- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, July 31, 2009

Mee Kuah Ketam

Long time ago, i still remember eating mee kuah ketam in penang but sorry to say i forgot the name of the street but it's near komtar. Lps tinggalkn uum (dulu masa study kt sana, aku & geng suka round2 penang during weekend. Jauh mmg la jauh tp tak kesah, jnji bleh kuar dr kampus utk release tension) aku dh tak jupe lg mee ni. Rindu tu mmg rindu, chewah, tp saje2 nk gi penang semata2 nak mkn mee ni rasa mcm tak berbaloi plak. Recce2 dlm internet maka terjumpa la resepi mee kuah ketam. Aku sgt suka...hehehe..nak buat, tak kira. Aku masak cara zana rahman, menjadik kau...mantop gitu..maka terubat la rindu ku hari ini...


Mee Kuah Ketam
Sumber :
zana raman

Basic kuah(boleh guna untuk ketam ataupun udang)
cili kisar
tomato sup( Tomato soup Kimball tu)- beli yg tulis soup..jgn beli yg puree lak
sedkit kicap cair
sos cili - sedikit
garam dan gula
sedikit perasa pak aji kalo suka...
sebiji telur - pecahkan ketika kuah mendidih- ala cam mee bandung gitu..kalo suka la..tak suka tak yah buh

Bahan lain
Udang atau pun ketam yang fresh2 dan gemok-gemok
Mee basah
Sayur kobis yg di potong
Sayur sawi
Buah tomato yg dipotong slice
bawang besar yang dimayang- agak tebal sikit
Daun Bawang
Bawang goreng untuk hiasan

Cara:
1. Mula-mula panaskan minyak
2. Tumis cili kisar dahulu hingga hilang bau cili dan pecah minyak
3. Masukkan sedikit air biar hingga cili betul-betul masak
4. Tambahkan air ikut dgn ketam atau udang tu..agak-agak la(jgn byk sgt nanti tak manis lak)
5. Kemudian masukkan sos tomato sup tu, sos cili , kicap cair(sedikit ja tau), gula dan garam
6. Biarkan kuah mendidih..pecahkan telur kedalam kuah
7. Masukkan sayuran yg dipotong dan tomato slice tu(sekejap jer tau...tak nak layu sgt)
8. Masukkan ketam atau udang...ni pun sekejap gak..jgn overcooked nanti makan tak beshh lak isi dah kecut sgt...agak-agak la dia dah masak.Maukkan bawang besar yang di mayang tu...(bwg besar jgn banyak ya...)agak-agak jugak
9. Angkat kuah dan ketam hidangkan bersama daun bawang, cili potong hijau dan bawang goreng. Sekian terima kasih. Itu jer bahan-bahan mee kuah campak aku..hang buat la Jasmeen kalo tak jadi hang kena mai la umah aku..mai makan..muahahahaha...




Mee Berkuah Ketam
Sumber : Bunga Kasturi
Gambar : caensem

Bahan-bahannya
Mee (dicelur) / nasi impit secukupnya
1kg ketam (dibersihkan dan belah 2) Boleh digantikan dengan udang
8 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 ltr air
1 cawan santan atau beli RM1 pun cukup
4 biji telor (dipukul sedikit)
4 ketul kiub ayam
4 sudu makan kicap
4 sudu makan oyster sauce
1/2 btl kecil sos tomato
1/2 botol kecil cili sos
Cendawan hitam
Tomato cherry – optional
Rebung – optional
Cendawan oyster – optional
2 biji bawang besar dimayang
Daun bawang dipotong 1"
Bawang goreng

Cara
1. Blend cili merah + bawang putih.
2. Tumiskan bahan blend tadi dan masukkan kicap, oyster sos, tomato sos dan cili sos. Tumiskan sampai mesra.
3. Masukkan air, santan dan kiub ayam.
4. Bila kuah mula mendidih, masukkan telor dan kacau.
5. Kemudian masukkan cendawan hitam, dan segala OPTIONAL tadi.
6. Bila kuah mula mendidih, masuk bawang besar yang di mayang.
7. Rasa kuah, kalau rasa masih kurang masin, boleh tambah garam (setakat yang saya buat, x pernah letak garam sebab dah cukup).
8. Tutup api. Taburkan daun bawang yg dipotong dan bawang goreng.




MEE KETAM
From: [rozilah@heitech.com.my]
Picture :
syana

Bahan-bahan
1kg mee basah
2 ekor ketam - dibuang karapes & dipotong dua
sos tomato ]
sos cili ] secukup rasa
sedikit kicap]
1 ketul kiub ikan bilis
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
serbuk sup adabi @ sup punjut
sayur-sayuran - sawi, karot, pucuk jagung, tomato buah, tauge, bunga kobis, & kobis (option)
minyak utk menumis
2 -3 cawan air atau ikut suka, kalau nak kuah banyak tambah le air,
kemudian tambah le bahan-bahannya
sebiji telur.

Cara - cara
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih & bawang merah yg telah ditumbuk
3. Masukkan air dan ketam kemudian rebus sehingga mendidih
4. Masukkan serbuk sup, sos cili dan sos tomato, kicap, kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa, tomato buah
5. Rebus lagi. Rasa kuah kalau dah ok, masukkan telur dan sayur
6. Tauge dan mee dicelur

Hidangan
Bubuh mee dlm mangkuk, kemudian letakkan tauge di atasnya kemudian bolehlah dituangkan kuah panas-panas dan terus dimakan. rasanya macam mee bandung, tapi kuahnya sedap sebab ada ketam. Selamat mencuba.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).