- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, July 7, 2009

Gulai Batang Pisang

Bila baca kt internet, byk org ckp gulai btg pisang ni famous kt kedah & utara tp dulu masa duk kt kedah, tak prnh la plak jupe rasanya. 5 thn tu duk sana. Prnh la mkn kt kenduri kendara kt sana, mkn kt gerai2 & restoran kt sana, mkn kt umah meber kt sana, tp tak prnh dihidangkn masakan ni. Agaknya diaorg masak time kenduri kendara kot & kebetulan masa aku gi kenduri tu, diaorg tak sediakn masakan ni. Maybe kot. Tapi kan, my mom ckp kt tpt kitaorg pn ada gak org masak ni tp biasa time kenduri je la. Klau tak silap, masak lemak. Ye ke? Kna check blik dgn my mom after this.
Ari ni merayap lg kt gerai auntie yg jual sayur umbut kelapa ari tu. Yes, btg pisang pn ada. Aku beli sebtg jer sbb aku jer yg mkn. Hubby? Kirim salam la dia nk mkn. Bukan takat sayur jer, yg pelik2 mcm ni lg la dia tak mkn. Bila aku ckp umbut btg pisang, boleh dia tnya, org mkn ke btg pisang? Kesian hubby aku, rupanya byk yg dia tak tau.


Gulai Batang Pisang Dengan Tulang
oleh: Delila

Bahan-bahan ( 4 org )
• 500 g umbut batang pisang (isi yang paling dalam.Potong 1/2 jengkal)
• 1 kg tulang lembu yang ada daging (potong kecil)
• 2 paket serbuk kari daging
• 500 ml santan
• 1 tangkai daun kari
• 2 batang kayu manis
• 2 kuntum bunga lawang
• 4 ulas bawang merah (kisar halus)
• 6 ulas bawang putih (kisar halus)
• 1 inci halia (kisar halus)
• 2 sudu besar cili boh
• Sedikit air asam jawa
• Minyak utk menumis
• 1 gelas air
• Garam, gula dan MSG secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan Minyak.Tumiskan bahan kisar dengan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang hingga wangi.Bancuh rempah kari dengan air dan cili boh.Masukkan kedalam bahan yang telah ditumis tadi dan masakkan hingga rempah pecah minyak.
2. Masukkan santan dan kecilkan api.Masukkan pula tulang dan batang pisang.Biarkan mendidih dan batang pisang empuk.Tambahkan air asam, garam, gula dan MSG secukupnya.Masak sebentar.Siap utk dihidang.




Tumis Darat Bentarang batang pisang
Kiriman: arbina
Sumber: warisan keluarga
Gambar :
qutreen

bahan A:
1. Bentarang (sejenis siput) / siput kemudi
2. Batang pisang 2 kaki(diambil empulur ditengah batang (bahagian yg lembut) dan sebaiknya ambil batang pisang dari pokok yg belum berbuah kerana ianya lembut. Anak pokok pisang setinggi ¾ kaki adalah terbaik.)di potong panjang 1 inci dan direndam di dalam air kunyit selama 15 minit utk menghilangkan getahnya.

bahan B (direbus):
1. Serbuk kari ikan kering 1 peket
2. 2 ulas bawang merah ditumbuk halus
3. 1 sudu kecil cili serbuk
4. ½ cawan pati santan
5. 1 cawan air
6. garam dan gula secukup rasa
7. 1 batang serai (dikatuk)

Bahan C (ditumis):
1. 3 ulas bawang merah dihiris
2. 3 ulas bawang putih dihiris
3. 5 sudu besar minyak masak
4. Sehelai daun kari

Cara:
1. bentarang/siput kemudi diproses dan ambil isi
2. Bancuh serbuk kari ikan kering dengan 1 cawan air.
3. rebuskan batang pisang di dalam santan bersama bawang yang ditumbuk, serbuk cili, serai dan serbuk kari yang telah dibancuh tadi sehingga mendidih.
4. Masukkan isi bentarang / isi siput kemudi dan biarkan mendidih sekejap.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
6. Serentak, Tumis bahan-bahan C sehingga garing pada kuali yg lain.
7. Tuangkan bahan C yang telah ditumis termasuk minyaknya ke dalam bahan yang direbus tadi dan kacau biarkan mendidih.
8. Hidangkan panas-panas




Kari Ayam Umbut Pisang
Sumber : desireenoi

Bahan-bahan
1 ekor ayam
1 btg Umbut Pisang (di potong sederhana kecik dan di ramas dgn
belacan, sukatan belacan tu 1"x1" jgn banyak sgt, buangkan bende yg
mcm tali dari umbut tersebut)(kat supermarket ader kot)
1 inci halia (di kisar)
5 ulas bawang putih(di kisar)
5 ulas bawang merah(di kisar)
10 btg cili kering(di kisar)
1 paket serbuk kari
santan pekat(1 biji kelapa)
garam(secukup rasa)
serbuk perasa(secukup rasa)
sedikit air (segelas ke dan secukupnya)

cara-cara memasak
1. tumiskan bahan2 yg di kisar tadi.
2. kalo minyak dah pecah masuk kan serbuk kari.
3. kalo bau kari dah angkat, masuk kan ayam dan umbut pisang yg dah
di ramas dgn belacan tadi.
4. masuk kan santan dan bubuh garam dan serbuk perasa secukup rasa.
6. kalo santan tu mcm tak cukup, tambah kan sedikit air.
5. masak selama 40 minit jer. kalo tak umbut pisang akan hancur dan
tak cukup masak.




Kari Umbut Pisang Dengan Daging
oleh: maksu om

Bahan-bahan ( Seperiuk besar jugak ler.. )
Sedepa panjangnya umbut pisang (2 batang)
1/2 kg daging segar (klu part urat2 lagi sedap)
2 bungkus serbuk kari daging.
Kerisik segar dari 1/2 biji kelapa.(lebih kurang 7-8 sudu)
5 ulas bawang merah dan putih.(ditumbuk)
Santan secukupnya.
Minyak untuk menumis.
Sedikit garam

Cara-cara
1. Umbut pisang dipotong menyerong. Buang tali sawangnya yang merambu-rambu tu..
2. Daging dipotong dan dibersihkan. Digaul dengan serbuk kari dan kerisik.
3. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau dan kekuningan.
4. Masukkan daging.Perlahankan api dan biarkan daging mengeluarkan airnya untuk 2 minit,masukkan garam.
5. Masukkan santan.Api tu volume sederhana je.
6. Masukkan umbut pisang.Tunggu hingga umbut layu dan empuk.
7. Ta da..dah siap .
8. Kalau dah buat sampai seperiuk besar, tak reti2 ke nak hantar kat jiran same...he he




GULAI BATANG PISANG ATAU GULAI BALING
Kiriman : MrSturdy @ Chee Ah Lek

Bahan-bahan: (untuk satu periuk)
1. Sebungkus serbuk kari (daging)
2. 400 gram daging gred 2 (daging yang ada lemak)
3. Bahan-bahan menumis:Bawang merah, bawang putih, sedikit halia dan 5 sudu minyak masak.
4. Secawan santan
5. Batang pokok pisang muda, utamakan pokok pisang hutan atau pokok pisang awak. Jangan tebang pokok pisang yang sudah tumbuh jantung, batangnya sudah keras. Kalau boleh tebang batang pisang muda/dara. Belah batang pisang itu, ambilkan pulur lembut di dalamnya. Bagi menghindarkan rasa kelat dan warna hitam getah pisang, basuhlah dahulu pulur tadi dengan garam.Lumurkan garam dan lepas itu basuh, potong seinci-seinci. Kalau satu periuk, 3 pokok pisang pun sudah cukup (agak-agak sendiri ikut saiz pokok)

Cara Memasaknya:
1. Sediakan periuk, tumiskan bawang.
2. Bila warna bawang berubah kekuningan, masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan kepala santan (macam menumis gulai biasa juga).
3. Bila ia pecah minyak masukkan santan dan tambahkan air(Gulai ini tidak perlu santan banyak sebab ia cair)
4. Masukkan daging yang telah dipotong dalam saiz 3/4-1 inci . Lepas itu, masukkan pulur batang pisang tadi.
5. Kacau sehingga mendidih dan masak.



MASAK LEMAK BATANG PISANG
Sumber : rtb.gov.bn

Bahan-bahannya :
2 batang pisang penawar ( bersih/dipotong-potong )
1 ekor ikan masin kering ( basah/potong-potong )
1 sudu udang kering ( tumbuk )
2 cawan santan
5 ulas bawang putih ( hiris )
5 ulas bawang merah ( hiris )
1 ibu jari belacan
2 batang lada merah ( hiris )
Sedikit Air
Garam

Peraturannya :
Rebus batang pisang dengan air. Masukkan semua bahan-bahan perencah dan garam, apabila batang pisang lembut masuk santan, biar mendidih di angkat.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).