- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, June 16, 2008

Lazy Day + Period Pain

What a lazy horse i am today.I'm not in the mood to cook today as i had this period pain.It kills me.But,since i had nothing in my stomach,i had to cook something.The simplest dish,egg soup.

SUP TELUR

Bahan
4 biji telur
2 biji kentang [potong kecil]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok sawi minyak ata kailan [potong pendek]
air secukupnya
minyak
garam

Bahan tumis [tumbuk kasar]
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot.Biarkan mendidih dan lembut.
3. Masukkan telur masa air menggelegak.
4. Bla dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
5. Hidangkan.

Sup telur dan tomato

Bahan-Bahan:
2 biji telur
2 biji tomato
2 cawan air
2 sudu minyak masak
2 ulas bawang putih
sedikit garam dan perasa

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih yang di giling hingga naik bau.
2. Pecahkan telur dan masak dengan bawang putih hingga telur hancur.
3. Masukkan air 2 cawan dan masak hingga mendidih.
4. Masuk tomato yang di belah empat untuk 2 minit.
4. Tambahkan perasa dan hiaskan dengan hirisan daun sup.

Sup Telur Dengan Suhun

Bahan-Bahan:
5 biji telur
5 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang Putih
Sedikit Halia
1 bungkus sup bunjut
Bunga lawang
Buah pelaga
Kulit Kayu manis
Suhun - direndam
Ubi kentang
Tauhu pucuk-direndam
air secukupnya
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
sedikit bawang goreng
daun bawang
daun saderi

Cara:
1. Bawang merah,halia dan bawang putih ditumbuk halus.Ubi kentang dibelah 4.
2. Panaskan minyak, tumis bunga lawang buah pelaga dan kulit kayu manis kemudian masukkan bahan tumbuk kacau hingga naik bau dan garing sedikit masukkan air.
3. Masukkan sup bunjut tadi,garam,serbuk perasa,suhun,tauhu pucuk dan ubu kentang.
4. Bila mendidih pecahkan telur satu demi satu ke dalam periuk.Pastikan telur yg dipecahkan terbentuk dahulu sebelum pecahkan telur yg kedua dan seterusnya kacau perlahan-lahan.
5. Bila ubi kentang dah empuk tutup api.

Sup Telur Berlada

Bahan-Bahan:
3 biji telur mentah
1 sudu besar lada hitam -dikisar halus(mengikut pilihan)
½ inci halia-dikisar halus
1 ulas bawang putih- dikisar halus
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara:
1. Tumis bahan yang telah dikisar halus sehingga naik bau dan kemudian masukkan lebih kurang 3 cawan air ke dalam periuk dan tunggu sehingga mendidih.
2. Setelah itu, pecahkan telur satu persatu ke dalam air yang mendidih.Tunggu sehingga telur ayam itu timbul di permukaan, dan kemudian tambahkan garam secukup rasa.
3. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).