Today,as usual 'pasar mlm'.I bought 'ikan kembung' bcoz' it's quite hard to find fresh 'ikan kembung' here at the 'pasar mlm' & the price is reasonable.I also bought some cucumber.Apart of eating it raw as 'ulam' i can put it into my cooking.So,i'm gonna try 'asam rebus' fish today.
Bahan
3 ekor ikan kembung
5 keping asam keping
2 tangkai daun kesum
air secukupnya
sedikit kunyit serbuk
garam
Bahan mesin
3 biji cili merah
1 cm belacan
3 ulas bawang merah
Cara
1. Ikan dibersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali ikan dan daun kesum dalam periuk dan amsak sampai mendideh.
3. Masukkan ikan dan daun kesum.Biarkan mereneh selama 5 minit.
4. Tutup api dan hidangkan.
300 gm ikan bilis basah
6 batang bendi
Bahan-bahan dihiris:
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kering kisar
2 keping asam keping
1 batang serai (ditumbuk)
1 helai daun kunyit
Garam dan kunyit secukupnya
2 tangkai daun kesum
Air secukupnya.
Cara2:
Siang ikan dan bersihkan. Masukkan air ke dalam periuk bersama bawang merah, bawang putih, cili kering, asam keping, serai, daun kunyit, daun kesum, garam dan kunyit secukupnya. Biar mendidih dan masukkan ikan serta bendi. Angkat bila ikan dan bendi masak.
Ikan Masak Asam Rebus
Bahan2:
6 ekor ikan selar kuning
1 ikat daun kesum
1 biji nanas, dipotong mengikut suka
Sedikit gula dan garam
Air secukupnya
Bahan-bahan dikisar:
5 tangkai cili merah
6 biji bawang merah
1 sm halia
1 sm kunyit hidup
1 sm belacan
Cara:
Satukan bahan-bahan kisar dan air di dalam periuk. Masak hingga mendidih baru masukkan ikan, daun kesum, nanas, gula dan garam. Kacau hingga rata. Apabila cukup masak baru angkat.
Bahan-bahan ( 4 orang )
8 keping (kecil) ikan pari
* 4 biji cili kering (potong dan direndam)
* 1/2 inci halia
* 2 ulas bawang putih
* 3 ulas bawang merah / 1/2 biji bawang besar
1 keping asam keping/gelugur
garam dan serbuk perasa
Air secukupnya
5 biji bendi dan 1 biji terung bulat (dipotong)
* sedikit belacan (jika mahu)
Cara-cara
1. Tumbuk bahan-bahan bertanda * sehingga lumat (tumbuk pakai lesung batu lagi umpph.. dari blender)
2. Dalam periuk masukkan bahan² yang telah ditumbuk tadi bersama-sama air dan didihkan
3. Setelah mendidih, masukkan ikan dan biarkan mendidih sebentar kemudian barulah dimasukkan terung, bendi, garam dan serbuk perasa
4. setelah itu barulah masukkan asam keping (jika masuk awal, sayur lambat lembut)
5. Apabila ikan sudah masak, sayur sudah lembut, rasa asam garam sudah cukup, tutup api dan hidangkan..
BAHAN:
1 ekor ikan tondan/tenggiri pun boleh
10 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih } digiling
10 biji cili kering } halus
½ inci kunyit hidup }
1 inci belacan bakar
sedikit garam dan gula
Cara membuatnya :
1. Ikan dibersihkan. Masukkan bahan-bahan yang digiling halus ke dalam periuk tanah (nak gunakan periuk biasa pun boleh)
2. Jerangkan di atas api yang perlahan hingga mendidih
3. Masukkan ikan tondan/tenggiri, garam dan gula. Setelah masak, bolehlah diangkat dan hidangkan dengan nasi putih
Bahan-bahannya :-
300g ikan kuning - disiang dan dibersihkan
1 cbsr penuh asam jawa }dicampurkan dan
21/2 cawan air }ambil air asamnya
1 batang serai - dititk
1 cteh gula
3-4 tangkai lada hijau
garam secukup rasa
Bahan Untuk diKisar:-
5 tangkai lada merah
11/2 sm kunyit basah
1 cteh rata belacan
Cara Membuatnya :-
1. Gunakan tapisan, saring air asam ke dalam periuk. Masukkan kesemua bahan (kecuali lada hijau), dimasak perlahan-lahan hingga ikannya masak (10-15 minit).
2. Sebelum dihidangkan, tumbuk lada hijau. Masukkan dalam kuah kemudian tuangkan atas ikan. Hidangkan bersama nasi dan kangkung goreng.
No comments:
Post a Comment