- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Thursday, July 2, 2009

Acar Buah

Ni mmy fave aku. First time makan ni masa belajar kt kedah dulu. Member aku yg bawak. Tiap kali dia balik cuti semester, msti dia bawak acar ni. Klau tak pn, kitaorg siap kirim kt dia. Siap letak dlm botol nescaffe besar lg. Bila time makan nasi, dia pn bawa keluar acar dia tu. Berebut2 kitaorg yg tak pernah mkn ni. Tp kna catu since yg nk mkn ramai tp bendanya ckit jer. Masa tu mmg tak prnh mkn acar ni sbb aku tak prnh nmpak mknan ni kt tpt aku. Member aku ckp makanan org jawa since dia org jawa dr klang. Kebetulan mak dia tu mak andam, bapak dia sewakan peralatan perkahwinan. Bila ada majlis kawin, msti ada org order acar buah ni dr mak dia untuk lauk pengantin. Mmg sedap. Rindu plak acar buah mak member aku tu.


ACAR BUAH
Sumber : Kak Liza


Bahan
500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil]
sedikit cili api jeruk [jika suka]
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut]
jeruk limau

Bahan Mesin Halus
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]

500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.




Acar Buah
Sumber: Pn Puti Maizura
Gambar :
My Kitchen Snippets

Bahan-bahan:
20 ulas bawang merah, belah 4
10 ulas bawang putih, belah 4
3 inci halia, hiris halus
10 tangkai cili kering, direbus dan kisar
1 cawan prune, potong 2 jika suka
1 cawan kismis hitam (raisins)
1 cawan sultanas
½ cawan aprikot kering - dihiris
½ cawan asam boi (jika suka)
½ cawan buah pala (dihiris)
½ peket serbuk kari daging Adabi
1 batang kayu manis
3 sudu makan cuka /air asam jawa
1 cawan gula merah
sedikit garam
3 sudu makan minyak masak
1 cawan air

Cara-cara:
1. Panaskan periuk, didihkan secawan air dan masukkan cuka (atau air asam jawa), gula dan garam.
2. Bila mendidih, masukkan bawang merah. Ketepikan.
3. Pijarkan minyak di dalam periuk yang agak dalam. Api perlahan.
4. Tumiskan halia, bawang putih dan kayu manis.
5. Masukkan rempah kari & cili kering dan goreng sehingga agak garing. 6. Masukkan kurma yang sudah dikisar. Gaul sebati.
7. Masukkan aprikot dan buah pala. Biar hingga lembut.
8. Masukkan bawang yang sudah dijeruk bersama air jeruknya sekali. 9. Masukkan buah-buahan lain dan gaul rata. Sesuaikan rasa gula dan garamnya.

Nota: Boleh juga gunakan buah-buah lain seperti limau jeruk, rambai dan jambu batu kering.




Acar Buah
Sumber: Jelita November 1987
Bahan-Bahan:
500 gm buah-buah jeruk limau, pala & sebagainya kismis, prun
15 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah
3 cm halia (dimayang)
15-20 biji cili kering
30 sen cili padi, direndam dalam cuka 2 hari
½ cawan cuka
Sedikit gula
Garam
Minyak untuk menumis

Cara:
Cili dibuang biji & digiling. Panaskan periuk & tumis minyak. Masukkan cili, kacau sampai wangi. Masukkan cuka, gula, garam & kacau rata. Masukkan bawang putih, bawang merah & halia sambil dikacau. Akhir sekali masukkan semua buah-buahan & kacau sampai rata. Bila elok masaknya, angkat & sejukkan.




Acar Buah
Source :
mynewstep
Ingredients:
5 limes (preserved) } diced
10 cloves garlic
10 nos small onion
4 inch of ginger } sliced
3 grams of dried grapes } diced
4 grams of dates } diced
3 grams of prunes } diced
30 nos dried chillies
2 grams of lobak masin (preserved carrots) } diced
1/2 bottle of rice vinegar
Sugar and salt to taste
2 tbsp cooking oil

Methods :
1. Fried dried chillies till crispy and pound the chillies to make chili powder.
2. Blanch onion, garlic, ginger and lobak masin in boiling water for about 30 second to 1 minute. Then, transfer with a large slotted spoon to a bowl of ice and cold water to stop cooking. Lift out everything with slotted spoon and drain in a colander. Transfer to paper towels and pat dry.
3. Bring vinegar, sugar and salt to a boil in a small saucepan, stirring until sugar is dissolved then add lobak masin, small onions, garlics, ginger and all preserved foods. Leave to cook for about few minutes.
4. In another pot, fried chili powder with cooking oil until fragrant.
5. Then, add in all ingredients and mix together.
6. Leave to cool before served.




Acar Buah-buahan
Sumber : mak lang

Bahan-bahannya
4 biji limau nipis/kasturi jeruk
10 biji belimbing buluh jeruk
20 biji cermai jeruk
5 biji mangga muda jeruk
1 cawan kismis
5 biji buah pala jeruk
1 mangkuk kecil halia jeruk
10 biji prune
250gm buah asam boi – warna merah
5 biji buah bidara jeruk
20 biji bawang merah, biar sebiji-sebiji
5 biji bawang putih, biar sebiji-sebiji
sedikit bijan goreng
1/2 botol kecil cuka putih
2 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan cili kering yang telah siap dikisar
2 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
sedikit bijan goreng
5 biji bawang merah dihiris
3 biji bawang putih, dihiris
1 cawan minyak untuk menumis

Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang hiris hingga wangi. kemudian masukkan cili kisar. Bila cili garing, masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
2. Bila telah wangi, masukkan gula dan cuka. bila gula telah larut dan pekat, masukkan buah-buahan serta bawang. Masaklah hingga pekat dan agak kering.
3. Akhir sekali, masukkan bijan goreng. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
ps : Acar tahan disimpan selama dua minggu.




Acar Buah
Sumber: Majalah Saji Mei 1998

Bahan-Bahan:
600 gm buah-buahan jeruk (asam boi, prun, aprikot dan ceri)
2 sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
4 cm halia
1 tin kecil tomato puri
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar gula
2 sudu besar cuka
½ cawan minyak untuk menumis

Cara:
Bawang putih dan bawang besar serta halia dikisar halus. Panaskan minyak, tumis cili kisar dan bawang putih, bawang besar dan halia yang telah dikisar tadi hingga garing. Kemudian masukkan tomato puri, rempah kari, gula, garam dan cuka. Biarkan mendidih dan masukkan buah-buahan jeruk. Kacau rata dan bolehlah diangkat.




Acar Buah-Buahan
Sumber :
fifi fad

Bahan :
25 biji cabai kering
300g buah kurma
300g kismis [150g kismis kuning + 150g kismis hitam]
100g jeruk kulit limau
150g ceri hijau
150g ceri merah
150g buah prune
150g buah aprikot
200g bijan
1 cawan cuka makan
1 1/2 cawan gula kasar
150g halia - dimayang
150g b.merah - dibelah 2
150g b.putih - dibelah 2
2 biji epal hijau - dicelur, tak perlu dibuang kulitnya
1 1/2 cawan minyak masak
1 cawan air.

Metod:
1. Bijan digoreng tanpa minyak. Ketepikan.
2. Cabai kering digoreng tanpa minyak di dlm api slow, hati-hati jgn sampai hangit. Dah naik bau, gunting serong2x dan rendam dlm air panas. Blend cabai kering.
3. Tumis cabai kering yg dah diblend. Masak lama2x [20-30 mins]. Kalau kering, tambah air skit.
4. Dah garing dan pecah minyak, + tambah 1 cawan air + cuka + garam + gula.
5. Masuk semua buah kecuali epal hijau. Kacau-kacau. Dah mendidih [kalau rasa kering, tambah skit air lagi], + epal hijau yg dah dicelur.
6. Tutup api dan biar acar sejuk.
7. Tabur bijan goreng.
8. Celur b.merah + b.putih + halia. Angkat dan toskan. Dah sejuk dan kering airnya; tabur semua dalam acar buah.




Acar Buah-Buahan
Sumber: Restoran Seri Melayu

Bahan A:
10 g biji gajus
10 g cermai jeruk
10 g anggur jeruk
10 g kismis
2 biji timun, dihiris
2 biji lobak merah, dihiris
Sedikit lobak masin, dicincang

Bahan B:
150 g halia, dihiris
10 biji bawang kecil, dibelah dua
6 biji bawang putih, dibelah dua
4 biji cili merah, buang biji dan dipotong
4 biji cili hijau, buang biji dan dipotong
1 camca tehl serbuk kunyit
Garam dan gula pasir secukup rasa

Bahan C:
5 camca besar minyak masak
1/2 cawan cuka, disatukan dengan 1/4 cawan air dan 1 camca teh gula
1 camca teh biji sawi digoreng tanpa minyak
4 biji bawang kecil, dihiris
20 tangkai cili kering
3 cm kunyit hidup

Cara membuatnya:
1. Masukkan bahan A dan bahan B ke dalam mangkuk, gaulkan sehingga sebati. Perapkan sejam kemudian sejat.
2. Bahan C, panaskan minyak masak di dalam kuali, tumiskan bawang kecil dan bahan yang dikisar sehingga garing.
3. Kemudian masukkan campuran cuka dan didihkan selama tiga minit.
4. Seterusnya masukkan campuran bahan A dan B, kacau sehingga rata.




Acar Buah-buahan
Sumber :
babybatriesyia

Bahan-bahan
Pelbagai jenis asam boi (anggaran 500 gm berat)
(asam direndam sekejap dengan air panas dan ditoskan)
Halia dihiris halus
Bawang merah - dibelah dua
Bawang putih - dibelah dua

Bahan Tumis
Halis dihiris halus
Bawang merah dihiris halus
Bawang putih dihiris halus

* Digoreng tanpa minyak dan dikisar kering, campurkan air panas utk dijadikan pes
Sedikit jintan manis
Sedikit lada hitam
Lada Kering secukupnya

Sedikit Serbuk Lada (jadikan pes)

1/3 botol cuka
Gula secukupnya
Minyak secukupnya

30 gm kismis hitam - dikisar halus jadikan pes
6 biji badam - dikisar halus jadikan pes

Cara-cara
Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian masukkan serbuk lada yg dijadikan pes tadi. Tumis sebentar. Kemudian masukkan bahan yg dikisar tadi dan tumis lagi hingga naik bau. Masukkan cuka, gula (rasa dulu jika tak cukup cuka/gula). Masukkan semua asam tadi bersama kismis hitam dan badam yg telah dijadikan pes. Biar ia mereneh sebentar. Boleh dibiarkan berkuah atau boleh masak hingga ia kering.




ACAR BUAH-BUAHAN SERIMAS
Gambar :
daftarwarisan.gov.my

Bahan-bahan: -
15 biji cili kering
4 biji cili merah
2 labu bawang besar
1 sudu besar rempah kari daging
1/2 cawan minyak Serimas
1 cawan cuka epal
1 cawan gula pasir
6 biji tomato merah
150 gm halia muda
2 biji epal hijau
60 gm aprikot kering
100 gm lobak asin
Sedikit bijan digoreng tanpa minyak

Cara Menyediakan Acar: -
1. Mesin cili merah bersama cili kering.
2. Campurkan rempah kari daging dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak Serimas.
4. Tumis bawang besar sehingga layu.
5. Masukkan cili yang dimesin dan rempah kari daging yang dicampur dengan air. Biar hingga pecah minyak.
6. Masukkan sedikit air dan kacau.
7. Bubuh cuka dan kacau.
8. Masukkan lobak asin, epal dan buah aprikot kering.
9. Masukkan tomato yang dipotong dadu dan tutup.
10. Selepas itu masukkan gula, garam dan halia.
11. Akhir sekali letakkan bijan.




Acar Buah-buahan
Author:
NORAINI ZAKARIA

Bahan-bahan :

(A) -cili kisar:
10 tangkai cili kering,direndam air panas
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
- Semua bahan dikisar hingga halus

(B)
500 gm buah-buahan jeruk (khas buat acar buah)
1/2 cawan minyak masak
1/3 cawan gula
3 sudu makan cuka
2 sudu besar serbuk kari
1/3 cawan puri tomato
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
garam secukupnya
1/4 cawan bijan, telah digoreng kering

Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis hingga naik bau wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan puri tomato, serbuk kari, cuka, gula dan garam.Tumis lagi hingga masak.
4. Masukkan buah-buahan jeruk yang telah dibasuh dan bijan.Gaul sebati dan masak sebentar.
5. Angkat dan sejukkan.

Tip : Basuh buah jeruk ini dibawah air paip untuk menghilangkan asid yang berlebihan. Untuk lebih tahan lama, simpan dalam peti sejuk.




ACAR BUAH
Sumber : Restoren Pak Amir
Gambar :
Kama

Bahan-bahan
1 cawan minyak masak
1 cawan cili kisar (ciliboh tak syok)
1 cawan cuka
1 cawan gula

Bahan A
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
2 inci kulit kayu manis

Bahan B
1 cawan bawang merah yang belum dipotong
1/2 cawan bawang putih yang belum kupas
1 inci halia

Bahan C
6 cawan buah-buah jeruk, advise guna
1 cwn buah plum tanpa biji dipotong 6 setiap satu
1 cwn buah mangga jeruk tanpa kulit dipotong 1 cm
1 cawan buah kismis
1 cwn buah limau jeruk yg warna kuning atau merah dipotong dua
1 cawan buah ara jeruk (ye ke nama dia tu? yang bulat-bulat warna kuning)
1 cawan buah apa saja ikut suka

Cara
1. Bahan A disangar (goreng tanpa minyak) kemudian ditumbuk halus
2. Bahan B kupas kemudian potong kecil-kecil senang nak blend. Blend sekali A dan B.
3. Tumislah apa yang patut.
4. Masukkan air 1 cawan kedalam blender kemudian buang dalam kuali.
5. Masukkan bahan-bahan apa yang patut kemudian bila semuanya dah menggelegak akhir sekali masukkan buah.
6. Bila menggelegak sekali, padamkan api.




Acar buah-buahan
Sumber: Keluarga - Masakan dan Kuih Traditional Malaysia
Gambar :
ummihumaira

Bahan-Bahan:
1 bungkus kecil buah kana
1 bungkus buah asam manis
1 bungkus buah asam bulat
1 bungkus buah asam kuning
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sm halia
½ mangkuk kecil cili boh
1 sudu makan cuka
1 sudu teh gula merah
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Cara:
Halia dihiris, semua buah-buah asam dibasuh dan toskan airnya. Bawang merah dan bawang putih dikupas kulitnya dan dipotong kecil-kecil. Pijarkan minyak dalam periuk setelah itu tumiskan halia, cili boh, bawang merah, bawang putih, gula dan cuka sambil dikacu hingga rata. Akhir sekali masukkan buah-buahan kering, garam, gula merah dan serbuk perasa secukup rasa. Bila telah kering bolehlah diangkat.




ACAR BUAH
Sumber : Alaf21

Bahan-bahan
1 cawan minyak
1 cawan cili kisar*
1 cawan cuka
1 cawan gula pasir
1 cawan air
sedikit garam

Bahan Kisar
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm halia
1 cm kunyit

Rempah
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
2 batang kulit kayu manis

Buah-buahan
1 cawan buah plum tanpa biji dipotong 6
1 cawan buah mangga jeruk tanpa kulit dipotong 1 cm
1 cawan buah kismis
1 cawan limau jeruk yang warna kuning/merah dipotong dua
1 cawan buah ara jeruk (yang bulat-bulat warnakuning)
½ cawan jeruk cermai (atau pilihan lain)
½ cawan kurma, jika suka, dibelah 2

Cara
1. Goreng rempah tanpa minyak kemudian ditumbuk halus.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili hingga terbit bau.
3. Masukkan rempah, kacau hingga wangi.
4. Kemudian bubuh cuka, gula pasir dan air. Bila mendidih, masukkan pula buah-buahan.
5. Tambah sedikit garam (jika perlu). Kacau selalu hingga acar pekat dan berminyak.

* Gunakan cili kering yg digunting serong, dibuang biji dan direndam di dalam air panas hingga lembut sebelum dikisar halus. Kurangkan cili jika tidak suka terlalu pedas.




ACAR BUAH
Sumber Alaf 21
Gambar :
mamasya

Bahan
100 gm bagi setiap jenis buah [kismis, kurma,kurma merah. jeruk limau nipis,jeruk belimbing buluh,jeruk mangga,bawang merah dikupas, cili merah(belah &buang biji) ,cili hijau (belah &buang biji)-900 gm semuanya
(saya guna 700 gm campuran -kurma,dried cherry apple,manisan strawberry,raisin hijau,cili jeruk,lobal masin,buah limau kasturi dan bawang merah)-potong kecil kecuali bawang merah.
50 ml minyak- tambah lagi 100ml
3 sb gula pasir-lebihkan biar manis sikit
500ml kecil cuka- guna 350 ml
garam secukup rasa

Bahan A Dikisar
75 gm rempah ikan
5 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan2 yg tambah sendiri
*4 sudu besar lada kering yg telah dikisar
*bijan digoreng tanpa minyak

Cara:
1. Bersih buah2an dan toskan. Kemudian jemur selama 2 jam.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A dan lada kering sehingga berbau.Masukkan cuka,gula pasir dan kacau rata.
2. Apabila mendidih,tambahkan garam secukup rasa,bawang merah,cili dan buah-buahan.
3. Kacau hingga pekat dan mendidih.
4. Sejukkan sebelum dipotong taburkan bijan sebelum makan




Acar Buah
Sumber : Zuraida

Bahan-bahan
10 biji limau jeruk
25 biji belimbing buluh jeruk
1/2 cawan buah kana merah
1/2 cawan buah kana hijau
1/2 cawan buah melaka jeruk
1/2 cawan buah cermai jeruk
1/2 cawan buah pala jeruk
10 biji buah kurma
1 cawan kurma cina
1 cawan kismis
1 cawan lobak masin, potong 1cm
15 ulas bawang merah, buang kulit dan belah dua
15 ulas bawang putih, buang kulit dan belah dua
5cm halia, dimayang
5 tangkai cili merah dan 5 tangkai cili hijau, belah dua, buang biji dan dihiris memanjang
1 sdb jintan manis, disangai dan dikisar halus
15 tangkai cili kering, digoreng dengan minyak dan dikisar halus
5cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sdk biji sawi
1 sdk kapur sirih
1 botol cuka
5 sdb gula perang
3 sdb bijan, disangai
4 sdb kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
Garam, gula putih dan serbuk perasa secukupnya.
1 cawan minyak masak

Bahan kisar:
8 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
5cm halia

Cara Membuat
1) Bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan cili hijau direndam dengan air kapur selama setengah jam kemudian dibilas dengan air bersih dan dituskan.
2) Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar dan juga kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, biji sawi dan buah pelaga. Kacau hingga naik baunya.
3) Masukkan cili kering dan jintan manis yang dikisar. Kacau dan biarkan hingga garing.
4) Masukkan cuka, gula perang, gula putih dan garam. Kacau hingga rata.
5) Masukkan buah-buahan jeruk, bahan-bahan yang direndam dengan air kapur tadi, Lobak masin kedua-dua jenis kurma dan kismis. Kacau sebentar dan angkat.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).