- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, June 1, 2008

Absence Makes The Heart Grow Fonder

Horay...my fiance are coming back again this week.His excuse...boredom.He arrived yesterday late evening.So today we are 'bergotong-royong' preparing his favorite dish,mine too;daging masak hitam manis.He's the one who introduce me this dish.At first i thought it was daging masak kicap but actually there's a slight different in terms of ingrediants & method.I begin to like this dish but sadly we can't cook this everyday as it's hard to get the beef here except if we go to the wet market.But here i put down different recipes for the same dish.We can try anyway we like.& as for me,i prefer the first recipe bcoz' it's simple & my fiance did the same method & use the same ingrediants even though he didn't refer this recipe.


Daging Masak Hitam Manis


Bahan A:
500 gram daging segar
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan gula
garam & perasa secukupnya
sedikit lada hitam - ditumbuk

Bahan B:
2 sudu cili giling
asam jawa (sebesar ibu jari)
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
halia (sebesar ibu jari)- ditumbuk
3 biji bawang merah - ditumbuk
2 biji bawang putih - ditumbuk
sedikit air

Cara2:
1. Bahan A digaulkan sehingga sebati dan perapkan bersama daging selama 1 jam.
2. Tumiskan bawang merah, halia, bawang putih sehingga garing, masukkan cili giling dan tunggu sehingga naik minyak. masukkan air asam dan seterusnya masukkan daging yg telah diperap. masak sehingga daging empuk (air perlu ditambah sekiranya perlu). setelah daging masak, masukkan bawang besar & cili. selepas 2 minit, hidangan boleh dihidangkan.




DAGING MASAK HITAM MANIS


Bahan kisar :
Cili kering
Bawang putih
Bawang merah
Halia – dihiris
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Daging – dihiris
Kicap
Gula
Garam
Bawang besar – dihiris bulat2
Tomato – dibelah
Lada merah
Cili padi

Cara membuatnya :
1. Tumiskan bahan kisar + rempah.
2. Masukkan daging dan biar mendidih.
3. Masukkan kicap + perasa.
4. Bila masak, masukkan bawang besar, tomato, lada dan cili padi. Gaul rata.




DAGING MASAK HITAM MANIS @ MAKLANG AZIE


Bahan-bahan:
500gm daging lembu, dipotong dan direbus bersama 1/2 cawan kicap

Bahan2 digoreng tanpa minyak dan dikisar kering:
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar lada hitam

Bahan kisar basah:
3 Bwg putih
4 Bwg merah
1 inci halia
7 tangkai cili kering, direndam dulu

Rempah-rempah:
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum buah pelaga
Sekeping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak utk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar basah. Masukkan rempah-rempah.
2. Masukkan daging yg telah direbus empuk. Kacau hingga mesra.
3. Masukkan bahan2 kisar kering dan asam gelugur. Tambah kicap jika perlu.
4. Masak sehingga kuah agak pekat. Siap dan boleh dihidang.



DAGING HITAM MANIS

Bahan-bahan ( 6 orang )
500g daging - dihiris nipis
1 camca teh serbuk kunyit
garam
200ml minyak masak
7 bj bwg merah *
5 ulas bwg putih *
1/2 cwn kicap pekat
1/4 cawan cuka
sedikit gula
3 sudu teh lada hitam -ditumbuk
2 labu bawang besar- potong dadu
3 bj cili hijau dan 3 bj cili merah
* ditumbuk bersama
60g halia*

Cara-cara
1. Perap daging dengan kunyit dan garam lehih kurang 15 minit
2. Goreng daging kira-kira 5 minit
3. Masukkan bahan yang ditumbuk bersama2 tadi dan masak hingga masak
bila daging dah masak masukkan kicap, cuka, gula dan lada hitam. biarkan masak
4. akhir sekali masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah.



DAGING HITAM MANIS

Bahan2:
Daging
1 inci halia}dikisar
3 ulas bawang merah}dikisar
2 ulas bawang putih}dikisar
1 biji bawang besar}dimayam
1 sudu cili kisar
3 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
2 sudu cili sos
Sedikit air
Minyak
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:
Goreng daging sehingga masak.tumiskan bahan kisar hingga wangi.kemudian masukkan cili dan digoreng sehingga garing.masukkan kicap manis,sos tiram,cili sos dan sedikit air.akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng dan bawang besar.kacau seketika dan sedia untuk dihidang.



DAGING HITAM MANIS

Bahan-bahan ( 4 Orang )
1/2 kilo daging (dipotong kiub)
5 ulas bawang merah (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
1/2 inci halia (kisar)
6 sudu besar sos tiram
10 sudu besar kicap pekat
6 sudu besar sos cili
3 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
15 tangkai cili kering (kisar)
1 labu bawang besar (potong bulat)
Minyak utk menumis
Garam, gula dan serbuk MSG secukup rasa.

Cara-cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia,sos tiram, kicap pekat, sos cili dan cili kering bersama sedikit air dan sedikit minyak.
2. Panaskan kuali.Tumis kayu manis, bunga lawang dan daun kari terlebih dahulu hingga harum.Kemudian masukkan bahan kisar tadi.Masak hingga mendidih di atas api sederhana.
3. Masukkan daging.Dan masak sehingga daging betul betul empuk.Masukkan garam, gula dan serbuk MSG secukup rasa dan masak lagi.Masukkan bawang besar.Jika pekat boleh ditambahkan air.Bolehlah dihidangkan.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).