- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Saturday, July 11, 2009

Roti Poore @ Puree @ Puri

Mula2 dgr org sebut puri ingatkn tomato puri ke @ puri buah. Rupanya ada gak mknan aka roti dipanggil puri. Ni first time dgr ni. Nmpak mcm simple. Bila selidik punya selidik, klau tak silap ni mknan org india, lbih dikenali sebagai poore. Agaknya dpt kt org melayu tu dipanggil puri. Sedap dimkn dgn kuah sardin, kari ayam, sambal bilis & kuah dhal. Pilihan aku of course kuah dhal ditambah dgn sambal bilis ckit. Baru ngam. Klau ada kuah kari, campur skali, lg kick. Aku ni bab2 kuah mmg caca marba ckit. Klau mkn roti canai, seme jenis kuah aku balun; dhal msti byk, dicampur dgn sedikit sambal & kuah kari. Mmg perfect sbb seme rasa ada; manis, masam & pedas.
Berbalik pd citer puri td, dh ramai aku tengok org duk mcuba resepi ni, so aku pn tak nak ketinggalan. Asyik mkn roti canai dgn lempeng jer, nk gak cuba sesuatu yg different. Hubby pn ada kt umah ni, bleh la cuba masakan isteri dia yg tsyg ni. Tak pasal dia kna gi kedai beli tepung atta. Nsib baik ada. Aku cuba try test resepi kak madiha sbb dia sertakn sekali resepi kuah dhal. Mmg marvellous.


PURI
Sumber : Chef Norzailina
Kiriman : Kak Madiha

Bahan2
150 g tepung gandum (anggaran 1 ½ cawan)
100 g tepung atta (boleh gantikan dengan tepung gandum) (anggaran 1 cawan)
sedikit garam
1 camb marjerin
2 camb minyak sapi (boleh gantikan dgn marjerin)
air untuk menguli
minyak untuk menggoreng

Cara membuat
1. Ayak tepung gandum (atta tak perlu), campur garam, marjerin dan minyak sapi. Jadikan spt serbuk roti.
2. Masukkan sedikit demi sedikit air, uli jadi doh yg lembut.
3. Bahagikan menjadi bebola kecil kemudian canai bulat (taburkan tepung di atas papan pencanai).
4. Goreng dalam minyak panas hingga kembang (menggelembung).
5. Angkat dan tuskan minyaknya.


KARI DHAL
Sumber : Hubby Kak Madiha

Bahan2
1 cawan kacang dhal ~ cuci bersih & rendam dalam 1 - 2 jam (lagi lama rendam lagi cepat kacang empuk)
1 cawan ayam ~ dipotong kecik2 (bahagian tulang2 pun takpe just utk maniskan kuah aje)
6 urat kacang panjang ~ potong 1 inci
2 ulas bawang merah ~ hiris nipis
2 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & potong memanjang halus
1 tangkai daun kari
3 biji cili kering ~ digoreng sebentar & ketepikan
1 sudu kecil serbuk kunyit*
1 sudu besar serbuk kari daging*
1 sudu besar serbuk jintan putih*
1 sudu besar serbuk cili* (boleh kurangkan jika takmau pedas)
garam & perasa secukupnya
minyak utk menumis
air secukupnya utk kuah
(bahan2 bertanda * campurkan sikit air jadikan pes)

Cara2 Memasak
1. Rebuskan kacang dhal yg direndam tadi hingga kembang & agak2 nampak nak pecah sikit.
2. Dalam periuk lain panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 hiris hingga terbit aromanya. Masukkan daun kari serta pes rempah2 tadi. Kacau rata dan biar wangi.
3. Masukkan ayam dan kacau kejap pastu masukkan air. Biar ayam masak sekejap.
4. Biar mendidih & last sekali masukkan kacang dhal yg direbus tadi (sekali dengan airnya), cili kering goreng & juga kacang panjang. Masukkan garam & perasa secukupnya & biar mereneh ikut kepekatan yg anda mau.
5. Siap utk dihidangkan dengan puri, chapati ataupun roti canai what ever u like




puree & kari ayam
Sumber-Ibu mertuaku
Posted by
mak farhah

Bahan-bahan
2 cwn tpg attar
1 cwn tpg gandum
secubit garam
2 sudu bumbung minyak ghee/majerin
air secukup rasa
minyak secukup u menggoreng

Cara-cara
1. gaulkan kedua jenis tpg, garam dan ghee. ala2 mcm nak buat kulit karipap. then tmbah air hingga jd doh yang lembut. simpan dlm 10 minit. kemudian buatla bola kecil seberat dlm 15 ke 20 g. canai doh jd bulat leper. ala2 mcm capati juga. bezanya puree di goreng.
2. masa nak goreng tu ada petua skit, bila dah letak dlm minyak, kena tekan2 tepi keliling dia dgn penyodek tu, supaya naik gelembung dlm doh tu...kalau menjadi cantik naik bulat, dlm masa beberapa saat aja. bila doh dah gelmbung tanda tpg dah msk. So bolehlah tos dan angkat.
3. siap sedia u di makan!




Roti Puree Goreng ala Cengal
Kiriman: Azura Ghazally
Gambar :
perutkenyang

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung atta
5 atau 6 sudu susu pekat manis
½ paket yis serbuk
1 ½ cawan air(tuang sedikit-sedikit)
sedikit garam secukup rasa

Cara:
1. Masukkan tepung gandum dan tepung atta kedalam mangkuk uli. Bancuh yis dengan sedikit air suam. Masukkan susu pekat manis dan bancuhan yis tadi. Tuang air yang telah dicampur garam tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Biarkan seketika pada suhu bilik.
2. Setelah itu buat bulat seperti sebiji doh karipap dan gelek dengan penggelek seperti menggelek doh karipap. Jangan terlalu tebal nanti doh tadi tidak masak sepenuhnya. Panaskan minyak dan goreng roti tadi dalam minyak yang penuh.(Deep fry)Jika roti tadi menggelembung sepenuhnya maka anda telah berjaya.




roti puri
oleh: enas_eryna

Bahan-bahan ( dapat ler dlm 20 biji )
4 cawan tepung gandum
5 s/b marjerin atau kalau suka bole campur dgn minyak sapi(3s/b marjerin +2s/b minyak sapi)
1 s/b susu manis (tak letak pun ok)
11/2 s/k baking powder
1 s/k garam
Air secukupnya

Cara-cara
1. Satukan tepung dgn baking powder dan garam
2. Masukkan marjerin gaulkan sehingga sekata..
3. Masukkan susu yg dicampur sedikit air..kemudian masukkan air sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh yg tak melekat di jari.
4. bahagikan doh kecil-kecil sebesar 50 sen..akhir sekali canaikan doh..jgn terlalu tebal atau nipis...kemudian goreng..
5. resepi ni bole terus digoreng tanpa diperap...nak simpan semalaman pun boleh..mudah dan ringkas...dimakan bersama kuah sadin atau pun kari ayam..




Roti Puri
oleh:
yatiezaini

Bahan-bahan ( 12 biji )
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
175ml air panas *
40-50ml air
Minyak utk mengoreng

Cara-cara
1. satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .
2. satukan tepung dan yis .. gaulkan
3. no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
4. tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
5. perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil
6. canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen
7. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...
8. TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong
9. masa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA




Roti Puri & Ayam Puri
Posted by:
mentibang.paku

Roti Puri :
tepung atta
air
garam secubit

cara penyediaan :
+ bancuh tepung dengan sebuit garam dan air sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh.
+ kalau boleh biarkan adunan tu selama sejam sebelum di terap & di goreng


Ayam Puri

Ayam puri:
ayam sekor
bawang besar 1/2 kilo - ambil separuh untuk di blend & separuh lagi dipotong dadu
ubi kentang 1/2 kilo - dipotong dadu (goreng dulu)
buah tomato 1/2 kilo - ambil separuh untuk di blend & separuh lagi di potong dadu
4 - 5 biji lada merah (boleh tambah lagi kalau nak pedas) - blend
bawang putih 2 ulas
ketumbar - 1 sudu besar
jintan manis - 1 sudu besar
serbuk kari - sepeket kecil

cara penyediaan:
+ tumis bawang besar yg di blend bersama bawang putih,lada merah, tomato yg di blend, ketumbar, jintan manis & serbuk kari
+ lepas tu masukkan ayam
+ ubi yg yang telah digoreng terlebih dahulu
+ bawang yang dipotong dadu
+ tomato yang dipotong dadu
+ masak sehingga ayam empuk

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).