- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, June 9, 2008

My Promise

For the last 2 days my fiance & i was bz with the pre-wedding course.So,frankly speaking most of the time we ate out or we ate at the course center.& yesterday,as i promised my fiance,we ate at kenny rogers roasters resturant.This time the bill was on me as last time i promised him,if i pass my ptd exam (even though i failed the pac),i'll take him to kenny rogers.Both of us ordered 1/4 meal with 3 side dishes & a muffin.He picked bbq baked bean,fruit salad, rice & banana muffin whereas i chosed bbq baked bean, coleslaw, mashed potato & vanilla muffin.Both of us drink manggo juice.It was so tasty & refreshing.
So,from that, today i'm going to jot down all the roasted chicken recipes & the side dishes for my reference.I can't find the exact or similar recipe like kenny rogers' but thankfully i got other recipes,so when i long for it,i can cook it myself.My fiance said,he won't eat at the restaurant if he has to pay the bill bcoz' it cost almost rm50 for 2.He said,if we bought a chicken & make it ourself,it won't cost us that much. Lately he's quite particular with money.So,i know nest time,if i want to eat that kind of chicken again,i've to forget it.So,now is the time to collect all the recipes that have almost similar taste & look.



Chicken Breast with Tobasco Bell Pepper Sauce

Bahan-bahan ( 2 Orang makan )

-Ayam-
1/2 kg atau 2 keping Dada ayam
Tepung Gandum
Lada Hitam
Garam

-Sauce-
35g butter
1 biji Bell Pepper-potong dadu
1/2 sudu kecil tobasco sauce
1 cawan stok ayam
1 biji bawang besar-potong dadu
Lada Hitam
Garam

Cara-cara
1. Tabur Lada Hitam dan garam ke atas ayam. Biar selama 30minit.
2. Salut ayam dengan tepung gandum.
3. Panaskan frying pan dengan sedikit minyak, goreng ayam bila minyak dah panas.
4. Sementara ayam tengah masak, panaskan sauce pan, masuk butter. Ayam tadi jangan lupa! kalau dah brown bleh set aside.
6. Butter dah cair, goreng bawang, bell pepper, stok ayam, tobasco sauce, lada hitam dan garam.
7. Tuang kan sauce atas ayam td...Boleh hidang dengan salad kalau nak. Dah siap!!!



ROASTED CHICKEN

Bahan:
1 ekor ayam (anggaran 1.5 kg atau 1.7 kg)
2 s/b madu
1 s/b air limau kasturi
2 s/b BBQ

1 labu bawang besar - belah 4 tapi tidak putus
2 kuntum bunga lawang ]
5 kuntum bunga cengkih ] bahan A
2 biji buah pelaga ]
2 inci kulit kayu manis ]
5 biji kentang kecil - buang kulit

Cara
1. Bersihkan dan tos sehingga ayam kering.
2. Gaulkan madu, air limau dan BBQ sos.
3. Lumurkan ayam dengan bahan yg digaulkan dan perapkan selama 3 atau 4 jam.
4. Masukkan bahan [A] kedalam perut ayam.
5. Masukkan juga bawang besar yang telah dibelah tidak putus.
6. Susun ayam dan kentang dalam loyang tahan panas.
7. Bakar dalam oven selama 1 jam 15 minit pada suhu 200 C.
8. Bila sudah masak 30 minit terbalikkan ayam dan bakar lagi sehingga masak dan lembut.
9. Setelah masak, susun daun salad dalam pinggan dan letakkan ayam diatasnya.
10. Sediakan sos lada hitam.

GRAVY LADA HITAM
----------------
Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besartepung jagung bancuh ngan 1/2 cawan sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam kukus atau ayam bakar atau pun chicken chop]

SOS CENDAWAN
------------
Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar lada hitam
1 tin mushroom sup
1/2 cawan mushroom [cincang halus]
1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.

SOS REMPAH
----------
bahan
2 s/b majerin
2 ulas bawang putih ]
2 ulas bawang merah ] cincang halus
1 s/b rempah kari
1/2 cawan stok ayam
1 s/k tepung jagung [bancuh ngan sikit air]
100 gm cendawan butang [cincang]
1 s/b sos tomato
garam

cara
1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan rempah dan stok.
3. Masukkan sos tomato, cendawan dan garam.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Tutup api dan siramkan pada ayam.

AYAM PANGGANG BEREMPAH

bahan
1 ekor ayam 1.5 kg [dibersihkan dan keringkan]

bahan mesin
10 uilas bawng merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
3 batang serai
2 sudu besar rempah kurma
2 s/b gula
1 s/b minyak
garam

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan bersama ayam untuk beberapa jam.
2. Bakarkan dalam suhu 200'C selama 1 jam.
3. Hidang dengan coselow, sos lada hitam dan sayuran salad

COLESLOW
--------
Bahan [racik halus]
1 biji kecil kobis manis
1 batang carrot kecil

Sos [gaul rata]
1 cawan mayonis
2 s/b cooled water
1 s/k lada hitam
1 s/b jus limau kasturi or lemon

Cara
1. Gaulkan semua bahan dan sejukkan beberapa jam sebleum dihidangkan dengan ayam.

SOS LADA HITAM
--------------
Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging [boleh gantikan dengan serbuk pati]
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan 1/2 cawan sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki perisakan garam n gula secukup rasa.

AYAM PANGGANG (Chicken Roast)

Bahan-bahannya
1 ekor ayam (sederhana) yang tidak dipotong
5 ulas bawang merah )
3 ulas bawang putih ) dihiris dan dikisarkan
2 batang serai ) dalam blender
1/2 inci halia )
1/2 sudu kecil lada putih (pepper)
3-4 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar madu
1-2 sudu kicap (seperti kicap Kipas Udang ke)
1-2 sudu minyak bijan (optional) ada yg tidak suka baunya

Cara membuatnya :
1. Ayam dibersihkan dengan limau untuk membuang rasa hanyirnya. Ayam dibelah dibahagian belakangnya dari lehernya hingga bawah (putus). Kepakkan ayam hingga ia boleh diletakkan flat saperti didalam pinggan/pembakar. Jikalau tak berkenan dengan ayam seekor yang bulat, boleh juga di potong-potong
2. Bahan-bahan yang dikisarkan tadi digaul dengan lada putih, sos tiram, madu dan kicap
3. Selepas itu, bahan-bahan ini digaulkan dengan ayam tadi. Marinade atau perapnya at least 30 minit. Kalau boleh diperapkan semalaman, lagi best
4. Bakar ayam tadi diketuhar dengan 230 selama 30 minit. 15 minit pertama diterbalikkan ayam tadi supaya api membakar dengan rata
5. Apabila sudah masak, akan terdapat dengan sendirinya sos/kuah dari extract ayam tadi

AYAM PANGGANG

Bahan2nya :
1 ekor ayam
120 g dadih asli
10 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih }
2 cm halia } dimesin
2 cm lengkuas }
3 batang serai }
20 g ketumbar }
10 g jintan manis } di goreng dan dimesin
5 g jintan putih}
120 g cili boh
20 g kerisik kelapa
2 g bunga cengkih
2 g bunga lawang
2 g buah pelaga
2 sudu madu
30 g asam jawa - dibancuh dgn sedikit air
garam dan pak aji secukup rasa

Cara2nya:
1. Firstly kenalah bersihkan ayam dulu
2. Campurkan bahan2 yg dmesin dgn cili boh, dadih, kerisik, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, madu, air asam jawa dan garam secukup rasa.
3. Perapkan ayam dengan bahan2 yg diatas dgn sedikit minyak.
4. Biarkan seketika supaya rempah2nya menyerap.
5. Bakar dlm oven selama 30 minit 180°C sehingga perang kekuningan


LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)

Bahan2:
1 kg ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
Segenggam Rosemary Kering
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots
1 biji bawang besar dibelah 4

Cara Membuatnya
1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam.
4. Lemon yang telah direbus tadi dicucuk-cucuk dengan garfu dan disumbat ke dalam perut ayam. (Without the fork yaaa)
5. Lumurkan ayam tadi dengan bahan yg digaul tadi.
6. Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180′c selama 1 jam atau sehingga masak.


COLESLAW

Bahan
1 batang lobak merah, dihiris halus
2 cawan hirisan kubis
3 cawan air }
1 camt garam } disatukan
3 camb cuka
3 camb gula
sed garam

Bahan A
150 ml krim masam
3 camb mayonis
1 camb jus limau nipis
1 camb gula
sed garam & serbuk lada sulah/hitam

Cara.
1. Rendam kobis di dalam air bergaram selama 1 jam (letak di dalam peti sejuk).
2. Toskan dan gaul dengan cuka, gula dan garam, biar selama 30 min. Satukan A kemudian campurkan dengan lobak dan kobis. Letak dalam bekas bertutup,
simpan di dalam peti sejuk atau hidangkan terus.



KENTANG PUTAR

Bahan
300 g kentang (Russet/berkulit merah)
1 camb mentega
garam & serbuk lada sulah atau hitam (ikut suka)
2-3 camb susu segar

Cara.
Rebus kentang di dalam air (tambah sedikit garam). Bila menggelegak, tutup periuk dan perlahankan api. Biar merenih selama 20-25 minit hingga empuk. Angkat, kupas kulit dan lecek hingga halus. Masukkan mentega dan susu sedikit demi sedikit hingga campuran lembut dan licin. Tambah garam dan serbuk lada sulah.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).