Today we're not cooking bcoz' we are attending the pre-wedding course (kursus pra perkahwinan) at kl for the whole day.On the way back to our house,we stopped at ayamas kiosk & my fiance bought fresh chicken.I thought he wanted to fry it but actually he wanted to make chicken rice bcoz' we was still not satisted with yesterday's chicken rice.Hahaha.....So as usual,i've to surf the net to find the recipe even though he already has his own recipe.So here are the interesting recipes i found & really captured my eye.....
Bahan
1 ekor ayam [potong 2]
4 tin susu beras AAA
5 ulas bawang putih[ketuk]
2 inci halia[ketuk]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 s/b kicap cair
2 helai daun pandan[disimpulkan]
Sayuran
Daun salad
timun
tomato
daun sup & daun bawang[racik]
bawang goreng
garam secukupnya
Sos Cili
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 s/b cuka atau jus limau nipis
gula & garam secukupnya
Cara membuat
1. Rebuskan ayam dalam periuk besar supaya tenggelam dengan halia, b/putih, k/k/manis, b/lawang, b/cengkih dan b/pelaga.
2. Bila sudah mendideh angkat dan toskan ayam.
3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit. [Boleh juga gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga masak]
4. Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendideh. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.
6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya.
7. Sayur dipotong kecil.
8. Ayam dipotong kecil.
9. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng
Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
2 ulas bawang putih
2sm halia yg diketuk
Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair
Untuk nasi
5 cwn beras
3 sudu besar butter
1 cm halia- ditumbuk
4 ulas bawang putih -ditumbuk
air rebusan ayam tadi secukupnya
sedikit garam.
Bahan sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka, garam, gula
1/2 cawan air
Untuk sup
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
rempah sup
garam
daun sup yg dihiris.
Cara-cara
1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.
Bahan
1 ekor ayam
2 cm halia, dititik
2 camt garam
air secukupnya
1 labu bawang putih } dicincang halus
2 ulas bawang merah }
440 g beras wangi, cuci & tuskan
1 helai daun pandan, disimpulkan
1 camb minyak bijan }
1 camb kicap cair } bahan A
1 camt gula }
Bahan sampingan
daun salad, timun dan tomato (hiris)
100 g halia }
50 g bawang putih }
50 g bawang merah } dicincang halus
200 g cili merah }
3-4 biji limau kasturi (ambil jus)
60 ml sos tomato
gula, garam secukupnya
Bahan Sup:
500ml air rebusan ayam
1 bungkus Sup Bunjut
1 camb stok pekat ayam
bawang goreng
hirisan halus daun sup dan daun bawang
Cara
1. Jerang air dlm periuk besar. Masukkan halia dan garam. Bila mendidih, perlahankan api dan masukkan ayam. Tutup dan biar 45 min. Angkat ayam dan celupkan dalam air biasa selama 20-30 min. Angkat dan tuskan. Sapukan bahan A pada seluruh badan ayam, biar ia tergantung (supaya mudah kering).
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga kuning. Masukkan beras, kacau rata. Tuangkan air rebusan ayam (paras air 2 cm lebih tinggi dari paras beras atau anggaran 950 ml) dan letak daun pandan. Masaklah seperti memasak nasi biasa. Potong ayam dan hidangkan bersama nasi dan bahan sampingan.
Nota: Pastikan sebahagian air rebusan ayam disimpan untuk disajikan
sebagai sup.
Ingredients for Hainan rice:
3 spoons of vegetable oil
1 spoon sesame oil
5 clove of garlic cut to pieces
1000 ml chicken broth
1 tea spoon salt
500 gram of white rice, wash into clean
Ingredients for Hainan chicken
3 spoons vegetable oil
1 spoons sesame oil
2 clove of garlic, bruised them
3 cm ginger, bruised
1 teaspoon salt
½ teaspoon white pepper
1 chicken, divided into 3
1 scallion, cut into pieces
Adding ingredients
Cucumber
Bottle sauce add 1 tea spoon salt, 1 spoon of ginger, mixture them and pour salty soy sauce and sesame oil to taste.
How to make:
1. Hainan rice: Saute vegetable oil with sesame oil, pour garlic, sauté to fragrance, poured chicken broth. Give salt and pepper and rice that have wash. Put into rice cooker and cooked it.
2. Chicken hainan: Saute vegetable oil, sesame oil, pour garlic sauté into fragrance. Pour chicken, water, pepper, ginger and scallion. Cooked and cut into a few.
3. How to serve : Make rice hainan on plate, place a few chicken on it and eat with chicken broth.
Bahan2:
1 ekor ayam segar
Kicap cair (Cap Camel)
Minyak Bijian
Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 biji
1 ketul kecil halia
Beras 2 tin susu
1 sudu besar garam
1 sudu kecil Ajinamoto
Sedikit lada putih
Cara:
1. Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama.
2. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
3. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
4. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
5. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
6. Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.
Bahan2:
Bahan A (Utk merebus Ayam)
--------
Ayam seekor
Halia 1 ½ inci
Bawang merah 1 ulas sederhana besar
Bawang putih 2 ulas
Sup bunjut Tulang Adabi 1pkt(ambil bunjutnya sahaja
Bahan C (Utk Sos Cili)
--------
Cili Merah 5 biji
Cili kering 3 biji
Sebiji tomato
Bawang merah 1 ulas
Bawang putih 3 ulas
Air asam jawa pekat 3 -4 sudu makan biar dia masam sikit.
Gula ikut rasa lagi manis lagi bagus.
Bahan B (Utk memasak nasi)
--------
Beras 4 tin susu
1 kiub pati ayam Knoss
Mentega 2 sudu makan
Didalam sup bunjut tadi ada bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga.(ambil rempah ratusnya saja)
Air kena ikut berapa banyak beras.
Bawang merah 1 ulas sederhana besar
Bawang putih 2 ulas
Halia 1 inci
daun sup dan daun bawang untuk di taburkan di atas nasi nanti.
Lemak ayam 200 gram
Daun pandan.
Bahan D (utk perap ayam dan goreng)
--------
Kicap pekat manis 3 sudu makan
Madu 4 sudu makan (2 sudu utk peram & 2 sudu utk guna selepas goreng ayam)
Garan sedikit
gula sedikit
Minyak bijan 3 sudu makan.
Bahan E (Utk sup)
--------
Kiub ayam
daun su dan daun bawang
Perencah Sup Adabi 1 pkt
Perencah Kurma Adabi ½ pkt
Tulang Ayam sedikit saja.
garam
Air guna air lebih dari rebus ayam.
minyak untuk menumis
Bawang merah 1 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia ½ inci
Cara:
1) Bahan A hendaklah dimasak setelah semua bahan itu dihiris halus kecuali ayam biarkan dia seekor.
2) Bahan B hendaklah ditumiskan semua bahan tadi kemudian masakkan nasi di dala periuk nasi elektrik.
3) Bahan C hendaklah di blender sehingga halus kemudian terus masak tanpa minyak tunggu hingga sos mendidih dan pekat baru angkat disejukkan.
4) Bahan D kacau semua bahan itu kemudian sapukan pada ayam peram dalam 1/2 jam kemudian goreng ayam yang sudah direbus dan diperam dlm api yang panas cukup selama 5-10 minit kemudian terus sapu madu yang 2 sudu lagi tu.biarkan ia sejuk. kalau boleh gantungkan ayam itu.
5) Bahan E bahan itu semua dimasakkan dengan perencah yang ditumiskan dan tambahkan air lagi kalau nak sup banyak.
Bahan2:
4 tin beras Siam
2 sudu besar marjerin sedikit rempah tumis (bunga cengkih, bunga lawang, jintan manis dan jintan putih buah pelaga)
Sehelai daun pandan
1¼ tin air, sedikit garam
3 ulas bawang putih ]
1 inci halia ] ditumbuk
Sedikit kicap ]
Sedikit minyak bijan ]
Cara:
Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil. Rebus sampai empuk. Air rebusannya disimpan untuk nasi. Beras dibasuh dan toskan airnya. Panaskan marjerin di dalam periuk setelah itu tumiskan rempah tumis bila telah naik baunya, masukkan beras. Bila nasi sudah separuh masak, aturkan potongan ayam yang telah dipotong yang sudah digaulkan dengan bawang putih serta halia yang telah ditumbuk. Sesudah itu masukkan air rebusan ayam dan tutupkan periuk. Perlahankan api. Bila sudah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
Bahan2:
Bahan-bahan untuk nasi:
4 cawan beras (dibasuh dan ditos)
5 cawan air rebusan ayam
3 ulas bawang merah (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
2 cm halia (diketuk)
4 biji bunga cengkih
4 biji bunga lawang
3 cm kulit kayu manis
1 batang serai
1 sudu kecil buah pelaga
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan-bahan untuk sos:
10 biji cili merah (dibuang biji)
1 labu bawang putih
4 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk ayam:
1 ekor ayam (dipotong kecil)
2 cm halia (diketuk)
1 cawan sos tiram
½ cawan madu
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan untuk sup:
Air rebusan ayam
2 kiub Maggi Ayam Knorr
1 batang lobak merah
4 biji ubi kentang
Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng
Cara:
Cara memasak nasi:
1. Tumis semua bahan kecuali serai dan air rebusan ayam di dalam kuali.
2. Setelah terbit bau, masukkan air rebusan ayam dan serai ke dalam tumisan tersebut.
3. Tuang bahan-bahan tersebut ke dalam beras yang sudah dibasuh dan masak seperti biasa.
Cara memasak sos:
1. Kisar cili merah dan bawang putih sehingga halus.
2. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan masak di atas api sederhana kira-kira 15 minit.
Cara memasak ayam:
1. Kukus ayam bersama halia kira-kira 20-30 minit
2. Setelah dikukus, lumurkan ayam dengan sos tiram dan madu. Perap kira-kira 15 minit.
3. Goreng ayam dengan minyak yang secukupnya.
Cara memasak sup:
1. Gunakan air rebusan dari ayam yang dikukus tadi.
2. Masukkan kesemua bahan dan didihkan sehingga ubi kentang dan lobak empuk dan masak.
3. Hias dengan daun sup dan bawang goreng di atasnya.
Cadangan Hidangan:
Untuk 6 orang. Boleh ditambah dengan sayur salad, tomato dan timun yang dihiris untuk menambahkan keenakan nasi ayam.
Bahan-Bahan: [Ingredients]
2 sendok makan minyak sayur
500 gram daging ayam, potong bentuk dadu
750 cc kaldu ayam
1 sendok teh garam
450 gram beras, cuci
3 buah bawang merah, cincang halus
5 siung bawang putih
1 cm jahe, cincang kasar
1 sendok teh ketumbar
1/2 sendok teh white peppercorn
1/2 sendok teh jinten
1/4 sendok teh pala bubuk
1 batang kayu manis
2 buah kapulaga, memarkan
2 buah cengkeh
1 batang sere, memarkan
1/2 buah nanas, kupas, potong kecil-kecil
1 sendok makan bawang merah goreng
Cara Memasak: [Cooking Instruction]
1. Haluskan bawang merah, bawang putih, jahe, ketumbar, white peppercorn, jinten, pala bubuk, kayu manis, dan kapulaga, lalu sisihkan.
2. Panaskan minyak sayur di atas api sedang, lalu masukkan bumbu yang telah dihaluskan, cengkeh, dan sere, tumis hingga harum.
3. Masukkan daging ayam, aduk rata, masak hingga daging berubah warna, lalu tambahkan kaldu ayam dan garam, aduk rata, masak hingga daging empuk, angkat, saring, sisihkan.
4. Masukkan beras dan sisa kaldu ayam tadi ke dalam panci, aduk rata, masak hingga mendidih, lalu tutupi, masak hingga nasi setengah matang dan kuah terserap.
5. Masukkan daging ayam tadi, aduk rata, masak di atas api kecil hingga matang seluruhnya, angkat, lalu taburi dengan nanas dan bawang merah goreng di atasnya, sajikan.
NASI AYAM HAILAM
BAHAN-BAHAN UNTUK AYAM
----------------------
1 ekor ayam
Sos tiram
Kicap pekat
Garam secukup rasa
minyak bijan
1 batang timun dihiris
2 biji tomato dihiris
daun salad
BAHAN-BAHAN(a)(Digiling)
2 inci halia
1/2 labu bawang putih
CARA-CARA
1.Gaulkan bahan(a) bersama ayam,sos tiram,kicap pekat dan garam. Perap selama 4 jam. Kemudian campurkan segelas air dan rebuskan ayam sampai masak. Angkat ayam yg dah masak dan dibasuh supaya halia tidak melekat pd ayam. Kemudian ayam digoreng.
2. Air lebihan dr rebusan ayam ditapiskan dan dijadikan kicap ayam.
3.Potong ayam dan hidanglah dgn hirisan timun, tomato salad dan kicap ayam tadi dicurahkan ke atas ayam.
NASI AYAM
---------
BAHAN-BAHAN
3 cawan beras direndam sampai putih
1 ulas bawang putih dihirs
2 cm halia dihiris
Air rebusan ayam
3 sudu besar mentega utk menumis
CARA-CARA
1. Panaskan mentega, tumis bawang putih dan halia sehingga kuning. Masukkan beras, tumis beras sampai nampak kekuningan. Masukkan air rebusan ayam (anggaran air lenih kurang 1/2 inci dr paras beras) Masukkan garam secukup rasa dan biarkan ia masak.
SAMBAL
---------
BAHAN-BAHAN
5 biji cili besar merah
5-10 biji cili padi
Sos tomato
Limau nipis
Sedikit air, garam, gula dan bahan perasa.
Cara membuat sambal cili : Blend kesemua bhn dan jadilah sambal cili Hidangkan nasi ayam bersama sup, ayam dan sambal cili.
1 ekor ayam dipotong lapan
1/2 camca kecil serbuk kulit kayu manis ( A )
1/2 camca kecil serbuk lada hitam ( A )
1/2 camca kecil serbuk "all spice" ( A )
Sedikit garam
20 biji badam
4 labu bawang besar dihiris
6 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin besar buah tomato
1 camca besar tomato puri
1/4 cawan kismis hitam
6 buah pelaga ( B )
2 kuntum bunga lawang ( B )
1 batang kulit kayu manis ( B )
3 cawan beras basmati
3 cawan air rebusan ayam
Segenggam daun ketumbar dicincang halus
8 camca besar mentega
Minyak untuk menggoreng ayam
Cara-cara membuatnya
1. Gaulkan ayam dan bahan A.
2. Panaskan minyak gorengkan badam dan keluarkan sebentar.
3. Masukkan ayam dan bawang, goreng sampai garing sedikit.
4. Tuangkan tomato puri dan sedikit air.
5. Tambahkan garam dan masaklah sampai empuk.
6. Keluarkan ayam dan asingkan sosnya
7. Di periuk yang lain, tumiskan bahan B dengan mentega serta kismis hitam.
8. Masukkan kuah tomato, ayam dan air rebusan ayam lalu didihkan.
9. Masukkan beras dan garam dan tanaklah umpama masak nasi.
10.Apabila masak sajikan bersama ayam, badam goreng dan daun ketumbar di atas
Nasi Ayam Nusantara
2 pot beras (cuci & toskan air)
1 ekor ayam
A-Untuk goreng ambil bhg yg berisi dan belah besar2
B-Untuk sup ambil bahagian tulang2 dan kerat kecik2
Bahan Untuk Ayam Goreng:
------------------------
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil lada hitam (kalau suka)
3 sudu besar kicap (cair@pekat utk hitamkan ayam)
sedikit garam
Cara:-
1. Tumbuk semua bahan dan perap pada ayam (A). Lagi lama lagi sedap. Goreng seperti biasa.
Bahan Untuk Sup & Nasi:
---------------------------
15 ulas bawang merah (dimayang)
5 ulas bawang putih (dimayamg)
1 cm halia (dititik)
1 bungkus sup bunjut adabi
2(1/2) ml air
gula sikit je sebagai perisa(hujung sudu)
Cara :
1. Tumis dengan minyak yg lebih sikit bawang merah dan bawang putih hingga garing
2. Masukkan ayam(B), tumis seketika dan masukkan air.
3. Masukkan garam secukup rasa, gula dan tunggu hingga mendidih.
4. Tunggu lama sedikit. So ambil air rebusan ini untuk masak nasi (lebihkan ambil bahagian atas rebusan so nasi nanti nampak berminyak).
5. Baki air rebusan tu masukkan sup bunjut adabi.
6. Kalau nak banyak kuah sup, tambah la air sikit lagi. Pas tu garam secukupnya. (rasala)
Sambal @ sos :
--------------
1 ulas bawang putih
3/4 batang lada kering(nak pedas tambah lagi)
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
garam & gula
Cara :
Bland bawang putih dah lada kering.
Tumis tanpa minyak seketika dan
masukkan kedua2 sos.
Masuk air sikit so tak la pekat sangat.
Masuk garam dan lebihkan gula (bagi sambal manis sikit baru kick). Kacau2 dan siap....
Untuk tambahan.
Salad
Tomato
Mentimun
bawang goreng(tabur kat sup & nasi)
Nasi Ayam 'Claypot'
11/2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih, dicincang
2 ulas bawang merah, dicincang
20g ikan masin, dihiris
(B)
250g kepingan ayam
15g halia muda, dihiris
4 keping cendawan cina kering direndam dan dipotong 4
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
Cara-caranya:-
1. Guna kaserol yang dalam,tumis Bahan A pada tahap HIGH selama 2-3 minit.
2. Masukkan ikan masin, tumis selama 1 minit dan kacau sekali-sekala.
3. Campur Bahan B dan masak selama 1-2 minit
4. Masuk beras dan air, tutup dan masak pada tahap HIGH selama 7-8 minit dan MEDIUM selama 18-20 minit, kacau hanya sekali.
Bahan-bahan ( 2 orang )
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun
Cara-cara
1. Bersih ayam. Potong ikut suka
2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi
Nasi Ayam Sarawak
BAHAN NASI
500 gram beras (basuh dan toskan)
1 inci halia (mayang halus)
2 ulas bawang putih (mayang halus)
2 ulas bawang merah (mayang halus)
2 cawan santan pekat
1/2 cawan stock ayam maggi
Garam, gula dan MSG secukup rasa
Air rebusan ayam secukupnya utk masak nasi
3 sudu besar marjerin
2 helai daun pandan (simpulkan)
BAHAN AYAM
1 ekor ayam (potong 8)
4 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
2 ketul kiub ayam maggi
2 ulas bawang merah (mayang)
2 ulas bawang putih (mayang)
1 inci halia (mayang)
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar sos cili
Air, minyak utk menumis, garam, gula dan MSG secukupnya
BAHAN ACAR
1 biji timun (buang empulur & potong nipis tanpa membuang kulitnya)
1 batang lobak merah ( potong lidi)
2 ulas bawang merah (mayang)
2 ulas bawang putih (mayang)
1/2 inci halia (mayang)
1/2 cawan gula
1/4 cawan cuka
Garam secukup rasa
BAHAN SOS
1 cawan sos cili
2 ulas bawang putih (cincang)
1/2 inci halia (mayang halus)
1/2 cawan air
Gula secukup rasa
BAHAN KICAP
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan kicap masin
1/2 cawan air
5 biji cili padi (belah 2)
Cara-cara
NASI
Panaskan marjerin.Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.Masukkan beras.Gorengkan seketika.Masukkan pula stock ayam maggi, garam, gula dan MSG.Kacau sebati.Padamkan api.Pindahkan bahan-bahan ini ke dalam periuk nasi.Masukkan santan dan air rebusan ayam serta daun pandan.Masak nasi seperti biasa.
AYAM
Panaskan minyak dalam periuk.Tumis bahan yang dimayang hingga wangi.Masukkan air, kiub ayam dan ayam.Masak hingga ayam masak dan air tinggal 1/2 dari asal.Angkat ayam dan toskan airnya.Biarkan sejuk sebentar ayam tadi. NOTE : air rebusan ayam ini boleh di buat sup dan memasak nasi.Utk sup cuma perlu tambahkan garam.
Gaulkan ayam, yang telah sejuk dengan bahan selebihnya utk ayam.Perapkan selama 30 minit.Kemudian anda boleh pilih sama ada mahu goreng atau kukus ayam tadi.
ACAR
Rendam timun, lobak merah, halia, bawang merah dan bawang putih di dalam air cuka selama 1 jam.Kemudian masukkan gula.Rendam kira-kira 2 jam lagi.(seeloknya buat acar ini dahulu).Kemudian toskan airnya hingga tersejat. NOTE : Acar ini boleh disimpan selama sebulan di dalam peti sejuk.
SOS
Masak kesemua bahan sos hingga sedikit pekat.
KICAP
Masak bahan kicap hingga sedikit pekat.
Hidangkan nasi bersama ayam, acar, sos dan kicap dan sup.
No comments:
Post a Comment