- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, June 17, 2008

Kuew Teow/Kuey Teow/Kuew Tiaw?

Some spell it 'kuew teow'.Others spell it 'kuew tiaw' or 'kuey teow'.Even people at my home town called it mee teow.The spelling & the sound may be a little bit different,but the important thing is the meaning is the same.I always love 'kuew teow';kuew teow goreng,kuew teow bandung,kuew toew ladna,kuew teow sup,kuew teow hailam & whatever that can be replaced by kuew teow.
Today i was very lucky to find a recipe to make kuew teow.I didn't know it was very easy to make.

Kuey teow

Bahan-bahan ( satu kilo )
350 tepung gandum
150gm tepung beras
1 biji putih telor
200 ml air
tepung ubi secukupnya
minyak secukupnya
air untuk merebus
garam secukupnya

Cara-cara
1. Satukan kedua2 jenis tepung,putih telor dan air ke dalam mangkok adunan dan uli doh. Kemudian jerang air dalam periuk dan setelah air mendidih, masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya)

2. Setelah adunan siap, masak air dan letakkan sedikit minyak dan biarkan mendidih


3. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam mesin pasta pada no1 dan putar (makin banyak tepung maka akan lebih panjang kuey teownya)


4. Putar adunan sehingga tepung nampak rata dan tukar tahap nipisnya dengan no besar (saya buat sehingga no4 atau no5)

5. Setelah nipis taburkan tepung ubi ke atas adunan supaya tidak melekat dan lakukan sehingga semua aduna habis diputar nipis

6. Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi besar (biasanya ada 2 saja - untuk mee dan untuk kuey teow)

7. Terus memotong sehingga adunan habis
8. Setelah air mendidih, rebus kuey teow sedikit2 atau muat tapisan-periuk)

9. Rebus sebentar sahaja atau sehingga kuey teow timbul - angkat dan toskan


10. Letakkan kuey teow yang telah ditoskan ke dalam dulang/loyang dan tuangkan sedikit minyak dan gaul rata (buat semasa kuey teow sedang panas. Jika tidak kuew teow akan melekat antara satu dengan lain)

11. Ulang proses tersebut sehingga kesemuanya habis dan sejukkan kuey teow sebelum disimpan atau digunakan


KUETIAW KERANG

Bahan-Bahan:
500 gm kuetiaw
300 gm isi kerang
1 ikat daun kucai [dipotong 1 inci ]
1 cawan tauge
1 tauhu basah [goreng dan potong kecil]
2 sudu besar cili mesin
4 ulas bawang putih [ketuk]
4 sudu besar kicap manis
2 s/b sos tomato
2 s/b air
1 biji tomato [potong kecil]
sedikit minyak garam [jika perlu]

Cara:
1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kicap.
3. Masukkan kerang, tomato sos dan air. Kacau rata.
4. Masukkan kuetiaw, tomato buah, tahu, taugeh dan kucai. Kacau rata dan tutup api.
5. Hidangkan dengan lada jeruk

NOTA:
pastikan jangan terlalu kering... biarkan agak basah aje ...


LADA JERUK

Bahan
cili hijau [ hiris kasar]
ciliapi [buangkan tangkai]
gula secubit
garam secukup masin
cuka secukup terendam cili

Cara
1. Basuhkan dan toskan cili.
2. Rendamkan semua bahan dalam botol kaca atau balang kecil.
3.Simpan untuk semalam.
4. Bila nak maka hanya ambil cili.


Char Koey Teow Pulau Jerjak

Bahan-bahan ( 2 Org )
600g koey teow
1 cawan kerang (rebus dan kopek)
10 ekor udang sederhana besar
Segenggam tauge
Segengam daun kuchai
2 biji telur

BAHAN KICAP KOEY TEOW
5 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
5 tangkai cili kering (kisar)
10 ekor udang (buang kulit,rebus)
8 sudu besar kicap
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar cuka
2 sudu besar sos tiram
Garam,MSG dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMIS
3 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
Minyak utk menumis

Cara-cara
1. Kisar semua bahan-bahan kicap koew teow dengan air rebusan udang hingga lumat.Masakkan di atas api kecil hingga masak.Jangan terlalu pekat.Jika pekat tambah air.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis.Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan udang dan tambahkan sedikit air.
4. Bila udang kemerahan, masukkan bahan-bahan kicap yang telah dikisar dan dimasak terlebih dahulu tadi.Jangan terlalu banyak.Ikut citarasa anda sama ada banyak atau sikit kerana bahan kicap ini boleh diguna banyak kali.
5. Masukkan koey teow.Kacau dengan cepat dan sebentar sahaja.Masukkan pula telur.Kacau rata.
6. Masukkan kerang, tauge dah kuchai.Goreng hingga sebati tapi jangan sampai kering.
Angkat dan hidang panas-panas.

KUE TEAW KERANG [bebeh]

Bahan-bahannya:
- Bawang putih
- 3 sudu besar cili kering
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu sos tiram
- 2 sudu cili sos
- Kerang satu mangkuk
- Tauge
- Kucai

Cara Menyediakannya:
1. Tumis bawang putih, cili giling, bawang besar. Setelah kekuningan,masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat.
2. Campurkan kerang dan tauge. Setelah didih, pecahkan satu biji telur dan masukkan kue teow. Goreng sampai masak lalu dihidangkan.

Char Keow Teow Goreng Ala Penang [seribulan]

Bahan:
120g koew teow
40g taugeh
10g daun kucai
20g minyak masak
30g udang basah
20g isi kerang
20g sotong basah
1 biji telur
1 sudu kicap hitam (pekat)
1 sudu kicap cair
1 1/2 sudu cili boh
sedikit garam dan lada sulah

Cara:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, keow teow dan telur. Masukkan udang, sotong dan isi kerang.
2. Goreng sehingga masak. Campurkan sedikit cili boh, kicap cair dan kicap pekat.
3. Akhir sekali masukkan taugeh bersama daun kucai.

Char Koay Teow [ninoZ]

Bahan:
sepeket Koay Teow
4-5 ulas bawang putih - cincang halus[bleh taruk byk kalau suka]
2-3 bawang merah - dihiris
cili padi [jika perlu] - dititik
sedikit cili kering - direndam n dikisar [kalau sepeket kuay teow tu agak agak la dlm 2 sudu beso..
kalau suka pedas taruk lagi byk]
Udang dan kerang - ikut suka
Kucai dan Taugeh - ikut suka
Sos Tiram, Sos Ikan, Kicap Pekat - secukup rasa
sedikit minyak bijan
2 biji telur
minyak masak

Cara
1. heat oil pastu stir fry udang dan kerang tu agak separuh masak..pastu angkat..
2. salinkan minyak
3. panaskan sedikit minyak campurkan minyak bijan sket [dlm 3 sudubesar]
4. tumiskan bwg putih serta bwg merah, agak dah golden.
5. masukkan cili kisar n tumis till naik bau
6. masukkan udang dan kerang
7. then masukkan sos tiram, sos ikan dan kicap pekat.
[kicap pekat jgn byk sangat nanti terlampau hitam, sos ikan pun kene berhati2 gak ade yg jenis terlampau masin] secukup rasa n warna..kalau nak buat berkuah..
biar lebih sket seasoningnyer n masukkan skett je air panas [tambah secubit gula utk melengkapkan rasa]
8. then masukkan taugeh, kucai n kuay teow [n cili padi jika perlu]..
9. kacau dgn pantas pastu masukkan telur dan kacau lagi dgn pantas
10. sedia utk dihidangkan..
11. tabur dgn bwg goreng n hirisan daun bwg n hirisan limau nipis..

Penang Char Koay Teow [Jaja_iMaN]

Bahan:
Koay Teow (utk sorang makan)
1 ulas bawang putih (dititik & dicincang halus)
1 ulas bawang merah (dihris)
4 biji cili padi (dititik) atau 2 sudu besar cili kering (dimesin)
Udand & Kerang secukupnya
Kucai dan Taugeh secukupnya
Sos Tiram, Sos Ikan, Kicap Pekat secukupnya utk dapatkan gravy
Minyak masak
1 sudu besar minyak bijan
1 biji telur

Cara:
1. Panaskan minyak, masukkan udang/kerang, goreng separuh masak dan angkat sekali dgn minyak gorengan.
2. Sekali lagi panaskan minyak dan campurkan minyak bijan 1 sudu besar dan tumis bawang putih dan bawang merah. Kemudian masukkan cili padi serta udang/kerang yg digoreng tadi.
3. Masukkan sos tiram, sos ikan dan kicap pekat. Rasa ikut selera sendiri tapi pastikan berkuah (sebab CKT lebih sedap jika ada gravy).
4. Masukkan taugeh, kucai dan koay teow, kacau sekejap.
5. Akhir sekali pecahkan telur dan kacau.

Char Kuey Teow[soda]

Bahan (1 orang makan)
2 biji bawang putih ]
½ biji bawang merah ]dikisar halus.
1 sudu cili boh (mengikut kepedasan yg diingini)
¾ cawan air
1 senduk kecil sos cili
1 senduk kecil sos tiram
1 batang serai - diketuk
Garam & gula secukup rasa
Udang - optional
1 biji telur
Kuew teow

Cara
1. Panaskan kuali.Tumiskan bawang putih & bawang merah.
2. Masukkan cili boh. Tumis hingga naik bau harum, masukkan air,sos cili, sos tiram, & serai yang telah diketuk2.
3. Biarkan hingga mendidih (jika terkurang air, boleh ditambahkan sedikit lagi air).
4. Masukkan garam & gula secukup rasa....
5. Masukkan udang jika suka
6. Masukkan sebiji telur dan kacau
7. Akhir sekali masukkan kuey teow (utk seorang)
8. Kacau seminit dua dan hidangkan panas2

Kuew tiaw goreng [mrs_livingstone]

BAHAN:
*bawang putih+merah+cili kering blend(letak bawang merah byk2 gila so sedap pun gila)
*sos tiram
*kuey tiaw
*ayam potong kecik2
*daun kucai
*taugeh
*minyak

CARA:
*tumis bhn yg di blend
*letak sos tiram(tak yah letak garam)
*bila naik minyak letak ayam
*bila ayam masak letak le kuey tiaw
*kacau...rata baru letak daun kucai dan taugeh
*angkat dan hidang....kuey tiaw tu jadik cam basah2 sikit...

Kue teow Goreng [cranko21]

Bahan2
kue teow
sedikit sos tomato
sedikit kicap manis
sedikit sawi
sedikit taugeh
sedikit air
sedikit bumbu ***

Cara memasak:
1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit bumbu yg telah di masak tadi.
2. Masukkan kue teow, sedikit air, kicap, sos tomato dan gaul rata hingga kue teow masak. Masukkan sawi & taugeh, gaul dan matikan api.

Bahan2 bumbu***
Bawang besar )
Bawang putih )
lada kering ) mesin
udang kering + ikan bilis ) hingga halus
buah keras )
sedikit belacan )
garam
sedikit gula
sedikit minyak

Cara memasak bumbu:
1. panaskan kuali dan tumis bahan2 yg telah di mesin tadi hingga wangi.
2. masukkan garam dan sedikit gula. ketepikan.

Kue Tiaw Goreng – Style Cina [cranko21]

Bahan
1 kilo kue tiaw
200 gm taugeh
4 sdm lada kering kisar )
1 biji bwg besar ) mesin halus
sedikit halia )
1 biji buah keras )
1 gengam udang kering )
15 ulas bawang putih – di tumbuk halus
½ cwn air
4 biji telor – di pukul sedikit
1 cwn udang segar yg di buang kulit – tinggalkan ekor saja
½ cwn isi kerang mentah
sedikit daun kucai yg di potong2 dlm 1 inci panjang

Sos
2 sdm light soya sauce
2 sdm kicap manis
3 sdm sos tiram
3 sdm dark soya sauce
1 sdm sos ikan (nam pla)
1 sdm gula
½ sdm garam
- Bancuh semua bahan2 ini di dlm sebuah mangkok kecil sebelum mula memasak.

Cara mengoreng kue tiaw
1. Panaskan minyak di dlm kuali diatas api yg besar.
2. Tumiskan bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan lada kering yg di kisar tadi dan masak hingga garing.
4. Masukkan Kway teow, udang dan isi kerang dan goreng sebentar.
5. Masukkan dari sos kicap tadi dan gaul hingga benar2 sebati dan rasa samada cukup rasanya. Jika kurang perlu tambah garam atau kicap manis.
6. Masukkan telor yg di pukul tadi dan goreng lagi hingga sebati.
7. Akhir sekali masukkan kucai & taugeh - gaul sebentar dan matikan api. Sebaiknya taugeh tu biar jgn masak sgt.. biar masa makan tu bunyi krapkrup.
8. Hidangkan bersama taburan bawang goreng


Beef Kway Teow Goreng [dak_angelz]

BAHAN-BAHAN
150 gm kueteau
200 gm daging (direbus)
1 sudu besar tepung jagung + air
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil cili kisar 1 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji telur
Sedikit stok daging
Sedikit sayur-sayuran
Garam & minyak masak

CARA-CARANYA
1. Panaskan minyak masak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih & cili kisar hingga garing.
3. Masukkan sos tiram, kicap pekat, daging & stok daging.
4. Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran, kueteau, bancuhan tepung jagung & telur.
5. Kacau perlahan-lahan sehingga masak.
6. Angkat & hidangkan.

NOTA: kalau nak hidang taburkan bawang goreng dan sedikit tomato sos....


Kuetiau Ladna [TommyHilfiger]

Bahan2:
600gm kuetiau
300gm udang sedang
300gm sotong
200gm kailan
1/2 biji capsicum
200gm bunga kobis
4 ulas bawang putih - dicincang
5cm halia - dihiris
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar minyak
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu besar tepung jagung - dicampur dgn 1/2 cwn air
1 kiub stok ikan bilis
6 ulas bawang merah - digiling
2 ulas bawang putih - digiling
sedikit lada sulah
5 biji cili padi - dititik

Cara menyediakannya :
- Perap udang, sotong dgn kicap pekat, lada sulah, minyak bijan & bhn giling.
- Panaskan minyak & tumis bwg putih cincang serta halia.
- Masukkan sotong & udang tadi. Biarkan hingga mendidih. Masukkan kicap,sos tiram, stok ikan bilis & tepung jagung
- Kemudian masukkan pula sayur2an & kuetiau.
- Hidangkan bersama taburan daun sup, daun bawang & bawang goreng


Kuew Tiaw Kantonis Gaya Koko

Bahan Kuew Tiaw
400 gm Kuew Tiaw
1 sudu besar Minyak masak
1 sudu kecil Minyak bijan
1 sudu besar Coklat putih

Cara:
1.Panaskan minyak didalam kuali
2.Masukkan kuew tiaw dan coklat putih
3.Tuangkan minyak bijan dan angkat serta letakkan di dalam pinggan.

Untuk kuah
100 gm Udang
100 gm Sotong
100 gm Bebola Ikan
½ biji Lobak Merah (hiris)
50 gm Kailan
80 gm Jagung Muda
1 sudu besar Lemak Koko
2 biji Bawang Merah
2 Ulas Bawang Putih
2 sudu besar Tepung (dicampur air)
1 sudu besar Sos Tiram
1 cawan Stok Ayam
Garam & Lada Putih secukup rasa

Cara:
1.Tumis bawang merah dan bawang putih
2.Masukkan sotong, udang dan bebola ikan
3.Masukkan sos tiram dan stok ayam
4.Selepas itu masukkan semua sayur-sayuran
5.Perasakan bersama garam dan lada putih. Hidangkan bersama kuew tiaw

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).