- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, June 2, 2008

Alone & Lonely - Ketam Masak Lemak


I bought crab today.Thinking what i'm gonna cook today.Actually i've no mood to cook or whatsoever but when i see the crab,i instantly fall in love with it.Furthermore,what i'm gonna do alone apart of watching tv & reading?I'm bored.Alone & lonely.It's better if i cook,at least i can improve my cooking skills.
This was my 2nd time i cook crab,of better said 1st time i cook it 100%.B4 this i help my fiance preparing the ingrediants as usual :).So today i'm going to cook it,no matter what happen.First thing first.I've difficulties to clean the crab (itu la,dulu tak nak tengok abang bersihkan ketam tu).I just follow my instinct.Hopefully it was the right way.Then,using the following recipe i got from internet & based on my memory with my fiance's recipe,it turns out very well.Yummy....


KETAM MASAK LEMAK CILIAPI

Bahan
4 ekor ketam [bersihkan]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 batang serai [dititik]
1 keping asam keping
Garam
Bahan perasa

Bahan Mesin
20 tangkai ciliapi
3 cm kunyit hidup
1 cawan air

Cara
1. Masukkan bahan mesin, ketam, serai dan asam keping ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih.
2. Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih lagi.
3. Masukkan garam & bahan perasa.Bila masak, tutupkan api.
4. Hidangkan.

& here are other nearly similar 'masak lemak' crab recipes that i can try next time.

Ketam Masak Lemak

Bahan2:
½ kg ketam
½ biji kelapa atau a/2 peket santan serbuk
15 biji cili api atau cili kering
2.5 sm kunyit hidup
1 batang serai (dititik)
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
Garam dan gula secukup rasa

Cara2:
Ketam dibersihkan dan dipotong dua. Kelapa diperah ambil santannya. Cili api, bawang merah dan kunyit ditumbuk lumat. Setelah itu masukkan santan dan serai ke dalam periuk. Jerangkan di atas api yang sederhana sambil dikacau perlahan-lahan sampai mendidih. Bila telah mendidih masukkan pula ketam sambil dimasak lagi. Tambahkan garam dan gula secukupnya. Bila ketam telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Ketam Masak Lemak

Bahan2:
1 ulas bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 cm halia (ditumbuk)
1 sudu cili boh
1 cawan santan pekat
garam
gula
serbuk perasa
1kg - ketam segar

Cara:
Panaskan minyak, masukkan bawang dan halia yang telah dikisar tadi. Masak sehingga naik bau, lepas itu masukkan cili boh. Biarkan seketika.... masukkan santan pekat dan ketam. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Masak sehingga kuahnya menjadi pekat.

KETAM MASAK LEMAK

Bahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )
4 ekor ketam besar, dibersihkan
6 ulas bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
3 batang lada merah*
3 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
1/2 cm belacan*
1 hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
1 asam keping
1 helai daun kunyit
1 kuntum bunga kunyit (jika suka dan jika ada)
1 biji kelapa, diparut
Garam dan gula secukup rasa
1 biji timun, dibuang kulit, dikerat 2 dan belah empat setiap keratan
2 keping tempe, dikerat 4 setiap keping (jika suka)
Cara-cara
1. Dalam periuk, masukkan ketam, asam keping dan bahan2 dikisar.
2. Jerang atas api untuk 2 - 3 minit. Matikan api dan biarkan sebentar.
3. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut.
4. Ramas dan perah santan dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang lagi 2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2.
5. Hidupkan api kembali dan masukkan santan no 2 ke dalam periuk.
6. Diikuti tempe, daun kunyit dan bunga kunyit (jika suka dan jika ada), biarkan mendidih. Masukkan santan pekat dan timun. Perasakan dgn garam dan gula.

Ketam Masak Lemak Nenas

Bahan2:
4 Ekor Ketam
½ biji nenas
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
½ inci kuntit hidup
3 biji cili merah
10 biji cili api
1 biji santan
garam secukup rasa
serbuk perasa

Cara:
Bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan kunyit hidup di blender hingga hancur. Ketam yang telah dibersihkan dibelah dua dan masukkan ke dalam periuk. Nenas yang telah dibersihkan dipotong kecil-kecil dan dimasukkan kedalam periuk. Masukkan bahan yang telah diblender tadi bersama dengan 2 batang serai yang telah diketuk ke dalam periuk berisi nenas dan ketam tadi. Kemudian tutup periuk dan buka api dengan perlahan. setelah air dari bahan yang diblender dan ketam serta nenas tadi hampir kering barulah dimasukkan santan. Kacau dan setelah ia mendidih barulah dimasukkan garam serta serbuk perasa secukup rasa. Didih kan sebentar sahaja dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).