- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, July 20, 2009

Acar Limau

Nampak resepi ni dlm blog hazila. Kecur air liur bila mengingatkn rasa masam2 jeruk limau nipis tu. Mmg tak bleh ditahan2 lg, msti cuba buat ni. Klau tak, duk asyik terbayang jer. Ari tu dh cuba buat acar buah, quite costly sbb harga jeruk2 buah tu agak mahal sbb nk byk. Tp limau nipis ni takde la semahal jeruk2 buah tu, sbb tu la MESTI cuba...Since tak tau mana nk beli jeruk limau nipis yg dh siap (ada ke jual?), aku buat sndiri la...nsib baik ada resepinyer skali..



ACAR LIMAU
Sumber :
Hazila



BAHAN BAHAN
8 biji jeruk limau nipis
5 biji cili merah - dibelah dua
2 labu bawang besar - belah lapan
10 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari
5 sudu gula pasir
4 sudu besar gula merah / gula melaka
2 cawan buah kering
3/4 cawan minyak masak
3/4 cawan cuka
Garam secukup rasa

Bahan untuk dikisar
2 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
2 sudu teh jintan manis
20 tangkai cili kering
2 cm kunyit
2 cm halia

Cara Membuatnya
1) Panaskan minyak dan tumis daun kari dan bahan kisar.
2) Kacau dan biarkan hingga rempah wangi, kemudian masukkan cuka.
3) Masukkan gula dan garam. Kacau sebentar.Biarkan 10-12 minit diatas api yg perlahan kemudian masukkan limau, bawang besar, bawang putih, cili merah dan buah-buahan kering.Biarkan selama 15-20 minit, kacau sebentar kemudian bolehlah diangkat.




Acar Limau
Sumber : Resepi Tradisional Keluarga


Bahan-bahan
5 biji limau nipis jeruk
20 biji belimbing buluh jeruk
10 biji buah prune
20 ulas bawang merah
4 labu bawang putih
4 inci halia
2 sudu besar kismis
1 sudu besar lobak asin
2 sudu sedang bijan
10 biji cili merah/hijau
5 biji cili api

Bahan Penumis
Bawang putih, bawang merah, biji sawi dan halia

Bahan Rempah
15-20 biji cili kering
1 sudu sedang jintan manis
Secubit jintan putih
2 sudu makan ketumbar

* Semua bahan rempah ini digoreng dan digiling halus. Limau nipis, belimbing, bawang merah, bawang putih, halia, lobak asin, cili merah dan cili api dicelur.

Cara Membuatnya
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan penumis, masak sehingga kelihatan kuning, setelah itu masukkan biji sawi, bijan dan rempah yang telah digiling.
2. Bila telah naik baunya, masukkan air, cuka, gula dan garam.
3. Bila telah elok masaknya bahan yang sedang ditumis tadi, masukkan bahan-bahan yang telah dicelur kecuali halia, bawang dan cili.
4. Masukkan bahan-bahan ini ketika hampir sejuk dan bolehlah dihidangkan.




Acar Limau Buah Kering
Kiriman: Semsiah bt. Abd. Rahman
Gambar : maklang


Bahan-Bahan:

Bahan A :
10 biji buah limau kering (dibelah 2)
300 gm buah belimbing kering
300 gm buah mangga kering
200 gm lobak masin (dipotong dadu ½in)
(Kesemua bahan A diatas direndam 1jam)

300 gm buah kurma
300 gm kismis kuning
300 gm halwa kundur
1 cawan gula pasir 30 biji cili kering (dibuang biji dan goreng tanpa minyak kemudian dikisar kering)
5 butir bawang besar(dikisar)
1 cawan cuka

Bahan B :
300 gm bawang merah
200 gm bawang putih
300 gm halia muda (dimayang)
½ cawan bijan(digoreng tanpa minyak)
Garam secukup rasa

Cara:
1. Tumis sedikit bawang merah,bawang putih dan halia bersama 3 cawan minyak.
2. Masukkan cili dan bawang besar yang dikisar. Masukkan 2 cawan air dan cuka. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan bahan A dan masaklah sehingga pekat.Akhir sekali masukkan bahan B. Renihkan diatas api kecil.

Tambahan:
Buah limau, belimbing dan mangga lebih sedap kalau direndam kemudian di sira dengan gula terlebih dulu dan diperap selama 1 malam sebelum dimasak.




ACAR LIMAU
Sumber: Hajah Azarah Abdul Majid
Gambar :
A Passion For Food


Bahan-bahannya
2 kg limau nipis
1/2 kg cili padi
500 gram halia, dihiris halus
500 gram bawang putih, dibelah 4
1 botol cuka
200 gram lada kering, dikisar kasar
1 1/2 kg gula pasir, jika hendak manis lebihkan
200 gram asam Jawa

200 gram jintan manis
200 gram jintan putih
(jintan manis dan putih disanggar dan dikisar)

40 gram halba
50 gram biji sawi
(halba dan biji sawi dikisar)

500 gram kismis, 1/2 bahagian dikisar
1 liter minyak
garam secukup rasa

Cara-caranya
Limau nipis dicuci bersih dan dimasukkan kedalam air yang mendidih selama 5 minit. Toskan dan belah 4 jangan putus. Masukkan garam dicelah-celah isi limau. Atur didalam pasu dan perap selama 3 atau 4 hari. Setelah itu dijemur setiap hari dengan pasunya sekali, selama 26 hari dibawah mata hari. Cili padi, halia dan bawang putih diperap dengan 1 botol cuka selama seminggu, kemudian ditapis. Air cukanya jangan dibuang. Panaskan minyak dalam kuali. Gaul rata kismis kisar, jintan manis serta jintan putih, lalu ditumis selama 5 minit. Sementara itu ramas asam jawa dengan perapan air cuka serta 1 cawan air. Tapis. Masukkan air asam ini kedalam rempah yang ditumis dan masaklah selama 20 minit. Setelah itu masukkan halia, bawang putih dan cili padi. Masak lagi selama 10 minit dan masukkan gula. Kacau rata. Masukkan limau, yang telah diperap selama sebulan, bersama-sama baki kismis dan kacau rata. Akhir sekali masukkan halba dan biji sawi dan kacau lagi sehingga rata. Matikan api. Apabila ia benar-benar sejuk, baru boleh dimasukkan kedalam botol dan disimpan.

Panduan
Limaunya hendalah diperap lebih awal. Setelah 23 hari limau diperap, baurlah diperap pula halia, cili padi dan bawang putih dengan 1 botol cuka. Dua perkara ini perulu dilakukan dahulu, sebelum acarnya dimasak.




Acar limau nipis
Kiriman-Amelia Izra
Gambar-
acarlimau.blogspot


Bahan-bahan
5 biji jeruk limau nipis
2 camca makan ketumbar
1 camca makan halba
2 sudu makan jintan
1 sudu makan serbuk kunyit
15 biji cili kering
2 ulas bawang besar di belah empat
8 ulas bawang merah dipotong kecil
8 ulas bawang putih di potong dua
5 biji cili merah
2 inci halia
4 sudu makan gula
setangkai daun kari
2 sudu makan cuka
3/4 cawan minyak masak
sedikit garam

Caranya
Kisar rempah,cili,bawang merah,bawang putih dan halia. panaskan minyak, masukkan daun kari dan tumis hingga naik bau. Tumis bahan yang dikisar, tambah gula, garam , cuka dan sedikit air dan renehkan selama 15 minit.Masukkan bawang besar, jeruk limau dan cili merah.Masak selama 30 minit lagi.sedap dimakan bersama nasi beriani johor





Acar Limau
Oleh :
Kantan


Bahan-bahan
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan cuka putih
- 1 cawan gula pasir
- 1 sudu besar garam
- 200 gram kismis kuning
- 5 biji limau jeruk
- Buah kuma cina
- buah belimbing buluh jeruk
- 2 biji epal hijau (potong dadu)
- 10 biji buah prun
- 10 ulas bawang merah
- 10 ulas bawang putih
- 10 sentimeter halia muda (hiris halus)

Bahan dikisar halus:
- 10 tangkai cili kering (rebus)
- 5 tangkai cili merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- 1 sudu besar rempah kari daging

Cara memasak:
- Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
- Kemudian, masukkan cuka, gula pasir dan garam. Kacau hingga sebati.
- Apabila mendidih, masukkan semua bahan yang lain.
- Masak hingga pekat.
- Siap untuk dihidang.

Petua: Rendam epal hijau dalam air berais dan campur dengan perahan lemon supaya epal tidak bertukar menjadi kehitaman.




Acar Jeruk Limau
By Hasma Basir


Jeruk Limau
1 kg limau nipis - bersihkan, tus
500 g garam kasar
300 g gula pasir
100 g gula batu
200 g cuka
400 ml (2 cawan) air

Acar
6 biji jeruk limau
2 sudu besar serbuk cabai
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 cm halia
* Kesemua bahan dihiris kasar + 1 cawan cuka, rendam 1 jam, tuskan

1 sudu besar jem aprikot
1/2 cawan gula perang
2 sudu besar gula pasir
2 sudu teh bijan - sangai hingga kekuningan
5 sudu besar minyak masak

Cara Menyediakan Jeruk Limau
1. Limau dibelah 4, jangan putus. Bubuh garam kasar secukupnya pada setiap biji limau dan masukkan ke dalam pasu.
2. Apabila garam hancur, keluarkan limau dan masukkan ke dalam balang bermulut besar.
3. Satukan baki garam dengan gula, cuka dan air, masak sehingga garam dan gula hancur. Sejukkan.
4. Tuang sirap ke dalam balang berisi jeruk limau. Biarkan sehingga limau menjadi masam manis dan gunakan apabila perlu.

Cara Menyediakan Acar
1. Rebus 4 cawan air hingga mendidih. Bubuh jeruk limau di atas penapis dan siram dengan air mendidih. Tuskan.
2. Di dalam kuali, sangai rempah kari, serbuk cabai, lada hitam dan kunyit sehingga wangi. Matikan api.
3. Masukkan minyak, kacau hingga sebati. Hidupkan api, kecil sahaja dan masukkan cuka. Masak sehingga mendidih. Matikan api.
4. Masukkan bawang, halia dan limau, kacau sebati. Tabur bijan.




ACAR LIMAU
Sumber :
zonalaf
Gambar :
achik-atun


Bahan-bahan:
80 ml minyak
2 ulas bawang putih } dihiris halus
4 sm halia }
2 cawan jeruk limau
1 sudu teh halba
1½ cawan cuka
4 sudu besar gula merah
1 sudu besar biji sawi
garam secukup rasa

Bahan kisar:
16-18 tangkai cili kering (dibuang biji, potong & rendam air panas)
2½ sudu besar jintan putih, disangai hingga wangi (kisar kering/tumbuk)
2.5 sm kunyit
1.2 sm halia

Cara-cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia hiris. Ketepikan. Dalam minyak yang sama, tumis pula bahan kisar serta halba. Bila naik minyak, masukkan cuka, gula merah dan garam. Kacau hingga mendidih. Campurkan pula halia dan bawang putih goreng serta jeruk limau. Kacau hingga rata kemudian angkat.




Acar Limau Nipis
oleh:
gen25375

Bahan-bahan ( 10-15 orang )
5 biji limau nipis jeruk
10 gm serbuk kari
10 gm serbuk cili
10 gm buah prune
1 sudu besar rempah campur (biji sawi,halba,ketumbar,jintan manis dan jintan putih. Beli kat kedai India @ kat Giant)
10 tangkai cili padi
gula dan garam
10 ulas bawang merah - hiris kasar
10 ulas bawang putih - hiris kasar
3 cm halia - hiris kasar

Cara-cara
1. Untuk sambalnya,tumiskan bahan hiris hingga naik bau bersama rempah campur
2. Kemudian masukkan serbuk cili dan serbuk kari.Tumis hingga naik bau dan pecah minyak
3. Masukkan buah prune,cili padi,jeruk limau,garam dan gula.Kacau sebati.Angkat.

2 comments:

sekuntum mawar berduri said...

salam...
tengok acar limau ni buat rasa terliur saja rasa macam berada dalam bulan ramdhan pula kerana acar limau ni banyak di jual pada bulan ramdhan saja untuk di jadikan hidangan pada waktu bersahor.

ana said...

salam...mmg terliur sbb tu la sanggup buat sndiri wp seumur hidup sblom ni tak pernah buat...


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).