Kelantanese prefers laksa with kuah lemak putih. I still remember when my cousin served laksa during a 'majlis tahlil' at his house, his wife (kelantanese) has to cook 2 types of kuah; kuah pedas & kuah lemak putih. Kuah pedas was for local people (terengganu) while kuah lemak was for her family members (kelantanese) bcoz' she said her family from kelantan didn't eat kuah pedas. But actually we also eat kuah lemak putih but the difference is kelantanese's kuah sweeter than trganu people made.
LAKSA KELANTAN
- yangmazni -
Bahan2:
1. Laksa kering satu paket (direndam hingga putih) .... yang ni order dari Malaysia, kat Beppu ni tak ada laksa kering
2. Ulam2: macam ulam nasi kerabu gak ler
3. Kuah
6 ekor ikan kembung/selayang (kat sini saya gunakan ikan yang dinamakan ikan aji)
1 sudu makan lada hitam
1 labu bawang besar (sbb kat sini tak ada bawang merah huhuhu)
1 inci halia
1 tin santan
1 keping asam gelugur
sedikit garam
Cara2:
1. Ikan kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak. Then ambil isi ikan dan blender kan hingga lumat. Bawang, lada hitam, halia juga di blendkan.
2. Masukkan semua bahan tumbuk serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
3. Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati. (sentiasa kacau untuk elakkan ianya bergentel dan pecah minyak )
4. Sambal belacan
Laksa Kelantan
- marimarimakan -
Bahan A:
Laksa kering- rebus sampai masak... biar overcook sikit baru sedap
bahan B (kuah)
10 ekor ikan kembung/sardin/pelaling - saya pakai ikan pelaling sbb banyak dalam fridge tak masak
santan kara 2 kotak
1 sudu makan lada hitam
10 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 inci halia
air secukup nya
garam
10 keping asam keping
gula
bahan tabur
daun kesum
bunga kantan
kacang panjang
timun
tauge
sambal belacan - mesti kena pakai cili padi baaru ummphh and belacan + asam limau kena lebih
cara-caranye:
1. rebus ikan dengan sikit air, 10 asam keping and garam sikit. rebus semalam sebelum lagi bagus. saya rebus pagi untuk makan malam, so asam dia akan serap dalam ikan
2. then, asingkan isi ikan. separuh isi ikan di mesin bersama bawang- bawang, halia dan lada hitam. mesin dengan sedikit air sampai lumat. lagi separuh tumbuk sampai lumat. pastu mesin tulang-temulang ikan dengan air rebusan, then campur dalam ikan yang telah ditumbuk/mesin(jgn lupa tapis nye, kalau tak tercekik tulang) lepas tu masak dengan santan, taruk 2 keping asam yg yang telah digunak masa rebus ikan tadi. masak hingga mendidih, kalau pekat sgt campur air . rasakan dengan garam, gula.tutup api then boleh makan.
3. kalau nak laagi sedap, masa makan tu amik le sikit belacan , campur dalam laksa tu....sedap gile...
Laksa Kelantan
Bahan-Bahan:
1 kg ikan kembung rebus
200 gm bawang merah
80 gm bawang putih
80 gm halia
80 gm cili padi
40 gm belacan
4 batang bunga kantan
4 ikat daun kesum
2 batang serai
3 keping asam keping
4 liter santan pekat
garam secukup rasa
Cara:
Panaskan minyak dan masukkan ikan kembung rebus yg telah ditumbuk lumat, bawang merah,bawang putih,halia,cili padi, belacan, bunga kantan,daun kesum, serai & asam keping serta air.Kemudian setelah mendidih masukkan pula santan pekat.Gaul sebati& kacau sehingga pekat.
Laksa Kelantan Asli
Kiriman: Asmiza Jaffar
Bahan-Bahan:
10 ekor ikan sardin
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 biji lada hitam
1 cm halia
½ kg santan pekat
1.5 liter air
garam
serbuk perasa
1 keping asam keping
Cara:
ikan direbus, dibuang tulang dan diblender. Bawang putih, bawang merah dan halia diblender. Lada hitam ditumbuk lumat. Campurkan semua bahan blender dalam periuk dan tambahkan santan, air, garam, serbuk perasa dan asam keping. Rebus di atas api sederhana hingga mendidih. Kuah perlu dikacau agar tidak berketul. Perlu diingtkan agar tidak dididih terlalu lama cukup sekadar mendidi sahaja.
Cadangan Hidangan:
Dimakan bersama laksa segar atau laksam. Enak dimakan bersama ulam yang terdiri daripada taugeh, timun, daun kesum, bunga kantan dan kacang panjang (yang dipotong halus).
Laksa Kelantan Kuah Lemak
Sumber : Nina
Bahan Kuahnya
Ikan Selayang - Dibakar biar ada hitam hitam sikit jgan hangit dah ler.
Bawang Merah - Dibakar gak
Lada hitam - (Periuk kecik 1/2 sudu kecil dah le...kalau periuk besau 1 sudu kecil agak2 la..)
Santan pekat
Santan Cair
Asam keping
Garam dan sedikit gula
Bahan Ulaman
Kacang panjang
Taugeh
Daun Kesum
Bunga Kantan
Timun
Laksa direndam dan direbus
Cara-cara
1. Ikan di leraikan tulang dan ambil isinye. (Tulang dimesin dan ambil airnya)
2. Bawang yg dibakar ditumbuk bersama lada hitam, selepas itu tumbuklah isi ikan tadi.
3. Campurkan bersama santan pekat dan cair.
4. Masukan asam keping kacau jangan sampai dia keluar minyak sangat.
5. Hirislah ulaman yg tertera diatas
Bahan Sambal (Ditumbuk)
Cili kering
Belacan
Garam
Nota :-
Sesetengah org terutama di kelantan makan laksa ni dengan tangan bukan dgn sudu garfu. Sebb rasa dia lain kalau dimakan dgn tangan lebih kick hehehe. Dan kalau dijual pula di Kelantan diorg pakai bungkus ngan daun pisang aje bau dia lagi sedap...dan menawan kalbu.
Cili kering
Belacan
Garam
Nota :-
Sesetengah org terutama di kelantan makan laksa ni dengan tangan bukan dgn sudu garfu. Sebb rasa dia lain kalau dimakan dgn tangan lebih kick hehehe. Dan kalau dijual pula di Kelantan diorg pakai bungkus ngan daun pisang aje bau dia lagi sedap...dan menawan kalbu.
No comments:
Post a Comment