- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, July 10, 2009

Chee Cheong Fun

Sesekali best gak mkn mknan bangsa lain tp kna make sure HALAL. Since we're living in malaysia, rakyatnya berbilang bangsa, so makanan pn mcm2 varieties la. Nk kata aku a big fan of chinese food tak jugak. Boleh bilang la chinese food yg aku dh mkn. Lgpn nk cari chinese food yg btul2 sama rasanya dgn yg original ttp halal agak susah. Plus aku nk bgtau a secret ni, aku tak reti mkn guna chopstick. Mmg tak reti...hahaha...malu jer
Ari ni aku nk post resepi chee cheong fun or rice noodle roll. Mmg sedap tp klau nk mkn kna la abaikn makna chee cheong tu. Nk tau mknanya cuba2 la tnya kwn2 anda yg berbangsa cina. Aku malas la nk tulis kt sini, kan ada yg tak lalu nk mkn. Long time ago (mmg dh lama smpai tak ingat bila), aku prnh mknan ni kt Penang. Mula2 ingatkn laksam ker sbb btk dia mmg sama, tekstur pn lbih kurang tp di mkn dgn kuah ala2 kicap. Tiba2 tertengok la 1 program tv (cooking programme) yg introduce chee cheong fun ni & maka dgn itu tkenang la saat2 dulu masa mkn kuih ni (btul ke aku panggil kuih?), keenakannya. Erm, nk cari kt kl ni aku tak tau kt mn. Nk gi penang rasa mcm tak berbaloi, jauh sgt. So, mcm biasa la, cuba2 la cari resepi ni kt internet & dh dpt pn. Aku cuba buat resepi from Alaf21. Mmg mjadi. Tp bg yg malas nk buat 'kuetiau' aka 'rice noodle' sndiri, bleh jer buat cara wanahere yg guna kuew teow yg ready made. Lg mudah.


CHEE CHEONG FUN
Source : Alaf21
Picture :
lilyng2000

Cara membuat ‘kuetiau’nya

Bahan-bahan
580-590 ml air
Garam
1 camb minyak
110 g tepung beras
15 g tepung jagung
1½ camb tang mee fun atau tepung kanji gandum

Cara membuat ‘kuetiau’nya
Ayak semua jenis tepung ke dalam mangkuk. Masukkan air perlahan-lahan dan kacau menjadi adunan yg tidak bergentel. Campurkan garam dan minyak, biar 1 jam kemudian tapiskan. Sendukkan adunan ke dalam tin yg dilengser minyak. Kukus lapisan chee cheong fun selama 5 min atau hingga masak. Gulung sebaik saja diangkat. Potong nipis dan celur di dalam air mendidih yg diletak di dalam mangkuk. Ketepikan selama 5 min. Tapiskan dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Campurkan bahan sos dan gaul rata. Hidangkan dengan bahan sampingan.

Bahan sos
2 camb sos barbeku
2 camb kicap cair
1 camt minyak bijan
2 camt sos cili
2 camb bijan goreng
2 biji cili hijau, dihiris

Bahan sampingan
3 biji cili merah, dihiris
4 bebola ikan, dicelur & hiris
4 keping tauhu goreng, dibelah 4
6-8 batang kangkung, dicelur
4 biji telur, dibuat dadar & hiris
4 keping kek ikan, goreng & potong
Sedikit bawang goreng




Chee Chong Fun
oleh: wanahere

Bahan-bahan ( 3 Orang )
Kuew Teow 1 bungkus

Sos Tomato / Tomato Puree
Kicap manis
Kicap cair
Cili yang sudah dikisar
Gula
Garam

Barang untuk hiasan
Daun bawang, bawang goreng, bijan

Cara-cara
1.Kuew teow direbus sebentar
2.Tumis, cili kering yang sudah dikisar, sudah agak masak masukkan sos tomato /tomato puree. Selepas itu kicap cair, kicap manis digaul sekali hingga sebati... sos akan mula nampak pekat tambahkan sedikit air masak
3.last sekali masukkan gula sedikit serta garam secukup rasa.. Jika mahu kuah nye pekat masukkan sedikit tepung jagung.. selesai.. untuk dimakan




CHEE CHEONG FUN
Sumber: Cranko21

Ingredients:

Bahan A
250gm tepung beras
30gm tepung jagung
3 cwn air rebusan udang
2 sdm minyak masak

Bahan B
150gm udang kering – tumbuk atau mesin kering - halus
100 gm udang hidup - optional
hirisan daun bawang
1 batang - lada merah di potong kecil2 (nipis2 & halus2)
garam secukup rasa

Bahan C – Taburan semasa menghidang
Biji bijan yg dah di sanggar/di bakar
Sweetened soy sos
Sedikit minyak bijan
Sedikit sos cili / sambal
Hirisan lada merah
Hirisan daun bawang
bawang goreng (optional)

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan2 A dlm blender dan mesin halus. Tapiskan.
2. Campurkan Bahan B dan kacau rata.
3. Panaskan loyang 4 segi yg dah di oles sedikit minyak (kalau takde buat pakai tudung periuk cam buat laksam tu pun boleh laaaa) dlm kukusan sebentar dan tuangkan 1 - 2 senduk bancuhan tadi, ratakan dan dan kukus selama 2 – 3 minit. 4. Bila dah masak gulung dan angkat. (ada org alas sehelai kain putih yg bersih dlm loyang tu tuk memudahkan mengulung)
5. Potong kecil2 dan taburkan bahan2 C. Sedap di makan panas.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).