- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, June 23, 2008

From North To South - Bihun Sup Utara

Today i bought bihun soup for lunch.No rice for me today.It was just ordinary bihun soup.I always long for bihun soup from northern area;bihun soup utara.I used to study at northern area;kedah to be exactly.So,i'm used to its bihun soup.It was different from other area bcoz' of its colour;yellow.Based on my experience, i realized that they used a lot of tumeric in their cooking.Even,the yellowish colour will stick to ur hand & nails if u used ur hand to eat.

BIHUN SUP UTARA

Bahan A
1 paket bihun ] rendamkan beberapa jam
2 s/b kunyit ]

Bahan Kuah
500 gm daging berlemak muda [potong besar]
300 gm perut
1 bungkus rempah bunjut
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam [tumbuk kasar]
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
garam
air secukupnya

Bahan Hiasan
daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
bawang goreng
cili merah [hiriskan]
limau kasturi [belah 2]

Cara
1. Rebuskan bahan kuah sehingga daging betul-betul lembut.
2. Daging dihiriskan nipis.
3. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
5. Hidangkan.

SAMBAL MERAH
Bahan
100 gm cili kering ]
100 gm bawang merah ] mesin halus
3 ulas bawang putih ]
1 labu bawang besar [mayang]
3 s/b tomato sos
3 s/b cili sos
minyak
garam
gula

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan tomato sos dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.


BIHUN SUP UTARA INDAH

Bahan Utama
bihun direndam sama kunyit, lps tu celur.
perut lembu direbus n potong

Cara
Tumis bwg putih, halia, bwg merah n lada hitam. masukan pelaga,kulitkayu manis, bunga lawang n cengkeh. masukkan air n stok daging ntulang.masukkan daging, sup bunjut n kalo suka leh jek masukkan rempahsup...tunggu masak.

SOS
masak cili merah, cuka, bwg putih, garam n gula - mesin neh.... masak sampai pekat. hias dgn daun sup, daun bwg, bwg goreng n limau kasturi....

Bihun Sup

Bahan-Bahan:
600 gm tulang daging
300 gm tauge
600 gm bihun
150 gm kacang tanah
6 labu bawang merah
4 sudu besar minyak
3 sudu besar cili mesin
1 sudu besar lobak masin
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
2 biji asam limau
2 biji cili merah
4 keping tauhu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara:
Potong daun saderi dan daun bawang sepanjang 1.5 cm. Bersihkan tulang dan rebus bersama garam. Masukkan 1 sudu besar daun bawang dan daun saderi. Masak selama 1 jam. Celur bihun dan ketepikan. Celur tauge dan lobak masin. Ketepikan. Mayang bawang merah dan goreng. Goreng tauhu dan apabila masak hiris nipis-nipis. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Tumbuk atau mesin hingga halus. Panaskan 1 sudu teh minyak dalam kuali dan tumis cili mesin. Masukkan garam dan gula. Angkat dan ketepikan. Apabila menghidang elok disediakan mangkuk berasingan bagi setiap orang. Masukkan bihun, taburkan daun saderi, daun bawang, bawang goreng, tauhu, lobak masin dan tauge. Tuangkan kuah ke atas bihun. Taburkan kacang tanah dan satu sudu teh cili tumis. Perah limau nipis dan tabur cili potong, jika suka.



BIHUN SUP SAYUR
Bahan
250 gm bihun
1 pokok sawi [potong pendek]
1 batang carrot kecil [hiris nipis]
sedikit kobis
1 s/b serbuk lada putih
1 kiub ayam knorr
minyak
bawang goreng
minyak
garam
air secukupnya

Bahan tumbuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya, garam dan kiub ayam knor. Biarkan mendideh.
3. Masukkan bihun dan kobis serta carrot.
4. Bila mendideh semula masukkan sawi dan tutup api.
5. Bila menghidang taburkan bawang goreng.

BIHUN SUP 1

Bahan2 - utk kuahnya :
1 ekor ayam tua - cuci bersih dan biarkan ia sekor2 dan jgn dipotong
1 labu bawang putih ]
halia ( lagi byk lagi sedap)] dimesin halus
3 ulas bawang merah ]
2 keping kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 bungkus sup bunjut adabi
garam, aji no moto secukupnya
sedikit daun bawang dan daun sup
Air utk kuah secukupnya

Cara2 Membuat Kuahnya :
1. Rebus semua bahan kecuali daun bawang dan daun sup sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan garam dan pak aji secukup rasa dan masukkan minyak menggoreng bawang, goreng sedikit utk menaikkan baunya dan masukkan daun sup dan juga daun bawang ke dlm periuk. Rebus lagi sampai ia mendidih.
3. Bila dah mendidih dan masak sepenuhnya keluarkan ayam dari dlm periuk dan biarkan ayam tu sejuk dahulu.
4. Bila ayam dah sejuk (suam2 gitu) racik halus2 utk dihidangkan.

Bawang goreng :
1 kilo bawang merah ] di mayang halus
6 ulas bawang putih ]
minyak utk menggoreng

Cara2
1. Gorengkan bawang sampai kekuningan tapi jgn sampai hangus.
2. Minyak lebihan goreng bawang dimasukkan kedlm kuah sup sewaktu kuah mendidih.

Cili Jeruk :
½ kilo cili hijau - dipotong bulat
2 senduk gula
garam
1 botol cuka
air secukupnya

Cara2 Membuatnya
1. Masak air sehingga menggelegak dan masukkan gula, garam dan cuka. Biarkan ia menggelegak dan cuba rasanya biarkan ia terasa manis, masam.
2. Padam kan api dan masukkan cili yg telah dipotong kedlm periuk. Biarkan ia menyerap semua rasa.

Bahan2 Penambah Rasa :
1 bungkus bihun - rendam & dicelur dgn air panas
Taugeh - dicelur dgn air panas
daun bawang & daun sup - dimayang halus
bawang goreng
cili jeruk - kalau nak sedap terpulang
cili api (dimesin) + kicap pekat
Isi ayam yg diracik halus
p/s : air utk kuah kalau boleh jgn byk sebab takut ia cair dan tak likat...

BIHUN SUP 2

Bahan
1 kilo bihun
1 ekor ayam
1 bonjot rempah sup adabi
1 1/2 inci halia
6 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
Daun Sup / Daun bawang
Bawang goreng
Taugeh
Sambal kicap
Sedikit minyak untuk menumis
Air

Cara2 Membuatnya
1. Rebus bihun sehingga lembut dan toskan dalam tapis besar. Halia, bawang putih dan bawang merah diblender halus.
2. Tumiskan bahan-bahan yang dah diblender dalam periuk. Bila dah wangi, masukkan air sebanyak mana suka sebab nak buat sup.
3. Bila mendidih masukkan ayam yang dah dipotong kecil-kecil. Tambah garam dan serbuk perasa. Didihkan beberapa ketika.
4. Bila sudah mendidih, tutup api.
5. Ambil sedikit bihun yang sudah direbus tadi, letak didalam mangkuk, tuang sedikit sup kedalam mangkuk. Taburkan daun sup/daun bawang, bawang goreng, taugeh dan sambal kicap masa nak makan.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).