- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Saturday, July 4, 2009

Ketupat Dakap @ Pulut Dakap @ Pulut Pisang

Aku tak sure la yg mana 1 btul; pulut dakap ke, ketupat dakap ke, pulut pisang ke. Tp yg pasti kt pantai timur org panggil ketupat dakap. Yg biasa aku mkn, ada inti pisang tp ada certain2 tu dia takde inti pn. Apa2 la, asalkn sodap..
Td nmpak pisang emas yg amat menarik hati kt kedai apek yg aku slalu beli beras. Aku sambar la 2 sikat. Tamak haloba btul. Ye la, bukan senang nk dpt pisang yg msih baru. Masa aku smpai tu, apek tu tgh potong/sikat2kan pisang tu. Dh puas mkn, duk fikir nk buat kuih apa. Aku ni blur ckit bab2 nk masak pisang ni. Kt kg mmg mcm dh wajib, klau nk buat cekodok pisang guna pisang mas gore' (aku tak tau tpt lain org panggil apa..pisang tu kecik2 jer), klau nk goreng @ buat pengat guna pisang nangka. Sbbnya hnya jenis pisang tu jer yg bapak aku tanam kt keliling umah. So klau pisang lain2 tu selain duk buat pencuci mulut, aku buat cekodok je la.
Tiba2 duk teringat beras pulut masih ada lg. Pulut vs pisang, org kata dh jupe gu @ pasangannya. Maka terhasil la ketupat dakap. Mmg dh lama tak mkn kuih ni smpaikn dh lupa bila last mkn. Hubby impressed with me sbb bjaya buat kuih ni. Apa, ingat saya tak pndai masak ke? hehehe....


Pulut Dakap
oleh:
maksu om

Bahan-bahan ( 30 biji @ 15 pasangan berdakap )
1 kg beras pulut
35 oz santan daripada 1 1/2 biji kelapa (lebih kurang 5 cawan)
15 biji pisang emas (dibelah dua)
2 sudu teh garam
Daun pisang secukupnya (dilayur)
Tali untuk ikat
2, 3 helai daun pandan

Cara-cara
1. Masukkan santan dalam periuk yg agak besar dan letak atas api. Masukkan garam dan daun pandan yg disimpul.
2. Apabila santan sudah menggelegak, masukkan pulut yang telah dicuci dan ditos terlebih dahulu.
3. Sentiasa kacau supaya tidak berkerak hingga pulut separuh masak atau santan sudah kering. ( Lebih kurang 25 minit). Tutup api dan ceduk beberapa senduk masukkan dalam bekas lain.
4. Daun pisang dipotong selebar lebih kurang 15 cm.
5. Bentangkan daun pisang.Ambil 3 sudu pulut dan ratakan. Letak pisang ditengahnya.Balut.
6. Dah siap balut semuanya, cari pasangan yang sama panjang dan dakapkannya. Lalu diikat di kedua-dua bahagian hujungnya.
7. Rebus untuk 45 minit. Keluarkan dari periuk dan biarkan sejuk.
8. Buka ikatan tali dan boleh dimakan.
9. Selamat mencuba.




Pulut Dakap
Sumber: Majalah Jelita Februari 1994
Gambar:
mariamsayutiy

Bahan-Bahan:
280 gm (1 pot) beras pulut (direndam semalaman)
½ cawan santan pekat daripada ½ biji kelapa
1 ½ sudu teh garam
10 - 12 helai daun pisang berukuran 20 cm x 15 cm (dilayur)
5 - 6 biji pisang kelat/awak/abu/ranum
Tali rafia secukupnya

Cara:
Pulut dikukus tiga suku masak, kira-kira 20 minit. Angkat pulut, masukkan ke dalam mangkuk besar. Kacau rata bersama santan bercampur garam. Kukus lagi hingga masak. Letak 1 sudu besar pulut di atas sehelai daun pisang. Leperkan pulut dan letak biji pisang yang dipotong memanjang. Lipat kemas seperti melipat lepat. Lekap dua bungkus berdakapan dan ikat dengan tali rafia. Kukus 10 minit atau hingga pisang masak.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).