Semlm hubby beli onde2 kt gerai area umah kitaorg. Sedap la plak sbb dh laaamaaa tak mkn. Biasa mkn time bln puasa jer. Dulu masa duk dgn parents, aku hnya tau gentel2 onde2 ni. Adunannya slalu my mom yg bancuh. Tp sejak duk kl ni aku dh reti buat ondeh2. Tak pose pn aku buat tp dh lama tak buat nih sbb takde stok tepung pulut kt umah. Kebetulan awal bln ari tu dlm sesi memenuhkan stok brg2 dapur kt umah, aku beli mcm2 tepung including tepung pulut. Tjumpa la plak resepi onde2 keledek ni, terus nk cuba sbb diluar kebiasaan & spt yg aku prnh ckp, aku ni pantang nmpak kuih2 yg bwarna hijau, msti terus jatuh cinta. Stok keledek slalu ada kt umah sbb hubby suka beli. Dia suka buat kuih mek comel tu. Dia mmg terer buat kuih tu & dia yg ajar aku cara2 nk buat mek comel ni. Hubby ckp onde2 keledek ni mmg sedap sbb ada rasa keledek. Tak sia2 aku cuba buat. Aku tepek resepi hana, kak rossya, fauziah, alaf21 & sue shanizam. Bukannya apa, aku dpti resepi diaorg berbeza antara satu sama lain. Aku ikut resepi hana sbb sempoi & tak byk bahan.
Onde-Onde Keledek
Kiriman : Hana
Bahan-Bahan
350 gm tepung pulut
250 gm keledek
3 sudu makan air pandan
secukup air - hana campur garam skit
200 gm gula melaka
1 biji kelapa di kukus bersama sedikit garam dan daun pandan
*hana gune kelapa kering jerk+ngan air panas n garam skit. al-maklum lerr..hehe
Cara-Cara
1. Gula melaka di potong kecil-kecil.
2. Keledek direbus dan di lecek.
3. Tepung pulut diayak dalam sebuah mangkuk.
4. Masukkan keledek dan air pandan.
5. Dikacau rata dan jadikan tepung pulut menjadi doh.
6. Ambil sedikit doh dan dijadikan seperti bola kecil.
7. Lubangkan ditengah nya untuk meletakkan sedikit gula melaka.
8. Sediakan air untuk dimasak, letakkan doh onde-onde.
9. Apabila ia timbul angkat dan golekkan diatas kelapa parut yg telah dikukus tadi.
Onde-onde keledek
Sumber : rossya
Bahan :
500g keledek (mesti keledek putih)
1 cawan tepung keledek (atau secukup nya)
1/2 biji kelapa parut putih , di kukus sebentar
1 keping gula melaka , di racik
1 c.teh pandan paste dan sedikit pewarna hijau
garam secukupnya
Cara-cara :
1. Kupas kulit ubi keledek, cuci bersih dan rebus dengan sedikit garam sehingga empuk
2. Setelah empuk, lecek sehingga halus. Masukkan tepung keledek, pandan pes dan pewarna hijau.
3. Uli sehingga lembut. Ambil sedikit adunan dan dileperkan. Isikan sedikit racikan gula Melaka dan bentukkan bulat seperti bebola kecil. Buatlah sehingga habis. Didihkan air didalam periuk.
4. Masukkan beberapa biji bebola ini dan biarkan sehingga ia timbul di permukaan air.
5. Bila ia timbul, bererti onde-ondenya sudah masak. Angkat sambil di toskan lalu di digaulkan dengan kelapa parut.
Tips: Jika ingin membuat onde-onde labu, gantikan sahja ubi keledek dengan labu.
Ondeh-ondeh Keledek
Sumber : fauziah
BAHAN-BAHAN
1 buku keledek saiz sederhana – rebus sehingga empuk.
30 g tepung ubi
30 g tepung gandum
1 -2 camca besar air pandan pekat
¼ kepng gula melaka – dicincang
½ camca besar gulapasir
3 camca besar kelapa parut – dibuang kulit arinya
sedikit garam
8 helai daun pisang bersaiz 3 inci x 5 inci untuk dibuat kelongsong
CARA
1.Sediakan keledek. Berus keledek, rebus dengan kulitnya sehingga masak.
2.Cincangkan gula melaka dan campurkan rata-rata dengan gula pasir untuk dijadikan inti.
3.Campur dan gaulkan sedikit garam dengan kelapa parut putih rata-rata.
4.Buangkan kulit keledek da lecekkan keledek dalam mangkuk adunan.
5.Campukan tepung dan air pandan pada keledek yang dilecek. Gaul rata supaya menjadi doh yang kental.
6.Sediakan air untk merebus dalam periuk. Masak air anggaran ½ periuk.
7.Gelekkan doh di atas papan canai hingga menjadi sosej panjang dengan diameter ½ inci dan kerat menjadi keratan kecil sama besar.
8.Bentukkan tiap-tiap sekeping menjadi bulat kemudian ratakannya sedikit dan masukkan adunan gula melaka ke dalamnya, bungkus gula dan golekkannya supaya menjadi bulat semula. Buat seperti ini sehingga habis semua doh.
9.Masukkan dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan air.
10.Toskan dengan senduk berlubang dan golekkan ke dalam kelapa yang bergaram.
11.Hidangkannya dalam kelongsong atau bakul daun pisang.
ONDEH ONDEH KELEDEK
Sumber : alaf21
Gambar : fiqah99
Bahan-bahannya:
600 gm keledek (jenis jingga)
60 gm bijan putih
50 gm tepung serba guna
50 gm tepung pulut
1-2 sudu besar air
½ sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan inti:
125 gm gula melaka (dicincang)
2 sudu besar gula pasir
Cara membuatnya:
1. Kupas keledek dan rebus hingga empuk. Letak di dalam mangkuk besar dan lecek ketika masih panas.
2. Ayak tepung serbaguna, tepung pulut dan garam ke dalam mangkuk tadi. Uli menjadi doh. Tambah sedikit air jika adunan masih keras. Tambah pula sedikit tepung serba guna jika adunan lembik.
3. Bahagikan kepada 18-20 bebola kecil. Campurkan gula melaka dan gula pasir di dalam mangkuk kecil. Ketepikan.
4. Buatkan lubang di tengah bebola. Isikan dengan sedikit campuran gula. Tangkupkan pula menutup inti. Bentukkan semula seperti bebola.
5. Celup bebola di dalam sedikit air. Kemudian golekkan di dalam bijan hingga bersalut sepenuhnya. Ulangi hingga habis adunan.
6. Panaskan minyak yang banyak di atas api sederhana. Goreng bebola berbijan sampai keemasan. Angkat dan tuskan minyaknya. Sajikan.
Onde-onde Keledek
Sumber : sue shanizam
Bahan-Bahan:
tepung pulut
air pandan
sedikit garam
sedikit air kapur
1 ketul ubi keledek bersaiz kecil
gula kabung/melaka dipotong kecil
kelapa parut (putih)
Cara:
1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam.
2. Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung.
3. Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab.
4. Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda.
5. Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat.
6. Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut.
Tambahan:
1. Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa.
2. Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi 'pop' ketika anda menggigitnya.
No comments:
Post a Comment