- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, December 17, 2008

Laksa Penang

Yesterday i went to pasar malam as usual. I only bought some vege & a fresh chicken for my stock. When i walk behind the food stalls, my nose caught a very nice smell of laksa penang. My mouth waters instantly (but i hide it). Erm, what a smell. I thought of buying it since it has been quite so long i haven't eat it. I used to buy laksa penang every week at pasar mlm when i still lived in jln pahang, kl bcoz' it was so delicious & very cheap; rm2.00 per pack.But here when i saw the price label, it cost rm3.00 per pack & the ingrediant was so little, i instantly cancelled my intention to buy it. So expensive...
The best laksa penang i ever eaten was at the top of bukit bendera in penang, but it was long time ago,if not mistaken 12 years ago. I'm not sure whether the stall is there anymore or not. The 2nd best, i ate at a food court not far from usm penang (sorry i forgot its name) & the 3rd best place was at kuala perlis jetty & u know what they used 'belut' as the main ingrediants & that was the first time i ever eat 'belut' & at that time i didn't know. I only knew the ingrediants once we (my friends & i was on the way to langkawi island)have finished our bowl. Luckily i didn't vomit after that. So folks, be careful when u eat laksa at kuala perlis jetty. U never know what have u actually consume....but it was 10 years ago...
So today i went to supermarket & bought instant laksa & all the necessary ingrediants. Lbih baik masak sendiri la....I've planning to make it for quite sometimes but it didn't happened since my husband didn't like laksa penang. He prefers laksa terengganu; kuah pedas or kuah lemak.
This is my first try cooking laksa penang by myself. I still remember when my mom & i cooked laksa penang for the first time using her friend's ingrediants. On that time my mom just rememberized the ingrediants in her head, so no reference at all. Luckily we made it...& now i'm going to cook it on my own (but i've forgotten my mom's recipe) using the recipe i took from the internet. But instead of ikan kembung/tamban, i prefer ikan selayang/ikan sardin. Our family used a lot of ikan selayang in our cooking for instant making calong (fish ball), put it in sayur lemak, keropok lekor, etc. bcoz' as my mom said 'rasanya manis'.


Laksa Pinang
- mamasya -

Bahan-Bahan:
1 pkt laksa (kalau boleh rendam laksa satu malam dan dicelur esoknya . laksa akan mudah lembut)
1/2 kg ikan kembung/tamban
6 biji bawang merah
1 batang bunga kantan (dibelah empat)
3-4 keping asam gelugur
1 sudu makan belacan yg telah dibakar/goreng tanpa minyak
4-5 sudu makan cili kering (buang biji) yg telah siap dimesin (boleh tambah kalau mahu pedas)
1 tangkai daun kesum
1/2 labu bawang besar (dihiris)
6 gelas air
Garam secukup rasa

Ulam
1 biji timun (dihiris)
sedikit daun salad (dihiris)/kubispun boleh
1/2 labu bawang besar (dihiris)
4 biji telur rebus
5 biji limau
cili besar/cili padi

Cara:
Rebus ikan dengan sedikit garam dan asam keping hingga masak. Buangkan tulangnya ikan. kisar isi ikan dengan belacan dan bawang merah hingga halus.Masukkan bahan kisar dlm periuk,asam keping dan cili kering tadi, masak hingga mendidih. Tambahkan air dan biarkan mendidih, masukkan bawang besar, bunga kantan, daun kesum dan garam. Biarkan mendidih selama 30 minit. Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas2 , letakkan ulam-ulaman.dah siap utk dimakan..

Laksa Penang
Kiriman: Parisha
Sumber: MyMomeResiPe

Bahan-bahan utama :
Laksa Minyak ( Direbus seketika )
6 ekor ikan kembung bersaiz sederhana
1 Bunga Kantan
Sedikit daun kesum
4 keping Asam Keping saiz sederhana

Bahan-bahan kuah (Dimesin atau digiling) :
Sedikir Cili kering
Sedikit Belacan
2 Ulas bawang besar

Cara Membuat kuah :
Rebuskan ikan sehingga masak, kemudiaan setelah ikan tersebut sejuk asingkan isi dan tulangnya. Mesin kesemua isi ikan, letakan sedikit air dan mesinkan.Masukan kesemua bahan yang telah digilingkan bersama dengan isi ikan yang telah dimesinkan. Masukan juga bahan-bahan lain seperti asam keping,bunga kantan dan daun kesum

Cadangan Hidangan:
Anda boleh menghidangkan laksa dengan sedikit hirisan timun, bawang, telur dan juga sedikit cili api mengikut citarasa masing-masing.


Laksa Penang
Sumber: Aneka Hidangan Mi Alaf 21

Bahan-Bahan:
1 kg laksa (dicelur)
1 kg ikan kembung
2 batang bunga kantan
5 keping asam gelugur
10 biji cili padi
1 tangkai daun kesum
2 sudu besar otak udang
2 batang serai (diketuk)
4 liter air
1 biji timun (dihiris)
sedikit daun salad (dihiris)
2 biji bawang besar (dihiris)
2 sudu besar cili kisar
4 biji telur rebus
Garam secukup rasa

Cara:
Rebus ikan kembung hingga lembut. Buangkan tulangnya & kisar isi ikan hingga halus. Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang & air ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama 20 minit. Kemudian masukkan isi ikan, garam & masak lagi selama 10 minit. Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun & telur rebus.

Laksa Penang
oleh: Juice

Bahan-bahan ( 4 org mkn )
Ikan sardin 1/2 kilo
Ikan sardin tin kecil (cap ayam atau cap king cup bertujuan utk memekatkan kuah laksa dan lebih sedap)
Bwg Merah (5 ulas)
Belacan (sebesar ibu jari)
Cili kering (segenggam) atau cili giling(4 sudu atau ikut citarasa)
Bwg Besar (dimayang halus)
Timun
Cili masak atau cili padi
Daun Salad
Telur Rebus
Laksa Kering atau Laksa basah (sebungkus)
Daun Kesum dan Bunga Kantan
Limau Nipis

Cara-cara
1. Rebus ikan sardin mentah dan asingkan isi nya dr tulang (air rebusan jgn dibuang)
2. Blender bwg merah, belacan,cili kering (sekiranya cili giling tk payah blender hanya campurkan terus dlm kuah nanti)
3. Masukkan bahan blender ke dlm periuk bersama air rebusan ikan serta asam gelugor, daun kesum dan bunga kantan
4. Blender ikan sardin yg diasingkan tulangnya bersama ikan sardin tin(sos ikan sardin tin dicampurkan sekali)
5. Blender tulang ikan(jgn terlalu halus)utk menambah rase manis kuah tapiskan airnya ke dlm periuk td
6. Kemudian masak kuah hingga menggelegak dan masukkan garam secukup rasa
7. Boleh la dihidangkan dan ditabur bwg besar,timun,cili, limau nipis, daun salad (sekiranya suka boleh di makan bersama petis udang)


Laksa Asam
oleh: junjs11

Bahan-bahan ( 4 orang makan )
500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
1 biji timun dihiris panjang2
3 biji telur rebus-potong 4 setiap satu
4 biji limau kasturi-potong 2
1 bawang besar dimayang

Bahan-bahan untuk kuah:-
*4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
*8 keping asam keping
2 tangkai daun kesum
1/2 bunga kantan

Bahan kisar :-
8-10 cili kering (ikut pedas masing2)
2.5cm belacan
1 biji bawang besar
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Ikan yg direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
2. Isi ikan dikisar.
3. Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
4. Masukkan garam secukup rasa. Dan boleh lah dihidangkan.
5. Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas).

LAKSA PENANG
- Hana -

Bahan2:
10 tangkai cili kering dikisar
5 bwg merah dikisar
3 bwg putih dikisar
belacan ikut suka tapi biasanya guna banyak
6 ekor ikan kembung direbus, ambil isi & dikisar.. ops airnya jgn buang..
laksa- direndam, direbus & toskan
timun diracik
salad kalu suka
limau nipis
daun kesom
bunga kantan
garam
nak tambah pak aji leh gak..

caranye:
1. bahan2 yg dikisar tadi dimasukkan dalam peruk, campur air rebusan ikan tadi.
2. rebus dulu sampai masak dan tambah air kija perlu.
3. Bila bahan2 dah betul2 masak.. masuk ikan, daun2 sume tuh..garam dan rasa dulu. Ada setengah org tambah gula skit.. ikut selera korang ler..
4. Dah siap.. hehhehe.. nak makan .. jgn lupa tambah timun ngan asam limau..
* Ops.. kalu ikan kembung byk lagi sedap..
* biasanya.. bahan2 kisar termasuk belacan..dikisar sekali..emmm... :)


Laksa Penang
- Maklang -

Bahan2 nya:
1 kg ikan kembung
2 liter air
6-8 kpg asam keping
3 sdb lada kering
3 sdb bawang merah

Cara2 membuat nya:
1. Ikan kembung atau ikan selayang, dibersihkan dan direbus.
2. Asing isi ikan dan blend. Tulang dan kepala ikan diblend sehingga hancur dan tapiskan. Gunakan air rebusan ikan untuk memblend tulang ikan tadi.
3. Untuk membuat kuah laksa, rebuskan ikan tadi dan air rebusan ikan bersama lada kering dan bawang merah. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan sehingga kuahnya mesra. Masukkan garam. Sehingganya tidak cukup masam, tambahkan asam keping lagi.

Hidangkan bersama hirisan salad, telur rebus, nenas cincang, hirisan lada merah dan potongan limau nipis.


LAKSA ASAM
- Kak Liza -

bahan
1 kg ikan kembung, direbus dan diambil isinya lalu dikisar halus
1 bungkus laksa kering, direndam sehingga lembut lalu direbus sehingga empuk ketepikan
8 keping asam gelugur
1 kuntum bunga kantan
1 tangkai daun kesum
10 biji limau kesturi, dibelah dua & buang biji
5 mangkuk air rebusan ikan
Garam secukup rasa

Bahan A (Dikisar halus):
2 biji bawang besar
5 cm belacan
10 tangkai cili kering yang direbus

Bahan (Dihiris nipis):
1 bawang timun
2 biji bawang besar
1/2 biji nanas
1 pokok daun salad
2 kuntum bunga kantan
2 biji cili merah

Cara membuat
Masukkan ke dalam periuk bahan A, isi ikan, air rebusan ikan, asam gelugur, daun kesum, bunga kantan dan masak sehingga mendidih, tambahkan garam secukupnya.

Cara menghidang:
Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan hias dengan timun, bawang, cili, nanas serta limau kesturi. Apabila hendak makan, tuang kuah laksa ke atasnya.


ASAM LAKSA
- Kak NoorMasri -

Bahan-bahan:
500 g laksa beras kering } direbus/celur hingga lembut
800 g ikan tenggiri or parang - klu guna ikan kembung atau selayang pun ok gak..murah skit
2 1/2 pt (1500 ml) air
1/2 cawan asam jawa *
1 pt (600 ml) air *
sedikit gula
garam secukup rasa
MSG jika suka
* ambil air asam jawa dgn mencampurkan asam jawa dgn air

Bahan kisar:
1 btg serai
1 inci lengkuas
10 ulas bawang merah
8 tangkai cili kering
4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
1 inci belacan

Ulaman/hiasan:
1/4 biji nenas (dipotong kecil)
1/2 btg timun (dipotong halus)
4 tangkai cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (dimayang)
beberapa tangkai daun pudina
petis udang jika suka

Cara membuat:
1. Masukkan air & ikan ke dlm periuk. Bila mendidih, perlahankan api biarkan mereneh selama 10 minit
2. Tutup api, keluarkan ikan dan simpan air rebusan ikan tadi.
3. Asingkan tulang/kepala dgn isi ikan dan hancurkan isi ikan tersebut.
4. Masukkan ke dalam periuk air rebusan ikan, bahan kisar, air asam jawa dan garam secukup rasa, biarkan sehingga mendidih
5. Masukkan isi ikan dan renehkan selama 5-10 min.
6. Utk menghidangkan letakkan laksa di dlm mangkuk diikuti dgn bahan hiasan/ulaman dan tuangkan kuah diatasnya.
7. Hidang panas-panas.


LAKSA PENANG
- Kak Rinnchan -

Bahan-bahan :
Sebungkus laksa..direndam beberapa jam, direbus sehingga lembut dan toskan

Kuah Laksa:
5 ekor ikan kembung
5 ulas bawang merah, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
Sedikit belacan, dibakar dan dihancurkan
3 sudu besar cili kisar
4 keping asam gelugur/asam keping
2 tangkai bunga kantan, dibelah dua
secekak daun kesum
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tabur dihiris ikut kesesuaian :
Timun
Bawang besar
Daun selom
Nenas
Bunga kantan
Telur rebus
Cili api jika suka
Perahan limau nipis

Cara-cara :
1. Ikan kembung dibersihkan, direbus, dibuang tulang dan dikisar halus dengan sedikit air. Air rebusan ikan
jangan dibuang. Tapis dan gunakan semula untuk kuahnya.
2. Panaskan semula air rebusan ikan dan masukkan isi ikan yg dikisar.
3. Bila mendidih, masukkan semua bahan2 yang lain. Masak semua bahan mesra. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Untuk menghidang, masukkan laksa ke dalam mangkuk dan bolehlah dihias dengan bahan2 tabur. Kemudian, tuangkan kuah ke atasnya.

Laksa Penang
Sumber : Mariam Kassim

Bahan-bahan
1 bungkus laksa (kalau boleh dapatkan laksa Ce'Siti ) -- laksa ni sedap, cepat lembut, tak payah rendam dulu, infact boleh terus direbus, kanji tak banyak, rebus sekejap saja dah lembut, sejukkan dulu, tos, dan siramkan air sejuk keatasnya, angkat dan asingkan.
2 biji timun
6 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas, bersihkan dan katuk (tindikkannya) --- asingkannya
4 batang serai, bersihkan dan katuk ( tindikkannya) --- asingkannya
50 sen daun pudina - bersihkan dan ambil daunnya.
4 kuntum bunga kantan --- bersihkan ( dua kuntum dihiris halus dan selebihnya untuk dimasukkan kedalam kuahnya nanti, jangan dibuang batangnya, bersih dan katuk (tindikkannya) --- asingkannya
50 sen daun kesum (daun cenohom, kata orang Penang)
Daun salad atau pun daun selom ( jika suka, tapi, bagi saya orang Penang Island jarang gunakan dedaun ni, kecuali orang Butterworth kerana mereka tak berapa suka daun pudina)(boleh digunakan sebagai pengganti pudina)
50 sen cili kering ( ikut pedas masing masing, nak banyak taruh banyak, nak sikit, taruh sikit, bagi saya sederhana saja, kerana ada budak budak), potong dan rebus terlebih dahulu, kemudian toskan dan asingkan.
2 ketul belacan bulat, pastikan sedap belacannya, kerana jika tak sedap belacan tak sedaplah kuahnya nanti.
1 biji nenas masak ( size kecil saja, jika suka, bagi Chinese dia orang gunakannya didalam laksa mereka, tetapi not for the Malays, they seldom use it)
2 biji telur ayam direbus terlebih dahulu, masukkan sedikit garam kedalam air rebusan agar senang dikupas jika mahu ( bagi original Laksa Penang, dia orang tak gunakan telur rebus)
50 sen cili hidup + cili padi ( untuk garnishing, jika mahukan lebih pedas)
6 keping asam gelugur (asam keping)
Sedikit air asam jawa (agak agak setengah mangkuk saja)
2 kilo ikan termenung ( saya gunakan ikan termenung, sedab rasanya dan lemak ikannya), bersihkan dan rebus terlebih dahulu -- asingkan
Aji - no - moto dan garam secukup rasa.
Petis(otak udang) jika suka.

UNTUK KUAHNYA :----
1. Cili kering dimesin bersama dengan belacan, dua biji bawang besar dan dua ulas bawang putih dan masukkan kedalam periuk yang telah disediakan untuk memasak kuahnya.
2. Ikan termenung dimesin dengan tulangnya sekali dan ditapis dengan penapis plastik bertangkai panjang (penapis santan plastik) sedikit demi sedikit sehingga habis, dan buangkan tulang yang didalam penapis tadi(tapiskan terus kedalam periuk kuah laksa tadi (yang dah berisi dengan cili mesin tadi).
3. Tapiskan pula air rebusan ikan tadi terus kedalamnya juga.
4. Masukkan daun kesum, dua kuntum bunga kantan yang dipotong lapan + batang bunga kantan, serai dan lengkuas yang ditindik tadi, asam keping, air asam jawa, serbuk perasa (aji - no - moto) dan garam secukup rasa dan rebuslah sehingga mendidih dan cukup rasa asam garamnya dan bangkit baunya.
5. Masukkan pula separuh(1/2) daun pudina yang telah disiang tadi, dan rebus lagi sehingga bangkit baunya, angkat dan asingkan(atau kecilkan api)
6. Masukkan laksa kedalam mangkuk atau pinggan dan hias lah dengan hirisan bawang besar, hirisan cili merah/ cili padi, hirisan bunga kantan, hirisan timun, daun pudina atau pun hirisan dedaun yang lain kesukaan anda atau pun nenas, telur dan lain lain lagi kesukaan anda.
7. Sendukkan kuahnya dan tuangkan kedalam pinggan laksa, masukkan sedikit petis(jika suka) dan makanlah ketika masih panas. (Bagi saya memadai lah hanya daun pudina sahaja kerana ia sudah cukup lazat).
8. Jika sudah siap, tutuplah api dan hendak lah dipanaskan semula jika hendak makan kembali.


Laksa Penang Dlieya
Sumber : Dlieya

Bahan-bahan
2kg ikan curut / ikan sardin - direbus (buang tulangnya)
300 gm cabai kering - di rebus atau direndam dgn air panas (boleh lebihkan kalo suka pedas)
3 inci lengkuas - di tumbuk kasar
5 bj bawang besar
6 asam jawa
Garam secukup rasa
Daun chenohom
4 batang bunga kantan
Air utk merebus ikan / utk kuah - yg nie agak2 ...

Utk laksa pulak
1 bungkus laksa - direndam dahulu

Hiasan - semuanya di hiris
Timun
Daun pudina
Bawang besar
Salad
Nenas - jika suka
Pucuk janggus
Telur
Cili api / cili merah

Cara Membuatnya
1. Ikan direbus. Asingkan air rebusan ikan & ikan dibuang tulangnya & jangan lupa rebus bersama asam jawa - (asam jawa tuh masukkan bersama air rebusan - jangan pulak di mesin). Ikan boleh dimesin atau di tumbuk ... mesin kasaq campur mesin halus @ boleh di tumbuk dalam lesung .. Sbb nak nampak ikan kasaq2 dalam kuah laksa
2. Cabai dimesin bersama bawang besaq
3. Satukan ikan / cabai atas api bersama air.
4. Masukkan garam , daun chenohom (ala daun yg wat asam pedas tuh) / bunga kantan. Biarkan mendidih.
5. Masak laksa hingga masak & toskan dalam air putih. Rendam seketika bersama air putih utk mendapatkan laksa yg cantik / putih / tak melekat.
6. Bahan2 hiasan di potong & di hiris halus.


Laksa Pulau Pinang
Sumber: Masakkan Idaman Melayu 1977

Bahan-Bahan:
1 kg mee laksa
Air garam yang mendidih (dicelur)
90 gm asam jawa (diperah airnya,ditapis)
1.2 leter air
4 keping asam gelugur
10 tangkai daun kesum (dipetik daunnya)

Bahan Hiasan:
1 biji sedang nenas (dikupas kulitnya,dibuangmata & empulurnya serta dipotong dadu)
500 gm timun ( dibuang kulitnya *& empulurnya & dihiris tipis bulat-bulat)
30 gm daun pudina
125 gm bawang besar (dipotong dadu)
5 batang lada hijau (dihiris tipis)
6 batang lada merah (dihiris tipis)
60 gm (daun bawang kucai)(dihiris halus)
2 sudu petis
¼ cawan air panas (dicampurkan)
1 tangkai bunga kantan(dibelah dua)
1 ½ sudu gula pasir
Garam secukup rasa
750 gm ikan parang (disiang)

Bahan Giling:
250 gm bawang merah
5 batang serai
2 cm kunyit hidup
15-20 batang lada kering (direndam & ditoskan)
2 cm belacan (dibakar)
1 ulas bawang putih

Cara:
Masukkan air asam jawa,asam gelugur,daun kesum,bunga kantan,gula & garam ke dalam sebuah kuali enamel. Didihkan selama 10 minit. Masukkan ikan & kecilkan api. Biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga masak,Kemudaian keluarkan dari kuah itu. Sejukkan sedikit. Buangkan kulit & tulangnya serta kikis isinya. Sementara itu, Masukkan pes giling ke dalam kuah & terus didihkan perlahan-lahan selama 1 jam. Keluarkan daun kesum & bunga kantan.Masukkan semula isi ikan itu kedalam kuah. Biarkan sampai mendidih & rasa garamnya.

Untuk menghidangkan:
Isikan sebahagian daripada mee laksa itu ke dalam sebuah mangkuk.Tuangkan kuah panas itu ke atasnya & bubuh sedikit daripada tiap-tiap bahan hiasan.Hidangkan segera sementara ia masih panas.



Laksa Penang Liza
oleh: lizacomel

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
3-4 paket laksa beras cap Zong Shan

*Bahan kuah laksa*
1 kg ikan kembung
3-4 ulas asam keping
1/2 labu bawang besar
7-10 ulas bawang merah
5-6 ulas bawang putih
3-4 cm halia
10-12 sudu makan cili giling
7-10 biji cili padi
1/2 cawan air asam jawa
3 cm belacan
segenggam daun kesum
1 batang bunga kantan
garam secukup rasa

*Bahan ulam laksa*
4-5 biji telur rebus - dibelah dua
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
1/2 labu bawang besar - dihiris
5-6 biji cili padi - dihiris
1/2 biji nanas - dihiris
1 batang timun - dihiris memanjang
5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
4-5 helai daun salad - dihiris
sedikit daun pudina

*Bahan opsyenal*
petis udang

Cara-cara
1. *Laksa* Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus sampai 'al-dente'...Laksa ditoskan dan diketepikan...
2. *Kuah laksa* Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam...Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi...
3. Ikan rebus diperisikan lalu dikisar...Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi...Tulang ikan turut dikisar...Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga...
4. Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia...Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi...Kemudian, panaskan periuk...
5. Masukkan cili giling dan belacan...Lalu masukkan air asam jawa...
6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan...
7. Kacau perlahan-lahan...Masak hingga mendidih...Kecap rasa masin, masam, dan pedasnya...Bubuhkan garam secukup rasa...Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya :P


Laksa Penang
Kiriman : Mat Gebu

Bahan Kuah :-)
500 g ikan kembong, siang, cuci bersih dan toskan
3 camca makan petis*
3 camca besar air*(*dibancuh rata)
2 liter air
4 - 5 keping asam gelugor
15 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan (mat guna 2)]
2 camca besar gula
Garam secukup rasa
150 g bawang merah *
1 ulas bawang putih*
2 cm belacan*
15 tangkai cili kering, direndam*
3 batang serai, dihiris*
1 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)

Bahan Lain :-)
Mee laksa
Bwang besar, hiris halus
Daun pudina, hiris
Nenas, dihiris
Timun, dihiris
Hirisan cili merah
Belahan limau kasturi
Taugeh
Telur rebus dibelah 2

Cara membuatnya :-)
1. Rebus ikan dengan asam gelugor hingga masak. Asingkan tuang dan isi, tumbuk isi ikan hingga hancur dan masukkan kembali dalam air rebusan. Kisar halus tulang ikan, tapis dan masukkan dalam air rebusan ikan tadi.
2. Bubuh bahan2 kisar halus, daun kesum, bunga kantan, petis, gula pasir dan garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga kuah agak pekat.
3. Isikan laksa dalam mangkuk sesuai, susun bahan2 lain dan tuangkan kuah panas tadi, perah jus limau kasturi sebelum dimakan...Sedappppppp!!!!!!!!

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).