- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, June 15, 2008

Happy Father's Day

zwani.com myspace graphic comments

Happy father's day to my dad,ISMAIL BIN MOHAMAD.Ayah,i love u even though i never say that word to u.I know we're not that close but i still care for u.Tq for all ur love.Tq for all ur sacrifice.U're the greatest day in the world.
So,for this father's day,i'll jot down here my father's favorite foods as i can't go back home to celebrate it with him & cook his favorite dishes for him.My father is very simple man.He likes to eat all kind of food.He's not fussy when it comes into food.He never complaint about food.He loves to eat even sometimes my mom had to remind him about his diseases;diabetes & high blood preassure.He never prohibit himself form eating,no 'pantang larang'.He said,there's no use to stop ur desire to eat now bcoz' u never know when the god will take back ur appetite.Erm,no comment.But i know what he likes to eat apart of rice;sweet traditional cakes.

TEPUNG PELITA


Bahan-bahan A ] disatukan- lapisan bawah
1 cawan tepung beras
sedikit air kapur
7 helai daun pandan, kisar dan ambil airnya anggaran 3 cawan

Bahan B ] disatukan - lapisan atas..
3 cawan santan pekat
1 senduk tepung beras
secubit garam

Bahan C
Gula pasir secukupnya
Daun pisang secukupnya, dibuat bakul

Cara
1. Didihkan air untuk mengukus. Bubuh 1 sudu gula atau lebih (ikut manis yang dikehendaki) dalam setiap bakul daun pisang.
2. Kemudian masukkan adunan A agak-agak ½ atau ¾ bakul. Kukus sehingga masak.
3. Masakan bahan B anggaran panas. Kemudian masukkan hingga penuh bakul.
4. Kemudian kukus lagi hingga lapisan atasnya masak. Untuk memastikan kuih betul-betul masak, cucuk dengan garpu atau lidi. Kalau tak melekat, masaklah tu..
5. Sejukkan betui2 baru makan dengan sudu kecil.

NOTA.
Kalau sejukkan dalam peti ais lagi sedap.
jika tak der daun pisang boleh gunakan mangkuk kecil..


KUEH CARA BERLAUK

Bahan Inti
1 cawan daging/ayam kisar
1 labu bawang besar [potong dadu kecil]
1 ulas bawng putih [cincang halus]
1 s/b rempah kurma
1 s/k minyak utk tumis
garam

hiasan
daun bawang [mayang kecil]
cili merah [hiris halus]
Daun pandan dipotong 2 dan carikkan sebagai berus
untuk menggris acuan kueh cara

Cara masak inti
1. Tumiskan bawang dan rempah sehingga wangi.
2. Masukkan daging/ayam & garam dan biarkan mendideh dan kering.
2. Bila telah kering..angkat dan sejukkan.

Bahan untuk adunan bater
2 cawan tepung
1 cawan santan
2 cawan air
1 biji telur
garam
pewarna kuning

Cara membuat kueh:
1. Blendkan/gaul rata semua bahan dan tapiskan.
2. Masukkan sikit adunan dalam teko yg muncung panjang
[senang nak tuang kedalam acuan kueh cara]
3. Minyakkan acuan kueh cara dengan berus daun pandan yg disediakan
4. Tuangkan adunan
5. Masukkan sesudu kecil inti daging yg disediakan
6. Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang. Tutupkan adunan dgn tudung periuk kecil
7. Bila agak dah masak.. angkat dan hidangkan

PUTRI MANDI

Bahan-Bahan:
600 gm tepung pulut
1 biji kelapa muda - diparut
3 cawan air
1 keping gula enau
3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan

Cara:
1. Tepung dibancuh dengan air garam, diuli sebati dan bentukkan sebesar guli dan dileperkan tengahnya.
2. Masak air dalam periuk hingga mendidih kemudian masukkan adunan yang telah dibentuk tadi.
3. Setelah ia timbul barulah diangkat dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air sejuk.
4. Masukkan 3 cawan air ke dalam periuk, campurkan gula enau dan gula pasir, daun pandan, masak hingga gula hancur. Angkat dan tapis.
5. Masak semula air gula yang telah ditapis hingga mendidih, masukkan kelapa parut. Kacau selalu, selepas itu masukkan bentuk-bentuk adunan yang telah dituskan. Kacau lagi dan bolehlah diangkat.


KUEH TEPUNG BUNGKUS

Bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan

Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.


CENDUL

Bahan:
3 cawan jus pandan + pewarna hijau
[gunakan 10 - 15 helai daun pandan]
1 cawan tepung beras
1 s/k air kapur
secubit garam

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan dalam kuali /non-stik wok sehingga naik wap dan kental. [Sentiasa kacau supaya tidak hangus]
3. Sediakan mangkuk berisi air sejuk atas meja.
4. Tekan atas acuan berlubang.[Kak liza gunakan senduk berlubang dan tekan dengan senduk biasa]
5. Sediakan air gula merah dan santan untuk makan cendul.
[Boleh gantikan air soya/susu cair atau air bandung untuk makan cendul]

LOMPAT TIKAM

BAHAN "A"
125 gram tepung beras
1,325 ml susu cair rendah lemak ( 1/2 susu dan 1/2 air)
125 ml air pandan
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur

BAHAN "B"
50 gram tepung beras
1,200 ml susu cair rendah lemak ( 1/2 susu dan 1/2 air)
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh air kapur

BAHAN "C"
500 gram gula Melaka
1 helai daun pandan
1,025 ml air
28-30 mangkuk plastik yang kecik-kecil, bertutup. Cuci bersih, lap, dan atur didalam dulang

Cara-Cara
1. Gaul rata semua Bahan "A" dalam besen dan tapis.
2. Kemudian masukkan kedalam periuk dan kacau diatas api yang sederhana dengan menggunakan senduk kayu. Kacau sehingga pekat.
3. Setelah itu ambil sedikit adunan yang sudah masak it, masukkan kedalam mangkuk plastic setengah penuh. Ketepikan.
4. Gaul semua bahan "B" didalam besen dan tapis.
5. Curah kedalam periuk dan kacau sehingga masak dan pekat.
6. Ambil sedikit adunan ini, dan masukkan kedalam mangkuk plastik tadi, sehinga 3/4 penuh. Sejukkan.
7. Kemudian tutup mangkuk plastik dan simpan didalam peti sejuk.
8. Semasa menghidang, tuang sedikit sirap gula Melaka.
9. Masak gula Melaka dengan air sehingga hancur dan mendidih.
10. Tapis dan masak lagi sebentar.
11. Biarkan sejuk,kemudian simpan didalam peti sejuk


PULUT SERIKAYA

Bahan-bahan
------------
Lapisan Bawah
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Lapisan Atas
2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
½ cawan gula merah
1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung jagung
3 biji telur
1 s/t garam

Cara
-----
Lapisan Bawah
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Masakkan sekejap sehingga naik wap.
3. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
4. Kukuskan lebih kurang 20 minit.
5. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).