- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, June 6, 2008

He's Coming Home...

This evening my fiance came back as for tomorrow is public holiday.He told me to cook something special & different for him.Erm,what hah?.Ermmmm, finally.

AYAM MASAK HALIA (My Fiance's Recipe)

Bahan
500 gm ayam [saya suka bahagian drumstick - basuh bersih]
3 s/b sos tiram ]
1 pokok daun bawang [potong pendek]
1 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam
gula
bahan perisa
air - secukupnya
serbuk kunyit

Bahan Hiris
5 cm halia
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih - dicincang halus
3 tangkai cili merah / cili api

Cara
1. Perapkan ayam dengan garam & kunyit. Panaskan minyak & goreng ayam td hingga masak. Angkat & toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih & halia sehingga layu.
3. Masukkan sos tiram & kacau rata. Masukkan air secukupnya.
4. Apabila air sudah mendidih, masukkan ayam dan kacau rata.
5. Masukkan garam, gula & bahan perisa.
6. Masakkan bawang besar & cili.
7. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
8. Hidangkan.

AYAM MASAK HALIA

Bahan
500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih]
3 s/b sos tiram ]
1/2 cawan air ] bancuh
1 s/k tepung jagung ]
1 s/k serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang [potong pendek]
1 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

Bahan Hiris
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkna sikit air dan tutup
3. Masakkan ayam sehingga lembut.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.
5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
6. Hidangkan.

Ayam Masak Halia

Bahan2:
Seekor ayam di potong kecil (ikut suka)
Halia seketul besar (lebih banyak lebih sedap)
Lada hitam
Bawang merah 3 ulas
Kicap manis
Mentega
1 cawan air
Minyak untuk menggoreng (2 senduk)

Cara:
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Tumbuk halia dan bawang merah.
3. Gaulkan ayam dengan kicap manis dan lada hitam. kemudian masukkan halia dan bawang merah yang telah ditumbuk. Gaul hingga rata dan perapkan selama 1 jam. (lebih lama lebih sedap). Panaskan minyak, dan masukkan ayam. Gaulkan dan tambahkan air.Gaulkan supaya ayam tidak melekat di kuali. Tambahkan mentega ikut suka. Masaklah hingga kering air. (Masakan ini kelihatan seperti rendang)

Ayam Masak Halia

Bahan – bahan:
1 ekor ayam (diptotong ikut selera)
2 batang serai
Kentang dipotong empat @ ikut selera
Asam keping
Kunyit hidup (ditumbuk)
Garam
Sedikit kicap masin
4ml air

6 ulas bawang merah}
4 ulas bawang putih } dikisar
Setengah inci halia }

Cara Membuatnya:
1. Perapkan dahulu ayam bersama bahan dikisar tadi. (biarkan selama 1 jam). Panaskan kuali dan masukkan ayam yang diperap tadi bersama-sama dengan air, air hendaklah menutupi ayam tadi. Masukkan kunyit yg ditumbuk dan gaulkan hingga sebati. Biarkan kuah mendidih dan sedikit kering dan pekat. Kemudian masukkan kentang, asam keping dan garam secukup rasa. Gaulkan hingga pekat. Setelah ayam dan kentang empuk. masukkan sedikit kicap dan gaul.
2. Masukkan dahulu beberapa kelar ayam dan baru masukkan kuahnye ke dalam pinggan. Boleh taburkan sedikit daun bawang untuk penyedap rasa.

Ayam Masak Halia

bahan2,
-ayam satu ketul bahagian peha(mana2 pom bleh potong kiub yea)
-minyak masak sdikit rasa(maybe dlm 4sudu besar)
-bawang putih 1 ulas
-halia muda.
-gula 1 sudu teh,
-ajinomoto sdikit,
-sos tiram 2 sudu besar,
-kicap masin,
-bawang besar satu biji,
-air stgh cawan,
-perahan asam limau tiga titik,

cara2nya,,
goreng bwng putih digoreng, pastu masukkan ayam n digoreng bersama2 ngan halia muda, n biar ayam tue masak skit, pastu masukkan sos tiram 2 sdu, bawang besar(dihiris bulat2), n gula n ajinomoto sdikit rasa, masukkan air stgh cawan, pastu masukkan kicap masin sdikit, secukup rasa, pastu,, msukkan perahan asam limau nipis, n hidang kan,, hehehe sayur2ran leh masukkan jgak, lpas msukkan air yea,, erm, kalo nak wat byk,, gandakan lah,, nie tuk sorg makan,,,

Ayam Masak Halia

Ingredients
Chicken - 7-8 medium pieces
3-5 table spoons cooking oil
Ginger (3-4 inches) cut into small/thin strips
2 table spoons Oyster Sauce
4 - 5 table spoons of Kicap Manis Habhal
4 tables spoons of Kicap Masin Habhal
1/2 - 3/4 (half to three quarter) cup of air asam jawa yang PEKAT
3 cups of water
2-3 teaspoon of Cornflour (mixed with 1/2 cup of cold water)
1 bawang besar dipotong bulat
Serbuk lada hitam - ikut personal preference (optional)

Cara memasak
1. Panaskan minyak
2. Masukkan halia dan tumis hingga agak kekuningan
3. Masukkan kepingan ayam dan kacau hingga ayam menjadi keputihan (about 1 minute)
4. Masukkan oyster sauce, kicap manis dan kicap masin - kacau rata
5. Masukkan air asam jawa
6. Masukkan air - kacau rata, biar merenih atas api perlahan hingga mendidih
7. Masukkan bancuhan tepung jagung - kacau rata
8. Masukkan bawang besar - kacau hingga mendidih
9. Masukkan serbuk lada hitam (optional), kacau rata and padamkan api

AYAM MASAK HALIA ALA KANTONIS

Bahan - bahan
Ayam - Isi dada ayam dibuang tulang - potong secara berketulan (atau isi peha ayam tanpa buang tulang dan dipotong kepada beberapa bahagian - jangan terlalu lebar dipotong)
Halia - Sebesar tapak tangan dan dipotong nipis-nipis (seperti potong timun buat burger gituh tetapi nipis sikit lagi)
2 hingga 3 sudu besar sup Sos Tiram
3 keping Cendawan Hitam - rendam cendawan terlebih dahulu, basuh bersih-bersih, perah dan keringkan air di dalam cendawan dulu kemudian dibelah dua )
Minyak Bijan - beberapa titik sahaja (jika anda membuat keputusan sendiri untuk melebihkan minyak bijan, hasil masakan akan jadi sangat muak dan tidak sedap)
3 sudu besar sup Minyak Masak
2 hingga 3 cawan Air

Cara :
1. Panaskan minyak, tumis kesemua halia yang dipotong secara hirisan tadi selama 2 minit sehingga naik bau.
2. Masukkan cendawan yang dibelah dua dan tumis sebentar lagi.
3. Masukkan ayam dan goreng dengan api sederhana sahaja selama beberapa minit lagi.
4. Masukkan sos tiram, goreng sebentar lagi sehingga rata.
5. Percikkan sedikit air sehingga kedengaran bunyi " cissss ", kemudian tuangkan 2 - 3 cawan air ke dalam kuali sehingga merendam ke permukaan ayam, kacau dan tutup kuali selama 15 - 20 minit - api sederhana sahaja.
6. Selepas 15 minit, buka penutup kuali, pastikan kuahnya tidak kering. Jika masin tambahkan sedikit air, jika kurang masin maka kacau sehingga kering sedikit. Resipi ini berkuah sepertimana resipi Ayam Masak Ubi Kentang Ala Cina yang pernah Pak Amir sumbangkan dahulu. Pastikan ayam sudah lembut... (kalau ayam kampung maka tutup kuali lama sikit)
7. Titikkan sedikit minyak bijan. (mungkin setengah sudu teh sahaja ).
8. Angkat dan hidangkan bersama beras wangi panas-panas.

AYAM HALIA KUKUS

Bahan:
500 gm ayam..bersihkan
5 ulas bawang merah/kecil ]
1 inci halia ] kisar halus
2 tangkai daun ketumbar ]
2 tangkai daun bawang ] mayang kasar
1 sudu kecil kicap cair
1 biji cili merah...mayang
1 sudu kecil minyak bijan
sedikit cendawan hitan (rendam dan potong kecil)
garam secukup rasa...

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Masukkan semua bahan dalam pinggan dan gaul rata.
3. Kukuskan selama 1/2 jam

Ayam Kukus Halia Dengan Cendawan

Bahan-bahan :
1/2 peket perencah Ayam Kukus Seri-Aji(Yim Koke Kai) lebih kurang 10gram sepeket
1/2 ekor ayam (lebih kurang 500 gram) dipotong kepada ketulan yg sesuai utk dihidangkan,dibersihkan dan tos.
50 gm halia muda yg telah dihiris
4 keping cendawan kering china.rendamkan selama 20 minit didalam air.Perahkan air dan potong menjadi hirisan.
1 sudu teh kicap cair
1 batang daun bawang
1 batang daun ketumbar

Cara-caranya:-
1. Lumurkan perencah Ayam Kukus dan kicap cair ke atas ayam dgn rata.
2. Letakkan ketulan ayam dlm pinggan cetek.
3. Taburkan halia muda & hirisan cendawan.
4. Kukus diatas air yg sentiasa mendidih selama 15 minit.
5. Hiaskan dgn daun bawang dan daun ketumbar.
6. Hidang semasa panas..

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).