- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Thursday, December 25, 2008

Merry Christmas - Ayam Belanda/Turkey

zwani.com myspace graphic comments



Ayam Belanda Sumbat dengan Buah Berangan, Kismis dan Kacang "Pine"

Bahan-bahan
4.5 kg ayam belanda yang boleh dibakar dengan ketuhar
Lemon
Minyak zaiton

Inti untuk disumbat:
225g buah berangan
45 ml minyak zaiton
1bawang, kupas dan cincang
Hati jantung dan hempedal ayam belanda
150g beras panjang
300 ml air
75g kismis
50g kacang "pine"/badam cincang
45 ml pasli cincang
10 ml sej kering atau "thyme"
Garam dan lada hitam tumbuk

Cara
1. Keluarkan hati, jantung dan hempedal dari ayam belanda dan cuci. Cincang.
2. Basuh ayam belanda dan toskan kemudian lumur garam dan serbuk lada hitam di luar dan dalam . Sapu rata dengan jus lemon. Letak sebelah.
3. Potong sedikit buah berangan dan rebus. Reneh selama 15 minit. Tos dan kupas kemudian cincang buah tersebut..
4. Panaskan minyak di dalam kuali yang sederhana besar kemudian goreng bawang sehingga lembut tetapi tidak sampai bertukar warna. Masukkan hati, jantung dan hempedal , kacau sehingga bertukar warna. Kacau. Masukkan beras dan air dan masak dengan air yang sederhana, kacau selalu sehingga air meresap dan nasi separuh masak. Ini akan mengambil masa 10 hingga 15 minit. Angkat dan masukkan kismis, kacang, pasli dan bahan perasa dan buah berangan. Sejukkan.
5. Panaskan ketuhar sehingga to 180C. Sumbatkan melalui tengkuk dengan inti yang telah disediakan tadi. Jika ada inti yang berlebihan letakkan dalam mangkuk dan masak di bahagian bawah ketuhar. Semasa letakkan ayam belanda di atas dulang pastikan dada diatas. Kemudian masukkan 150 ml air panas di dalam dulang. Sapu semua bahagian ayam dengan minyak zaiton dan bungkus dengan foil berminyak. Panggang selama 3 jam. Tanggalkan foil , lumur ayam dengan inti yang terdapat di atas dulang dan panggang lagi selama 30 minit sehingga perang keemasan.



Dada ayam belanda dengan herba

Bahan-bahan
500 g dada ayam belanda, kepingan
1 biji bawang kecil
10 sudu besar minyak zaiton
10 sudu besar "white wine/ vin rosé"
1 sudu kecil "bay leaf" kering
1 sudu kecil "thyme" kering
garam
2 sudu besar kering/segar "chives"(jika mau)
cuka "balsamic" (jika mau)

Cara
1. Dalam mangkuk besar , dengan air yang mencukupi, celup dada ayam belanda; masukkan bawang yang dipotong kiub, wain, herba kering dan 2 sudu kecil minyak zaiton.
2. Tutup dan perap selama 3-4 jam. Kemudian masukkan garam dan rebus.
3. Apabila air mula mendidih, perlahankan api, renih tutup dan masak selama satu jam.
4. Biarkan sejuk. Potong daging kepada kepingan yang tebal dan campurkan dengan minyak zaiton dan jika anda suka boleh juga dibubuh segar/kering "chives".



Stew bebola daging dengan ubi kentang dan lada

Bahan-bahan
2 biji lada benggala merah dan kuning
3 biji ubi kentang
300 g tomato puree
2 sudu besar pes tomato
2 biji bawang merah yang muda, cincang
2 sudu kecil "marjoram " kering
2 sudu kecil "tarragon " kering
2 sudu besar "chives " kering
2 sudu besar daun pasli, cincang
4 sudu besar minyak zaiton dara
1 gelas wain putih
Daun segar basil
Garam

Untuk bebola daging
300 g dada ayam belanda (kisar)
2 sudu besar pasli segar -cincang
2 sudu besar "chives " kering
2 sudu kecil "tarragon "kering
2 sudu besar kicap
1 biji telur
4 sudu besa minyak zaiton dara
Serbuk roti kering
Garam

Cara
1. Potong lada benggala kepada jaluran yang besar. Kupas kulit ubi kentang dan potong kiub. Masukkan semua sayur di dalam periuk besar dan masukkan bawang, minyak zaiton, herba kecuali basil, wain, pes tomato dan tomato purée. Campurkan garam masak dengan api yang sederhana, separuh tutup, kacau. Masukkan air suam, jika perlu. Masak sehingga sayur lembut.
2. Perlu sediakan bebola daging. Bubuh daging kisar, telur, herba beraroma, kicap dan secubit garam dalam mangkuk besar; kemudian campur serbuk roti. Gaulkan semua bahan dengan tangan dan tambah lagi serbuk roti sehingga bahan campuran elok. Boleh dibentukkan bebola daging dan letak di atas kuali yang tidak melekat. Goreng bebola; kemudian angkat. Campurkan bebola daging ke dalam lada benggala dan ubi kentang 5-10 minit sebelum angkat. Masukkan daun basil, kacau dan hidang.



Piza Krismas Panggang Ayam Belanda

Bahan
100g dada ayam belanda panggang, (potong nipis)
10 sosej koktel
50g daging bakon
75g sej dan bawang sumbat
200 ml sos ayam belanda
1/2 cawan sos "cranberry" (tin)
Sej kering
Doh asas untuk piza
Sos asas untuk piza
Keju Mozzarella untuk "topping"

Herbal dan bawang sumbat
3 cawan serbuk roti
1 biji bawang sederhana besar, cincang halus
1/4 cawan bakon cincang - jika mau
1/4 cawan herba segar (sej atau pasli)
garam dan serbuk lada
20 g mentega

Sos ayam belanda:
2 sudu besar tepung
500 ml stok ayam
2 sudu besar lemak ayam belanda atau mentega
sedikit "browning gravy" untuk warna
garam mengikut rasa

Cara
1. Canai doh supaya boleh masuk di dalam dulang pizza berukuran 12 inci. Letakkan diatas dulang yang telah dibubuh minyak dan potong doh yang terlebih.
2. Letak dan ratakan dua bahagian sos ayam belanda dan satu bahagian sos piza. Kemudian, tandakan bahagian bawah piza kepada 10 bahagian.
3. Dengan menggunakan sudu bubuh sama rata sej dan bawang sumbat di atas setiap bahagian/keping. Tutup dengan 2 hingga 3 potong dada ayam belanda.
4. Gulung daging bakon pada setiap sosej dan letakkan atas piza. taburkan keju "mozzarella" dan sej kering sebelum masukkan dalam oven yang telah dipanaskan (180 ºCc) selama 10 hingga 15 minit. Hidang dengan sos cranberry.

Cara membuat herba dan bawang sumbat:
Cincang herba dan bawang kemudian campurkan, masukkan sedikit mentega. Masuk serbuk roti, garam dan lada serbuk.

Cara membuat sos ayam belanda: :
Cairkan mentega dalam kuali dan masukkan tepung. Kacau dan masak selama dua minit kemudian masukkan stok. Masak sehingga mendidih dan renih sehingga sos elok. Masukkan garam dan "browning gravy".

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).