Last time aku begitu gigih search resepi utk gulai & masak lemak umbut kelapa. Rupanya mcm2 cara org masak umbut nih. Citer pasal umbut ni kan, mcm2 umbut boleh dimakan. Biasa dgr umbut kelapa & batang pisang jer. Tp rupanya umbut kelapa sawit, umbut palas, umbut salak & umbut pokok kurma pn boleh dimasak. Resepi? Nnti la aku cari. Ari ni xde masa.
2 ari lps as usual gi pasar mlm. Tiba2 aku teringin la nk mkn umbut kelapa. Teringat yg org ckp, klau nk cari umbut ni area kl, cuba cari kt gerai org india jual sayur. Kt ctu ada 1 gerai india. Dia jual mcm2 sayur kg yg mmg sukar nk cari kt kl nih. Mcm2 ada smpaikn yg tak prnh aku tengok pn ada, namanya apatah lg. Dr kejauhan aku dh nmpak umbut kelapa. Btg pisang pn ada tp ari ni dh tekad nk masak umbut kelapa. Btg pisang next time la. Aku guna resepi yg aku adaptasi dr resepi air asam umbut palas. Tp aku tambah cuka ckit utk lg sedap. Mmg sedap weh. Masam ada, pedas ada, manis + lemak pn ada. Mmg secukup rasa.

Acar Umbut Kelapa
- Adaptasi dr resepi Air Asam Umbut Palas -
Bahan-Bahan:
1/2 sudu besar asam jawa
1 sudu besar cuka makan
1/2 cawan air
4 sudu besar kicap manis
6 ulas bawang merah (dimayang)
1 biji limau nipis (diperah airnya)
Garam dan gula secukupnya
2 batang umbut kelapa
Bahan-bahan dikisar halus:
4 biji cili merah
7 - 8 biji cili padi
1 sudu sedang belacan
Cara:
Perah asam jawa bersama air, buang hampasnya. Gaul sebati air asam jawa, kicap, bawang merah, air lima dan bahan kisar. Masukkan cuka, garam dan gula mengikut rasa. Umbut kelapa dihiris memanjang dan digaul bersama bahan-bahan tadi. Hidang bersama ikan kembung bakar dan nasi putih.
Acar Umbut Kelapa
Sumber : nini7557
Bahan A
Umbut kelapa - hiris memanjang
Halia muda - hiris memanjang }
Bwg merah - } direndam air kapur
Cili merah - hiris memanjang }
Bahan B
5 ulas bwg merah }
2 ulas bwg putih } blend
1 inci halia }
2 kuntum bunga lawang
sedikit kulit kayu manis
sedikit serbuk kunyit
sedikit minyak
Bahan C
Cuka
Gula
Garam
Hiasan:
Biji sawi - optional
Bijan - disangrai - optional
Cara:
1. Basuh bahan A bersih-bersih selepas direndam air kapur. Toskan.
2. Tumis bahan B hingga naik bau.
3. Masukkan bahan C. Biarkan sejuk.
4. Bila dah sejuk, masukkan bahan A. Gaul rata.
5. Rasakan. Sekiranya tak cukup bahan perasa, tambah.
6. Masukkan biji sawi dan bijan. Gaul rata.
1 comment:
Salam, ana.
Akak minta izin ambil foto umbut & resepi (dgn editing sikit) for my blog. Thanks. Semoga sejahtera selalu.
Post a Comment