- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, July 17, 2009

Moi = Bubur Nasi

First skali aku dgr word moi ni masa aku blajar kt kedah dulu. Mulanya pelik gak dgr, cmner la rupanya. Aku suka duk kedah sbb mcm2 jenis mknan aku jupe. Masa kt kampus, lain cafe lain makanannya tp kna la rajin berjalan, merayap dr satu kolej ke satu kolej. Dulu2 aku & geng suka mkn kt cafe kolej tnb klau nk mkn mknan panas2 & goreng2 (aku lupa org panggil cafe apa sbb cafe2 kt sane ada nama tsendiri). Sape yg blajar kt uum tu msti tau mn letaknya kolej ni. Masa tu aku duk kolej mas, so dekat je la klau jln kaki. Kami suka gi bila dh mlm2 ckit sbb klau awal2 msti jenuh nk menunggu sbb ramai yg duk mengorder. Masa duk tunggu order siap, dpt la dgr mcm2 nama mknan antaranya moi; moi ikan masin la, moi ayam la, moi ikan bilis & mcm2 la. Tp bila tengok, laaa bubur nasi rupanya tp ada lauk. Ala2 nasi air kt trganu tp moi ni pekat ckit. Aku ni takde la gemor sgt bubur nasi ni sbb dia pekat. Klau nasi air tu best sbb bubur tu cair krn disertakan dgn sup sekali. Serius talk, aku tak pernh order tp aku prnh rasa. Free lg. Citernya cmni, ada satu ari tu aku & the geng gi ke cafe tu tgh2 mlm sbb tiba2 lapar. Org dh tak ramai tp as usual kna la menunggu ckit. Bila order kami dh siap, kami gi la ke kaunter. Tiba2 tukang masak tu tnya kami sape yg order moi, kami kata takde. Lps tu mcm biasa dia duk melaung moi, moi tp takde sape yg dtg nk amik. Alih2 dia ckp adik amik la moi ni. Lor nape? Katanya mlm dh lewat, dia takut org yg order moi tu dh balik, nnti mbazir jer. So dgn muka tak malunya aku 7 geng terima dgn hati yg terbuka. Smpai bilik sorang2 duk merasa moi tu (kitaorg mkn mknan yg kitaorg order dulu), eh sedap rupanya.
Itu seme kenangan lama. & ari ni aku nk buat moi. Actually perut aku kureng baik ari ni gara2 makan ntah apa2 semlm. Ye la, lps lunch aku & hubby kluar merayap ke kl. Pantang jupe mknan, seme nk sumbat. Alih2 duk ulang ke jamban 3,4 kali. So cara aku nk cuci perut & isi semula khasiat yg dh kluar seme sejak mlm td, aku decide nk buat moi, ringkas kan. Godak2 buku resepi, jupe resepi moi londo kak amal. Aku ikut sebiji resepi tu tp bab telur separuh masak tu aku switch ckit, telur 3/4 masak sbb aku kureng ckit telur yg telur kuningnya lembik2.


Moi Londo
Sumber :
kak amal


Bahan-bahan
2 pot beras di cuci dan dimasak dgn 10 cwn air
(Masak hingga menjadi bubur nasi...kak amal taruk 2 ketul halia yg diketuk utk ambil baunye )
Ikan bilis -digoreng
Isi ayam direbus dan disiat-siat..
Telur separuh masak

Dimakan bersama-sama:
Minyak bwg putih dan halia (kak amal cincang 3 ulas bwg putih dan 1inci halia cincang ditumis dlm minyak dlm 2 senduk) hingga garing dan masukkan sedikit kicap cair..
Cili kering - digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
Lobak asin
Hirisan Daun sup dan lada putih

Cara menghidang
Masa nak makan tu...dalam satu mangkuk..sendukkan moi..taburkan bilis goreng, isi ayam, lobak asin, daun sup dan minyak bwg putih dan pecahkan sebiji telur separuh masak...dan dinikmati dgn sedikit cili jika nak pedas dan diatas telur tadi di letakkan kicap cair,dan lada putih..selamat makan....



Bubur Cina
Sumber :
ashabulz

Bahan
Bubur nasi
Lobak asin - dicincang
Cili merah & cilai hijau - dihiris serong nipis
Bawang beasr - dimayang
Kacang tanah
Ikan Bilis

Cara-cara
1. Tanak bubur nasi seperti biasa.
2. Sementara tu, cili, bawang besar dan lobak asin tadi di goreng sekejap menggunakan minyak yg sedikit. jangan biarkan lama-lama nanti rangup sangat tak sedap.
3. lepas tu goreng la kacang dengan ikan bilis tadi ok..jangan lupa basuh dulu!!
4. maka siap la bubur cina itu...
5. macam mana nak makan terpulang pada pembaca. tapi aku selalu letak semua bahan tu dan makan..nyum2!! memang asyik!! haha..



Bubur Nasi MOI Special
Kiriman: Iziana Mukhtar
Gambar : Kak Jie Jie

Bahan-Bahan:

Bahan A
beras 1 ½ cawan
air 1 liter
ayam 100 gram (potong dadu)
daging 100 gram (potong dadu)

Bahan B
serbuk lada hitam ½ sudu kecil
serai 2 batang dititik
daun kesum
garam secukup rasa
bawang goreng dimasak bersama bubur

Cara:
masak bahan A sehingga mendidih dan beras kembang. Kemudian masukkan bahan B dan masak sehingga masak. Tambah air secukupnya jika bubur nampak terlalu pekat.(berdasarkan jenis beras yg digunakan).

Cadangan Hidangan:
taburkan ikan bilis goreng dan bawang goreng semasa dihidangkan.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).