- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, July 28, 2009

Pan Mee Soup

Anda pernah mkn pan mee? Tak pernah? Aku pn tak pernah. Dgr selalu la. Biasa klau jenguk kt restoren cina msti ada resepi ni. Apa yg aku tahu pan mee ni mmg masakan org cina. Org ci na kan suka mkn mee. Diaorg biasa mkn mee ni utk breakfast & lunch. Pan bermaksud nipis mcm papan. Jd klau nk buat pan mee kna make sure mee nipis mcm papan. Pan mee ni boleh dibuat lbih awal, tp kna rebus dulu. Esok pg2 bleh buat sup dia. Senangkan.
Pg td pn aku masak pan mee soup. Resepi ni aku cilok dr satu rancangan kt tv tp aku dh lupa nama rancangannya & chefnya. Doh pan mee tu aku dh siap uli pd mlmnya. Pg td cuma aku gelek jd mee jer. Penat gak eh nk gelek2 ni. Lain kali kna beli mesin buat mee tu la, senang & cepat. Lps dh siap mee, aku buat sup ikan bilis sekali dgn lauknya, maka jd la Pan Mee (Min) Soup Ikan Bilis. Pd sape2 yg suka seafood, bleh try resepi pan mee seafood kt bawah tu plak. Resepi tu pn aku dpt dr rancangn yg sama. Bg aku pan mee soup ni bagus utk org yg jaga kesihatan sbb takde lemak & tak bminyak. Apa2 pn selamat mencuba.


Pan Mee

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1 biji telur - optional
3 sudu besar minyak - utk melembutkan

Cara-cara
1. Campurkan tepung gandum, air, telur & minyak hingga sebati.
2. Uli hingga menjadi doh. Biarkan ia rehat sebentar @ lbih kurang 30 minit. Tutup doh tersebut dgn kain lembap.
3. Sesudah itu, ambil sedikit doh, leperkan ia hingga nipis. Buat beberapa kali hingga benar2 nipis.
4. Lipat doh tersebut beberapa kali & potong ia menjadi mee. Siap.
Nota: Anda boleh juga gunakan mesin membuat mee utk mendapatkan mee yg nipis sekata. Jika menggunakan mesin, tidak perlu mencampurkan minyak ke dalam adunan kerana minyak akan menyebabkan doh terlalu lembut & susah utk dimesin.



Pan Mee Sup Ikan Bilis

Bahan-bahan
Pan Mee - refer resepi di atas

Bahan Sup Ikan Bilis
100 gm ikan bilis }
2 1/2 liter air } didihkan selama 3 jam
Garam }

Bahan Lauk
Minyak untuk menumis
2 sudu besar bawang putih
100 gm isi ayam dicincang
Cendawan shitake kering }
Cendawan kayu kering } dihiris halus
2 sudu besar kicap cair
3 sudu besar kicap pekat

Cara-cara membuat lauk
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga garing.
2. Masukkan isi ayam. Gaul.
3. Masukkan cendawan shitake & cendawan kayu, gaul lg.
4. Akhir sekali masukan kicap cair & kicap pekat. Gaul & masak hingga ayam btul2 masak.

Bahan Hiasan
Sawi
Ikan bilis goreng
Cili merah - dihiris
Bawang goreng
Daun bawang

Cara menyediakan Pan Mee Soup
1. Panaskan kembali sup tadi. Kuantiti sup bergantung pd kuantiti pan mee. Kt sini aku agak2 jer.
2. Bila sup sudah menggelegak, masukkan pan mee td bersama2 sayur sawi. Rebus lebih kurang 3 minit. Kemudian tuangkan ke dlm mangkuk.
3. Letakkan bahan lauk ke atas mee. Taburkan ikan bilis goreng, cili merah, bawang goreng & daun bawang. Siap utk dimakan.




Pan Mee Seafood

Bahan-bahan
Pan Mee - refer resepi di atas
Sup Ikan Bilis - refer resepi di atas

Bahan Lauk - kuantiti ikut suka
Udang
Seafood tofu
Bebola ikan
Sotong

Bahan Hiasan
Sawi
Ikan bilis goreng
Cili merah - dihiris
Bawang goreng
Daun bawang

Cara menyediakan Pan Mee Soup
1. Panaskan kembali sup tadi. Kuantiti sup bergantung pd kuantiti pan mee. Kt sini aku agak2 jer.
2. Bila sup sudah menggelegak, renehkan sebentar bahan lauk; udang, seafood tofu, bebola ikan & sotong di dalam kuah sup. Bila sudah masak, angkat.
3. Dalam kuah sup yg sama, masukkan pan mee td bersama2 sayur sawi. Rebus lebih kurang 3 minit. Kemudian tuangkan ke dlm mangkuk.
3. Letakkan bahan lauk ke atas mee. Taburkan ikan bilis goreng, cili merah, bawang goreng & daun bawang. Siap utk dimakan.

1 comment:

Unknown said...

I have tried this recipe...and the result was SUPERB! My family member enjoy ate it although my lil' sister not like it too much..huhuhu...btw, thanks 4 posting this recipe and make happiness 4 my family...GBU..:)


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).