- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Saturday, December 6, 2008

Buah Rotan

Raya haji is just around the corner. I'm planning to make some cookies as i didn't have the time to make cookies during last hari raya. But since i was so bz at the office & by the time i reached home i'm already tired + there's unexpected problem happened, i end up making 'jajan' only. Apart of popia nestum, i'm thinking of making other easy to make kueh. Then i found buah rotan recipe. My mom used to make this while i was small. I'm the one who had to fry it. It was too scary to fry it as it will explode...but now i know that we can't fry it into a very hot oil.

KUIH BUAH ROTAN / BUAH BIDARAN

Bahan-Bahan:
500 gram tepung pulut
½ biji kelapa
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
Biji bijan halus
1 sudu besar esen ros
Minyak memasak secukupnya

Cara:
1. 1/2 biji kepala dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya.
2. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecair santan sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi satu doh yang lembut (tambah air jika santan tidak mencukupi)dan senang untuk dibulat-bulatkan.
4. Adunan yang telah dibentuk hendaklah digaulkan dengan bijan halus dan digoreng dengan minyak yang sederhana panasnya sehingga kuning keemasan.




BUAH ROTAN

Bahan-bahannya :
3 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula halus
1 biji telur
1 cawan air
50 sen bijan

Cara membuat :
1. Gaul tepung pulut dengan telur dan gula.
2. Masukkan sedikit demi sedikit air kedalam adunan sambil diuli hingga lembut.
3. Ambil secubit adunan dan bulatkan. Golekkan ke dalam dulang berisi bijan.
4. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana.




Buah rotan
oleh: princessharyati

Bahan-bahan ( Seisi keluarga )
3 cawan tepung pulut
1 biji telur
1 cawan air
3 sudu besar pati santan
1/2 cawan gula
Bijan secukupnya

Cara-cara
1. Masukkan tepung dan gula ke dalam mangkuk, buat lubang di tengah kemudian letak air, telur (dipukul terlebih dahulu) dan pati santan sekit demi sedikit dan kacau. Setelah dicampurkan semua, uli sehingga sebati dan lembut.
2. Ambil doh yang dah siap tadi , uli kecil-kecil kemudian letak bijan. Semasa menguli , ulisekali dengan bijan. Bijan akan melekat pada tepung.
3. Ulangi sehingga habis. Goreng sehingga kekuningan pada api yang sederhana panas.
p/s: Uli dengan tangan akan membuatkan bijan akan melekat dan apabila mengoreng , pastikan minyak banyak dan jgn terlalu kacau, kerana bijan akan keluar.




Buah Rotan
Sumbangan: Sha Rnet

Bahan – bahan
3 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula halus
1 biji telur
1 cawan santan pekat
bijan secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
1. Gaul tepung pulut dengan telur dan gula.
2. Masukkan sedikit demi sedikit santan ke dalam adunan sambil diuli hingga lembut.
3. Ambil secubit adunan dan bulatkan. Golekkan ke atas bijan.
4. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana.



BISKUT BUAH ROTAN/REDAN/BIJAN
Sumber: Mamazieza Rdotnet

Bahan-bahan
1 peket tepung pulut
1cwn matrik gula (gula pasir biasa pun boleh)
1 1/2 cwn matrik air panas
1/2 s.t. baking powder
Bijan secukupnya.

Cara membuatnya
1. Tepung ngan baking powder tu digaul rata atau ayaklah senang.
2. Gula tadi, dijadikan air gula ngan air panas tadi, biarkan sejuk skit. Pastu masukkan ke dalam tepung.. Kalau tak cukup air tambah sikit-sikit, Uli sehingga tepung tu tak lekat kat tangan kita dan dia tak melepek bila kita cubit dan letak.... (faham tak)
3. Bulat-bulatkan, mama tak suka bulat besar2 sebab bila goreng dia lagi besar..... Mama selalu buat bulat sebesar hujung anak jari kita... .(Kalau dah malas.. .biau besaq gedempak.. hehehe)
4. Masa nak goreng... ni pun satu kena hati-hati... api takleh kuat... nanti bijan hangit, biskut tak garing... lembik....
5. Kalau lepas goreng tu, memang lembik lah... bila dah sejuk dia akan mengeras. Kalau tak keras gak, mesti tepung tu terlebih baking atau terlembik.... Takpe... goreng balik ngan api perlahan..... sampai dia takde bunyi hiizzzzzzzzzz.... gitu....
6. Cuba buat setengah peket aje dulu... Tu pun gerenti tak larat nak menggentel... hehehe....
* Setengah peket tu pun dah banyak dapat tu...
7. Oh yang kalau nak sedap, air tu boleh diganti ngan santan 1/2 cwn, dia lemak-lemak sikit)



Kueh Bijan
Sumber: Siti Faridah Restoren Pak Amir

Bahan-bahan
1 packet tepong pulut
3/4 cawan gula
1 sudu susu pekat manis
1 camca baking powder
Air
bijan secukup(selalunya saya guna 500 gm untuk 1 packet tepong.

Cara membuat.
Gaul tepong pulut bersama baking powder. Air di kacau bersama susu dan masukkan kedalam tepung. Uli sehingga tidak melekat ditangan. Bulat kan sebesar duit lima sen dan gaul bersama bijan. Goreng sehingga kuning. (seeloknya goreng didalam deep fryer)



Biskut Rotan
Sumber:Rafizah Othman - Restoren Pak Amir

Bahan-bahan
3.5 cawan tepung pulut
suku kati gula pasir
2 biji telur ayam
1 cawan air sejuk
20sen Bijan
satu botol mintak kacang utk menggoreng(agak-agak)

Cara membuatnya
Goreng gula hingga kuning. Uli rata secawan air, telur & tepung pulut. Masukkan air gula digoreng tadi dan uli lagi sampai rata. Kepal bulat-bulat. Golekkan pada bijan dan goreng.



Biskut Rotan
Kiriman: Norlela Sani

Bahan-Bahan:
1 kampit tepung pulut
1 biji kelapa (santan pekat)
3 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
1 biji telur ayam
1 mangkuk becil bijan

Cara:
1)Masak santan pekat pada api yang sederhana. Masukkan bahan gula dan garam.Kacau santan tersebut jangan sampai berminyak.Kemudian sejukkan hingga suam-suam kuku.
2)Tepung pulut di gaul bersama 1 biji telur.
3)Kemudian masukkan santan yang telah suam. Gaul hingga menjadi doh agak-agak lembut.
4)Bulat-bulatkan kecil doh tersebut.
5)Kemudian golekkan dengan bijan. Sekiranya doh terbiar lama dan bijan tidak melekat, renjiskan bijan tersebut dengan sedikit air.
6)Panaskan minyak (jangan terlalu panas) dan goreng.Goreng hingga kuning keemasan




BUAH ROTAN
[chempaka_ku]
sumber: buku aneka, Hidang Snek

Bahan-bahan
500g tepung pulut
450 ml santan - dari 1 biji kelapa
300g bijan
10 sudu kecil gula halus
2 biji telur - dipukul sedikit
minyak masak
(maybe boleh campur garam sebab ada santan)

Cara membuatnya
1. Gaulkan tepung, telur dan gula hingga sebati.
2. Masukkan santan sedikit-sedikit sambil diuli hingga lembut.
3. Ambil secubit adunan dan buat bebola kecil (lagi kecil lagi bagus sebab goreng nanti mengembang).
4. Golekkan dalam dulang berisi bijan.
ni chemp tambah - Bebola kecil tadi tutup dengan tuala supaya tidak kering. Ambil sedikit bebola, masukkan dalam penapis dan basahkan bebola (masukkan dalam air sekali dan angkat). Angkat bebola dengan satu tangan (eg. kiri) dan simpan ke dalam bijan (simpan sikit-sikit, maybe tak memerlukan 300g). Gunakan tangan yang satu lagi; yang kering (eg. kanan) untuk menggolek bebola tadi dengan bijan.
5. Goreng dalam minyak yang sederhana panas hingga kekuningan.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).