with my aunt who ruined my kek batik with too much biskut marrie. anyway, thank you and what a great blog you have!

ana said...

thanks for the compliment...


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).