Ni resepi yg dh berhabuk. Nak tau nape aku ckp cmtu? Aku sbenarnya dh lama taip resepi2 ni tp ntah cmner terlupa nk post, duduk dlm folder draft. Nk tau date masa aku taip resepi ni? 01/08/2008, uih lama tu, kiranya dh sethn lbih duk blapuk kt dlm folder draft. Ari ni aku saje2 jer cek posting aku lalu tnampak la post bertanda draft. Ish3 cmner la bleh terlupa nk post. Klau tak silap aku recce cari resepi ni masa nk abiskan nasi impit yg dh abis kuahnya. Biasa la, org tak prnh buat nasi impit sndiri, tak tau nk agak kuantiti nasi & kuahnya. Aku plak mmg suka mkn nasi impit dgn kuah yg byk, smpai banjir2 nasi impit aku. Biasa org cecah2 jer nasi dgn kuah, aku plak siap kuah kna penuh sudu utk setiap suapan. Nk buat kuah yg baru, biasa la, M.A.L.A.S., so cari ler kot2 ada resepi lain yg bleh aku buat dgn nasi impit aku tu. Then tjumpa la resepi nasi impit goreng yg yummie ni. Cam biasa, aku mmg suka post resepi yg pelbagai utk jenis makanan yg sama, saje utk koleksi. So ari ni aku post blik la resepi ni.Thanx to penyumbang resepi, teruskn usaha mcipta resepi yg bfaedah mcm ni...
NASI IMPIT 5minit..
Sumber : Ida Isk
bahanya :-
10 bungkus mini nasi impit brand adabi - senang tak payah nak basuh2 pun...rebus dan potong empat ya
2 bungkus perencah nasi goreng maggie
1 batang carot - dipotong memanjang
sedikit kobis - potong kecil2
1 biji cili merah - potong memanjang or ikut suka lee ya
2 biji telur
fish ball 1 kampit kecik tu - potong2 lee jimat sikit....
caranya :
1. tumiskan perencah nasi goreng tu - hingga naik bau
2. masukkan telur & fish ball - goreng sebati
3. masukkan sayur - gaul kejap ajee
4. dan akhir masukkan nasi impit - gaul sebati
5. siap untuk dihidangkan , nak sedap leh tabur bawang goreng.... tapi kita nak cepat
lupa lak nak tabur .
note : sedap dimakan masa panas2 tau walaaaa ,tak caya cuba lee tapi kalau tak cuba no hal , nak mudah nasi impit masak awal2 simpan dlm petiais ajee...standby tetamu datang terus leh goreng ajee... selamat mencuba
NASI IMPIT GORENG CINA
Sumber : Ida Isk
bahannya
nasi impit - diptong dadu
sayur - ikut suka apa2 jenis pun ok
sotong or udang or apa2 yang ada lee
cili
bawang putih - tumbuk hancur
garam + serbuk ayam knor
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 biji telur ayam
minyak untuk menumis
sedikit air untuk kuah jgn jadi pekat sangat
caranya :
1. panaskan minyak - tumis bawang putih hingga naik bau dan baru masukan cili giling - goreng hingga masak...
2. masukkan sos tomato, sos tiram.,kicap manis, serbuk perasa/ayam
3. tambah air supaya berkuah sikit - pecahkkan telur dan masukkan sotong , kacau hingga kuah pekat , masukkan nasi impit dan akhir baru sayur - goreng sekejap agar sayur jgn layu sangat ...
4. hidangkan masa panas2
Nasi Himpit Goreng Udang
Sumber: Majalah Wanita April 2000
Gambar Ihsan : Achik-Yaya
Bahan-Bahan:
2 bungkus nasi himpit
0.2 kg daun kucai
0.4 kg tauge
0.15 kg isi udang
3 biji telur
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 sudu teh kicap pekat
2 sudu teh cili boh
4 sudu makan minyak masak
Garam
Cara:
Nasi himpit direbus sehingga masak dan dipotong dadu sebesar ibu jari. Bawang merah, bawang putih dan kucai dipotong 2 cm panjang. Panaskan kuali dan goreng bawang berserta cili, isi udang dan telur hingga masak. Masukkan nasi himpit, kucai, tauge, kicap pekat dan cair berserta garam secukup rasa. Gaulkan sebati semua bahan tadi atas api sederhana besar. Angkat dan hidangkan.
Nasi Impit Goreng Cili Padi
oleh: newbie123
Bahan-bahan ( 2 orang makan )
1 paket nasi impit dipotong dadu
5 biji cili padi
segenggam ikan bilis
3 ulas bawang merah
2 camca puri tomato
2 camca sos tiram
1 camca kicap manis
sedikit minyak zaitun untuk menumis
Cara-cara
1. Blend cili padi, ikan bilis, dan bawang merah.
2. Panaskan minyak. Tumiskan cili kisar sehingga naik minyak. Masukkan puri tomato, sos tiram, dan kicap manis. Masakkan lebih kurang 5 minit.
3. Masukkan nasi impit dan gaul rata. Saya tak masukkan sayur sebab takde sayur kat peti sejuk. Cuma letak sedikit sliced green olives.
♥Lontong Goreng™
oleh: kak fida
Bahan-bahan ( 2 orang )
sepinggan lontong,ketupat atau nasi himpit yg telah didadu kasar2
1 senduk cili kisar(lebihkan jika suka pedas)
1 biji bawang besar kisar
3 ulas bawang putih kisar
1 hiris halia kisar
200 g daging/ayam cincang
200 g udang hidup - kupas kulit
3 sb sos tiram
2 sb sos tomato
2 sb kicap manis
daun sop,daun bawang - hiris
1/2 cawan bawang goreng
2-4 biji telur
minyak masak utk menumis
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
1. Satukan sema bahan yg dikisar.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan daging /ayam cincang dan udang dan gaul rata dan masukkan sos tiram,sos tomato dan kicap.Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan gaul lagi.
2. Masukkan lontong dan gaul hingga sebati dan 1/2 bahagian daun sop,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng,gaul lagi.
3. Pecahkan telur ke atas lontong goreng dan gaul sebati dan masak hingga lontong bersalut dgn telur hingga kering,kacau sentiasa.
4. Ketika menghidang,tabur lagi dgn daun sop,daun bawang dan bawang goreng.Sedap dimakan ketika panas atau ketika telah sejuk.
NASI IMPIT GORENG
Sumber : Mat Gebu
Bahan Utama:-
6 ketul nasi impit "NONA" (jenis kecil), didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca teh minyak bijan (kalau suka)
2 batang sosej ayam, dipotong kecil
1/2 cawan isi kerang
1/2 cawan isi udang
1/2 cawan potongan capsicum hijau
1/2 cawan potongan capsicum kuning/merah
1/2 cawan potongan bunga kobis
1 batang saleri, dipotong kecil
3 kuntum cendawan butang, dihiris
2 biji telur
2 camca besar cili kisar1
1/2 camca besar sos tiram
3 - 4 camca besar kicap cair
2 camca besar kicap pekat
Sedikit gula
Sedikit air
Bahan Hiasan:-
Hirisan daun sup/bawang
Bawang goreng
Hirisan cili merah
Cara membuatnya:-
1. Dalam kuali, panaskan 3 - 4 camca besar minyak + minyak bijan. Tumis cincangan bawang putih dan cendawan hiris hingga wangi. Masukkan cili kisar dan sos tiram, tumis hingga cili hingga garing. Masukkan sosej, isi kerang dan udang tadi. Gaul rata.
2. Tolak sedikit bahan tadi ke tepi kuali dan pecahkan telur, masak sambil mengacau telur hingga menjadi hancur. Gaul bersama bahan tadi. Tuang sedikit air dan masukkan kicap cair, sedikit gula, capsicum hijau/kuning/merah, bunga kobis dan saleri. Masak hingga sayur layu sedikit.
3. Tuang kicap pekat dan kemudian masukkan nasi impit tadi, gaul hingga rata dan masak hingga sedikit kering. Rasa tahap kemasinannya, jika kurang tambah kicap cair. 4. Angkat dan hias sebelum dihidangkan....
Nasi Impit Goreng
Sumber : Zuraida 1001 Recipes
Bahan-bahan
1 bungkus nasi impit, dipotong kiub
1/2 cawan ikan bilis digoreng
2 biji telur, pukul sedikit
Daun bawang dan daun sup, dihiris halus
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
2 biji cili merah, 3 biji cili padi
1 kiub perisa ikan bilis, hancurkan
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya
Cara Membuat
1. Tumbuk bawang dan cili sehingga lumat.
2. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi, masukkan kiub.
3. Masukkan telur dan biarkan sebentar
4. Akhir sekali masukkan nasi impit dan ikan bilis
5. Tambahkan garam dan gula secukupnya
6. Hias dengan daun bawang dan nawang goreng
7. Hidang panas.
NASI IMPIT GORENG
Sumber : Shima27
Bahan-bahan
1 mangkuk nasi impit - dipotong kecil2
1 mangkuk meehun - yg telah direndam
segenggam kobis - dipotong kecil2
isi ayam secukupnyer - dipotong kecil2
1 biji telur
2 ulas bwg putih - dicincang halus
3 ulas bwg merah - dimayang
cili giling/kisar (ikut suka nak pedas mana)
1 s/b serbuk belacan
kicap manis (pun ikut suka byk mana)
sos tiram skit
sos cili & tomato (adjust2laa ikut lidah masing2 yerr)
garam
bahan tabur: bwg goreng, daun sup or ketumbar & cili masak
CARA:
1. tumiskan bwg merah & bwg putih hingga wangi..
2. masukkan cili giling & masak sebentar
3. kemudian buh isi ayam, goreng sampai hampir masak..
4. masukkan pula telur & serbuk belacan..goreng sambil hancur2kan dia.
5. pastu masukkan segala sos & kicap gaul sebati bersama nasi impit..
6. buh kobis & meehun..(if perlu tambah skit air tuk melembutkan meehun)
7. then masukkan garam secukup rasa..
8. dah masak tabur dgn bhn2 tabur..siap tuk dihidang
LONTONG GORENG
Sumber : Rozzan
Bahan-Bahan
30 tangkai lada kering (gunting, rendam)
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
(Kisar semua bahan di atas)
1 sudu besar (gula)
1 sudu teh garam (atau ikut rasa)
1 sudu teh serbuk lada putih
3 sudu besar bawang goreng
3 - 4 sudu besar kicap manis
sedikit sos tomato dan sos cili
secukup minyak utk menumis
1 batang lontong (dipotong dadu kecil)
300 gm daging (hiris nipis2, potong kecil)
2-3 keping fish cake (hiris)
6-8 batang crabstick (potong kecil)
sedikit daun sup/bawang (hirid)
bawang goreng
telur goreng (hancur atau dadar)
(Selalunya kalau ada stok dalam fridge, saya akan tambahkan lagi rencahnya seperti udang hidup dan sotong basah. Tapi kurangkanlah bahan yg lain agar sambalnya seimbang dan dapat meliputi kesemua bahan termasuk lontong).
Cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 yg telah dikisar tadi sehingga garing. Masukkan daging dan sedikit air dan kacau sekali sekala sehingga daging empuk. Kemudian masukkan pula lontong, crabstick dan hirisan fish cake. Gaul rata dan biarkan sebentar. Seterusnya, masukkan gula, garam, sos tomato, sos cili, kciap manis dan bawang goreng. Gaul lagi hingga rata. Biarkan sehingga lontong sebati dgn bahan2 lain. Akhir sekali, masukkan daun sup/bawang lalu matikan api. Bila hendak menghidangkannya, taburkanlah dgn sedikit lagi bawang goreng, daun sup/bawang dan telur dadar/hancur.
Lontong Goreng
Sumber : mrsjanssens2005
Bahan-bahan
6 batang homemade instant nasi impit, atau apa2 nasi impit pun boleh..
2-3 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu kecil minyak bijan
1 biji telur
garam jika perlu
minyak untuk menumis
daun kucai, ikut banyak mana kita nak
***boleh tambah bahan lain seperti udang atau ayam, jika suka
Cara-cara
1. Potong nasi impit kecil & ketepikan
2. Telur digoreng hancur & ketepikan
3. Tumis bawang, bawang putih & cili sehingga wangi. Masukkan minyak bijan, kicap, sos ikan & sos tiram. Jika kering sangat, masukkan 1-2 sudu air
4. Masukkan daun kucai & telur, masak hingga layu & masukkan nasi impit. Rasa garam, tak perlu tambah garam jika dah cukup masin
Lontong Goreng
Sumber : Fauziah Norizan
Bahan-bahan
1 btg. lontong [dipotong dadu]
20 biji cili kering ]
2 labu bawang besar ] dimesin halus
4 ulas bawang putih ]
2 camb. udang kering ]
100 gm. daging cincang
2 biji telur
1 manggkuk kecil sayur campur
kicap manis, kicap masin
garam, secukup rasa
daun sup, bawang goreng [untuk taburan diatasnya]
Cara Membuatnya
1. Tumis bahan yang dimesin hingga benar-benar garing, masukkan daging gaul hingga masak.
2. Masukkan lontong yang telah didadu gaul hingga sebati.
3. Masukkan kicap masin dan kicap manis [agak-agak 2-3 camb.] gaul lagi hinnga rata.
4. Masukkan sayur campur dan digaul rata
5. Lubangkan ditengah masukkan telur sambil sesekali dikacau telur supaya rata masaknya. Setelah masak gaul semuanya hingga rata.
6. Rasalah masin, masinnya secukupnya. Tabur daun sup dan bawang goreng.

No comments:
Post a Comment