- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Saturday, July 25, 2009

Happy Birthday To Me - Beef Steak & Kentang Oregano



Happy birthday to me. Tepat 12 tgh mlm td hubby wish pd aku. Birthday keberapa? Dh 34 pn, dh tua tp seronok sgt sbb this year birthday aku jatuh pd hari minggu. So byk agenda bleh dibuat bersama. Klau tak, takkan nk amik cuti lg kot semata2 nk sambut birthday aku? Lgpn birthday kali ni kami sambut for the first time sebagai suami isteri. Bagus kan. Bln july ni byk org yg aku kenal celebrate birthday; hubby, my mom, aku & my boss. & pd kesempatan ni aku nk wish happy 34th birthday gak pd kembar2 aku (lain mak lain bapak) wherever they are; maini & mamak (nama sbenar dia rezil). Maini ni member masa kt uum manakala mamak geng satu class masa kt pusat matrik uum. Tak tau la mn diaorg skrg. Lps grad seme bawak haluan masing2, cuma rezil jer aku tau serba sedikit pkembangnnya melalui facebook.
Sempena hari jadiku ini juga, kitaorg masak agak special hari ni utk dinner. Siang harinya merayap smpai ke KL, hubby belanja mkn my fave cake kt secret recipe; chocolate indulgence. Ptg baru blik umah. Penat mmg la dh penat tp sbb dh plan awal2 nk masak utk dinner mlm ni & seme bhn pn dh beli & tersedia, daging pn aku dh perap sblom kluar td cuma perlu buat sos sahaja, so nak tak nak kna la masak. Nsib baik hubby sanggup tolong. Introducing Beef Steak. This is my first try actually tp nsib baik mjadi. Jd tak jd tak kesah as long as sedap & special since ari ni a special day so kna masak special cikit ler. Aku follow resepi beef steak sos lada hitam kak hanieliza. Side dish aku buat kentang oregano (tak tau la matching tak gabungan 2 dishes ni tp bg aku sedap jer) juga resepi from kak liza. Thanx kak liza coz' resepi2 ini tlh mjdkan hari ni tersgt istimewa.


BEEF STEAK

Bahan
500 gm daging steak/tenderloin [bersihkan]
1 s/b kicap pekat
1 s/k madu/gula
1 s/b sos plum

bahan kisar
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang
1 batang serai
1 inci halia

Cara:
1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].
2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos.

SOS LADA HITAM

Bahan
1 s/b lada hitam
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat

Cara.
1. Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
2. Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
3. Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.

SAYURAN
Salad bulat[potong kecil]
tomato segar [potong baji/nipis]
kentang goreng [potato chips]
baked beans[ panaskan sikit]

Susunkan semua saperti dalam gambar dan tuangkan sos lada hitam.





KENTANG OREGANO

Bahan
500 gm kentang
1 biji cili capsikum ]
1 labu bawang besar ] potong dadu
2 biji cili hijau ]
1/2 cawan kacang merah besar [optional..gunakan dalam tin]
2 s/b roasted cashewnut
2 s/b butter
1 s/b dry oregano
garam

Cara
1. Kentang dibuangkan kulit dan potong kecil. Rebus sehingga masak. Toskan.
2. Panaskan butter dan gorengkan kentang sehingga nampak keperangan.
3. Masukkan bawang besar, cili capsikum, cili hijau dan garam. Kacau rata.
4. Bila nampak layu masukkan kacang merah dan cashewnut.
5. Taburkan dry oregano dan kacau rata. Tutup api.
6. Hidangkan dengan ayam panggang.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).