- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Saturday, June 7, 2008

Resepi Orang Malas.....Singgang

I used to comment when my mom always cook this kind of dish when i was small.Who can blame me as this is our daily dish bcoz' it's easy to cook & cheap.U only need fish & other ingrediants that u can find around the house.My mom grew her own turmeric, 'lengkus', ginger, even 'cili padi'.& there is a big 'asam' tree near my house (we make our own 'asam gelugur').So i was very good at cooking this dish.My mom said this is 'resepi org malas'.
But when i move to kl,i always long for 'ikan singgang dish'.It was hard to find this dish at food stall except if u go to east coast people's stall (kelantanese/terengganurian/siamese).When i go back to my home town,i'll ask my mom to cook this dish.It's tastier than other dishes even though she cooked simplier than these recipe.She only boil the fish with some water, turmeric, 'lengkus', 'asam gelugur', salt & msg.It's true when people said,u'll only appreciate things when u can't have it easier than b4.
My fiance is also like me,he'd prefer eat out if his mother cook this dish at his home.But here in kl,he often cook it.So,today as he was home,we are lucky to find small & fresh 'ikan tongkol' at the market.He instantly buy it & cook 'ikan singgang'.& it's even better when we eat/'cicah' with 'budu'.Marvellous.....



SINGGANG IKAN AYE [TONGKOL]

Bahan
1 ekor ikan tongkol/aye..potong kecil dan bersihkan
3 ulas bawang putih dimayang
2 cm lengkuas.............]dihiris nipis
2 cm kunyit hidup........]
5 keping asam keping/gelugor
garam
air secukupnya
ciliapi..ikut suka [buangkan tangkai]

Cara memasak biasa
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan biarkan sehingga mendideh.
2. Rasakan garam dan masukkan ciliapi.
3. Hidangkan.

Singgang Kepala Ikan Tenggiri

Bahan-bahan ( 2-4 orang )
1 kepala ikan tenggiri (saiz ikut suka)
1 inci lengkuas - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
3-4 keping asam keping
1 sudu gula merah if x der boleh guna gula kabung/melaka (sukatan ikut suka)
1 sudu budu/ikalau x nak isi pun x pe
Garam secukup rasa
I ikat bendi
10 - 15 biji cili api
Air agak-agak tenggelam kepala ikan dan jika nak kuah banyak, isi lebih sikit
Cara-cara
1. Basuh kepala ikan tenggiri, cili dan bendi.
2. Masukkan semua bahan yang dihiris ke dalam periuk,termasuk asam keping, kepala ikan tenggiri, cili api, gula merah, garam dan budu.
3. Panaskan sehingga mendidih, kemudian masukkan bendi.
4. Biarkan mendidih, hingga masak kesemuanya.

Masak Singgang Ikan Selar

Bahan2:
3 ekor ikan selar sedang
4 biji cili hijau (dibelah dua)
2 biji tomato (dibelah dua)

Bahan-bahan dihiris:
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 sm halia
4 keping asam keping
2 batang serai (diketuk)
1 helai daun kunyit
Sedikit garam dan kunyit
Air secukupnya

Cara2:
Bersihkan ikan dan ketepikan sebentar. Bubuh air secukupnya di dalam periuk dan masukkan cili hijau, bawang kecil, bawang putih, halia, asam keping, serai, daun kunyit, garam dan kunyit. Biar menggelegak baru masukkan ikan. Bila ikan masak, masukkan tomato pula. Biar lima minit, rasakan garam dan angkat.

Not only fish, we,especially from east coast,also 'singgang' beef, beef bone, chicken & squid/cuttlefish.

Singgang/Singam daging Kelantan

Bahan-bahan (terpulang)
Daging (ikut suka banyak mana)-dihiris nipis-nipis
2 jenis cili (cili padi, cili kering-jika suka pedas)
Ketumbar-ditumbuk sedikit
asam keping (ikut suka)
bawang putih
bawang merah
lengkuas
sedikit manisan kerek/gula melaka
budu (memang lagi sedap kalau masukkan)
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Daging dipotong nipis, sejat
2. Bawang putih, merah, lengkuas dipotong nipis, Cili padi di potong kecil-kecil
3. Masukkan semua bahan dan gaul lebih elok kalo diperap sekajap.
4. Jerang diatas api sampai daging masak. Rasanya daging singam ni pedas, manis, masin dan masam. Makan dengan nasi putih.

Daging Singgang Terengganu

Bahan2:
¼ kilo daging lembu
¼ kilo tulang lembu
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
1 besar ibu jari kunyit
1 ½ besar lengkuas
5 batang serai
1 camca besar lada hitam
1 camca kecil jintas manis
1 camca besar ketumbar
2 keping asam keping
garam secukup rasa

cara:
1. bersih daging dan tulang lembu.
2. kemudian masukkan ke dalam periuk bersama air.
3. tumbuk semua bahan-bahan di atas.
4. masukkan ke dalam periuk tadi.masukkan asam keping dan garam. sekiranya suka boleh menggunakan perasa.

SINGGANG DAGING

Bahan-bahan
1kg daging @ tulang rusuk
10 ulas bawang merah-mayang
5 ulas bawang putih-mayang
2in halia- mayang
4 in lengkuas- kisar
7 @ 9 biji cili keing- (rendam sebentar dankisar)
5 keping asam keping
Sedikit ketumbar-kisar
Garam secukup rasa
serbuk perasa
Air secukupnya

Cara:
Daging dipotong 4 segi lebar, kemudian dibasuh dan toskan. Lengkuas, cili kering dan ketumbar dikisar. Sementara bawang merah, bawang putih dan halia dimayang. Setelah siap kesemuanya, masukkan kedalam periuk bersama-sama kesemua bahan-bahan tadi termasuk asam keping, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih dan masak sehingga daging betul-betul masak.
Boleh dititikkan 2 batang serai jika suka.

Cadangan Hidangan:
Enak dimakan panas2 dengan nasi putih, telur goreng dadar dan jgn lupa sambal belacan...baru ada ummmmmmph

SINGGANG DAGING

Bahan-bahan ( 1 orang )
200 g daging
2 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 keping asam keping a.k.a. gelugor
3cm lengkuas (ditumbuk kasar)
3 batang serai sederhana besar (dititik)
500ml air
Garam & gula utk perisa

Cara-cara
1. Bersihkan daging dan hiris nipis (1cm tebal).
2. Masukkan semua bahan kecuali garam dan gula. Rebuskan sehingga air menggelegak. Perlahankan api dan reneh untuk seketika lagi.
3. Masukkan garam dan gula. Kacau seketika. Tutup api dan hidangkan.



SINGGANG DAGING NENEK KAK NOOR

Bahan-bahan:
600 g daging lembu
2 keping asam keping
2 ulas bawang putih } dihiris
1 sudu kecil ketumbar } ditumbuk kasar
1 sudu kecil jintan manis } ditumbuk kasar
2 cm lengkuas } dihiris atau diketuk
garam secukup rasa
cili api } dibelah 2 - jika suka
air secukupnya

Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan2 diatas serta air secukupnya
2. Apabila mendidih masukkan daging reneh sehingga empuk.
3. Rasakan garam secukupnya
4. Sebelum diangkat masukkan cili api
5. Sedia utk dihidangkan


Singgang Daging/tulang

Bahan-bahannya
1/2 kilo daging atau tulang (kalau nak lebih sedap)
1/2 inci halia dihiris memanjang
1/2 inci lengkuas dihiris memanjang ( spt lidi)
3 ulas bawang merah dihiris
4 ulas bwg putih dihiris
1 camb ketumbar biji
2 @ 3 keping asam gelugur
1 @ 2 tangkai lada kering digunting kecil-kecil
garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya
Masukkan kesemua bahan-bahan tadi dalam periuk dan rebus hingga empuk.Bila dah masak , hidangkan panas-panas bersama ikan kering goreng.Lebih sedap lagi kalau ada budu dan ulam-ulaman


Singgang sotong

Bahan-bahan ( 4 - 5 orang makan )
500gm sotong
3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
1 biji bawang besar
1 in kunyit hidup
1/2 in lengkuas
2 btg serai - diketuk
3 kpg asam gelugur
daun kesum
secubit belacan
garam dan gula
500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah

Cara-cara
1. Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya.
2. Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus.
3. Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.
4. Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa. (Masakan sy memang letak gula sbb sy tak gunakan pak aji ya..)
5. Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras.
6. Bolehlah dihidangkan dan lauk ni sedap dimakan dgn ikan goreng dan sambal belacan..

Sotong Singgang Kelantan

Bahan2:
½ kilo sotong
3 ulas bawang putih(mayang)
5 ulas bawang merah(mayang)
2 batang serai
garam secukup rasa

Cara:
Rebus sotong dengan air, masukkan bawang dan serai yang diketuk dan sedikit garam. Rebus sampai empuk.

Ayam Singgang Pantai Timur

Bahan2:
½ ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong
2 keping asam gelugur
2 cawan air
1 biji tomato, di potong 4
Gula dan garam secukupnya
4 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
4 tangkai cili padi, dititik
1 batang serai, dititik
1 sm kunyit basah, ditumbuk

Cara:
Masukkan ayam dan air. Masak hingga mendidih. Masukkan bawang putih, bawang merah,asam gelugur,kunyit,serai, gula dan garam . Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat.
Sesuai dihidangkan ketika panas

This is new recipe i found in the net.It is new to me.I never thought 'tempoyak' can be put in the dish.It look interesting & different.I'll try it someday.....

Ikan Singgang Masak Tempoyak Wan Special

Bahan2:
Ikan Tenggiri atau ikan yang berisi putih
Tempoyak- 2 senduk tempoyak
Kunyit Hidup - 2cm (kisar)
Cili Api -2 genggam (kisar)
Daun kesom
Asam keping (kalu tempoyak dok masam)
garan secukup rase
bahan perase secukup raser
guler sedikit

Cara:
Masukkan air kedalam periuk (sesuker hati) dan masukkan bahan 2 kisar bersama dengan tempoyak dan biarkan menddih. Lepas itu masukkan ikan yang telah di bersihkan bersama dengan daun kesom dan perasa. biarkan mendidih.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).