- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Saturday, August 15, 2009

Nasi Beriani Masala

Mlm td citer2 kosong dgn hubby pasal member masa kt kampus dulu dh bukak restoran nasi beriani kt jln bunus & medan tuanku, KL; Restoran Selera My. Aku blom bkesempatan lg nk ke sana. Dulu kan aku slalu lalu depan restoran tu tp aku tak tau pemiliknya member aku. Baru2 ni jer tau sejak2 join facebook. Seme teman2 duk puji nasi beriani ayam masala kt restoran dia. Tukang masak dia diimport klau x sialp dr pakistan. Dia jugak buat katering. So sape2 nk tempah nasi beriani @ buat mkn2 ala katering bleh la contact member aku ni, ida namanya.
Citer2 pasal beriani, huby ckp nape aku tak buat nasi beriani. Haah ek, aku mmg tak pernah masak pn nasi ni. Mkn slalu gak la. Aku bukan tak nak cuba, tp bhn2 dia byk sgt. Hubby suggest cuba buat ari ni sbb both tak keje. As long as dia nk tolong, aku on aje. Pg2 gi market beli bhn2 yg patut. Aku cilok resepi waterlily, sedap ni tp mcm2 mn pn kna cuba gak nasi beriani kt restoran member aku tu.


Briyani Masala
Sumber :
waterlily

Bahan-bahan :
1/2 kilo daging, ayam atau kambing (beef, chicken or mutton) - wlily guna daging tulang rusuk. - marinate daging dengan rempah briyani selama 10 minit.
2 pot Beras Basmathi - dibasuh dan dituskan.
1 cawan yoghurt
100ml susu segar (wlily campur dengan air rebusan daging - sebab nak bagi ummph!)
1 gm Saffron - optional
3 camca besar minyak
2 camca besar ghee
3 camca besar rempah briyani masala
5 tangkai daun mint - dihiris halus
5 tangkai daun ketumbar - dihiris halus
Sedikit gajus - di goreng sebentar sehingga keperangan
Sedikit kismis - digoreng sebentar sehingga lembut
Cili hijau (wlily tak letak)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang merah besar
1 inci halia - dihiris halus
Garam secukup rasa

Cara Membuat :
1. Tumis bawang besar sehingga layu, masukkan daging yang telah dimarinate. Kacau sehingga keluar minyak - tambah sedikit air panas jika terlalu kering, renihkan sehingga daging lembut.
2. Masukkan yoghurt, bawang putih dan halia dan kacau lagi sehingga kuah agak pekat. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan juga daun mint dan daun ketumbar yang telah di hiris halus tadi. Kacau sebentar dan terus padamkan api.
3. Panaskan susu dan masukkan saffron tadi dan kacau sehingga larut. Renjis sedikit di atas beras basmathi. Masukkan ghee ke dalam adunan susu tadi, kacau sehingga cair. Padamkan api.
4. Ambil beberapa ketul daging atau ayam masala yang telah masak dan di susun selapis di dalam rice cooker. Tabur beras basmathi diatasnya, dan ulang sehingga beberapa layer - diakhiri lapisan beras diatasnya. Tuangkan susu bercampur ghee ke atas nasi tadi. (Banyaknya cecair sama banyaknya seperti kita menanak nasi biasa. In this case, Wlily masukkan air rebusan daging yang telah bercampur garam dan kurangkan susu dan ghee sebab tak mau berminyak sangat.)
5. Masak nasi seperti biasa. Sebelum menghidang, taburkan dengan gajus dan kismis yang telah digoreng tadi. Siapp..


Nasi Briyani dgn Ayam Masala
Sumber :
mamaella


AYAM MASALA

Bahan-bahannya:-
1 ekor ayam potong 12 bahagian - dicuci dan dtos air nya
2 sudu makan chili boh atau kisar
7 batang lada hijau*
4 biji Bawang besar*
6 biji Bawang putih*
halia sejengkal*
Sedikit lengkuas-dititik
1 batang Serai- dititik
1 sudu makan campuran serbuk ketumbar, jintan manis dan kasar
1/2 sudu teh garam masala
1 sudu makan rempah kari ayam
1 batang kayu manis
2 biji bunga pelaga
2 biji bunga cengkeh
1/2 sudu teh lada putih
sedikit daun ketumbar dan pudina
1 biji buah tomato - dibelah 4
1 sudu makan sos tomato
Bawang goreng untuk ditabur
Minyak untuk menggoreng
1/2 sudu teh minyak Sapi

Cara-caranya:-
1 Kisar halus bahan-bahan *. Panaskan kuali dan masukkan Minyak sapi dan minyak masak. Bila minyak dah Panas, masukkan 4 sekawan( cengkeh, pelaga dan etc) kedalam nya. Bila ia mula meletup-letup masukkan serai dan lengkuas, bila dah wangi sedikit baru masukkan bahan-bahan kisar dan Chilli boh. Kacau sehingga sebati dan rata.
2 Bila rempah sudah wangi, masukkan rempah garam masala, kari, serbuk ketumbar dan jintan dua macam dan kacau lagi biar ia nya sebati dan keluar minyak.
3 Bila dah keluar minyak masukkan sos tomato dan buahnya sekali, kacau lagi baru masukkan ayam dan balik-balikkan serta tutup periuk nya dan menggunakan api sederhana.
4 Bila ayam sudah separuh masak , masukkan dua macam daun dan garam serta lada putih, kacau perlahan-lahan dan biarkan sampai ayam nya masak dan kuahnya agak pekat.
5 Rasa apa yang kurang, angkat dan taburkan dengan bawang goreng. Enak dimakan dengan nasi beryani atau roti nan atau capati...


Nasi Briyani

Bahan-bahannya:
3 cawan beras-Mama gunakan beras biasa aje.
air- ikut sukat masing-masing
1/4 cawan susu cair (evaporated milk)
5 biji bawang putih - dikisar
3 biji bawang besar- dikisar
1 sudu rempah briyani
sedikit saffron (koma)
sedikit pewarna kuning
sedikit daun pudina dan ketumbar - kalau nak lebih pun boleh
2 helai daun pandan- digunting 3
1 batang kayu manis
3 biji bunga cengkeh, buah pelaga, bunga lawang
garam secukup nya
Minyap sapi 2 sudu makan dan sedikit minyak masak
Bawang goreng untuk dihias
kacang gajus- Optional

Cara-caranya:
1 Panaskan minyak dan minyak sapi , tumis kayumanis, buah pelaga, bunga cengkeh, bunga lawang dan daun pandan sehingga wangi Baru masukkan bahan-bahan yg dikisar bersama dengan rempah briyani. kacau sehingga rata dan sebati.
2 Tuangkan bahan-bahan ini didalam periuk nasi dan masukkan air, susu, garam secukupnya, air mawar, beras dan daun pudina dgn daun ketumbar.
3 Apabila nasi hampir setengah nak masak, kacau dari bawah sehingga keatas setakat rata atau 2/3 kali aje.
4 Bila nasi dah masak, renjiskan warna saffron dan warna kuning yg dah dicampurkan dengan air, ke arah permukaan nasi dan biarkan ia tanak lagi sebentar..
5 Balutkan kain di penutup periuk nasi dan biarkan ia nya tanak buat 5 minit, Buka tutup nya dan kacau nasi itu sehingga warnanya rata dan cantik...

P/s: Mama tidak menggunakan warna oren atau banyak warna... Mama suka setakat kurang warna..Resipi dari Buku Asmah Laili




NASI BIRYANI PULAV MASALA
Sumber :
shima27

BAHAN-BAHAN:
beras basmathi secukupnya
ghee/minyak sapi tuk tumis
rempah biryani pulav masala brand Badshah (India mali....)
serbuk kunyit
biji pelaga
bay leaves
kayu manis
cengkih
garam
carrot disagat - buh byk2...maklumlah stok carrot berkilo dlm esbokkk

CARA:
1. tumiskan bhn2 rempah dlm ghee sampai wangi...pastu tuang dlm periuk nasi, adjust air (kurang skit drp biasa) pastu masak nasi spt biasa.

NOTE: mkn ngan popodum (i goreng yg perasa masala>>india mali gakk) & acar buah (balance kenduri kawen i dulu>>>fuhhh nk dkt sthn dah bertahan!! )


AYAM MADU

BAHAN:
ayam secukupnya - digoreng dulu hingga keperangan -ketepikan
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 inchi halia - dimayang
3 ulas bwg putih - dikisar
cili kering secukupnya - direndam dulu & dikisar
1/2 labu bwg besar -dikisar
1/2 labu bwg besar- dipotong bulat2
1-2 biji cili masak hijau- dibelah panjang/serong
sos cili byk2
madu secukupnya (adjust ikut tahap kemanisan sendiri)
kicap pekat - tuk bg kaler cun skit...
garam secukup rasa

CARA:
1. tumiskan bhn2 kisar & rempah hingga wangi...masukkan air skit..tuk kuah.
2. bubuh sos cili, garam & madu...masuk kicap skit...kacau2 ...adjust rasa
3. then masukkan ayam...& gaul bersama bwg besar & cili masak...siap


ACAR MENTAH

BAHAN:
timun
carrot (hehehe i kayooo ngan carrot)
capsicum (suka kaler2)
bwg besar
cili masak
garam, gula, cuka & perahan lemon

CARA:
gaul sebati...adjust rasa..biarkan kejap sampai kuar air...


2 comments:

Anonymous said...

Cam raya jer kalo dpt makan nasi beriani masala nie... sedapnye nampak. Bahan2 die memang byk sikit yer kak.. tp skali sala buat best jgk.

ana said...

Mmg pn...ni first time try buat...ntah bila lg la bleh buat...raya kot?hehehe


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).