Ari ni nk gulai telur itik cara org pantai timur. Agaknya nape la aku ckp cara org pt timur ek? Sbb klau diikutkn, masak lemak cili api tu bukan berasal dr pt timur. Org pt timur tau masak gulai jer. Klau sebut pasal gulai, msti ada bwg merah, bwg putih, kunyit, halia & lengkuas. Yg paling penting cili boh @ cili kering kisar. Cili api tu org bubuh sebagai hiasan jer, dimasukkan sebiji2, takdenya nk tumbuk smpai lumat sbb rasa pedas dh ada dr cili boh @ cili kering. Klau nk lg kaw, letak rempah khas utk masak gulai. Klau kt trganu, rempah cap bunga ros, klau takde sgt rempah kari adabi pn boleh la. Utk rasa masam2 plak, taruk asam keping @ asam gelugur. Baru ngam.
Dh byk ari gak aku beli telur itik ni tp tersimpan dlm peti ais. Hubby tak mkn telur itik, so kna tunggu dia takde kt umah baru bleh masak. Klau dia ada pn, bleh masak tp what for sdgkn dia mmg tak mkn? Penat2 jer masak. My mom ada gak masak gulai telur itik sbb as i said, my father ada bela itik, so stok telur sntiasa ada kt umah tp dia tak slalu masak sbb as my mom said, bgnya telur tak jd lauk, maksudnya dia tak suka masak telur sebagai lauk. Seingat aku, jarang sgt la dia masak telur, hatta telur dadar sekali pn. Aku pn bukan suka sgt telur tp tekak ni yg terasa nk mkn, so masak je la. Aku masak 2 biji, cukup la utk sorang mkn. Aku follow resepi Kak Noor. Next time bleh buat telur itik masak lemak cili api plak.
Dh byk ari gak aku beli telur itik ni tp tersimpan dlm peti ais. Hubby tak mkn telur itik, so kna tunggu dia takde kt umah baru bleh masak. Klau dia ada pn, bleh masak tp what for sdgkn dia mmg tak mkn? Penat2 jer masak. My mom ada gak masak gulai telur itik sbb as i said, my father ada bela itik, so stok telur sntiasa ada kt umah tp dia tak slalu masak sbb as my mom said, bgnya telur tak jd lauk, maksudnya dia tak suka masak telur sebagai lauk. Seingat aku, jarang sgt la dia masak telur, hatta telur dadar sekali pn. Aku pn bukan suka sgt telur tp tekak ni yg terasa nk mkn, so masak je la. Aku masak 2 biji, cukup la utk sorang mkn. Aku follow resepi Kak Noor. Next time bleh buat telur itik masak lemak cili api plak.
GULAI TELUR ITIK
Sumber : NoorMasri
Bahan-bahan:
6 biji telur itik
2 1/2 cawan santan
1.5 cm lengkuas } diketuk
1-2 sudu besar cili kering kisar atau boleh ganti dgn cili padi jika suka
5 ulas bawang merah }
1 ulas bawang putih } dikisar/tumbuk
1.5 cm halia }
1.5 cm kunyit hidup }
1 keping asam keping
garam secukup rasa
Cara membuat:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan (kecuali telur) kedlm periuk, biarkan ianya mendidih.
2. Perlahankan api kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji perlahan-lahan.
3. Seeloknya pecahkan telur dlm piring dulu, kot2 ada darah ke boleh buang
4. Biarkan mendidih seketika bolehlah dihidangkan
Gulai telur itik
Sumber : wawanis
Bahan2nya
5 biji telur itik
5 ulas bawang merah-Blend
2 ulas bawang putih-Blend
2 sudu ciliboh
sebiji kelapa-ambil santan
1 paket(50sen)rempah cap bunga ros (ini pentig..kalo rempah lain x kaw)
garam & serbuk perasa.
Cara2nya
1. Tumis cili boh hingga naik minyak. Masukkan bahan yg dimesin.Masukkan rempah dan sedikit air.
2. Masukkan santan..tunggu hingga mendidih, perlahankan api dan pecahkan telur..
3. Masukkan garam & serbuk perasa.
Telur Gulai Kuning
Sumber : mamiyati
Bahan:
5 biji telur ( telur itik atau ayam, best optiona, telur itikla..)
3 cawan santan
5 ulas bawang kecik ) di mesin
1 ulas bawang putih )
sedikit kunyit hidup )
1 batang serai
1 keping asam keping
1 sudu kecik cili boh
Cara:
1. Masukkan santan dan bahan yg dimesin ke dalam periuk. Masakkan perlahan sehingga mendideh. Pecahkan telur ke dalam periuk satu persatu - jangan sampai kuning telur
pecah. Biarkan sehingga mendideh dengan perlahan. Sesuaikan rasanya...
Gulai Telur Itik
Sumber : yuscookbook
Bahan - bahan:-
5 biji telur itik
3 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
3-4 sudu besar rempah kari
3 sudu besar cili kering kisar
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 asam keping
1 terung - potong
3-4 batang kacang panjang - patah-patahkan
Garam dan gula - secukup rasa.
Cara - caranya:-
1. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan cili kering. Tumis.
3. Masukkan santan cair. Masak perlahan - lahan sehingga mendidih.
4. Pecahkan telur kedalam periuk satu persatu. Biar mendidih perlahan. Jangan terlalu dikacau, bimbang kuning telur pecah.
5. Bila telur sudah masak, masukkan santan pekat, asam keping, garam dan gula.
6. Akhir sekali, masukkan sayur terung dan kacang panjang. Masak sebentar.
7. Hidangkan dengan nasi putih.
Gulai Telur
Sumber : diana
Bahan-bahan:
5 biji telur itik (kalau takde telur ayam pun boleh cuma telur ayam senang hancur + kurang sedap)
semangkuk santan pekat (yg segera dalam tin pun boleh)
6 biji bawang merah (dikisar @ ditumbuk lumat)
2 ulas bawang putih (dikisar @ ditumbuk lumat)
1 inci kunyit hidup (dikisar @ tumbuk lumat - boleh pakai serbuk kalau tak ada)
1 inci halia - dihiris kasar
1 inci lengkuas - dihiris kasar
1 batang serai - dititik
1-2 asam keping
4-5 batang kacang panjang
3-4 biji cili padi
Garam dan Gula
Cara-cara:
-Pecahkan telur satu persatu didalam air yg mendidih dan rebus sampai masak.
-Angkat dan ketepikan telur
-Masakkan santan bersama2 bahan kisar, halia dan lenkuas yg dihiris, serai yg dititik.
-Kacau sentiasa
-Setelah mendidih masukkan asam keping, garam dan gula (Jangan sekali2 masukkan aji nomoto - tak sedap)
-Akhir sekali masukkan telur, cili padi (buang tangkai) & kacang panjang (sekiranya mahu gulai lebih pedas, cili padi boleh ditumbuk/dikisar bersama2 bawang)
-Hati2 mengacau supaya telur tidak hancur, boleh diangkat setelah kacang masak.
No comments:
Post a Comment