- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Saturday, December 13, 2008

Aneka Kuih Lapis


KUEH LAPIS JAGUNG
- Kak Liza -


Bahan-bahan A:
2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 s/k garam

1/2 cawan jagung ]
1/2 air ] mesinkan

1 s/b serbuk koko ] bancuhkan dan tapis
1/2 cawan air suam ]

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan jagung dalam 1 bahagian adunan dan campuran koko dalam 1 adunan lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan koko dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan jagung dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan kok dan jagung berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.





KUEH LAPIS PANDAN
- Kak Liza -


Bahan-bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
3/4 cawan gula
3 cawan santan
1 s/k garam

1/2 cawan jus pandan
pewarna hijau

1/2 cawan air

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna hijau dan jus pandan dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Tambahkan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama dengan warna hijau.
5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
6. Masukkan 1 senduk adunan hijau dan kukus selama 5 minit.
7. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit. 8.Lapiskan adunan hijau dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
9. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.





KUEH LAPIS KELADI
- Kak Liza -


Bahan A:
2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan
1 s/k garam

Bahan B
1/4 cawan air
1 s/b pes keladi
pewarna purple

Bahan C
1/2 cawan keladi parut
1/2 cawan air

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan bahan B dalam 1 bahagian.
4. Masukkan bahan C dalam 1 bahagian.
5. Panaskan kukusan dan lapikkan pelastik dalam loyang 8 x 8 inci yg akan digunakan.
6. Masukkan 1 cawan adunan bahan B dan kukus selama 5 minit.
7. Lapiskan 1 cawan adunan bahan C dan kukus semula selama 15 minit.
8. Lapiskan adunan bahan B dan adunan bahan C berselang seli sehingga adunan habis.
9. Sejukkan selama 4 - 5 jam dan potong untuk dihidangkan.





KUEH LAPIS KACANG MERAH
- Kak Liza -

Bahan A:
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad
3/4 cawan gula
3 cawan santan
1 s/k garam

* Bancuh semua bahan ini dan tapiskan...
* Bahagikan sama banyak dan masukkan dalam 2 mangkuk... {mangkuk [1] dan [2]

Bahan B
1/2 cawan kacang merah rebus
Pewarna merah
1/4 cawan air

* Masukkan Bahan B dalam mangkuk [1]
* Gaulkan rata dan ketepikan

Bahan C
1/4 cawan air
1 s/b tepung jagung

* Masukkan Bahan C dalam mangkuk [2]
* Gaulkan rata dan ketepikan

Cara memasak
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang saiz bulat 8 inci atau 8 inci x 8 inci .
2. Masukkan 1 cawan lapisan merah dan kukuskan selama 5 minit.
3. Masukkan pula 1 cawan lapisan asal [warna asal] dan kukuskan 5 minit.
4. Buat sehingga lapisan habis dan setiap kali nak tutup semula tudung kukusan hendaklah dilapkan kering supaya air tidak menitik.
5. Bila telah masak sejukkan betul2 dan potongkan dengan pisau pelastik.





KUEH LAPIS CENDUL
- Kak Liza -
Bahan-bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
3 cawan santan
1 s/k garam

1/2 cawan air gula merah [larutkan 1/2 cawan air panas + 4 s/b gula merah]

1 cawan cendul
1/2 cawan air

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan air gula merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Tambahkan cendul dan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama dengan adunan gula merah tadi..
5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
6. Bahagikan setiap adunan sama banyak. Jadikan gula merah 2 bekas dan adunan cendul juga 2 bekas.
7. Masukkan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus selama 5 minit.
8. Lapiskan 1 bekas bahagian adunan gula merah dan kukus semula selama 5 minit.
9. Lapiskan lagi dengan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus lagi 5 minit.
10. Lapiskan lagi dengan 1 bekas adunan gula merah dan kukuskan semula selama 10 minit..
11. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.





KUEH LAPIS KACANG HIJAU
- Kak Liza -
Bahan A
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
garam

Bahan B
1/2 cawan kacang hijau yg telah direbus kembang
1/2 cawan air
pewarna hijau

Bahan C
1/2 cawan air

Cara
1. Gaukan semua bahan A sehingga sebati. Tapiskan. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam 1 bahagian dan kacau rata.
3. Campurkan bahan C dalam 1 bahagian lagi. Kacau rata.
4. Sapukan minyak pada loyang bulat atau empat segi berukuran 8 inci.
5. Tuangkan 1 senduk adunan B dalam loyang dan kukus selama 7 minit.
6. Lapiskan lagi 1 senduk adunan C diatas lapisan tadi dan kukus selama 7 minit lagi.
7. Ulang proses melapis sehingga adunan habis.
8. Bila telah masak sejukkan betul-betul baru potong dengan pisau pelastik.





KUEH LAPIS DURIAN
- Kak Liza -
Bahan A
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula perang
1/2 caan durian
2 cawan santan
1 s/k garam

Bahan B
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan
1 s/k garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dan juga Bahan B dalam mangkuk berasingan dan tapiskan
2. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang bersaiz 10 inci.
3. Lapiskan adunan dengan 1 senduk adunan bahan A dan kukuskan selama 10 minit.
4. Lapiskan pula 1 senduk adunan bahan B selama 8 minit.
5. Ulangkan proses melapis sehingga bahan semuanya habis.
6. Sejukkan sebelum dipotong dan hidangkan.




Kuih Lapis Jagung
Sumber: Buku Pandai Memasak
Bahan-Bahan:
1150 gm santan pekat ] dari 1½ biji
900 gm santan cair ] kelapa
350 gm gula
400 gm tepung beras kering
170 gm tepung ubi
½ sudu kecil garam
6 helai daun pandan
1 tin besar jagung krim
Pewarna hijau

Cara:
1. Mask santan pekat, gula, daun pandan dan garam hingga mendidih. Ketepikan dahulu.
2. Sementara itu campurkan tepung ubi, tepung beras serta santan cair dan dikacau rata.
3. Kemudian tuanglah santan hangat tadi lalu disatukan. Tapis dan campurkan jagung krim.
4. Adunan ini dibahagi 2 - bubuh pewarna hijau dan biarkan satu putih

Cara melapis:
4 lapis warna hijau
4 lapis warna putih
Tiap-tiap satu lapis gunakan 1 cawan





Kuih lapis kopi
sumber : kakliza
Bahan A
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad
1 sudu teh garam

Bahagian B
1 sudu teh coklat emulco
1 sudu makan serbok koko
1 sudu makan serbok nescafe
1/4 cawan air suam
semua bahan ini dicampur rata dan tapis.

Bahan C
1/4 cawan air suam

Cara:
1) Gaulkan semua bahan A sehingga sebati, dan tapiskan. Bahagi kepada dua bahagian.
2) Masukan bahan B kedalam satu adonan, kacau rata.
3) Biarkan warna asal satu adonan dan campurkan bahan Cm kacau rata,
4) Masukkan satu senduk adunan koko ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
5) Lapiskan satu sendok adonan asal dan kukus semula selama 5 minit.
6) Lapiskan adunan koko dan warna asal berselang seli sehingga adunan habis





KUEH LAPIS BARLI
- Kak Liza -

Bahan A:
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad
1 cawan gula
2 cawan santan
1 s/k garam

Bahan B
1/2 cawan barli rebus
1/2 cawan air

Bahan C
1/2 cawan air
Pewarna merah

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Campurkan bahan B dalam 1 bahagian dan kacau rata..
4. I Bahagian lagi di campurkan ? cawan air dan gaulkan rata.
5. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yg perlu digunakan.
6. Lapiskan adunan dengan 1 senduk adunan bahan B dan kukuskan selama 10 minit.
7. Lapiskan pula 1 senduk adunan bahan C selama 8 minit.
8. Ulangkan proses melapis sehingga bahan semuanya habis.
9. Sejukkan sebelum dipotong dan hidangkan.





KUEH LAPIS MARBLE
- Kak Liza -
Bahan A:
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad
1/2 cawan gula
3 cawan santan
1 s/k garam

Bahan B
1 s/k coklat pes/emulco ]
1 s/k serbuk koko ] bancuhkan dan tapis
1/4 cawan air suam ]

Bahan C
1/4 cawan air suam

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Tambahkan bahan B dalam 1 adunan. Kacau rata.
4. Biarkan warna asal dalam 1 bahagian adunan dan campurkan bahan C . Kacau rata.
5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang saiz 8 inci bulat yg akan digunakan.
6. Masukkan 1 senduk adunan koko dan kukus selama 5 minit.
7. Lapiskan 1 senduk adunan asal dan kukus semula selama 5 minit.
8. Lapiskan adunan koko dan warna asal berselang seli sehingga adunan habis.
9. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan




Kuih Lapis Koko
- sajionline -

BAHAN-BAHAN:
1 kg tepung gandum
1,250 ml santan
200 gm serbuk koko
1 sudu kecil pewarna kuning
500 gm gula pasir

CARA MENYEDIAKAN:
1. Kacau santan bersama tepung dan gula di atas api yang kecil hingga mendidih.
2. Kemudian bahagikan kepada dua bahagian. Satu mangkuk dicampurkan koko dan satu lagi masukkan pewarna kuning.
3. Kemudian panaskan kukusan. Sapu permukaan loyang dengan sedikit minyak.
4. Tuangkan adunan koko. Kukus selama 10 minit.
5. Kemudian tuangkan adunan kuning dan kukus lagi. Ulang proses hingga selesai.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).