Yesterday my husband & i have successfully made ketupat sotong & we had not enough of stuffed cuttlefish. So today we decided to make sotong sumbat, sotong stuffed with other ingrediants...
SOTONG SUMBAT BEREMPAH
(dari blog Jeni)
Sumber : Variasi Masakan Utara oleh Norzailina Nordin
Kiriman : Kak Madiha
Bahan-bahan
600 gm sotong
500 ml air (agak2 saja)
4 biji telur
2 biji bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, buang biji dan cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1 biji bawang besar, dihiris bulat
4 sudu makan rempah kari ikan (MaDiHa guna rempah kari daging/ayam)
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
100 ml minyak masak
Lidi koktel secukupnya
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya
1.Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata.
2.Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan.
3.Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan.
4.Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga berbau.
5.Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampr pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula.
6.Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api.
SOTONG SUMBAT BEREMPAH
(dari blog Jeni)
Sumber : Variasi Masakan Utara oleh Norzailina Nordin
Kiriman : Kak Madiha
Bahan-bahan
600 gm sotong
500 ml air (agak2 saja)
4 biji telur
2 biji bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, buang biji dan cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1 biji bawang besar, dihiris bulat
4 sudu makan rempah kari ikan (MaDiHa guna rempah kari daging/ayam)
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
100 ml minyak masak
Lidi koktel secukupnya
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya
1.Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata.
2.Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan.
3.Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan.
4.Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga berbau.
5.Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampr pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula.
6.Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api.
SOTONG GORENG SUMBAT BERCILI
- bagusbetul -
BAHAN2 NYA
6 tangkai cili merah
4 ulas bawang putih
2sm belacan
(Kisar semua bahan diatas)
6 ekor sotong
60 gram isi ayam – dicincang halus
2 ulas bawang besar – untuk dihiris
20 gm minyak masak
Bahan perasa secukupnya
CARA2 NYA
1. Bersihkan sotong dan sumbat dengan isi ayam yang telah dicincang. Kemudian, digoreng sampai masak
2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau
3. Gaulkan sotong bersama bawang besar. Sedia untuk dihidang
Sotong Sumbat Gebu
Sumber : K.mOn
Kiriman : Mamasya
Bahan
4 ekor sotong bersaiz besar(bersihkan dan perap bersama sedikit garam dan jus limau nipis) - kita masak 3 ekor aja
300gm daging ayam cencang
3 ulas bawang putih dicencang halus
1 biji cili merah dicencang halus
1 pohon daun saderi dimayang halus
1 pohon daun bawang dimayang halus
1-2 sudu makan kicap kikomon(kicap biasa pun boleh)
2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan ubi kentang(dilecek halus)
Serbuk perasa secukup rasa - kita tambah sedikit serbuk lada hitam
Sedikit minyak bijan untuk menumis - guna minyak masak
Cara
1.TUMIS bawang putih dengan minyak bijan hingga keemasan.
2.MASUKKAN sos tiram, kikomon dan serbuk perasa. Tumis lagi sebentar. Kemudian masukkan ayam dan masak 3minit. Angkat dan gaulkan dengan daun saderi dan daun bawang hingga mesra. Masukkan ubi gentang yang dilecek dan gaul lagi hingga rata.
3. SUMBATKAN isi ayam kedalam sotong dan sematkan dengan cucuk sate kemas-kemas. Grill bersama sos lada hitam Sarawak(nak pedas) atau chicken rice chilli sauce(nak manis) dalam masa lima minit. Pastikan ketuhar cukup panas dengan menggunakan api yang kuat(max).
NOTA YAGAN: Sotong akan menjadi keras dan liat bila terlalu lama memasaknya. So DONT over cook. Jika tidak mempunyai ketuhar, pangganglah sotong diatas kuali non-stick dengan api yang cukup kuat. Dan jika tidak punya non-stick pan, guna saja kuali biasa dengan meletak sedikit minyak supaya sotong tidak melekat bila di panggang nanti. Pastikan kuali itu sudah cukup panas ketika memanggang sotong tersebut.
SOTONG SUMBAT BERKUAH
From : noraini@antara1.po.my
Cara-caranya:-
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih. halia dan serbuk kari.
2. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu, garam dan serbuk perasa.
3. Masak sampai empuk. Sumbatkan ke dalam sotong dan sumbat dengan lidi.
4. Kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar.
5. Masukkan sotong, kacau hingga sotong masak dan berubah warna.
6. Tuang sedikit santan dan titikkan serai.
7. Campurkan garam dan gula secukup rasa.
8. Akhir sekali masukkan potongan bawang besar, cili merah dan tomato.
9. Bila kuah pekat, angkat dan hidang dengan nasi.
ps: jika suka boleh tambah kuah sardin....best!!!!
Sotong Sumbat Sayuran
Sumber: Majalah Perempuan Disember 2000
Bahan-Bahan:
Bahan inti:
1 sudu tepung jagung
2 sudu rempah kurma
5 biji kacang buncis
1 biji buah tomato
1 biji kentang
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 tangkai daun saderi
1 tangkai daun bawang
½ biji bawang besar
3 ekor sotong sederhana besar
6 sudu besar mentega
2 sudu lada sulah
1 sudu besar bijan
1 biji telur
Garam
Gula
Cara:
1. Semua bahan inti dipotong dadu.
2. Panaskan mentega dan tumis bawang besar, rempah kurma dan kentang. Masukkan sedikir air dan masak kentang hingga empuk kemudian masukkan sayura-sayuran.
3. Sumbatkan inti ke dalam sotong yang telah dibersihkan sehingga padat dan cucukkan dengan lidi di bahagian hujung kepalanya supaya inti tidak keluar.
4. Panaskan mentega dan goreng sotong.
5. Taburkan bijan, lada sulah dan garam secukup rasa. Goreng sehingga sotong masak dan bolehlah dihidangkan.
SOTONG SUMBAT
Bahan-bahan
50 g udang dikisar halus
50 g ikan dikisar halus
50 g isi sotong dikisar halus
10 biji cili padi dihiris halus
3 batang serai dihiris halus
15 g sayur campur
5 g daun bawang dihiris
1 biji telur, dicincang
Garam secukup rasa
10 ekor sotong
Bahan-bahan Sos
50 g cili api dikisar
2 biji bawang besar dikisar
10 ulas bawang putih dikisar
2 cm lengkuas
2 batang serai dititik
1 biji kelapa diperah santannya
2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukupnya
Cara membuat
· Satukan isi udang, isi sotong dan isi ikan dan gaul bersama garam.
· Masukkan cili padi, serai, sayuran campuran, daun bawang, telur dan garam. Gaul hingga ia sebati.
· Sumbatkan bahan tadi di dalam sotong kemudian kukus 10 minit atau sehingga ia masak.
Cara membuat sos
· Tumis cili padi, bawang besar, bawang putih, lengkuas dan serai hingga wangi. Masukkan santan, asam gelugur, garam dan gula secukupnya.
· Kacau hingga kuah pekat. Setelah pekat bolehlah dituangkan di atas sotong sumbat tadi.
Sotong sumbat bakar ala Itali
- Chef Niejam -
Bahan-Bahan
4 ekor sotong saiz sederhana
Bahan sumbat
2 biji telur
1/2 biji tomato masak, dicincang halus
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1/2 ulas bawang, dimayang halus
Sedikit parsley, dicincang halus
Sedikit daun bawang, dicincang halus
1 keping cheese cheedar, dicincang halus
1/2 sudu teh serbuk stok ayam
Sedikit ajinomoto
Sedikit garam
Bahan sos
4 sudu tomato puri
2 biji tomato, dihiris
1 bawang besar dimayang
Garam
Gula
Minyak untuk menumis
Cara membuatnya
1. Sotong dibersihkan dan pisahkan kepala dengan badan.
2. Sumbatkan sotong dengan bahan sumbat dan tutup kembali dengan kepalanya. Cucuk dengan lidi.
3. Panaskan semua bahan sos diatas kuali dengan api perlahan hingga pekat.
4. Susun sotong sumbat diatas dulang pembakar dan tuangkan sos tadi diatasnya.
5. Bakar hingga masak.
Sotong Sumbat Sambal Lemak
- RR Recipe -
Bahan-bahan
2 ekor sotong putih
200g pulut, dikukus
2 sdb minyak
100g cili kering, direndam dan dikisar halus
20g bawang besar, dikisar halus
20g halia, dikisar halus
1/2 biji kelapa, ambil santannya
Garam secukup rasa
Cara Membuat
1. Sotong dibersihkan kemudian direbus hingga masak. Angkat dan sejatkan.
2. Sumbat pulut kedalam badan sotong. Hiris sotong nipis-nipis dan susun didalam pinggan.
3. Panaskan minyak didalam kuali. Tumis bahan-bahan dikisar hingga naik baunya. Masukkan santan, kelapa dan garam. Kacau hingga masak. Tuang kuah keatas sotong yang telah disusun. Hidangkan panas-panas.
2 ekor sotong putih
200g pulut, dikukus
2 sdb minyak
100g cili kering, direndam dan dikisar halus
20g bawang besar, dikisar halus
20g halia, dikisar halus
1/2 biji kelapa, ambil santannya
Garam secukup rasa
Cara Membuat
1. Sotong dibersihkan kemudian direbus hingga masak. Angkat dan sejatkan.
2. Sumbat pulut kedalam badan sotong. Hiris sotong nipis-nipis dan susun didalam pinggan.
3. Panaskan minyak didalam kuali. Tumis bahan-bahan dikisar hingga naik baunya. Masukkan santan, kelapa dan garam. Kacau hingga masak. Tuang kuah keatas sotong yang telah disusun. Hidangkan panas-panas.
SOTONG SUMBAT
- chetam -
Bahan-bahannya
1 kg sotong segar
600 gm kelapa muda, diparut
4 batang serai
50 gm cili padi
4 cm kunyit hidup
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
100 gm serbuk udang kering
3 helai daun kunyit, dimayang halus
garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara-caranya
1. Sotong dibersihkan dan keluarkan kepalanya. Kisarkan serai, cili padi, kunyit hidup, bawang putih, bawang merah dan serbuk udang kering hingga sebati. Gaulkan semua bahan ini bersama garam dan serbuk perasa secukupnya ke dalam kelapa, masukkan daun kunyit sambil dikacau rata.
2. Setelah itu sumbatkan ke dalam setiap ekor sotong yang ada tadi secukup padat. Pasangkan bahagian kepalanya. Setelah itu bakarlah di dalam ketuhar selama setengah jam dengan kepanasan 175 darjah C.
Sambal Sotong Sumbat
Oleh : mazlina yunos
Bahan-Bahan
Bahan A
Cili Boh
Sedikit minyak masak
2 ulas bwg besar (dikisar)
1 ulas bwg besar (dihiris)
1 biji tomato (dipotong dadu)-pengganti air asam
Belacan (secukup rasa)
Sedikit Garam dan bahan perisa
Lidi/toothpick
Bahan B
8 ekor sotong sederhana besar
(keluarkan janggutnyer, jgn dipotong, cuma bersihkan)
- digoreng sebentar dgn sedikit minyak
Bahan C
2 biji telur (digoreng dadar - dipotong halus)
Cara Membuatnya
Panaskan minyak, masak cili boh sehingga pecah minyak, masukkan bawang yg telah dikisar, belacan, garam dan serbuk perisa, bila cili sudah masak, masukkan tomata yg telah dipotong dadu dan bawang yg telah dihiris, angkat. Sumbat telur dadar tadi sekali dengan janggutnyer kedlm sotong yg telah digoreng dan sematkan dgn lidi habiskan semua sotong. Kemudian gaulkan bersama sambal yg telah dimasak. Selamat Mencuba!
Sotong Bersos Berinti Pulut
Oleh : rusilawati saad
Bahan-Bahan
-Bahan utama-
10 ekor sotong sederhana besar-dibuang kepala
secawan pulut- dibasuh bersih
2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
1 mangkuk besar santan cair
10 batang lidi sate sepanjang 2 inci
-Bahan Kuah-
Secawan kicap soya pekat
5 sudu sos tiram
1 sudu kecil lada sulah
sedikit gula
setengah cawan air
Cara Membuatnya
1. pulut yang dibasuh bersih dicampur dengan santan dan sedikit garam
2. Ambil sotong , masukkan pulut bersama santan tadi
3. tutupkan sotong dengan mencucuk lidi sate pada bahagian yang terbuka
4. masukkan santan cair ke dalam periuk, kemudian masukkan sotong yang telah siap kedalam periuk dan rebuskan kira-kira 30 minit
5. setelah itu, angkat sotong masukkan ke dalam pinggan leper dan lebar, potong sotong kepada 3-4 bahagian
-Bahan kuah-
1. Masukkan kicap pekat dan sos tiram ke dalam mangkuk
2. kacau rata kemudian masukkan lada sulah dan gula, gaul rata
3. setelah rata, masuukan sedikit air dan gaul lagi
4. Didihkan kira-kira 5 minit diatas api
5. setelah itu curahkan ke atas sotong yang tersedia di dalam pinggan
6. makan semasa masih panas
bahan2 :
6 ekor sotong
=cincang=
2 butir telur
garam
serbuk perasa
bahan2 kuah :
10 tangkai cili api
=kisar=
2 sudu tempoyak
cara membuat :
sotong dibersihkan. campurkan kesemua bahan cincang bersama telur, garam dan serbuk perasa. sumbatkan bahan tadi ke dalam sotong hingga padat.
cara buat kuah :
panaskan minyak. masukkan bahan kisar. masak hingga naik minyak. masukkan santan, tempoyak, garam dan serbuk perasa.
Sotong Sumbat Percik
- sajionline -
BAHAN-BAHAN:
6 ekor sotong putih (bersihkan)
300 gm beras pulut
400 gm santan kelapa
BAHAN KUAH:
100 gm halia (kisar)
100 gm bawang kecil (kisar)
100 gm bawang putih (kisar)
100 gm serai (kisar)
5 tangkai cili merah (kisar)
150 gm kunyit hidup (kisar)
50 gm daun kunyit (hiris)
200 gm gula melaka
CARA MENYEDIAKAN:
1. Rendam beras pulut sekurang-kurangnya tiga jam.
2. Masukkan ke dalam sotong.
3. Sematkan hujung sotong dengan lidi.
4. Panaskan santan dan rebus sotong sehingga masak.
5. Panaskan kuali dan tumiskan kesemua ramuan kuah percik.
6. Tumiskan sebati dan masukkan sedikit santan.
7. Masukkan gula melaka dan daun kunyit.
Kari Sotong Sumbat
- Posted by drNO -
Bahan2:
Sotong (lebih elok kalau dpt sotong yg besar2), bersihkan, buang kulit nipis, tulang
bahan A-
Isi ayam, cincang
1 biji ubi kentang, potong dadu kecil
sedikit daun sup dan daun bawang
1/2 biji bawang besar, potong dadu
garam
lada sulah
Cara
- campurkan semua bahan A
- sumbatkan ke dlm sotong, jgn terlalu penuh, tinggalkan ruang, kerana sotong akan mengecut apabila dimasak.
- sumbatkan dgn kepala sotong dan cucuk dgn lidi
Bahan kari-
2 camb minyak masak utk menumis
1 biji bwg merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 peket rempah kari, dibancuh dgn sedikit air, membentuk pes
1 mangkuk santan
sedikit air asam jawa
garam
Cara:
- panaskan minyak.
- tumis bawang merah dan bawang putih
- masukkan rempah kari. kacau hingga naik minyak.
- masukkan santan, air asam jawa dan sotong.
- biarkan sehingga mendidih
- perasakan dgn garam secukup rasa.
Sotong Inti Ikan
Recipe by Majorie Chiew
Ingredients
4 medium-size sotong (300g)
400g fillet of ikan tenggiri/ikan merah
8 stalks spring onions (chopped)
6 daun limau purut (sliced thinly)
cooking oil
coconut milk from three coconuts (if possible, buy ready-squeezed milk)
Gravy - Pound or blend:
4 tbsp cili boh
4 stalks serai
8 shallots
16 cloves of garlic
20-24 cilipadi
8 tsp turmeric powder
Method
1. Clean squid and stuff with fish fillet that has been mixed with chopped spring onion, thinly sliced daun limau purut and salt to taste. Secure the stuffed squid with a lidi stick. Place the sotong in boiling water for 10-15 minutes.
2. To cook gravy: Heat oil in the pan and fry the pounded/blended ingredients until fragrant. Add coconut milk and cooked stuffed squids (you can cut them into bite-size pieces). Leave to simmer for five minutes. Add salt and sugar to taste.
3. Alternatively, you can just serve the cooked squids "white". Just dish them up and set aside after boiling. When you’re about to serve it with rice, ladle the gravy next to the squid.
Sotong Sumbat Laksmana ( Squid with fillings)
- Posted by Zue Murphy -
10 squids
For the filling:
1 piece chicken breast (grind)
10 pieces shrimp (grind)
2 pieces fillet (trout or any kind and grind them)
1 tablespoon sambal olek (cili boh)
1 medium size yellow onion
2 tablespoons chopped garlic
1 tablespoon grated ginger
1 tablespoon chopped lemon grass
3 pieces kaffir leaves ( thinly slices)
3 tablespoon lemon juice
1 tablespoon turmeric powder
salt to taste
For the sauce:
1 medium yellow onion
1 tablespoon chopped garlic
1 tablespoon grated ginger
1 tablespoon chopped lemon grass
1 tablespoon turmeric
1 teaspoon lengkuas (galangal root)
1 tablespoon sambal olek
1 piece kaffir lime leave ( thinly slice)
1 can of coconut milk
salt and brown sugar to taste
Method:
1. Clean the squid. Mix it with 1 tablespoon turmeric powder and salt. Let it aside.
2. For the fillings: mix all ingredients with chicken, fish, shrimp, kaffir lime, turmeric powder and lemon juice. Set it aside.
3. Fill in the squid with the filling one by one. Use wooden toothpick to close the top.
4. Bake in the oven on 400 degree for about 1 hour. Serve it warm with the sauce.
5. To make the sauce: Mix all blended ingredients in a big pot with thinly slices kaffir lime leave and thick coconut milk.
6. let it boil. Add salt and brown sugar to taste. Let it cook till thicken.
7. To serve, cut the squid into half at an angle and pour the sauce on top.
No comments:
Post a Comment