- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, December 28, 2008

Aiskrim Goreng


Aiskrim goreng merupakan satu hidangan istimewa yang pertama sekali diperkenalkan di Malaysia di pantai batu buruk, Terengganu. Ia merupakan satu pencuci mulut Asia, Amerika Syarikat dan Mexico.
Aiskrim biasa ditemui di Mexican rangkaian makanan restoran-restoran di Amerika Syarikat (eg. El Torito atau Chi Chi's) dan pesta dan karnival. Ia dihasilkan dengan mengambil satu pencedok aiskrim sejuk lampau beku (dibekukan bawah dari suhu piwaian 0°F tahap mana aiskrim biasanya disimpan), mungkin dicelup dalam telur, kemudiannya digolek masuk emping jagung atau remah biskut, dan kemudian secara ringkas menggoreng di dalam minyak yang banyak -- kesejukan aiskrim mencegah ia daripada cair sementara ada goreng. Akhirnya mungkin juga menjadi direnjis dengan kayu manis dan gula.

Aiskrim goreng telah menjadi satu desert yang bersama berkhidmat dalam restoran-restoran yang Cina dan Jepun. Resipi di restoran-restoran berbeza sedikit, kerana ada yang menggunakan tempura dan juga menggunakan kulit yang diperbuat dari emping jagung atau serbuk biskut.



Aiskrim goreng?Fried ice cream? First time i heard about it a long time ago,it felt weird bcoz' we all know ice cream will melt easily especially in hot temperature.Frying ice cream is more impossible. But when i first saw the recipe in a magazine (forgot what magazine) & primula hotel in kuala trganu served it, i started to believe it.
People said (& info from the internet) aiskrim goreng was first found in malaysia in terengganu. There was a very famous restaurant in batu buruk, kuala terengganu sold it. Last time my brother brought me & my mother there to enjoy aiskrim goreng.As a terengganurian, i was proud with the facts.
Enough of the story.There was always ice cream stock in my freeze. My husband had an idea (he always has ideas creating food). He said, apart of eating ice cream on its own, why not we fry it? I've eaten fried ice cream but never made it. So, using the recipe from the internet, we successfully made the aiskrim goreng. Not bad for a first timer...


Aiskrim goreng.
oleh: princessharyati

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

Bahan A
1 1/2 cawan tepung serbaguna
4 sudu besar tepung susu
1 sudu kecil instant yis
3 sudu kecil gula aising
2 sudu besar butter
Secubit garam

Bahan lain
aiskrim vinella
1 biji telur
1 cawan Breadcrupt

Cara-cara
1. Campur ke semua bahan A dan sedikit air sehingga menjadi satu doh yang lembut (seperti membuat donut)
2. Bahagikan doh beberapa bentuk bulat untuk dicanaikan. Kemudian ambil satu doh tersebut dan canaikan nipis seperti membuat kulit karipap
3. Panaskan minyak dahulu kerana ia memperlukan jangka masa pendek untuk digoreng kalu tidak, doh akan menjadi lembik kerana aiskrim akan cair jika di biarkan terlalu lama. Kemudian pukul telur ke dalam satu mangkuk.
4. Setelah di canai isikan satu sudu aiskrim ke dalam doh dan klipkan bahagian tepi doh agar aiskrim tadi tidak terkeluar bila digoreng.
5. Letak doh ke dalam telur , angkat dan balik balikan doh ke dalam breadcrupt. Terus goreng untuk 1 minit ke 2 minit sahaja.
6. Sedia untuk disantap. Guna aiskrim vinella kerana lambat cair jika digoreng (perasa apa2 pun boleh)



Aiskrim goreng
oleh: yani

Bahan-bahan ( 5 orang )
5 scoop aiskrim vanila
1 biji telur
1 cawan conflakes
1 cawan chopped walnuts
minyak untuk menggoreng
sirap coklat secukupnya

Cara-cara
1. Scoop aiskrim yg saya guna seperti gambar disebelah
2. Masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap. Bungkus biar jadi bentuk bola. Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2 jam.
3. Campurkan conflakes dan walnuts ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur.
4. Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap. Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi. Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dgn conflakes dan walnuts . Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Simpan semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.
5. Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur. Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan walnuts. Goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut. Buat satu persatu sampai habis. Masukkan semula ke dalam freezer. Biarkan 1 jam atau lebih. Kalau nak salutan(coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi.
6. Panaskan minyak. Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat. Angkat dan bolehlah terus makan. Kalau suka bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya.
** Minyak yg diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau 200 degree.




Ais Krim Goreng
Sumber : Farafauzana(sendiri)

Bahan-Bahan:
1 bungkus roti
Serbuk Roti agak2 je
1 tupperwear Ais krim (tak kira apa rasa)
4 biji telor (Dipukul) Air kosong - sikit je
Minyak untuk mengoreng

Cara:
1.Mula2 basahkan roti cikit,masukkan ais krim ke dlm roti yang dibasahkan tadi.
2.Tutup roti sehingga menjadi bulat, tutup dengan menggunakan air
3.Selepas tu...golek dengan telor yang sudah di pukul
4.Dan salut dengan serbuk roti (golekkanlah dengan serbuk roti)
5.Bila minyak panas, golenglah dengan agak2 garing (api jangan besar sangat)

Cadangan Hidangan:
Nikmatilah dengan teh o panas....sodap...pasti sodap....
Makan ketika ais krim goreng masih panas




AISKRIM GORENG
- chef lin / alaf21 -

Bahan utama
2 liter aiskrim (perisa ikut suka)
minyak utk menggoreng terendam
lidi sate
serbuk/reja kek span
serbuk roti secukupnya

Bahan salut
125 g tepung gandum
125 ml susu segar
125 ml air
3 biji putih telur

Cara menyediakannya
1. Ambil aiskrim menggunakan ‘scoop’ aiskrim. Bungkus setiap bebola dengan kertas aluminium. Susun di dalam bekas besar dan tutup kemas bekas tersebut. Turunkan suhu peti pembeku (freezer) ke tahap paling minima (paling sejuk). Biar aiskrim di dalam peti pembeku selama 12 jam.
2. Buka bungkusan aiskrim, salut dengan reja kek span. Bungkus dengan kertas aluminium semula dan letak di dalam peti pembeku sekali lagi selama 12 jam.
3. Satukan tepung, air dan susu hingga sebati. Pukul putih telur hingga kental, kaupbalikkan ke dalam adunan tepung. Biar adunan tepung di dalam peti sejuk (rak bawah) selama 45-60 min.
4. Buka bungkusan aluminium dari aiskrim semula. Cucuk dengan lidi sate dan celupkan bebola di dalam tepung salut. Golek di dalam serbuk roti. Bubuh semula di dalam peti pembeku selama 2-3 jam.
5. Panaskan minyak (jangan terlalu panas hingga berasap), kemudian goreng bebola (jangan terlalu banyak pada satu masa) hingga keemasan. Sajikan segera.




Aiskrim Goreng
kiriman : tokkmudin
gambar : srsfeqah

bahan-bahan:
ais krim(nestle)
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
air
2 cawan breadcrumb
1 cawan cornflakes
1 cawan coco crunch
*jem stawberry

Cara:
1)tepung dan telur dicampur dengan air..kacau dengan sebati.asingkan
2)campurkan breadcrumb,cornflakes,coco crunch ke dalam mangkuk..asingkan
3)mula-mula cedok aiskrim supaya menjadi bulat.
4)celupkan ke dalam tepung tadi..dan terus golek kan ke dalam campuran breadcrumb tadi..
5)bungkus kan ia ke dalam plastic wrapping.
6)bekukan ia ke dalam freezer selama 30-45 minit.sehingga ia keras.
7)bubuh minyak ke dalam kuali..tunggu sehingga minyak itu panas.
8)apabila minyak sudah panas...ambik aiskrim tadi..buka bungkusan plastik dan goreng hingga kekuningan.
9)jem dimasak dengan sedikit air agar ia cair sedikit..(biarkan ia pekat)

Cadangan Hidangan:
letakkan ke dalam pinggan dan hidang kan dgn jem yang sudah di masak sebagai pencecah.

Tambahan:
makan sewaktu ia panas..kerana di luar panas dan di dalam nya pula sejuk




Ais Krim Goreng
[niceghost2005]

Bahan2
1. apa apa jenis ais krim di pasaran
2. roti (Gardenia or yg sewaktu dgn nya)
3. plastik
4. tepung ADABI (spt yg di buat utk cucur pisang)

CARA2 nya
1. Ais Krim di buat bulat bulat
2. roti di buang bahagian keras nya
3. letakan ais krim di tengah roti tersebut dan balutkan nya menjadi bulat.
4. balut roti yg berisi ais krim tersebut dgn plastik
5. masukkan ke dalam FREEZER semalam malaman
6. bancuh tepung ADABI
7. keluarkan ais krim yg di balut dan celup di dalam bancuhan tepung td.
8. panaskan kuali
9. tuangkan minyak sehingga dapat menenggelamkan roti
10.masukkan roti berisi ais krim dan goreng sehingga keemasan
Selamat Mencuba



Aiskrim Goreng
[ninoZ]

Bahan-bahannya :-
6 scoop aiskrim
250 gm serbuk kek @ serbuk roti
300 gm susu cair
50 gm gula
4 biji telur
minyak untuk mengoreng
100 gm tepung

Cara-caranya
1. Skoop aiskrim golekkan ke dalam serbuk kek, bior betui betui bersalut. Sejukkan dlm freezer semalaman hingga betul-betul keras.
2. untuk batternyer plak..kacau gula n susu bior larut then masukkan telur. Kacau sebati dan masukkan tepung. Kacau hingga sebati.
3. Panaskan minyak untuk menggoreng.
4. celupkan aiskrim yang telah keras dan goreng hingga perang.Angkat dan hidangkan

Variasi[ninoZ]
1. roti tuleh gak terap bulat dgn ape ape acuan
2. pastu amik sekeping..letak eskrim pastu tangkup dgn another piece of roti..
3. tepi tu picit2 sket bagi lekat..cam kuih spera..the rest leh follow the same recipe..
4. utk variety leh taruk peach slice atau banana bersama eskrim tu.



aiskrim goreng
[juya79]

bahan2:
roti sandwich (gardenia ke.. apa ke.. yg tebal nye.. jgn guna nipis punya )
aiskrim ( perasa apa2 pun bole )
tepung goreng pisang adabi
plastik (plastik tuh potong jadik bentuk 4 segi)

cara2:
1. scoop ice cream dalam roti
2. balut ice cream tuh, buat cam bola
3. balut roti ngan plastik kemas2
4. letak dlm freezer
5. bila nak makan, kuarkan dari freezer, bukak plastik, celup roti dlm tepung goreng pisang yg dah dibancuh, goreng dlm minyak yg panas... jgn lama sangat...
6. angkat.. terus makan...
Aiskrim Goreng
[sawah]

bahan-bahan
sediakan roti(roti keping gardenia...best)
bahan2 utk bater - tepung beras, kunyit tuh. [yg macam nak goreng pisang]
pastu aiskrim

cara-cara
1. mula2 masukkan aiskrim dlm sekeping roti.. pastu bungkus kemas2..buat cam fish ball banyak2..
2. masukkan dlm freezer dan simpan dlm 3-4 jam
3. bancuhkan bater utk salutan gorengan..kuarkan aiskrim yg dalam roti tuh.. celup dlm bahan goreng tadi.. terus jer goreng.. tapi jangan lama sangat.. hingga warna die keemasan



AISKRIM GORENG
by evtic14

BAHAN-BAHAN
~~~~~~~~~~~
1. Roti Gardenia
2. Ais Krim ( Perasa ikut pilihan anda )
3. Sedikit Tepung gandum atau tepung jagung (Sebagai gam pelekat)
4. Minyak utk menggoreng

CARA-CARA
~~~~~~~~~~
Roti dibuang kulit keras (bhgn tepi) dan canai nipis. Masukkan ais krim ke atas roti. Letakkan satu lagi roti di atasnya dan kelim keliling roti tersebut bagi mengelakkan aiskrim keluar. Jadikan tepung gandum atau tepung jagung yg dicairkan sebagai pelekat diantara roti tersebut. Simpan dalam peti sejuk semalaman. Panaskan minyak dan keluarkan roti yg disejukbekukan tersebut dan goreng menggunakan api sederhana. Siap utk dihidangkan.



Aiskrim roti goreng
- nik hazlini -

Bahan-bahan:
1 paket roti sandwich
Aiskrim - any perasa secukupnya
Acuan karipap - saiz paling besar
Roller pin

Cara:
1. Roll roti sandwich.
2. Letakkan di atas acuan karipap
3. Letakkan / scoop aiskrim secukupnya. Jgn terlalu byk....nanti roti tak melekat.
4. Lipat roti dan ketip acuan karipap sekuatnya.
5. Masukkan ke dalam peti ais selama abt 5 jam.
6. Goreng....deep fry.
7. Hidangkan. Sedap juga kalau makan tanpa goreng.




Aiskrim Goreng
- nurul :
http://whatliesinme.blogspot.com/ -

Bahan-bahan:
Ice Cream (any flavor)
Roti burger (damit/besar) - 1 kotak
Putih telur - 4 biji (or depend on the roti burger)
Serbuk Roti (bread crumbs) - 1 kotak (better)
A freezer (like duh~) Hahaha

Persediaan awal:
1- Buka kulit roti burger (kulit ka namanya tu?) but jangan sampai nipis. Just kubak saja (ok..i'm using bruneian word coz i've no idea what's the suitable name for it). Kubak all around the roti burger. Do it gently.
2- Potong the roti in half but jangan sampai putus. Cukup untuk di buka sedikit the inside of roti but jangan jua terlampau sikit membelah atu. Hehe
3- Korek the inside-but-middle of the burger as seen in picture #3. Don't too much. Just enough to put the ice cream (later) inside and that you can close it completely after that.
4- Spoon the ice cream you want. Jangan banyak. Sikit saja then taruh di dalam roti arah tempat yg dikorek tadi. Jangan panuh-panuh coz nanti payah tutup and jangan melimpar. (whatever)
5- Then tutup pastu coat it with putih talur all over the roti but DO NOT soak it. Just coat saja.
6- Then cover it up with bread crumbs.
7- Then taruh dalam freezer right away so the ice cream won't melt. Let it stay at least 1 hour to let the roti & ice cream beku berabiz.

Cara masak:
1- Panaskan minyak like reaaaaly hot. Apinya biar basar.
2- Taruh sedikit serbuk roti arah minyak atu to know how panas that is. If the serbuk roti atu masak right away when you put bits of it into the oil, it means the minyak is really hot. You know what i mean. Hehe
3- Without damiti apinya, keluarkan the roti in the freezer then masukkan one at a time dalam minyak yang boiling hot (ada minyak boiling ka?). Masukkan sekajap saja yang penting luarnya tukar warna which is if the minyak is very hot, within 2secs saja masak tu luarnya and of you turn it upside down, it'll take like 4secs saja.
4- Angkat then toskan. Then ambil tissue paper and wrap it around to absorb the oil then makan while it's hot or rather while the ice cream alum melting. Inda panas tu if makan tarus coz dalamnya sajuk.




Fried Ice Cream

Ingrediants;
1 pint of vanilla ice cream, do not use a light or diet version since they do not fry well
1 egg
1 teaspoon vanilla
2.5 cups of corn flakes crushed, preferably honey nut
1 teaspoon cinnamon
vegetable oil for deep frying
whipped cream (optional)
chocolate syrup (optional)
4 cherries (optional)

Method;
1. Divide the ice cream into 4 equal portions. Form the ice cream portions into balls. Place them on a freezer safe plate. They should not be touching each other. Return them to the freezer until firm, one hour usually.
2. In a small bowl beat the egg and vanilla together. In a large plate mix together the cinnamon and corn flakes.
3. Remove the ice cream balls from the freezer. Dip each ball in the egg mixture and then roll it in the cereal mixture. Return each ball to the freezer for another hour. Do not throw away the remaining egg and cereal mixture.
4. After one hour remove the balls from the freezer and repeat the dipping and rolling process. Return the freezer and this time leave them there several hours or even over night until frozen solid.
5. In an electric deep fryer or large pot, heat the oil to 375 degrees Fahrenheit. Fry the ice cream balls 1 at a time for fifteen seconds or till golden brown. Do not try to do them all at once. Drain on paper towels and serve immediately. Garnish with whipped cream, chocolate syrup, and cherry as desired.




AIS KERIM GORENG
- Ida Isk -

Bahan-bahan :
aiskerim tak kira lee aper jenis or perisa
roti sandwich -tak kira brand aper janji roti lee
* basahkan sedikit roti dengan air biasa supaya lembab supaya masa menekan dengan acuan roti tak pecah
acuan telur

caranya :
1. scop aiskerim letak atas sekeping roti
2. ambil lagi satu roti kosong tangkup atas aiskerim tadi
3. tekankan acuan telur atas kedua2 roti tadi - kuat2 sampai roti putus jadi bulat
4. masukkan dlm plastis dan simpan dlm petiais bahagian atas semalaman or 3 jam
5. panaskan kuali letak minyak mcm nak goreng pisang tu...
6. minyak kena betol2 panas - baru gorengkan roti tadi
7. balik2kan supaya kuning kedua2 belah
8. angkat dan hidangkan bersama2 dengan susu cair kalau suka - kalau tak makan cam tu ok jugak terlupang lee nak makan mcm ya

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).