- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, June 24, 2008

Ketchup

Today,i went to 'pasar malam'.I walked around to buy a few things.At first,i wanted to buy ready cooked food for dinner but after thinking for a few moments,i decided to cook.Save budget.So stingy of me.I bought some fresh chicken.I'm thinking of cooking ketchup chicken as yesterday i just bought a bottle of ketchup.

AYAM MASAK KICAP

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam [potong kecil]
2 biji kentang [potong baji dan gorengkan sehingga masak]
2 biji tomato [potong 4]
1 pokok daun bawang [potong kecil]
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
1/2 cawn air
1 s/b kunyit
5 s/b minyak

bahan mayang
1 ulas bawang besar
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara:
1. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kunyit.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang sehingga wangi.
3. Masukkan ayam dan goreng sehingga garing.
4. Masukkan air, kicap dan tomato. Biarkan sehingga mendideh.
5. Bila mendideh masukkan ayam, tomato, daun bawang dan kentang.
6. Gaulkan dan angkat.


AYAM SAMBAL KICAP

Bahan
500 gm ayam
1 batang serai [ketuk]
5 helai daun limau purut [koyakkan]
3 s/b sos tamato
5 s/b kicap
minyak
garam [jika perlu]

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 cawan air

Cara
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dengan serai sehingga wangidan garing.
3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan naik minyak.
4. Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.
5. Masakkan sehingga naik minyak.
6. Hidangkan.


Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan ( 1-2 orang )
1 bahagian paha ayam
garam kunyit secukupnya
minyak untuk menggoreng
1/2 biji bawang besar -hiris nipis
2 ulas bawang puting- mayang
1cm halia- cincang halus
kicap pekat manis secukupnya
2-3 biji cili padi- potong dua
1-2 batang cili hijau

Cara-cara
1. Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan
2. Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan
3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau.
4. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng sampai ayam masak.
5. Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api.
6. Siap untuk dimakan.


Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan ( Untuk 5 org makan )
satu ekor ayam - di potong kecil-kecil
tepung serbaguna - untuk disalut
5-7 ulas bawang putih - dicincang halus-halus
2-4 tangkai serai - dititik
kicap manis - biasa nye pakai kicap Indonesia (Kecap Manis Bango)
jus limau nipis - 1 biji
1 sudu makan mentega
minyak untuk mengoreng

Cara-cara
1. Ayam disalut dengan tepung serbaguna. Kemudian digoreng hingga masak. Ketepikan.
2. Di kuali yang panas, tuang kan minyak sedikit. Tumis bawang putih hingga wanggi. Selepas itu, masukkan serai. Goreng hingga wangi.
3. Kemudian, masuk kan kecap manis dan di ikuti dengan jus perahan limau nipis.
4. Setelah agak berbuih, masukkan ayam tadi. Gaul rata-rata. Akhirnya, sebelum diangkat dari kuali, masukkan mentega dan gaul sebati.
5. Selamat mencuba...


AYAM KICAP PEDAS

Bahan-Bahan
10 keping ayam - digoreng terlebih dahulu
6 batang cili kering }
8 biji bawang merah }
3 ulas bawang putih } digoreng dan dikisar
1 cm halia }
1 cm lengkuas }
1 sudu teh kunyit serbok
1 cawan nenas - yang telah dipotong dadu
1/2 cawan air asam jawa
1 batang timun - dipotong 2cm panjang
2 biji buah tomato - dibelah empat
2 tangkai daun bawang - dihiris nipis
1 bungkus stok ayam berkicap

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik wangi
bersama kunyit serbuk.
2. Masukkan stok ayam berkicap, timun dan ayam dan digaul rata.
3. Seterusnya masukkan sedikit air, asam jawa, nenas. tomato, gula dan garam.
4. Setelah masak hidangkan ia dengan hirisan daun bawang

Cadangan Masakan
Timun boleh digantikan dengan carrot sahaja dan stok ayam tidak perlu masukkan pun takpe sebab rasanya pun sedap jugak.


Ayam kicap berempah

bahan a-
bawang putih-4
bawang kecik -6
halia ckit

bahan b-
cili merah
cili ijau
bawang besar
bahan lain2
kicap
rempah kari
kunyit
garan n ajinamoto
minyak n air

Cara-cara
1. ayam dipotong kecil dicampur ngan garan ,kunyit n rempah kari secukpnye n goreng hingga garing.
2. tumis bahan tumbuk a hingga garing dan naik bau.
3. masuk air satu cawan,kicap,garam n ajinamoto secukupnye
4. apabila mendidh masukkan bahan b yang telah dihiris bersama ayam.
5. sedia tuk dihidang

Ayam Dara Masak Kicap


Bahan-bahan ( 4 orang )
1 ekor ayam dara (potong lapan)
1 inci halia (kisar)
4 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
4 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
5 biji cili api (belah dua)
1 labu bawang besar (potong bulat)
Kunyit utk memerap ayam
1/2 cawan kicap (ikut kesesuaian anda)
Air asam jawa secukup rasa
Garam, Gula dan MSG secukup rasa
1/2 ketul kiub ayam maggi (kalau suka
Sedikit air
Cara-cara
1. Perap ayam bersama kunyit, garam dan sedikit gula selama 1 jam.Dalam tempoh 1 jam sentiasa ramas-ramaskan ayam tersebut selang 15 minit untuk melembutkan dan merencahkan isi ayam.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng ayam.Goreng ayam sehingga 3/4 masak dan angkat.
3. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak.Tumiskan daun kari, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga hingga naik bau.Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga sedikit kuning.
4. Masukkan sedikit air, kicap, air asam jawa, kiub maggi dan cili api.Kacau seketika hingga sedikit mendidih.Masukkan ayam yang telah di goreng.Biarkan hingga kuah meresap sedikit dalam ayam.Tambahkan garam, gula dan MSG.Masukkan pula bawang besar.Kacau seketika hingga bawang layu.Siap utk hidangan.

AYAM HOT KICAP

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong 8)
3 sudu minyak sapi
2 cm kayu manis
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
½ cawan kicap manis
sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya:
1. Basuh ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam lalu goreng hingga kuning.
2. Panaskan minyak sapi, tumiskan bawang besar yang dimayang nipis hingga kuning,
3. kemudian masukkan kayu manis, kacau dan masukkan sedikit air.
4. Masukkan air asam, ayam serta kicap dan renihkan sehingga sebati dan pekat. Kemudian masukkan cili yang di belah 4.
5. Masukkan garam secukup rasa.

Ayam Masak Kicap Halia

Bahan-bahan ( 3 )
1/4 ekor ayam
3 inci halia 5 ulas bawang putih di ketuk
3 susu besar kicap makan (masin) 3 sudu kicap makan (manis) sudu sos tiram
6-10 biji cendawan shitake dan 6 tangkai cili kering
1 cawan @ 250ml air
1 sudu kecil serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
1 sudu kecil stok ayam
2 sudu kecil tepung jagung
4 tangkai daun bawang

Cara-cara
1. Ayam dipotong kecil-kecil goreng bersama kunyit separuh masak sahaja
2. Panaskan kuali, masukan air, bawang putih dan halia (shreded)sehingga mendidih. kemudian masukan kicap, sos tiram dan stok ayam. Apabila sudah mesra masuk ayam yang telah digoreng tadi
3. Cendawan shitake di belah dua (direndam sebelum itu dengan air panas bagi lembut). Cili kering di potong kecil kecil . Masukan cili dan cendawan Kacau bagi mesra
4. Bancuh tepung jagung dgn sedikit air dan masukan kedalam masakan. Potong daun bawang gaul bersama. Kacau sehingga pekat kauh.Tutup api!Siap untuk dimakan

Ayam masak kicap dagang

Bahan-bahan ( 5 orang )
1 ekor ayam dipotong sederhana
kicap pekat manis
halia muda sebesar ibu jari atau lebih (lagi banyak lagi sedap baunya)
bawang besar 3 biji
air asam 2 sudu makan
cili hijau 3 biji
gula 1 sudu makan
sedikit air
garam
minyak untuk menumis

Cara-cara Persediaan awal:
1. Cuci ayam dan buang kulitnya .Bawang besar dipotong bulat dan kasar-kasar .Halia muda dihiris halus .Cili hijau dipotong kasar-kasar . Air asam dibancuh campurkan gula pasir.
2. Tumiskan bawang besar dan halia muda yang dihiris tadi. Bila sudah layu sedikit terus masukkan ayam tadi. Masak ayam diatas api yang kecil supaya ayam benar-benar masak. Pastikan ayam tidak terlalu kering.
3. Bila sudah pasti ayam masak masukkan air. Bila sudah mengelegak air tadi masukkan kicap , air asam,gula dan cili hijau tadi.
4. Angkat dan hidangkan. Sedap dimakan bersama nasi jika dihidang panas-panas

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).