- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Thursday, July 30, 2009

Kerang Masak Serai

Ni menu mlm td. Buntu weh nk mkn apa, last2 aku beli kerang masa blik dr keje. Mulanya ingat nk rebus ala2 singgang jer tp tak syok plak klau mkn takde rasa pedas langsung wp aku tak suka pedas. Pikiaq punya pikiaq, aku buat keputusan nk masak bersambal tp tak nak ada santan, so terus selak buku resepi yg aku dh siap print & buat filing & aku terjumpa la resepi kerang masak serai hasil kiriman rahaniss. Lor, serai & daun limau purut plak lupa nk beli, geledah punya geledah dlm ruangan sayur peti aisku, terjumpa la serai sebatang & beberapa helai daun limau purut yg dh hampir kecut & layu...ala boleh la tu..syok ooo mkn dgn nasi. Aku siap ratah lg..


Kerang Masak Serai
Sumber: SAJI
Kiriman :
rahaniss

Bahan²
1kg kerang
2 batang serai
1 labu bawang besar
3 ulas b.putih
6 biji merah
1/2 " halia
3-4 helai daun limau purut
3 sudu besar sos tiram
minyak masak
garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Serai, bawang besar, bawang putih, cili dan halia diblender.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak
3. Masukkan daun limau purut n sos tiram dan kemuan kerang.
4. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan masakkan sehingga kulit kerang tu terbuka.

Nota Haniss: Kalau ikut majalah tu cili dimasukkan selepas kita memasukkan kerang...tapi tak syok lak rasa cam tak masak lak cili tu...tu yang sekali harung semua tu.....kita tambahkah asam keping skit tu......




Kerang Masak Serai Wangi
Kiriman: Norazizah
Gambar :
Mamasya

Bahan-Bahan:
½ kilo kerang-dicuci bersih dan toskan
3 batang serai-dipotong halus-halus
1 labu bawang besar-dipotong 4
3 ulas bawang merah-hiris halus
2 ulas bawang putih-hiris halus
sedikit perasa maggi secukup Rasa
sos tiram
3 tangkai cili kering-dihiris
2 biji cili padi-diketuk
daun bawang
bawang goreng
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit gula melaka
sedikit air-jika bahan tumisan pekat

Cara:
1. Kerang dicuci bersih dan ditoskan.
2. Kemudian,tuangkan minyak untuk menumis,masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus tadi.masak hingga kekuningan dan naik bau.Kemudian masukkan daun serai,cili kering,cili padi dan daun bawang.kacau hingga sebati.kemudian masukkan sedikit garam,sedikit gula dan sedikit gula melaka.Kecikkan api,kemudian masukkan kerang,sos tiramdan perasa maggi secukup rasa.Balik-balikkan kerang di dalam kuali agar perancah tadi meresap kedalam kerang.Kemudian masukkan sedikit air agar bahan timisan tadi tidak terlalu pekat.Akhir sekali masukkan bawang besar.Tunggu sehingga kerang masak barulah boleh diangkat.Kemudian taburkan bawang goreng diatasnya.

2 comments:

Anonymous said...

Salam... best nye kerang masak serai... selalu makan yg bakar je cicah sambal... ratah mcm tu je memang sedap kan.. :)

ana said...

salam...mmg best kerang bakar tp my hubby tak bleh mkn sgt sbb senang dpt kembung perut, so kna la cari resepi lain bila nk masak kerang...


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).