- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, December 5, 2008

Kuih Lapis (Basic)

Hari raya haji is just around the corner. Since my husband & i won't go back to our hometown (it was my first time i'll celebrate hari raya in kl & without my mom)since my husband can't take leave. He only be given 2 days leave, so 2 days are not enough since we've to go to 2 houses (my house & his house). Sometimes it's quite difficult when we got married when it comes to holiday. We've to divide our off day between 2 houses since our parents' houses are not very far from each other. So my husband decided to celebrate this raya just in kl.Luckily my very close cousin also didn't go back. Only my younger brother will go back to her in-laws' house in gemas, n9.I'm not sure about my other brother.
So bcoz' of that, my husband has decided to invite all the site workers to our house to celebrate hari raya since all of them are not going back to their hometown. For ur info, they're all indonesian. Plus we're going to cook for them since they can't come during our wedding day.
My husband has decided to cook nasi minyak with ayam masak merah & gulai daging with acar. Apart of that, i've decided to make puding roti aka agar2 roti for the desert.There will be more than 10 people who are coming so i guess i've to variatize our food. After thinking for a few days, i'm going to make kuih lapis bcoz' it seems quite ez to make & no hassle at all.So today, my main duty is surfing the internet, searching for the recipe & voila....



KUIH LAPIS
- Kak Madiha -


Bahan2
3 cawan tepong gandum
½ cawan tepung beras
1 ½ cawan gula pasir
4 ½ cawan santan sederhana pekat
¼ sudu kecil garam
2 biji telur
sirap ros secukupnya
pewarna merah (kalau nak guna warna lain pun boleh.. tp dlm adunan masukkan sikit esen ros) ~ ku tak bubuh pun pewarna.. tu pasal kuih tu agak pucat .

Cara Menyediakan
1. Bancuhkan kesemua bahan2 di atas kecuali sirap ros & pewarna merah.
2. Untuk memudahkan kerja.. masukkan dalam blender dan kisar adunan hingga sebati.
3. Jerang air dalam periuk kukus. Balut tudung piuk kukus dengan kain bersih utk elak air menitik atas kuih. (ku tak balut pun.. tp masa nak buka tutup tu kena hati2 supaya air tak menitik atas kuih)
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satu dibiarkan kosong & satu lagi dimasukkan sirap ros & pewarna merah secukupnya.
5. Masukkan 1 ½ ~ 2 senduk adunan warna kosong dlm loyang dan kukus selama 4 ~ 5 minit. (pastikan air kukusan dah mendidih waktu ni) (sukatan adunan yg dimasukkan waktu melapis bergantung pd berapa besar loyang & senduk yg digunakan.. jadi pandai2lah agak2 yer.. tp pastikan guna sukatan yg sama utk semua lapisan)
6. Buka tutup pengukus hati2 kemudian masukkan 1 ½ ~ 2 senduk adunan warna merah pula & masak lagi selama 4 ~ 5 minit.
7. Ulangi proses melapis bergilir2 sehingga habis.
8. Untuk lapisan terakhir.. kukuskan kuih selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kuih masak.
9. Sejukkan kuih sebelum dipotong.

TIPS : Untuk mendapatkan kuih yg cantik & tak lekat pada loyang waktu memotong.. alaskan dasar loyang dengan plastik. Gunting plastik mengikut saiz dasar loyang dan alas sebelum menuang adunan. Tips ini ku peroleh dari sifu yg mengajar kelas membuat kuih-muih tak lama dulu. Semoga berguna kepada anda semua. TETAPI ingat..!! tips ini hanya sesuai untuk kuih-muih yg dikukus sahaja




Kuih lapis
oleh: junjs11


Bahan-bahan ( satu loyang kecil. )
250gm tepung gandum
100gm gula
500ml santan cair (kalau x nak guna santan, leh tukar ngan susu cair, fresh milk atau kalau guna air biasa, tambah 1 sudu besar minyak..ikut selera masing2)

Cara-cara
1. Campur semua sekali dalam mangkuk. kacau sebati.
2. Tapiskan adunan tadi dan bahagi kepada dua.
3. isi pewarna yg berlainan pada tiap bahagian. kat sini jun letak merah ngan hijau..colourful gitu..
4. Kukuslah selapis demi selapis, selang seli warnanya.
5. Biar sejuk baru potong. Kat sini gambarnya x brapa cantik sebab anak jun x sabar nak makan, belum sejuk betul dah potong..hee




KUEH LAPIS MERAH
- Kak Liza -


Bahan-banan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad/jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 s/k garam

pewarna merah

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan merah dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.




KUIH LAPIS
- Chef Lin -

Bahan-bahan:
200g tepung beras
225g tepung ubi/kanji
55g tepung hoen kwee/tepung kacang hijau
1.3 litre santan (dari 1½ kelapa}
325g gula pasir
1 camt garam
sedikit pewarna merah

Cara-cara:
Ayak ketiga-tiga jenis tepung. Jerang santan, gula dan garam hingga gula larut. Biar sejuk. Campurkan dengan bahan ayak, kacau hingga sebati. Bahagikan 2, warnakan merah satu bahagian. Lengser acuan/tin/loyang 22cm dengan minyak. Sendukkan bahagian putih, kukus selama 4 min. Tuangkan bancuhan merah, kukus 4 min lagi. Ulangi melapis hingga habis. Akhir sekali, lapisan putih dan kukus 8-10 min sebelum diangkat dan dibiarkan sejuk sebelum dipotong.




Kueh Lapis Nyonya
oleh: Mat Gebu
Bahan-bahan ( 7 inci x 7 inci x 3 inci )
100 g tepung beras*
100 g tepung sagu*(*disatukan dan diayak)
200 g gula pasir
250 ml air
360 ml santan pekat
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna merah dan hijau

Cara-cara
1. Masak gula bersama air dan 2 helai daun pandan. Biar hingga gula larut. Sejukkan dan tapis. Ketepikan
2. Dengan menggunakan wisk, kacau tepung bersama santan sehingga rata, masukkan air gula tadi. Gaul hingga sebati dan tapis adunan.
3. Bahagikan kepada 3 bahagian yg sama banyak. Warnakan satu dgn warna hijau, satu lagi dgn warna merah dan biarkan satu lagi dgn warna asal (putih).
4. Panaskan kukusan, masukkan baki 1 helai daun pandan tadi ke dalam air kukusan. Sapu tin kek dgn sedikit marjerin pada dasar dan tepi. Panaskan tin dalam kukusan terlebih dahulu (lebih kurang 5 minit).
5. Bahagi adunan putih kepada dua bahagian yg sama banyak. Tuang adunan putih ke dalam tin yg telah dipanaskan tadi (tanpa mengeluarkan tin dari kukusan). Tutup dan kukus 5 minit dgn api besar. Kemudian buat kaedah sama ukt warna hijau, kukus 5 minit lagi dan kemudian sama juga utk warna merah. Resepi ini akan menghasilkan 6 lapisan iaitu putih, hijau, merah, putih, hijau dan merah (akhir). Untuk lapisan terakhir (merah) kukus 10 minit. Tujuan utk menerbitkan minyak dari santan supaya kuih nampak berkilat. Bila masak biarkan betul2 sejuk baru dipotong. Selamat mencuba....




KUIH LAPIS
Kiriman : Nor Aziz
Sumber : Rinnchan

Bahan-bahan:
1 1/2 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
1/2 cwn gula pasir..boleh tambah jika suka lebih manis
3 cwn santan..tambah jika perlu
1 camca teh garam
Pewarna merah
1/2 camca teh esen ros (optional)

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang (8 inci/20 cm) dgn sedikit minyak. Masuk loyang dlm kukusan.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna merah dan esen ros.
3. Tapis adunan dan bahagikan kepada dua bahagian.
4. Satu bahagian warnakan dengan merah dan campurkan juga esen ros. Satu bahagian lagi tanpa warna.
5. Mulakan lapisan bawah dgn warna putih. Biarkan selama 6min-8min atau hingga masak baru tindih dgn lapisan seterusnya. Ini tip utk membolehkan lapisan dikopek selapis demi selapis. Lakukan hingga habis.

*TIPS utk mendaptkan hasil kukusan yg tidak keras atau tidak terlalu lembik:
(i)Sekiranya sukatan semua tepung adalah 2 cwn, maka adunan yg telah dicampur santan hendaklah menjadi 4 cwn. Maksudnya jumlah adunan cair adalah 2 kali ganda jumlah adunan tepung.
(ii)Gunakan cwn yg sama utk semua sukatan.
(iii)Kalau tak de pewarna merah, guna Rose Syrup F&N..brand lain pun boleh. Kalau guna yg ini tak payah bubuh esen ros.




KUEH LAPIS PANDAN
Bahan-bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
3/4 cawan gula
3 cawan santan
1 s/k garam

Bahan tambahan:
1/2 cawan jus pandan
pewarna hijau
1/2 cawan air

Cara membuat:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna hijau dan jus pandan dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Tambahkan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama dengan warna hijau.
5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
6. Masukkan 1 senduk adunan hijau dan kukus selama 5 minit.
7. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit. 8.Lapiskan adunan hijau dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.



KUIH LAPIS
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi/jagung
1/2 cawan gula
1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air
sedikit garam
pewarna merah

Cara membuat:
1. Campurkan bahan di atas hingga sebati kecuali pewarna merah.
2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu diwarnakan merah dan satu lagi tidak perlu diwarnakan.
3. Panaskan loyang terlebih dahulu, ambil satu senduk adunan dan tuangkan ke dalam loyang kemudian dikukus lebih kurang 10 minit.
4. Tuangkan pula 1 senduk lagi adunan warna putih dan kukus semula sehingga masak.
5. Buat seterusnya sehingga adunan warna merah dan putih ini berselang-seli sehingga habis.
6. Bila sejuk barulah dipotong dan dihidangkan.




KUIH LAPIS
- familiazam -

Bahan-bahannya:
Tepung beras 250 gm
Tepung kacang hijau 25 gm
Tepung ubikayu 25 gm
Tepung sagu 25 gm
Gula 330 gm
Santan pekat 350 gm
Air 700 gm
Daun pandan 5-10 helai (diambil jusnya)
Pewarna makanan merah

Cara-cara membuatnya:
1. Campurkan tepung beras,tepung kacang hijau, tepung ubikayu dan tepung sagu dengan air dan gula.Tambahkan santan pekat dan kacau.
2. Bahagikan campuran kepada tiga bahagian dan tambahkan setiap bahagian dengan warna merah,Jus pandan (hijau) dan tanpa pewarna.
3. Minyakkan loyang (bergarispusat 260 mm) dan panaskan didalam periuk stim. Tuangkan satu lapisan nipis (sesenduk campuran) kedalam loyang tersebut bermula dengan campuran tak berwarna, hijau dan diikuti merah. stimkan selama 4-5 minit untuk setiap lapisan. Ulangi sehingga semua bahan campuran digunakan.




Kuih Lapis Betawi
Sumber ; Majalah Keluarga
Kiriman ; Mamasya

Bahan-bahan
120 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
175 gm gula
15 gm garam- saya letak secubit je
1/2 liter santan -
saya guna 1/ 2 paket santan serbuk
1/2 liter air
*pewarna merah dan kuning/hijau-ni saya guna warna kuning,hijau,merah&ungu
*sedikit minyak utk sapu loyang

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan kecuali * dlm bekas dan kacau rata.Kalau perlu tapis.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian atau lebih. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
3. Panaskan pengukus. Tuangkan bancuhan pertama ke dalam loyang, ratakan supaya tidak terlalu tebal.
4. Apabila bancuhan pertama keras,lapiskan bancuhan kedua dan ulangi hingga semua habis.

Nota;
Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong
*Anggaran masa mengukus
lapisan pertama 5 min
lapisan seterusnya 2 min
lapisan akhir 15-20 min

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).