- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Thursday, July 23, 2009

Cendawan Goreng Tepung

Biasa klau nk mkn goreng2 & bsalut tepung kita msti teringat pisang goreng, ubi keledek goreng, ikan celup tepung, sotong celup tepung tp kali ni aku nk mkn yg lain dr kebiasaan itu; cendawan goreng celup tepung. Msti ramai ckp ala dh biasa mkn gak tp bg aku, aku mmg tak pernah mkn. Prnh tengok org mkn tp aku jer yg blom cuba. Slalu gak beli cendawan tp biasa aku buat sup. Ari ni tekak nk mkn goreng2, so cuba je la buat. Lgpn byk dh resepi yg aku jupe, so takde alasan lg. Klau nk buat cara yg simple, guna cara rrozie17 & syahila; just add tepung goreng multi-purpose with egg & cendawan, dh pn bleh goreng. Klau suka rasa bwg putih, ikut resepi mycendawan. Klau nk yg berempah, cuba resepi maisya.Klau nk yg ala2 gebu, try resepi anurazzthapa. Klau nk yg berempah & ada bijan, periuktanah ada resepinya tp resepinya guna byk jenis tepung ckit la. Klau nk ada rasa bwg putih & ketumbar, chef tania ada jwpnnya. Kak madiha plak guna bawang mesin dlm resepinya. Bwg merah kot. Harney plak masukkan halia, bwg putih, serbuk kunyit & lada sulah. Akhir sekali sentuhankalbu taruk ketumbar & daun kunyit. So mcm2 cara utk hasilkn satu masakan. Aku? Guna cara yg paling mudah ler. Cecah plak mayones, mmg marvellous.



Cendawan Goreng Tepung
oleh:
rrozie17

Bahan-bahan ( 2 0rang makan kot! )
250gm fresh closed cup mushroom(cendawan butang)
Tepung goreng ayam serbaguna secukupnya, terpulang kpd selera masing2 sama ada nk guna original atau hot & spicy ( tepung kentucky ler tuh!)
1 biji telur

Cara-cara
1.bersihkan cendawan dan potong setiap cendawan kepada 4 bahagian.
2.pukul telur hingga sebati, masukkan ke dalam bekas yang berisi cendawan tadi, gaul rata. sementara itu bolehlah panaskan minyak.
3.masukkan tepung goreng ayam serbaguna, gaul hingga semua cendawan diselaputi tepung.
4.goreng hingga kekuning-kuningan (deep fry)
5.bolehlah dihidangkan...sesuai dimakan begitu saja atau bersama-sama dengan nasi...ummmph yummy-yummy.





Cendawan Goreng Tepung Kentucky
Kiriman: Syahila
Gambar :
jasmeen


Bahan-Bahan:
600gm cendawan tiram ( bahagian atas hitamnya hendaklah di buang)
1 kotak tepung goreng kentucky
3 biji telur
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara:
1. Cendawan dibersihkan dan ditoskan.
2. Pukul telur, ketepikan.
3. Letakkan tepung kentucky didalam bekas leper.
4. Panaskan minyak.
5. Celupkan cendawan satu persatu kedalam telur, kemudian kedalam tepung. Kemudian di goreng kedalam minyak yang telah panas. Ulangi langkah tadi sehinggalah cendawan habis.
5. Saringkan dulu minyak dari cendawan goreng tadi.

Cadangan Hidangan:
1. Sedap di makan begitu sahaja, cicah sos.





cendawan goreng tepung
Sumber :
mycendawan


Bahan-bahan:
Cendawan tiram kelabu
Telur
Bawang Putih
Tepung Serbaguna
Minyak Masak

Cara-cara membuat:
1. Pecahkan telur dan gaulkan dengan cendawan tiram. Tumbuk bawang putih dan gaul sekali bersama cendawan dan telur.
2. Perap dalam masa 5 minit. Seterusnya panaskan minyak dengan banyak. Cendawan
yang diperap tadi di salutkan dengan tepung serbaguna dan goreng... pastikan minyak betul-betul panas..
3. Goreng sehingga kekuningan dan rangup...





Cendawan Goreng Celup Tepung
Sumber :
maisya


Bahan-bahan
Cendawan tiram-dibersihkan dan toskan, lap bagi kering kalau lembap sangat
tepung gandum
tepung beras
tepung jagung
air kapur
garam
rempah(ikut suka nak letak apa, kari ke..maisya letak rempah masala)
air

Cara-cara
1. Sem0ua bahan-bahan(kecuali cendawan) digaul sebati. Nisbah setiap tepung tu maisya letak sama byk je setiap jenis. Adunan ni jangan terlalu cair.
2. Celup cendawan dalam adunan dan goreng hingga garing.





Cendawan Goreng tepung
Sumber ;
anurazzthapa


Ingredients:

Bahan X
1 sudu besar tepung jagung
secubit baking powder
1/2 mangkuk kecil air (mangkuk sukat nasi)

- baking powder campur dengan tepung jagung digaul dan ditambah air.
- kacau rata

Bahan Z
secekak cendawan tiram (rasanya le)
2 sudu besar serbuk roti
1 mangkuk tepung kentucky

- cendawan dibasuh bersih
- cendawan yang dah bersih, ambil satu2 perah buang air, especially tang batangnya yang gemuk tu
- serbuk roti campur dengan tepung kentucky

Caranya:
- tuang bahan x ke dalam mangkuk cendawan yang dah diperah airnya tu, gaul rata
- ambik sekeping cendawan tadi dan pedap2 dalam mangkuk bahan z
- goreng dalam minyak penuh dan begitulah seterusnya.





Cendawan Tiram Goreng Tepung
Sumber :
periuktanah


Bahan-bahan: (hidangan untuk 3 orang)
1 paket cendawan tiram (dicarik dua kalau besar-besar), dibersihkan
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung goreng pisang Adabi
1 sudu teh tepung beras
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar rempah ayam masak merah/ 1 sudu teh rempah kari ayam
1 sudu besar bijan

Cara-cara:
1. Bancuhkan semua bahan dan gaul rata hingga tak bergentel
2. Celupkan cendawan dan goreng dalam minyak banyak.
3. Terbalikkan cendawan agar ianya masak rata.
4. Angkat dan toskan minyaknya apabila gorengan bertukar warna keperangan.
5. Sedia dihidang dengan sos cili atau sos pencicah.





Deep Fried Oyster Mushroom(Cendawan Goreng)
Sumber : Chef Tania
Gambar : mama zieza


Bahan-bahan
2 pkt Osyter Musroom (500gm)

A. Bahan kisar
4 Ulas Bawang Putih
2 sm Ketumbar biji
Bahan ini di kisar halus

Bahan B.
2 cawan Tepung Beras
1 cawan Potato starch
1 biji telor
1/2 st bicarbonate soda
sedikit garam dan perasa

Cara-cara.
1. Satukan bahan A. dan B campur dengan sedikit air sa-perti adunan goreng pisang. Biar sebati 10 minit.
2. Panaskan sa-cukup minyak, celup cendawan dalam adunan tepong dan digoreng hingga kekuningan atau garing.[/b]





CENDAWAN CELUP TEPUNG
Sumber : Kak Madiha


Bahan2
1 peket cendawan tiram - pilih yg sedang2 (dibasuh dan tos airnya.. perah2 sikit air yg menyerap pd cendawan)
1 cwn tepung serbaguna (leh kurangkan 2 sudu besar & tambah 2 sudu besar tepung jagung) - letak dlm pinggan
2 biji telur - pukul sket pastu masukkan bawang mesin
1 s/b bawang mesin
Minyak masak

Cara2
1. Panaskan minyak yg banyak.
2. Celupkan cendawan dlm telur biar rata kemudian letak dlm tepung dan balik2kan agar tepung melekat sama rata. Buat hingga habis. Goreng cendawan hingga garing. Angkat & tos.. sedia untuk dimakan.. sedappppppppp.. mcm ayam gorengggg... :-D





Cendawan Goreng Celup Tepung
Sumber :
harney


Bahan-bahan
cendawan tiram

Bahan A
Halia
Bawang putih
Telur

Bahan B
Tepung
Serbuk kunyit
Lada sulah

Cara-cara
1. Mule2 tumbuk halia ngan bawang putih...Then gaul bahan yang ditumbuk dalam telur...Gaul gaul...So tuh anggap sebagai bahan A
2. Then amik tepung, letak sket kunyit & lada sulah...& nih jadik bahan B.
3. Cendawan tadik basuh dulu...Hilang2 kan kotoran sket..Ekekek...Then celup dalam bahan A tadi....And then celup dalam bahan B plak...Lepas tuh masukkan dalam kuali...Goreng sampai ia menjadi garing & kuning...Jangan sampai hangus...;)) So lepas dah masak boleh la dihidangkan....





CENDAWAN GORENG
Sumber :
sentuhankalbu


BAHAN:
1 bungkus cendawan tiram serdehana kecil
1 kotak tepung seri aji (boleh digantikan tepung kentucky adabi atau yang seumpamanya)
1 cawan tepung beras
4 sudu minyak masak
1 sudu rempah ketumbar/jintan manis(tak ada pun tak apa)
kunyit serbuk sikit
1-2 helai daun kunyit - dihiris halus-halus
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya

CARANYA:
1. Tepung seriaji dan tepung beras dicampurkan dan dibancuh dengan air. Jangan terlalu cair.
2. Masukkan rempah, serbuk kunyit, gula, daun kunyit yang dihiris halus.
3. Masukkan minyak masak 4 sudu tadi bertujuan untuk meranggupkan tepung.
4. Masukkan cendawan tiram tadi dan digaul sebati dengan tepung.
5. Gorenglah didalam minyak yang sudah dipanaskan. Anda gunakan sudu untuk masukkan cendawan ke dalam kuali.

Peringatan:
- Jangan masukkan garam kerana tepung seriaji tadi sudah sedia masin. Tetapi jikalau anda menggunakan tepung yang tidak bergaram boleh lah dibubuh garam secukup rasa.
- Gunakan tepung seriaji yang tak pedas. Yang pedas tu peh…bahang mulut. Kesian anak-anak nanti.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).