Bahan
8 keping roti
4 helai daun salad (atau hirisan timun)
mentega untuk sapu
Bahan Inti
3 biji telur rebus
2 camb mayonis
1 camb Thousand Island Dressing
1/2 camt serbuk lada hitam
secubit garam
Cara.
Hancurkan telur, campurkan dengan bahan inti yg lain. Jika suka, boleh tambah cili merah yg dicincang halus. Sapu mentega pada roti, alas 4 keping dengan daun salad. Ratakan campuran telur pada 4 keping lagi kemudian tangkupkan. Tekan sedikit, hiris tepi kelilingnya kemudian potong tigasegi.
Bahan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar, didadu
1 camt pes cili
2 camb minyak
1 tin kecil sardin, dilecek dgn sedikit sosnya
gula, garam
Cara.
Kisar bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak, tumis bawang kisar, bawang besar dan pes cili hingga wangi. Masukkan sardin, gula dan garam. Masak hingga kering. Biar sejuk sebelum digunakan.
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar, didadu
1 camt pes cili
2 camb minyak
1 tin kecil sardin, dilecek dgn sedikit sosnya
gula, garam
Cara.
Kisar bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak, tumis bawang kisar, bawang besar dan pes cili hingga wangi. Masukkan sardin, gula dan garam. Masak hingga kering. Biar sejuk sebelum digunakan.
As i don't eat sardine, i chose tuna for my sandwiches.
Bahan-bahannya
1 buku roti putih / roti gandum yang sudah siap di potong
Inti
1 tin kecil tuna in oil
batang seleri di hiris dan potong kecil-kecil dan halus.
2 sudu makan mayonis
Hiasan
2 biji tomato di potong membulat
1 biji timun di potong membulat
1 biji lettuce di hiris nipis
butter untuk di sapukan pada roti
Cara-caranya
1. Buangkan minyak dan ambil isi ikan tuna sahaja.
2. Lenyekkan hingga hancur atau separa hancur dan kemudian di campurkan dengan mayonis.
3. Gaul rata hngga sebati. Masukkan batang seleri yang telah di potong kecil-kecil.
4. Roti di buang tepinya yang keras dan sapu nipis butter.
5. Lapikkan dengan hirisan lettuce, timun dan tomoto.
6. Letakkan tuna dan tutup dengan sekeping roti yang juga di sapu nipis dengan butter.
7. Hidangkan.
Bahan-Bahan:
Roti sandwich
Sedikit mentega
Sedikit serbuk lada hitam
2 biji tomato
Daun salad dicincang
Sebungkus keju cheddar
Inti Sandwich:
1 tin tuna
4 sudu besar mayonis
sedikit garam
Bawang besar(dipotong kecil dan didadu)
Sedikit cili (potong kecil2 dan didadu)
Cara:
1. Lumurkan mentega pada kedua-dua belah untuk sekeping roti.
2. Ambil sekeping roti yang telah disapu mentega tadi dan isikan dengan inti sebanyak mana yang anda suka.
3. Letakkan daun salad yang telah dicincang dan tomato diatas inti kemudian diikuti dengan satu keping keju cheddar.
4. Kemudian tutup dengan satu keping roti yang turut telah disapu mentega pada kedua-dua belahnya.
5. Masukkan sandwich yang sudah siap ke dalam kuali yang sederhana panas.
6. Tekan-tekankan sandwich tersebut dan masak sehingga roti kelihatan garing.
Bahan-bahan ( 2-4 orang )
Tuna Chunks in Water x 1 tin (slalu gunakan ayam brand)
Serbuk lada putih
Mayonnaise 1 botol kecil
Lada capsicum hijau 1 biji- potong dadu
Bawang Besar 1 biji potong dadu
Tomato 1 biji potong dadu atau hiris pun bole
Roti Sandwich atau Croissant
Sayur lettuce and keju untuk tambahan kalau mahu.
Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan kedalam mangkuk. Gaul dengan mayonnaise hingga rata.
2. Lada putih gunakan lebih2 supaya lebih enak rasanya dan juga bole hapuskan bau tuna.
3. Letakkan ke dalam roti, bole dialas roti dengan sayur lettuce dan keju.
4. Bole dimakan gitu sahaja atau dibakar.
No comments:
Post a Comment