Last week my cousin's daughter (anak sepupu) dropped by at my house. She just came back from sarawak. Actually she studies at university malaysia sarawak in political science course. We're very close but she couldn't attend my wedding day since at that time she was bz preparing for her final exam & she didn't came back for hari raya also. So, she came to my house just to meet me. Apart of bringing the famous ikan terubuk asin from sarawak, she also brought packets of perencah laksa sarawak. I've no idea how to use it & in the end i just kept them in the cupboard. & yesterday while i was clearing my cupboard, i saw the perencah & kept thinking what to do with it. It's such a waste if i through it out + kesian org bawa balik dr jauh2...then i remember seeing laksa sarawak's recipe in kak liza's fp. With no hesitation, i surf for the recipe & voila, it's delicious. *nasib baik ada beehoon kt umah since laksa sarawak used beehoon..that's the main difference from other state's laksa.
LAKSA SARAWAK
- Kak Liza -
Bahan
1 bungkus [500 gm ] bihun [rendam dan celurkan dengan air panas. Toskan]
300 udang [rebus dan toskan]
2 keping dada ayam [siatkan]
1 batang timun [ sagat halus - macam laksa penang]
1 cawan togeh
3 biji telur [buat dadar dan hiriskan halus]
3 biji cili merah [hiriskan]
10 biji limau [belah 2 dan buangkana biji]
2 pokok daun ketumbar [hiris halus]
Bahan Kuah
3 ulas bawang merah ]
2 uals bawang putih ] mesinkan halus
10 tangkai cili kering ]
2 batang serai [ketuk]
1 cm lengkuas [ketuk]
3 s/b pes laksa sarawak
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
1 cawan air rebusan udang
minyak
garam
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin halus dan serai sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan pes laksa dan kacau rata.
3. Masukkan air rebusan udang dan santan cair juga ayam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan santan pekat dan didehkan sehiingga naik minyak dan pekat.
5. Rasakan garam dn tutup api.
6. Keluarkan ayam dan siatkan isinya saperti ayam soto.
7. Hidangkan saperti dalam gambar.
Laksa Sarawak
Kiriman: Tina
BAHAN A
Perencah laksa Sarawak
1 bungkus bee hoon (direbus)
3 sudu serbuk kari ayam/daging
10 biji limau kasturi (dibelah dua)1 bungkus 'fish cake' (dihiris nipis)
Air
Minyak masak
Garam dan ajinomoto secukup rasa
BAHAN B
5 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis/dadu)
1 mangkuk besar taugeh (ditanak)
3 telur ayam (dipukul, goreng, dan hiris nipis)
Bawang goreng
Ayam (ambil isi, rebus, dan hiris nipis)
BAHAN C (Sambal)
10 tangkai cili merah (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
Seulas bawang putih (dikisar)
Segenggam udang kering (dikisar)
Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan perencah laksa Sarawak hingga naik bau.
2. Tambahkan air (untuk kuah) dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan serbuk kari. Jika mahu kuah lebih pedas, masukkan lebih banyak serbuh kari.
4. Masukkan 'fish cake' yang telah dihiris nipis.
5. Tambahkan bahan perasa.
6. Ambil semangkuk bihun (untuk seorang) dan tuangkan kuah ke dalam mangkuk tersebut.
7. Ambil sedikit BAHAN B dan taburkan ke atas bihun.
8. Perahkan limau kasturi.
9. Jika suka makan pedas, ambil sedikit BAHAN C dan gaulkan bersama bihun tersebut.
Cadangan Hidangan:
Selain menggunakan isi ayam yang telah dihiris nipis, and juga boleh menggoreng ketulan ayam sebelum menumis perencah laksa Sarawak dan masakkan sekali di dalam kuah laksa.
Laksa Sarawak
oleh: Netty
Bahan-bahan ( 10 orang )
1 paket mee bee-hoon
1 paket besar perencah laksa (boleh didapati di supermarket)
1 biji kelapa parut
1/2 kg taugeh
1/2 kg isi ayam (tulang ayam untuk air rebusan ikut suka)
1/2 kg udang
3 biji telor ayam
daun ketumbar
limau nipis
Sambal
2-3 sudu cili kering ditumbuk
bawang merah dan putih ikut suka
belacan sebesar 1/2 kotak mancis
minyak masak untuk menumis
Cara Menyediakannya :-
1. Masukan 5 cawan air rebus tulang ayam bersama-sama isi ayam kedalam periuk.
2. Rebus isi ayam hingga masak kemudian diangkat.
3. Masukan udang, rebus sebentar kemudain diangkat.
4. Masukkan perencah laksa sarawak bersama air rebusan tadi, rendidih dengan api perlahan selama 20 minit.
5. Sementara menunggu, celur taugeh dan mee tadi. Goreng telur dadar, kupas udang dan siat isi ayam. Ketepikan.
6. Perahkan santan sebanyak 4 - 5 cawan ikut suka.
7. Sekarang bolehlah bee-hoon di hidang bersama-sama ayam yang disiat tadi, udang, taugeh, telur dadar dan daun ketumbar, limau dan sambal. Kuahkan laksa tersebut dengan kuah yang disediakan tadi.
Laksa Sarawak Istimewa
oleh: sherry_mz
Bahan-bahan ( 10 orang )
400gram pes laksa Sarawak Hj Manan (2 bungkus)
2 bungkus Bihun
500gram udang basah
3 ketul dada ayam
500ml santan pekat (1 tin santan cream)
8 biji telur ayam
1 kiub pati ayam maggi
2 sudu besar sos tiram
Garam, gula & msg secukup rasa
BAHAN TAMBAHAN
500gram tauge
Daun ketumbar @ daun pudina (ikut suka)
Limau kasturi @ lemon
SAMBAL BELACAN
15 biji cili padi/cabai burung (klu nk pedas lg boleh tambah)
Belacan Sarawak (@ lain2 negeripun boleh)
Sedikit air perahan limau@lemon
Garam & gula
Cara-cara
1. Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2.
2. Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat & toskan.
3. Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.
4. Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.
5. Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula & msg. Biar mendidih seketika.
6. Sementara itu celurkan bihun & taugeh.
7. Goreng dadar telur. Kemudian gulung & hiris nipis2.
8. Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula & perahan limau@lemon.
CARA2 MENGHIDANG LAKSA SWK
Ambil sedkikit bihun. Letak tauge, ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong, udang, daun ketumbar/pudina & sambal belacan. Sendukkan kuah laksa swk yg masih panas. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2.
Set lengkap hidangan laksa swk.
Laksa Sarawak
Sumber : Chef Wan Ismail
Bahan-bahan
Minyak untuk menumis
8 cawan santan daripada 1 1/2 biji kelapa
1 ekor ayam anggaran 2 kg dipotong mengikut suka
Garam dan gula
500 gm udang basah
1/2 cawan kacang tumbuk
Mee secukupnya, dicelur
Telur, direbus dan dibelah dua
1 tangkai daun ketumbar, dicincang halus
Timun, dihiris nipis
Bahan-bahan kisar
1/4 cawan bijan
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
20 tangkai cili kering, direndam air panas
1 cm lengkuas
4 batang serai
Cara membuatnya
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan dikisar hingga wangi.
2. Masukkan santan dan ayam. Masak hingga ayam empuk. Masukkan garam dan gula.
3. Keluarkan ayam dari kuah lalu disiat-siat isinya.
4. Masukkan udang dan kacang tumbuk di dalam kuah, kacau sebari dan padamkan api.
5. Bubuh mee di dalam mangkuk dan tuang kuahnya. Letakkan telur rebus, daun ketumbar dan timun. Hidangkan panas-panas.
LAKSA SARAWAK
- khumaira -
BAHAN:
1 bungkus bihun-----(celurkan dengan air panas. Toskan]
300 udang-----------[rebus dan toskan]
2 keping dada ayam--[siatkan]
1 batang timun------(sagat halus - macam laksa penang]
1 cawan taugeh
3 biji telur--------[buat dadar dan hiriskan halus]
3 biji cili merah---[hiriskan]
10 biji limau-------[belah 2 dan buangkn biji]
2 pokok daun ketumbar-------[hiris halus]
BAHAN KUAH:
3 ulas bawang merah>>>>>>>>>>>>> ]
2 ulas bawang putih>>>>>>>>>>>>> )KISAR HALUS
10 tangkai cili kering>>>>>>>>>> ]
2 batang serai-------- [ketuk/titik)
1 cm lengkuas--------- [ketuk/titik)
3 sudu besar pes laksa sarawak
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
1 cawan air rebusan udang
minyak
garam
CARA:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar halus dan serai sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan pes laksa dan kacau rata.
3. Masukkan air rebusan udang dan santan cair juga ayam. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan santan pekat dan didihkan sehingga pecah minyak dan pekat.
5. Rasakan garam dan tutup api.
6. Keluarkan ayam dan siatkan isinya saperti ayam soto.
7.hidangkan bersama isi ayam,udang,daun ketumbar,timun,taugeh,cili merah,telur dadar dan air perahan limau.
Laksa Sarawak
[ninoZ]
bahan2:
300g udang kertas - bersihkan, buang urat n cincang halus
2 ekor rangka ayam[kitorang panggil dinosour..hehehehe]
1/2 ekor ayam[amik bhg dada n peha utk isinya]
santan dari 2 biji kelapa
1/4 cawan bijan - sangrai n tumbuk halus
1/2 cawan kacang tanah - sangrai n tumbuh halus
jus limau nipis secukup rasa
garam n gula
daun ketumbar
minyak utk menumis
bahan kisar:
15 bawang merah
6 garlic
5 biji buah keras
20 cili kering -seeded then rendam air panas pastu toskan
2 cm lengkuas
4 btg serai
1 tsp belacan
bihun - dicelur
limau kesturi - belah dua
taugeh - buang ekor
timun - mayang halus
telur - didadar
daun ketumbar n pudina
isi ayam yg dicarik2
*sambal udang kering
cara-cara:
1. panaskan minyak then tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. masukkan udang n rangka ayam ..masak kejap biar mesra
3. pastu masukkan santann daun ketumbar..masukkan jugak isi ayam [agak agak masak isi ayam tu..leh angkat n carik2kan..utk garnish]
4. masukkan bijan, kacang tanah,jus limau nipis...perisakan garam gula secukup rasa
5. renihkan sebentar kemudian leh tutup api
* [ayam tu instead of gunakan rangka..bleh gantikan aje dgn sekor ayam yg dipotong kecik2 - pastu leh omit isi ayam utk garnish tu]
6. masukkan bihun ke dlm mangkuk then tabur serba sket bahan garnish..tuangkan kuah [jgn tuang rangka ayam]
7. siap utk dihidangkan..
*sambal udang kering
bahan2:
minyak utk menumis
15 cili kering - seeded, rendam n toskan
6 shallot- blend dgn cili kering
1/2 cawan udang kering - rendam air panas kejap pastu toskan n tumbuk
sedikit air asam jawa
garam n gula secukup rasa
cara2:
1. panaskan minyak n tumis bahan kisar hingga wangi
2. masukkan udang kering air asam jawan n seasonkan dgn garam n gula
3. masak dgn api perlahan bior pekat n kering sket.
Laksa Sarawak
[Baiduri Othman]
Bahan2nya:-
Sambal laksa dlm paket
Sedikit cili & ketumbar paste (yg dah digiling & boleh beli kat wet market)
Taugeh dibuang akar (direbus sekejap dgn air panas)
Shrimp yg dah dibersihkan (direbus)
Isi ayam yg dah diceraikan
Daun ketumbar
1 bungkus Mee hoon (direbus & dituskan)
1 1/2 paket santan segera
sambal belacan (tumbuk cili merah & belacan)
limau kesturi yg dibelah dua
garam & ajinomoto
Cara2 membuatnya:-
1.Tuang sedikit minyak dlm periuk. Then masuk ketumbar & cili paste. Kacau sampai garing. Baru masukkan sambal laksa & kacau sampai garing.
2. Lepas tu masukkan air (abt 1 1/2 litre) & tulang ayam or even 2 cubes of chicken stock.
3. Bila dah mendidih baru masukkan santan. Masukkan garam + ajinomoto to taste.
Biarkan menggeledak & it's ready to serve.
4. Dlm mangkuk, masuk mee & hiaskan dgn taugeh, daun ketumbar, sambal belacan, shrimp & isi ayam & limau kesturi.
5. Lepas tu tuangkan kuah laksa & it's ready to be eaten.
Sambal Laksa Sarawak [Baiduri Othman]
Bahan2;
Bawang merah & bawang putih
Buah keras
Bijan
Cili
Kacang tanah yg ditumbuk
Lengkuas
Minyak masak
Rempah (ketumbar & jintan putih/manis)
Serai
Garam
* Bahan2 tu semua ditumbuk hingga lumat & kemudian ditumis hingga menjadi paste
LAKSA SARAWAK
[Linn]
Bahan-bahannya:
1 paket rencah Laksa Sarawak
3 ketul dada ayam
250gm udang
1 paket beehoon
3 biji telur
Taugeh
Daun Ketumbar
Daun Selasih
250ml santan pekat
2 liter air
Kiub ayam
Lada kecil, lada besar dan belacan
Limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
1. Bee-hoon direndam, dicelur dengan air panas. Setelah dicelur, lalukan dengan air sejuk. Tuskan dan ketepikan.
2. Telur dipukul (perisakan dengan garam). Panaskan pan dan goreng dadar nipis. Angkan dan hiris halus. Ketepikan. Tips: Jika hendakan telur dadar yang senang dipotong dan tidak hancur tambahkan sedikit tepung gandum (1/2 sudu kecil semasa memukul telur)
3. Taugeh dicelur.
4. Daun ketumbar dan daun selasih di petik dari tangkai. Cuci dan tuskan air.
5. Lada kecil, lada besar dan belacan ditumbuk untuk sambal belacan. Limau kasturi dibelah dua.
6. Rebus ayam. Apabila ayam sudah masak keluarkan ayam. Toskan dan carik halus. Ketepikan isi ayam. Dalam air rebusan yang sama masukkan udang (biarkan masih berkulit) dan apabila udang sudah masak, keluarkan udang, buangkan kulit dan ketepikan.
7. Air rebusan tersebut dididihkan. Kecilkan api. Masukkan rencah Laksa Sarawak. Kacau hingga sebati. Masukkan santan dan kiub ayam. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih sebentar. Tutup api dan boleh dihidangkan.
Cara menghidang:
Masukkan beehoon kedalam mangkuk. Masukkan rencah (telur, taugeh, isi ayam, udang, daun selasih dan daun ketumbar). Tuang kuah, dan hidangkan bersama-sama sambal belacan dan perahan limau kasturi. Selamat Mencuba.
LAKSA SARAWAK
- alaf21 -
(Cadangan Hidangan 15 Orang)
BAHAN A
Perencah laksa Sarawak
1 bungkus bee hoon (direbus)
2liter air rebusan Udang
500Gm Santan kelapa
2 Tin Susu Cair (Carnation)
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
BAHAN B
5 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis/dadu)
1 mangkuk besar taugeh (dicelur)
5 biji telur ayam (dipukul, goreng, dan hiris nipis)
500 Gm Udang Rebus yang telah dibuang kulit
1 mangkuk Bawang goreng
1kg daging Ayam (digoreng dan dagingnya di siat halus)
200gm Daun ketumbar
5 tangkai hirisan cili merah
Limau kasturi
BAHAN C (Ditumbuk menjadi sambal belacan)
10 tangkai cili merah
3 biji bawang merah
Seulas bawang putih
Segenggam udang kering
2cm belacan sarawak
5 biji limau kasturi
Cara memasak kuah laksa:-
1. Panaskan air rebusan udang dan masukkan perencah laksa dan kacau hingga mendidih.
2. Masukkan Santan bersama susu cair dan kacau hingga mendidih.
3. Masukkan garam secukup rasa serta serbuk perasa dan tambahkan sedikit gula pasir jika perlu.
Cara hidangan:-
1. Ambil semangkuk bihun (untuk seorang) taburkan BAHAN B diatas bihun tersebut.
2. Ambil sedikit BAHAN C dan letakkan diatas bihun (sesedap rasa)
3. Perahkan limau kasturi.
Cadangan Hidangan:
Selain menggunakan isi ayam yang telah dihiris nipis, and juga boleh menggoreng ketulan ayam sebelum menumis perencah laksa Sarawak dan masakkan sekali di dalam kuah laksa.
PERENCAH LAKSA SARAWAK
Bahan-bahan:
(dikisar halus menjadi pes)
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
18-20 tangkai cili kering, dibuang biji & direndam lembut
2 cm lengkuas
4 btg serai
1 1/2 cm kiub belacan
1/2 cawan kacang tanah, digoreng & ditumbuk
1/2 cawan bijan, digoreng tanpa minyak
Nota: Bahan kering seperti kacang tanah dan bijan hendaklah dikisar dengan pengisar serbuk (coffee grinder).
Laksa Sarawak
Sumber : Laksa Shack
Bahan:
400 gram minyak
100 gram bawang putih (dikisar)
300 gram bawang merah (dikisar)
200 gram cili kering (dikisar)
50 gram lengkuas (dikisar)
50 gram serai (dikisar)
50 gram buah keras (dikisar)
100 gram bijan hitam (dikisar kering)
20 gram jintan hitam (dikisar kering)
75 gram garam
150 gram gula
50 gram bahan perasa
300 gram santan
2 liter air
Cara memasak:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan cili kering, lengkuas, serai, buah keras, bijan hitam, jintan hitam dan tumis hingga naik minyak.
4. Kemudian masukkan air, garam, gula dan bahan perasa.
5. Biarkan ia mendidih seketika baru dimasukkan santan.
6. Biarkan selama 10 minit sebelum diangkat.
Petua
1. Perkara paling penting untuk membuat laksa Sarawak adalah bahan dan warnanya yang asli perlu dikekalkan bagi setiap masakan.
2. Cili dan rempah ratus seperti bijan hitam, jintan hitam atau cili merah biarlah yang berkualiti untuk memastikan hasil yang memberangsangkan.
3. Kalau cili tidak benar-benar merah, sukar untuk memperoleh warna yang sememangnya asli. Di situlah letaknya keunikan laksa Sarawak kerana warna, aroma dan warnanya bersatu.
Laksa Sarawak
Oleh : Mat Gebu
Bahan-Bahannya :-)
1 bungkus mee hoon, celur hingga lembut, toskan
200 g pes laksa sarawak
250 g udang sederhana besar, kupas, cuci dan toskan
2 keping dada ayam
300 ml pati santan
1 kiub ayam "MAGGI"
1 1/2 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Sampingan :-)
3 - 4 biji telur, dibuat dadar nipis, gulung dan hiris halus
250 g taugeh, buang ekor, celur sekejap (mat tak celur)
Belahan limau kasturi
Hirisan daun ketumbar @
Daun pudina
Sambal belacan
Cara membuatnya :-)
1. Cuci ayam, kelar2 dan rebus hingga ayam masak (mat campur 1 inci halia, dititik dan juga 4 biji bawang putih, dititik). Angkat ayam, tos dan sejukkan, keluarkan halia dan bawang putih tadi. Siat daging ayam tadi dan ketepikan. Dalam stok ayam yang sama, celur udang 30 saat, angkat dan toskan.
2. Kemudian dalam stok tadi, masukkan pes laksa sarawak dan santan. Biar mendidih atas api sederhana. Kemudian masukkan kiub ayam, sos tiram, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata dan biar mendidih. Tambah sedikit air jika perlu.
PENYEDIAAN LAKSA :- Masukkan secukupnya mee hoon dalam mangkuk, tuang kuah, tabur taugeh, hirisan telur dadar, udang, ayam, hirisan daun ketumbar/pudina, limau kasturi dan sambal belacan.
UNTUK SAMBAL BELACAN :- Tumbuk lumat 15 biji cili padi bersama belacan, campur secubit gula dan garam. Perah sedikit jus limau kasturi, gaul rata..
No comments:
Post a Comment