- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, July 5, 2009

Lompat Tikam Versi Kelantan

Dh byk ari tekak ni terasa nk mkn benda2 yg manis tp malas nk buat. Tp ari ni keinginan tu mmg tak bleg ditahan2 smpai kadang2 mganggu fikiran, chewah. Takde la smpai mcm tu tp tiba2 jer air liur rasa manis. So selongkar almari brg, nsib baik jupe apa yg aku cari; tepung beras & gula melaka. Aku nk buat kuih lompat tikam. Lemak & manis. & yg pasti senang & cepat. Hubby ada kt umah, so rajin la ckit aku nk godak kuih tu dlm kuali. Nk buat utk sorang mkn mcm alang2 jer.
Tnpa sape2 ajar, sejak duk kl, aku jd expert buat kuih ni sdgkn masa duk kg dulu cuma tengok my mom buat. Tu pn bleh dibilang dgn jari. Biasa klau nk mkn, beli jer kt pasar bt 6 @ pasar manir. Senang citer.
Ari ni aku nk buat lompat tikam versi kelantan. Tentu ada yg tertanya ada versi2 plak ke? Jgn tak tau. Yg mbezakan versi kelantan dgn tpt2 lain ialah kt kelantan diaorg tambah pulut yg diwarnakn merah utk dimakan bsama lompat tikam yg biasa kita mkn tu. Tu jer. Yg lain2 sama jer.


Lompat tikam kelantan
oleh: umi_e

Bahan-bahan ( satu keluarga (4-6orang) )

A: Tepung hijau
250gm tepung beras
700ml santan cair
secubit kapur sirih (campur dalam santan cair)
secubit garam
sedikit pandan paste/pewarna hijau

B: Santan pekat
1500ml santan pekat
80gm tepung beras (untuk pekatkan santan)
secubit garam

C: Pulut merah
1 cawan pulut
1 cawan santan cair
sedikit pewarna merah

D: Air gula
300gm gula melaka
3 cawan air
sehelai daun pandan

Cara-cara
1. Campur kesemua bahan A dan tapis
2. Masak atas api hingga pekat
3. Umie masuk dalam microwave tapi kena sentiasa dikacau setiap 2mins)
4. Campur kesemua bahan B dan buat serupa dengan A (adunan B lebih cair dan lembut berbanding dengan A) >>> (umie masuk microwave je - cepat)
5. Cuci beras pulut kemudian masak dengan air dan sedikit pewarna merah (umie masuk microwave je - cepat)
6. Masak gula melaka bersama air hingga cair dan mendidih. Kemudian tapis.
7. Setelah semuanya siap, ambil serba sedikit setiap dari nya dan curahkan air gula secukupnya :)




Lompat Tikam
Sumber :
fammarisna

Bahan-bahan:

Lapisan Hijau:
2 cawan tepung beras
6 cawan air
3 helai daun pandan (ambil pati)
Sedikit Garam

Cara Membuat Lapisan Hijau
1. Bancuh tepung beras, air, air pandan dan sedikit garam.
2. Kemudian masakkan dan kacau sehingga pekat.
3. Angkat dan sejukkan.

Santan:
1/2 biji kelapa (ambil 2 cawan santan)
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam

Cara Membuat Santan
1. Bancuh santan, tepung beras dan garam.
2. Kacau atas api hingga pekat. Angkat dan sejukkan.

Gula:
3 keping gula melaka dicairkan

Pulut:
1 cawan beras pulut ditanak/dikukus
Pewarna merah

Nota:
Pulut sepatutnya warna merah but, since i've no red colouring...yellow will do.




Lompat Tikam
Source : tourism.terengganu

Ingredients:
3 small rice flour bag
5 cup water
3 cup coconut milk
3 gula melaka
1 cup sugar
3 pandan leaf
1 spoon salt
1 spoon of edible chalk (kapur makan)

Additional:
3 cup glutious rice
1 tablespoon red colouring
1 cup coconut milk

Method:
1. Put rice flour, water, pandan leaf and chalk together into wok and knead until integrated.
2. Cook the mixture on small flames and stir til cooked.
3. Dish out and leave to cold.
4. Put coconut milk, rice flour and water in another bowl and leave to cold.
5. Toss and cook the immersed glutious rice until cooked.

Option:
Put glutinous rice in your pleasure's container and pour some sweets on it.




KUIH LOMPAT TIKAM
Sumber :
Anne
Gambar :
dsnbuluh

Bahan-Bahan:

Kuah Sira
1 cawan gula merah
1 cawan gula
2 cawan air
1 helai daun pandan (disimpul)

Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
3 cawan santan cair
½ cawan jus pandan
Sedikit pewarna hijau
1 sudu teh air kapur
½ sudu teh garam

Lapisan Putih
1 ½ cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
4 cawan santan pekat
1 sudu teh garam

Pulut Merah
2 cawan beras pulut
1 paket santan debu (bancuh dengan air)
Sedikit garam
Pewarna merah

Cara-cara Membuat:

Untuk Kuah/Sira
1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
2. Tapis dan ketepikan.

Untuk Lapisan Hijau
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang. Panaskan loyang diatas api sebentar.
2. Gaulkan sebati semua bahan dan tapis.
3. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit.

Untuk Lapisan Putih
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Kukus selama 15 minit.
3. Sejukkan dan boleh disediakan untuk hidangan
4. Anda boleh buat pekat, cair atau macam Mama Anne buat, sederhana pekat

Untuk Pulut Merah
1. Masukkan beras pulut, santan, sedikit pewarna merah dan garam ke dalam loyang dan kukus selama ½ jam.

Cara-cara Nak Makan Kuih Lompat Tikam
1. Potong sedikit lapisan hijau, curahkan lapisan putih & letakkan bersama dengan sesenduk pulut merah yang telah masak tadi ke dalam satu bekas/pinggan.
2. Curahkan kuah atau sira tadi ke atas bahan-bahan tadi




Lompat Tikam
Sumber asal: Saji Jun 2006 dari Fp Rahaniss
Kiriman : mamasya

Bahan 1 - lapisan hijau
125gm tepung beras
112 ml air daun pandan
625ml air
1 sudu besar air kapur

Caranya
Satukan kesemua bahan diatas, kacau diatas api sehingga pekat dan berkilat. Tuang kedalam loyang dan ketepikan.

Bahan 2 - Kepala santan
500ml santan
2 sudu besar tepung beras
garam
daun pandan

Caranya
Campurkan kesemua bahan dan kacau atas api sehingga mendidih dan pekat, ketepikan.

Bahan 3 - Pulut merah
250gm beras pulut
air dan pewarna merah

caranya
Tanak pulut, air dan pewarna merah sehingga masak seperti memasak nasi biasa.

Bahan 4 - sirap gula
Gula melaka + air , dimasak hingga mendidih.

Cara nak makan...lebih kurang camni lah, masukkan bahan hijau, pulut dan siramkan dengan kepala santan dan air gula melaka tadi...siap untuk dimakan.




KUIH LOMPAT TIKAM
From: noraini [ noraini@antara1.po.my ]

Adunan A
1 mangkuk tepung beras + ½ mangkuk air + sedikit air kapur sirih
2½ mangkuk air daun pandan

Cara Menyediakannya
1. Didihkan air daun pandan. Masukkan tepung yang telah dibancuh dengan air dan kapur sirih tadi perlahan-lahan sambil dikacau tanpa henti. Gunakan api sederhana. Teruskan mengacau hingga pekat dan berkilat.
2. Untuk memastikan tepung benar-benar telah masak, aduan yang dikacau tidak akan melekat pada tepi kuali dan rupanya berkilat. Jika dititiskan sedikit ke dalam air, ianya akan membeku.
3. Kemudian tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan. Lepas itu bolehlah dihidangkan dengan adunan B, C dan D.

Adunan B
Santan pekat satu biji kelapa
1 senduk tepung beras
secubit garam

Cara Membuatnya
1. Satukan santan dengan tepung beras dan secubit garam.
2. Kemudian kacau atas api sederhana hingga pekat, tapi jangan sampai pecah minyak. Jika suka lebih pekat, tambahkan tepung.

Bahan C
Air gula melaka - manisnya terpulang kepada individu

Bahan D - pulut merah (jika suka)
2 cawan beras pulut, dibasuh dan direndam 4 jam bersama sedikit pewarna merah
1 cawan santan pekat dan secubit garam.

Cara Menyediakannya
Campurkan pulut dengan santan dan secubit garam, kemudian kukus hingga masak. Kacau-kacaukan sedikit biar santan mesra dengan pulut.
ATAU
Santan dan pulut disatukan, kemudian ditanak seperti biasa.




LOMPAT TIKAM
Resepi asal : noorma.tk
Kiriman :
Yangmazni

Bahan-bahan lapisan hijau A:
1 cawan tepung beras
3 cawan santan cair
1/2 cawan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur

Bahan-bahan lapisan putih B:
1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan
1/4 sudu kecil garam

Bahan-bahan kuah C:
1-2 keping gula melaka
2 cawan air
2 helai daun pandan } disimpul

Cara membuat bahan A:
1. Gaul rata semua bahan A dalam mangkuk dan tapis.
2. Kemudian masukkan adunan ini ke dalam periuk dan kacau atas api yang sederhana,
3. Kacau sehingga mendidih menggunakan whisk telur.
4. Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan kedlm bekas dan sejukkan.dlm petisejuk

Cara membuat bahan B:
1. Gaul rata semua bahan B dalam mangkuk dan tapis.
2. Kemudian tuang adunan dalam periuk dan kacau atas api sederhana
3. Kacau sehingga mendidih menggunakan whisk telur (lebih kurang 15-20 min) kalau nak lembek sket dr gambo kacau 10 min aje
4. Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan kedlm bekas dan sejukkan dalam peti sejuk.

Cara membuat bahan C:
1. Masak gula melaka dengan air hingga hancur dan mendidih bersama2 daun pandan
2. Tapis dan sejukkan dalam peti sejuk.

Cara menghidangkan:
1. Potong lapisan hijau kedlm mangkuk kemudian ceduk lapisan putih ke atas lapisan hijau
2. Siram dgn kuah gula melaka
3. Sedia utk dimakan

1 comment:

Helmi said...

Bukan 'edible chalk' tapi slaked lime atau juga dipanggil pickling lime


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).